PENGENALAN
Mekanisme hak asasi manusia antarabangsa seperti Majlis Hak Asasi Manusia, Penilaian Berkala Sejagat (UPR), badan-badan triti dan pelapor khas memainkan peranan yang penting dalam memastikan akauntabiliti Negara untuk pembaharuan hak asasi manusia. Sebagai contoh, UPR adalah proses yang digerakkan oleh Negara dan telah ditubuhkan oleh Majlis Hak Asasi Manusia pada 2006 untuk menjalankan penilaian berkala terhadap rekod hak asasi manusia Negara Ahli Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu termasuklah Malaysia dengan matlamat utamanya adalah untuk memperbaiki keadaan hak asasi manusia di setiap negara. Malaysia telah melalui UPR ketiganya yang telah berlangsung pada 2018.
Satu lagi mekanisme Majlis Hak Asasi Manusia ialah pelapor khas yang merupakan pakar hak asasi manusia yang bebas yang diamanahkan dengan mandat untuk melaporkan dan menasihati berkenaan isu-isu hak asasi manusia berdasarkan tema atau konteks negara yang tertentu. Kaedah kerja mereka antara lainnya termasuklah menjalankan lawatan ke negara dan kajian tematik, dan membangunkan panduan dan standard hak asasi manusia. Mereka juga melihat kepada kes individu berkaitan dakwaan atau kebimbangan berlakunya perlanggaran hak asasi manusia dengan berhubung dengan negara berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut dan tindakan yang dilakukan oleh negara.
On the other hand, treaty bodies are committees of independent experts who monitor the States’ implementation of the obligations contained in the international human rights treaties to which they are a party to. Currently, Malaysia is a State Party to three international human rights treaties, namely the Convention on the Rights of the Child (CRC), Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women (CEDAW) and the Convention on the Rights of Persons with Disabilities (CRPD). As a State Party, Malaysia is required to report to the committees of the said treaties on the progress of the implementation of its obligations under these treaties.
SUHAKAM, dalam kapasitinya sebagai institusi hak asasi manusia, secara aktif terlibat dengan mekanisme hak asasi manusia antarabangsa dengan pelbagai cara termasuklah melalui penyertaannya dalam sesi Majlis Hak Asasi Manusia, penglibatan terus dengan pelapor khas dan penyerahan laporan bebas atau penyataan untuk mengetengahkan isu hak asasi manusia yang mendesak di Malaysia.