Press Statement No. 23-2023_SUHAKAM Seek Collaboration from All Stakeholders to Resolve Forced Labour / Kenyataan Media No. 23-2023_SUHAKAM Minta Usaha Bersepadu Daripada Semua Pihak Demi Akhiri Buruh Paksa

PRESS STATEMENT 

KUALA LUMPUR (7 JULY 2023) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is actively advocating for human rights issues in Malaysia, with a particular focus on addressing violations such as forced labour. This pressing issue requires collaborative efforts from key stakeholders, including government agencies, international organizations, and non-governmental organizations (NGOs). 

Since 2020, SUHAKAM has been working on this issue through organizing a series of consultations with stakeholders in the medical supply, construction, manufacturing, and hybrid plantation industries. The consultations raised several issues, including the elimination of recruitment fees, corruption in the recruitment chain, strengthening of labour inspections, working conditions, child labour, and more. 

SUHAKAM also visited 17 plantations throughout Malaysia and recorded observations highlighting issues such as workers’ lack of understanding regarding employment contracts, high recruitment fees, absence of annual leave and complaint mechanisms, employers retaining passports, and poor conditions of accommodation. 

SUHAKAM believes that enhancing the complaint mechanism is crucial and proposes the development of booklet multilingual manual to be distributed to all migrant workers upon their arrival in Malaysia. This resource would not only serve as a guide but also emphasize their rights and responsibilities. With SUHAKAM included as a contact agency, migrant workers would have better accessibility and assistance throughout the process. 

This year, SUHAKAM has continued its advocacy, starting with Johor and planning to extend it to other states, including Sabah and Sarawak, to provide a platform for discussing challenges, potential solutions, and the way forward in addressing forced labour in Malaysia. 

Addressing forced labour requires a collaborative effort from all parties. Merely having laws, policies, and regulations will not be effective without full compliance from industries and robust enforcement by government agencies. It is imperative for businesses to ensure that their operations align with domestic laws and international standards. While there is a framework of policies and laws in place to deter forced labour, ultimately, relevant stakeholders need to consider the business benefits of preventing forced labour incidences. 

Therefore, SUHAKAM believes there is a need to further strengthen engagement with key stakeholders, to facilitate discussions among countries in the region, share best practices, and encourage collaboration in addressing the challenges posed by forced labour in the context of migration. SUHAKAM can serve as a focal point to collate information and reach out to the government, acting as a bridge between stakeholders. 

-END- 

Prof. Datoโ€™ Dr. Rahmat Mohamad 

Chairman 

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) 

7 July 2023

——————-

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (7 JULAI 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) aktif menjalankan advokasi mengenai isu hak asasi manusia di Malaysia khususnya menangani pencabulan yang melibatkan buruh paksa. Isu buruh paksa yang kian meruncing ini memerlukan usaha bersepadu di kalangan semua pihak berkepentingan termasuk agensi Kerajaan, organisasi antarabangsa dan Badan bukan Kerajaan (NGO).

Sejak tahun 2020, SUHAKAM aktif menangani isu ini dengan menganjurkan beberapa siri rundingan dengan pihak berkepentingan dalam industri bekalan perubatan, pembinaan, pembuatan dan perladangan. Antara isu yang dibangkitkan adalah penghapusan yuran pengambilan, rasuah dalam rantaian bekalan untuk pengambilan buruh asing, mengukuhkan pemeriksaan buruh, keadaan kerja, buruh kanak-kanak, dan banyak lagi.

SUHAKAM juga mengadakan 17 siri lawatan ke ladang-ladang di seluruh Malaysia dan merekodkan pemerhatian isu-isu berbangkit mengenai kontrak pekerjaan yang kurang difahami oleh pekerja, yuran pengambilan pekerja yang tinggi, ketiadaan cuti rehat dan mekanisme aduan, passport pekerja yang disimpan oleh majikan dan keadaan penginapan yang kurang memuaskan.

SUHAKAM berpendapat bahawa menambahbaik mekanisme aduan merupakan suatu perkara penting dan mencadangan untuk membangunkan buku manual kecil pelbagai bahasa untuk diedarkan kepada semua pekerja migran semasa ketibaan mereka di Malaysia. Buku kecil manual ini bukan sahaja akan berfungsi sebagai panduan tetapi juga menekankan hak dan tanggungjawab. Dengan adanya maklumat SUHAKAM sebagai salah satu agensi yang boleh dihubungi, pekerja migran akan mempunyai aksesibiliti dan bantuan yang lebih baik sepanjang proses tersebut.

SUHAKAM meneruskan advokasi pada tahun ini, bermula dengan negeri Johor dan akan diperluaskan ke negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak untuk menyediakan platform perbincangan mengenai cabaran, penyelesaian dan langkah hadapan dalam menangani buruh paksa di Malaysia.

Menangani buruh paksa memerlukan usaha bersepadu dari semua pihak. Dengan hanya memiliki perundangan dan dasar sedia ada tidak akan berkesan tanpa pematuhan penuh daripada pihak industri serta penguatkuasaan yang tegas oleh agensi Kerajaan. Pentingnya bagi perniagaan untuk memastikan operasi mereka selaras dengan undang-undang domestik dan standard antarabangsa. Walaupun terdapat kerangka dasar dan perundangan untuk menghalang buruh paksa, pihak berkepentingan yang berkaitan yang sepatutnya perlu menentukan manfaat dari segi perniagaan untuk mencegah kejadian buruh paksa.

SUHAKAM yakin mengenai keperluan untuk mengukuhkan kerjasama semua pihak berkepentingan utama, untuk memudahcara perbincangan antara negara-negara serantau, berkongsi amalan terbaik, dan menggalakkan kerjasama dalam menangani cabaran yang timbul daripada buruh paksa dalam konteks migran. SUHAKAM mampu bertindak sebagai pusat tumpuan untuk mengumpulkan maklumat serta membina jalinan antara Kerajaan dengan semua pihak berkepentingan.

-TAMAT-

Prof. Datoโ€™ Dr. Rahmat Mohamad

Pengerusi

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

7 Julai 2023

Tags: No tags

Comments are closed.