Sejak tahun 2016, SUHAKAM telah terlibat dengan golongan belia melalui program ‘Youth 4 Rights’ yang dijalankan dalam bentuk ceramah, kuliah dan kem dengan matlamat untuk memperkasakan mereka dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di negara ini.
Menerusi program ini, SUHAKAM telah berpeluang bertemu golongan belia dari universiti tempatan, kolej serta persatuan yang berkaitan dengan belia dan Parlimen Belia Malaysia.
Kem 'Youth 4 Rights' khususnya diadakan dengan tujuan untuk memperkasakan pemimpin pelajar dari kolej dan universiti ke arah menuntut hak asasi golongan belia dengan lebih efektif.
Share