SuhakamLogo

SUHAKAM

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)is an independent organisation which investigates complaints for the violation of human rights. Human rights is the fundamental rights of each person, regardless of heritage, race, skin color, religion, political views, believes or where we live.

  • UTAMA
  • INFO SUHAKAM
  • TUGAS KAMI
  • OCC
  • BIDANG FOKUS SEMASA
  • PENERBITAN
  • MEDIA
  • HUBUNGI KAMI
  • ms_MYMalay
    • en_USEnglish

PortfolioBidang Fokus SemasaPerniagaan dan Hak Asasi Manusia

Perniagaan dan Hak Asasi Manusia

Perniagaan dan Hak Asasi Manusia

Sejak sedekad yang lalu, agenda perniagaan dan hak asasi manusia telah berkembang dengan pesat. Pada tahun 2011, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah sebulat suara mengiktiraf Prinsip Panduan Mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (Prinsip Panduan). Prinsip Panduan ini menyediakan standard antarabangsa bagi menangani dan mencegah kesan hak asasi manusia yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan. https://drive.google.com/file/d/0B6FQ7SONa3PRd1Z1MHczZW9yMzg/edit

Sejak 2010, SUHAKAM telah memberi perhatian dan keutamaan yang lebih kepada bidang perniagaan dan hak asasi manusia, dan telah menjalankan beberapa aktiviti yang memfokuskan secara khusus berkenaan subjek tersebut. Antaranya termasuklah siri perbincangan meja bulat dan forum bersama pemegang taruh, kajian yang memfokuskan kepada industri pembalakan dan perladangan di negara ini, dan program-program latihan.

Rangka Kerja Strategik Pelan Tindakan Kebangsaan Mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia untuk Malaysia

Pada tahun 2015, SUHAKAM telah membangunkan dan membentangkan Rangka Kerja Strategik Pelan Tindakan Kebangsaan Mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia untuk Malaysia kepada Kerajaan. Ia menyediakan halatuju dasar kepada pembentukan Pelan Tindakan Kebangsaan mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia untuk Malaysia ke arah meningkatkan penghormatan kepada hak asasi manusia oleh Kerajaan dan aktor bukan kerajaan termasuklah perniagaan, masyarakat awam, dan individu, serta kumpulan yang menerima kesan buruk hak asasi manusia yang berkaitan dengan perniagaan. https://drive.google.com/file/d/0B6FQ7SONa3PROHVpMngzc0NhUHM/view

Projek bagi Menyokong Pembangunan Pelan Tindakan Kebangsaan mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (NAPBHR) Malaysia

Sebagai sebahagian daripada usaha SUHAKAM dalam mempromosikan penggunaan Prinsip Panduan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (Prinsip Panduan) di Malaysia, SUHAKAM telah menjalankan satu projek bagi menyokong pembangunan Pelan Tindakan Kebangsaan mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (NAPBHR) Malaysia.

Bagi tujuan meningkatkan kesedaran dan pemahaman yang lebih baik mengenai Prinsip Panduan dalam kalangan pelbagai pemegang taruh, beberapa bahan bacaan yang berkaitan telah diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia, dan kemudiannya dicetak dan diedarkan, antaranya Prinsip Panduan, Soalan-Soalan Kerap Ditanya Tentang Prinsip Panduan, dan Panduan Tafsiran Tanggungjawab Korporat Untuk Menghormati Hak Asasi Manusia. https://drive.google.com/file/d/1bT9gG2Ba_1e2n4TP8Gcgmjt4TEjg8lhd/view

Share

Previous Portfolio

Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia (ATHAM) di Sekolah

Next Portfolio

Latihan Hak Asasi Manusia - Pegawai Agensi Penguatkuasaan

Related Projects/Works

Bangladeshi migrant workers wait in line for food donated by a goodwill charity group for Christmas outside the Bangladeshi High Commission in Kuala Lumpur, 25 December 2007. At least 225 hundred Bangladeshi migrant workers have been forced to camp in their country's mission in Malaysia after they ran away from their employer for alleged abuse. The Bangladesh high commission has turned a section of its mission into a temporary shelter for the workers who are living in unhealthy conditions and little food to eat since early December. AFP PHOTO/TENGKU BAHAR (Photo by TENGKU BAHAR / AFP)

Orang Tiada Dokumentasi

by admin
Prison Cell Bars.Hand of the prisoner holding steel lattice jail bars.Criminal justice imprisonment concept.

Preventive Detention

by admin
noose-death-penalty-gallows-black-white-execution-hanging-flickr-1600x867

Hukuman Mati

by admin

PAUTAN PANTAS

  • UTAMA
  • INFO SUHAKAM
  • TUGAS KAMI
  • OCC
  • BIDANG FOKUS SEMASA
  • PENERBITAN
  • MEDIA
  • HUBUNGI KAMI
  • HUBHAK

PAUTAN STAFF



LOG MASUK

E-MEL

INTRANET

PENAFIAN


 
POLISI PRIVASI

TERMA & SYARAT

POLISI KESELAMATAN

PENAFIAN

© 2024 SUHAKAM. All rights reserved. Terma & Syarat | Polisi Privasi | Polisi Keselamatan | Penafian


Pereka laman web: Zymora Tech

Shopping Basket
ms_MYMS
en_USEN ms_MYMS