PRESS STATEMENT
KUALA LUMPUR (5 JULY 2021) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is very concerned with the U.S. Department of State’s 2021 Trafficking in Persons (TIP) Report whereby Malaysia has been downgraded to Tier 3 for failing to fully meet the minimum standards for the elimination of trafficking in persons and not making significant efforts to ensure compliance, even considering the impact of the COVID-19 pandemic on its anti-trafficking capacity.
Despite the lack of significant compliance, SUHAKAM acknowledges that the Government has taken some initiative to address trafficking in persons such as identifying and providing protection services to victims of trafficking and adopting victim identification standard operating procedures. However more effective measures are required.
The TIP Report highlighted that the Government continues to conflate human trafficking and migrant smuggling crimes and did not adequately address the allegations of human trafficking. In view of the gravity of the Tier 3 status, SUHAKAM urges the Government to establish a Royal Commission of Inquiry pursuant to the TIP Report and focus its attention on implementation of the recommendations.
SUHAKAM calls on the Government to make public the report and recommendations of the Special Independent Committee on Foreign Worker Management and to expedite implementation of the recommendations which considered issues of unethical, unhealthy, and unfair practices in the recruitment of foreign workers including the need to make workers recruitment transparent by introducing an end-to-end online system for hiring foreign workers. For long term measures to be successful, the Government is encouraged to have discussions with the relevant stakeholders including NGOs.
SUHAKAM urges the Government to increase the law enforcement capacity to investigate and prosecute trafficking cases, including by improving inter-agency coordination, to ensure successful efforts to prosecute traffickers. The relevant Government agencies need to increase their level of seriousness to manage forced labour issues especially those alleged in the plantation and rubber manufacturing sectors. Corrupt officials involved in this dark economy must be made criminally accountable as they are conduits that have permitted this corruption fuelled system to thrive.
SUHAKAM supports the Government’s proposal to amend the Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007 to provide amongst others, stricter punishment as part of efforts to curb human trafficking activities by syndicates in Malaysia. A definition of forced labour should also be included as part of the amendment. Further, the Government is urged to amend the current labour laws, to ensure the rights of workers are adequately safeguarded. Therefore, SUHAKAM reiterates the call by Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, for Parliament to be reconvened as soon as possible.
SUHAKAM takes note that the Malaysian Border Security Agency (AKSEM) is now placed under the Royal Malaysia Police (PDRM) to ensure strengthened border security management. It is hoped that this restructuring plan would facilitate the Government’s initiatives to ensure effective measures are in place especially, to deal with issues faced by porous borders and related issues of corruption.
Therefore, SUHAKAM calls on the Government to intensify its efforts to prevent as well as to take the lead to combat human trafficking and smuggling of migrants, and to ensure full protection and assistance for trafficked and smuggled victims at all stages, in line with international standards set by the United Nations Protocol to Prevent, Suppress and Punish Trafficking in Persons, Especially Women and Children, being a protocol to the United Nations Convention against Transnational Organized Crime. SUHAKAM would also like to take this opportunity to call on the Government to release the report and findings of the Royal Commission of Inquiry’s investigation of the human trafficking camps and graves in Wang Kelian.
-END-
Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)
5 July 2021
Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my
KENYATAAN MEDIA
KUALA LUMPUR (5 JULAI 2021) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) amat bimbang dengan Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) 2021 Jabatan Negara Amerika Syarikat di mana Malaysia telah diturunkan ke Tahap 3 kerana gagal memenuhi sepenuhnya standard minimum untuk membanteras pemerdagangan manusia dan tidak melakukan usaha yang signifikan untuk memastikan pematuhan, meskipun setelah mengambil kira impak pandemik COVID-19 terhadap kapasiti anti-pemerdagangan manusia di negara ini.
Walaupun kurangnya usaha yang signifikan, SUHAKAM mengakui bahawa Kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif untuk menangani pemerdagangan manusia seperti mengenal pasti dan memberikan perlindungan kepada mangsa pemerdagangan manusia serta menerima pakai prosedur operasi standard mengenai pasti mangsa. Walau bagaimanapun, masih banyak langkah-langkah yang lebih efektif perlu dilaksanakan.
Laporan tersebut menyatakan bahawa Kerajaan terus mengaitkan jenayah pemerdagangan manusia dengan penyeludupan migran dan tidak menangani dakwaan pemerdagangan manusia dengan sewajarnya. Melihat betapa beratnya status Tahap 3 ini, SUHAKAM menggesa Kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja Laporan TIP dan menumpukan perhatian kepada pelaksanaan syor-syor dalam laporan tersebut.
SUHAKAM menggesa Kerajaan untuk mengeluarkan laporan Jawatankuasa Bebas Khas Pengurusan Pekerja Asing kepada umum dan mempercepatkan pelaksanaan syor-syor yang mengambil kira isu-isu yang tidak beretika, tidak wajar, dan tidak adil dalam pengambilan pekerja asing termasuk keperluan untuk pengambilan pekerja secara telus dengan memperkenalkan sistem dalam talian secara terus untuk pengambilan pekerja asing. Bagi memastikan langkah-langkah jangka panjang ini berjaya dilaksanakan, Kerajaan digalakkan untuk mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan yang berkaitan termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO).
SUHAKAM menggesa Kerajaan untuk meningkatkan kapasiti penguatkuasaan undang-undang untuk menyiasat dan mendakwa kes pemerdagangan manusia, termasuk meningkatkan koordinasi antara agensi, bagi memastikan usaha pendakwaan pedagang manusia ini berjaya. Agensi Kerajaan yang berkaitan perlu meningkatkan tahap keseriusan mereka menangani isu pekerjaan terutamanya mereka yang didakwa terlibat dalam sektor perladangan dan perkilangan produk getah. Pegawai yang terlibat dalam rasuah ekonomi sebegini perlu dipertanggungjawabkan kerana mereka adalah saluran yang membenarkan amalan rasuah dalam sistem ini semakin meningkat.
SUHAKAM menyokong cadangan Kerajaan untuk meminda Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 untuk mengenakan hukuman yang berat sebagai sebahagian daripada usaha untuk membendung aktiviti pemerdagangan manusia oleh sindiket di Malaysia. Definisi buruh paksa juga perlu dimasukkan dalam pindaan akta ini. Kerajaan juga digesa untuk membuat pindaan kepada undang-undang buruh yang sedia ada bagi memastikan hak-hak pekerja dilindungi secukupnya. Sehubungan itu, SUHAKAM mengulangi seruan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, agar Parlimen bersidang semula dengan kadar segera.
SUHAKAM mengambil maklum bahawa Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) kini ditempatkan di bawah Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi memastikan pengurusan keselamatan sempadan diperketatkan. Adalah diharapkan agar pelan penstukturan semula ini dapat membantu inisiatif Kerajaan terutamanya dalam memastikan langkah-langkah efektif disediakan, bagi menangani isu yang dihadapi disebabkan kebolosan sempadan dan isu rasuah yang berkaitan.
Oleh itu, SUHAKAM menyeru Kerajaan untuk meningkatkan usaha bagi menghalang dan menerajui pembasmian pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran, dan memastikan perlindungan sepenuhnya serta bantuan kepada mangsa-mangsa pemerdagangan dan penyeludupan di setiap peringkat, selari dengan standard antarabangsa yang ditetapkan oleh Protokol PBB untuk Mencegah, Menyekat dan Menghukum Pemerdagangan Orang, Terutama Wanita dan Kanak-kanak, iaitu sebagai protokol kepada Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menentang Jenayah Terancang Merentas Negara. SUHAKAM juga ingin mengambil peluang ini untuk menyeru Kerajaan mengeluarkan laporan penemuan siasatan oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja mengenai kem penempatan pemerdagangan manusia dan kubur di Wang Kelian.
-TAMAT-
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
5 Julai 2021
Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my