Template PS (1)

Press Statement No. 39-2023_SUHAKAM Supports Citizenship Amendments , Calls for Comprehensive Research on the Impact to Vulnerable Group

KUALA LUMPUR (24 OCTOBER 2023) –The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) welcomes the Government’s effort to propose amendments to the Federal Constitution on matters relating to citizenship, which are soon to be presented to the Conference of Rulers.

SUHAKAM commends the proposed progressive amendments to the entire Part III of the Federal Constitution, together with the First Schedule and the Second Schedule of the Federal Constitution covering the issue of children’s citizenship who were born abroad to a Malaysian mother of which, will give effect to the constitutionally guaranteed right to equality under Article 8 of the Constitution.

However, SUHAKAM wishes to draw the Government’s attention to other proposed amendments which may lead to the removal of citizenship rights instead of safeguarding statelessness, perpetuating the cycle of statelessness for vulnerable children such as out-of-wedlock children, stateless children adopted by Malaysian parents, foundlings/ abandoned children as well as other generational stateless children/persons in Malaysia.

SUHAKAM is of the view that the citizenship rights by operation of law and other limiting regressive amendments perpetuating childhood statelessness, which encompass a range of complex and sensitive scenarios, demand a more deliberate approach. Applications on clear cut case of children born abroad to Malaysian mothers should be processed accordingly to ensure that Malaysian women can enjoy equal rights in relation to nationality and citizenship for their children.

In light of the gravity of this matter, SUHAKAM calls on the Government:

  1. to take a holistic approach to address issues relating to citizenship in Malaysia by conducting comprehensive research on the impacts of the amendments;
  2. to approach this matter with careful consideration and disjunctively, considering each amendment’s distinct nature; and
  3. to organize a broad stakeholder consultation by engaging various stakeholders, including civil society organisations and experts working on children’s rights and statelessness.

The right to a nationality is a fundamental human right and the right of every child to acquire a nationality is guaranteed under the Universal Declaration of Human Rights (UDHR). Being a recognised citizen of a country has many legal benefits which may include the right to vote, access to social security, health services, public education, and to engage in employment, amongst others. SUHAKAM stands ready to assist the Government in aligning domestic legislation with Malaysia’s international commitments and obligations to prevent and eradicate statelessness.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

24 October 2023

————————

SUHAKAM Menyokong Pindaan Kewarganegaraan, Menyeru Penyelidikan Menyeluruh Mengenai Impak kepada Golongan Rentan

KUALA LUMPUR (24 OKTOBER 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menyambut baik usaha Kerajaan berkenaan cadangan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan mengenai perkara berkaitan kewarganegaraan yang akan dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja.

SUHAKAM memuji cadangan pindaan yang progresif kepada keseluruhan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan, bersama-sama Jadual Pertama dan Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan mengenai isu kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia, yang akan membawa kepada hak kesaksamaan seperti yang dijamin di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Walau bagaimanapun, SUHAKAM ingin menarik perhatian Kerajaan mengenai cadangan pindaan lain yang akan membawa kepada pemansuhan dan bukannya perlindungan kepada hak kewarganegaraan. Ini akan mengekalkan kitaran tanpa kewarganegaraan bagi kanak-kanak rentan seperti anak tidak sah taraf, anak tanpa kewarganegaraan yang diambil sebagai anak angkat oleh pasangan warganegara Malaysia, kanak-kanak yang dijumpai/terabai, serta generasi baru dalam kalangan kanak-kanak/orang tanpa kewarganegaraan di Malaysia.

SUHAKAM berpandangan bahawa hak kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang dan pindaan regresif lain yang mengehadkan dan mengekalkan status tanpa kewarganegaraan kanak-kanak, termasuk yang merangkumi pelbagai situasi yang kompleks dan sensitif ini menuntut pendekatan yang lebih terperinci.  Permohonan kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia perlu diproses dengan sewajarnya agar wanita Malaysia juga boleh menikmati hak kewarganegaraan yang sama untuk anak-anak mereka.  

Menyedari keseriusan perkara ini, SUHAKAM menyeru Kerajaan untuk:

  1. mengambil pendekatan secara menyeluruh dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan kewarganegaraan di Malaysia dengan menjalankan kajian komprehensif mengenai kesan pindaan;
  2. menangani perkara ini dengan pertimbangan yang teliti dan mempertimbangkan ciri-ciri setiap pindaan yang berbeza; dan
  3. mengadakan rundingan dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk organisasi masyarakat sivil dan pakar dalam bidang hak kanak-kanak dan isu tanpa kewarganegaraan.

Hak kewarganegaraan adalah hak asasi manusia dan hak kanak-kanak untuk mendapat kewarganegaraan adalah dijamin di bawah Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat. Menjadi warganegara yang diiktiraf di sesebuah negara akan membawa kepada pelbagai jaminan lain termasuk hak untuk mengundi, akses kepada keselamatan sosial, perkhidmatan kesihatan, pendidikan awam, dan pekerjaan. SUHAKAM bersedia untuk membantu kerajaan dari segi menasihati dan membantu Kerajaan agar perundangan domestik adalah selaras dengan komitmen dan kewajipan negara di peringkat antarabangsa dalam mencegah dan membasmi tanpa kewarganegaraan.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

24 Oktober 2023

Template PS (6)

Press Statement No. 38-2023_SUHAKAM Condemns Israeli Assaults, Calls for Urgent Action to Address Humanitarian Crisis in Gaza

KUALA LUMPUR (20 OCTOBER 2023) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) strongly condemns the Israeli government’s heavy handed and grossly disproportionate attack on Palestinian civilians. The complete blockade of Gaza depriving the people of Gaza access to basic and vital food and medical supplies is a most serious violation of international humanitarian laws.

The assault on civilians on both sides, continuous killing of Palestinian civilians and the continuing blockade of Gaza supposedly attacking Hamas is shocking and it is genocide. The loss of so many lives in the blast at the Al-Ahli Hospital is a direct result of Israeli assault on Gaza and this irresponsible war crime is totally unacceptable and absurd. We are saddened with the cavalier and shocking lack of condemnation and response on the death of so many Palestinians, exceeding 4,000 lives, from the United States (US) and generally the West, which is akin to a policy supporting genocide.

SUHAKAM notes in utter disbelief and disappointment that powerful nations such as US who have veto powers vested in them to protect the sanctity of human lives and maintain peace, had instead resorted to the use of such power to promote heinous genocide by vetoed a UN Security Council resolution that would have called for humanitarian pauses in delivering aid to millions in Gaza.  The US failure to respond even with some semblance of civility to the death of so many civilians in Gaza indicates support of Israel instead of Palestinians and that their support for the annihilation of Palestinians and their right to statehood. The failure to address the root cause of the struggle of the Palestinians for 75 years, the gross violations of even basic rights and of the Palestinians by Israel and the international community is the root cause of the escalation of hostilities and great loss of civilian lives on both sides.

SUHAKAM echoes the statement by the Prime Minister advocating for the immediate cessation of bombardment and the establishment of a humanitarian corridor through the Rafah border crossing. We urge the Malaysian Government to galvanise support and highlight the blatant abuse and complete disregard of the rights of Palestinians at all international fora including the UN.

SUHAKAM stands for rule of law and the right of Palestinians to statehood. The massive strikes on civilian targets and suggesting “minimal civilian deaths” is shocking as it is a blatant violation of the international human rights laws and numerous United Nations (UN) Resolutions.

Our heartfelt condolences goes to the grieving families affected by this heart-wrenching tragedy and we joins all Malaysians in supporting the pledge and stands in solidarity with Palestinians.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

20 October 2023

————————

SUHAKAM Kutuk Serangan Israel, Gesa Tindakan Segera Tangani Krisis Kemanusiaan di Gaza

KUALA LUMPUR (20 OKTOBER 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel terhadap orang awam Palestin. Sekatan penuh di Gaza yang menghalang akses kepada makanan dan bekalan perubatan adalah satu pelanggaran yang amat serius terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Serangan berterusan terhadap orang awam dari kedua-dua belah pihak, pembunuhan berterusan orang awam Palestin, dan sekatan Gaza yang berpanjangan, yang dipercayai menyasarkan Hamas, boleh dianggap sebagai satu bentuk pembunuhan beramai-ramai. Kehilangan begitu banyak nyawa dalam letupan di Hospital Al-Ahli yang berpunca daripada serangan Israel ke atas Gaza adalah jenayah perang yang amat tidak bertanggungjawab dan ini sama sekali tidak boleh diterima dan amat tidak munasabah. SUHAKAM amat kecewa dengan kurangnya kecaman dan tindak balas terhadap jumlah kematian rakyat Palestin  yang melebihi 4,000 nyawa. Amerika Syarikat (AS) dan negara Barat seolah-olah menyokong dasar yang menjurus kepada pembunuhan beramai-ramai.

SUHAKAM menzahirkan rasa tidak percaya dan kecewa terhadap negara-negara kuasa besar seperti AS, yang sepatutnya menggunakan kuasa veto yang diberikan untuk melindungi nyawa manusia dan mengekalkan keamanan, namun bertindak sebaliknya menggunakan kuasa tersebut untuk mengalakkan pembunuhan beramai-ramai yang kejam. AS menggunakan kuasa veto untuk menyekat resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang mendesak serangan di Semenanjung Gaza dihentikan, bagi membenarkan akses bantuan kemanusiaan ke wilayah itu. Kegagalan AS untuk bertindak balas walaupun dengan sedikit rasa simpati terhadap jumlah kematian orang awam yang begitu  banyak di Gaza menunjukkan sokongan kepada Israel dan bukannya Palestin, termasuk sokongan terhadap kemusnahan Palestin dan hak mereka untuk bernegara.  Kegagalan dalam menangani punca kepayahan Palestin selama 75 tahun, pelanggaran serius terhadap  hak asasi manusia Palestin oleh Israel dan masyarakat antarabangsa adalah punca utama kepada peningkatan permusuhan dan kehilangan nyawa orang awam di kedua-dua belah pihak.

SUHAKAM menyokong kenyataan Perdana Menteri yang menggesa pengeboman dihentikan dan saranan penubuhan koridor kemanusiaan melalui sempadan Rafah.  Kerajaan Malaysia perlu meransang sokongan dan mengetengahkan pencabulan dan pengabaian hak-hak rakyat Palestin di forum antarabangsa termasuk di PBB.

SUHAKAM berdiri teguh atas kedaulatan undang-undang dan pengiktirafan negara untuk rakyat Palestin. Serangan besar-besaran yang mensasarkan orang awam dengan “kematian yang minimum” adalah sesuatu yang dahsyat dan merupakan pencabulan terang-terangan terhadap undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan Resolusi PBB.

SUHAKAM ingin menyatakan penyatuan bersama rakyat Malaysia menyokong solidariti terhadap Palestin  dan takziah diucapkan kepada keluarga yang berduka akibat tragedi ini.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

20 Oktober 2023

Template PS (4)

Press Statement No.37-2023_SUHAKAM’s Call to Safeguard Children Safety with Child Restraint Systems

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (20 OCTOBER 2023) – The Children’s Commissioner of the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is dismayed with the footage from a dashboard video showing a child fall unexpectedly fell out of the back door of a moving car in Kota Bharu. This incident may be attributed to the absence of safety features in the vehicle.

Emphasizing the use of Child Restraint System (CRS) could prevent such incidents and possibly reduce the number of road fatalities involving children. The incontestable fact that a child restraining system greatly reduced road fatalities involving children should be accepted and normalised irrespective of existing solvable hurdles.

In the recent Budget 2024, the Government has announced that a total of 100,000 helmets, including for children will be supplied and distributed to underprivileged families. This is one of the proactive measures taken by the Ministry of Transport towards reducing the rate of death rate and fatalities in motor vehicle accidents. SUHAKAM also commends the Government’s initiative providing a 50% subsidy for low-income families to acquire child safety seats as allocated in Budget 2022. Nevertheless, more needs to be done to increase the awareness on the importance of car seats for children.

The Children’s Commissioner urges the Ministry of Transport and relevant enforcement agencies to enforce the usage of child safety seats as this is a life-saving measure that cannot be compromised. Parents and drivers are urged to remove any foreseeable hazards and always ensure a safe environment for children.

-TAMAT-

Dr Farah Nini Dusuki

Children’s Commissioner 

20 October 2023

——————-

SUHAKAM Seru Tingkat Perlindungan dengan Penggunaan Kerusi Keselamatan Kanak-kanak

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (20 OKTOBER 2023)   – Rakaman saat seorang kanak-kanak lelaki yang tercampak keluar daripada sebuah kenderaan yang sedang bergerak di Kota Bharu amat mengejutkan Pesuruhjaya Kanak-kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). Kejadian ini dikhuatiri berpunca daripada kurangnya ciri-ciri keselamatan semasa kanak-kanak berada di dalam kenderaan.

Insiden tersebut dapat dielakkan sekiranya penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak atau Child Restraint System (CRS) dititikberatkan di dalam kenderaan. Tidak dapat dinafikan penggunaan CRS ini dapat dapat mengurangkan jumlah kematian di jalanraya yang melibatkan kanak-kanak. Perkara ini sepatutnya dijadikan amalan namun tidak diendahkan tanpa mengira kemungkinan kemalangan yang akan berlaku.

Dalam pembentangan Belanjawan 2024 baru-baru ini, sebanyak 100 ribu topi keledar termasuk untuk kanak-kanak akan dibekal dan diagihkan secara percuma kepada keluarga yang kurang berkemampuan. Ini merupakan salah satu langkah proaktif yang diambil oleh Kementerian Pengangkutan dalam usaha untuk mengurangkan kadar kematian dan impak kecederaan kanak-kanak dalam kemalangan kenderaan bermotor. SUHAKAM turut memuji usaha dalam Belanjawan 2022 yang menyediakan subsidi 50% untuk keluarga berpendapatan rendah mendapatkan kerusi keselamatan kanak-kanak namun lebih banyak perlu dilakukan dalam usaha untuk meningkatkan kepentingan penggunaannya.

Pesuruhjaya Kanak-kanak menggesa Kementerian Pengangkutan dan agensi penguatkuasaan yang berkaitan untuk segera menguatkuasakan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak. Ini adalah satu langkah untuk menyelamatkan nyawa dan ia tidak boleh dikompromi. Ibu bapa dan pemandu kenderaan diingatkan untuk sentiasa memastikan persekitaran yang selamat untuk kanak-kanak.

-TAMAT-

Dr Farah Nini Dusuki

Pesuruhjaya Kanak-Kanak

20 Oktober 2023

3

Press Statement No. 36-2023_SUHAKAM Applauds and Encourages Greater Human Rights Emphasis in Budget 2024

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (14 OCTOBER 2023) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) warmly welcomes the government’s Budget 2024, themed ‘Reforming the Economy, Empowering the Rakyat’. SUHAKAM notes that the Budget 2024 places strong emphasis on various human rights aspects which include, among others, environment, education, health, laws and legal reforms, food security, jobs and community support and social security.

While aiming to strengthen the national economy, Budget 2024 also seek to empower a number of vulnerable groups by including allocations to bolster women’s participation in the labour force, strengthen protection system coverage involving senior citizens, enhance children’s access to education, and increase provision of special needs support equipment and facilities for persons with disabilities.

Nonetheless, SUHAKAM is concerned whether the budget can sufficiently address the continuing impact of COVID-19, rise of urban poor, shrinking of middle class and rising cost of living. In addition, SUHAKAM strongly recommends that the Government include adequate provision to facilitate comprehensive data collection, planning and implementation of programmes to effectively address issues relating to statelessness, preferably under the portfolio of a specific Government agency.

SUHAKAM also commends the Ministry of Finance’s initiative in organizing the ‘Jelajah Belanjawan 2024.’ The tour, which took place from 21 August to 22 September 2023, involved numerous states and included valuable engagement sessions with pivotal industry sectors, non-governmental organizations, and local communities. SUHAKAM hopes the engagement in budget planning will be an ongoing initiative in the years to come and we look forward to the potential of being actively involved in the process. This level of involvement in the national financial blueprint underpins the fight for social justice, empowering the civil economy, and places a significant emphasis on an inclusive growth strategy.

The national budget is the Government’s most significant economic policy document and central to the realization of human rights. It should reflect the government’s commitment to inclusive economic growth and social justice. SUHAKAM anticipates the budget is executed and provisioned amicably, in a way that respects, protects, and fulfills the enjoyment of human rights of all people, leaving no one behind.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

14 October 2023

———————–

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (14 OKTOBER 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menyambut baik pembentangan Belanjawan 2024 yang bertemakan ‘Reformasi Ekonomi, Memperkasakan Rakyat’. SUHAKAM maklum bahawa Belanjawan 2024 memberi penekanan kepada pelbagai aspek hak asasi manusia termasuk alam sekitar, pendidikan, kesihatan, undang-undang dan pembaharuan undang-undang, jaminan makanan, pekerjaan dan sokongan komuniti, dan keselamatan sosial.

Selain mensasarkan untuk mengukuhkan ekonomi negara, Belanjawan 2024 juga turut memperuntukkan bajet untuk memperkasakan kumpulan rentan antaranya meningkatkan penyertaan tenaga kerja wanita, mengukuhkan sistem perlindungan yang melibatkan warga emas, meningkatkan akses kanak-kanak kepada pendidikan dan  penyediaan peralatan dan kemudahan sokongan dan keperluan khas untuk orang kurang upaya.

Walau bagaimanapun, dikhuatiri sama ada bajet ini memadai untuk menangani kesan berterusan COVID-19, peningkatan golongan miskin bandar, ketidakseimbangan golongan pertengahan dan peningkatan kos sara hidup. Di samping itu, SUHAKAM mengesyorkan agar Kerajaan memperuntukkan bajet yang mencukupi untuk memudah cara pengumpulan data, merancang dan melaksanakan program yang komprehensif untuk menangani isu-isu berkaitan tanpa kewarganegaraan  dengan lebih efektif, sebaik-baiknya portfolio ini dikendalikan oleh agensi Kerajaan yang khusus.

SUHAKAM turut memuji inisiatif Kementerian Kewangan menganjurkan ‘Jelajah Belanjawan 2024’ yang berlangsung dari 21 Ogos hingga 22 September 2023 di seluruh negara. Jelajah Belanjawan ini meliputi sesi libat urus dengan sektor industri penting, pertubuhan bukan kerajaan dan komuniti setempat. Adalah diharapkan agar inisiatif ini dapat diteruskan  pada tahun-tahun akan datang dan SUHAKAM dapat turut serta menyumbang dalam proses tersebut. Penglibatan dalam pelan tindakan kewangan negara ini dapat menyokong perjuangan ke arah keadilan sosial, memperkasa ekonomi sivil, dan penumpuan kepada strategi pertumbuhan negara yang lebih inklusif.

Belanjawan negara adalah dokumen dasar ekonomi kerajaan yang penting dan teras dalam merealisasikan hak asasi manusia. Ia harus mencerminkan komitmen kerajaan terhadap pertumbuhan ekonomi yang inklusif serta membawa kepada keadilan sosial. SUHAKAM berharap Belanjawan 2024 dapat dilaksanakan dengan baik dan peruntukan ini diurus tadbir demi menghormati, melindungi, dan memenuhi hak asasi manusia untuk semua tanpa ada sesiapa yang ketinggalan.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

14 Oktober 2023

Template PS

Press Statement No. 35-2023_SUHAKAM Condemns Escalating Violence and Urges Immediate Humanitarian Aid in Israel-Palestine Conflict

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (10 OCTOBER 2023) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is concerned over the escalating violence and human rights violations occurring in the conflict between Israel and Palestine. SUHAKAM is deeply alarmed by reports of over 687 Palestinians, including women and children were killed, 900 dead in Israel and over 3,000 were injured in the attacks.

SUHAKAM condemns the violence that has led to the loss of life, invoking fear and despair among innocent civilians in the region. The acts of terror, the killings, destroying public infrastructure including health facilities inside Gaza, residential buildings and places of worship are serious violations of the laws and customs applicable in international armed conflict, within the established framework of international law. Civilians must always be respected and safeguarded, and their infrastructure must never be targeted. It is incumbent upon both parties in the conflict to respect international humanitarian law, including the principles of distinction, proportionality, and precaution in the military operations including the duty to minimize damages and injury.

Given the critical need for humanitarian aid to Palestinian civilians trapped in Gaza, SUHAKAM urges the international community to mobilize immediate humanitarian assistance and all relevant parties to allow the delivery of medical equipment, food, fuel, and other humanitarian supplies to those in need. SUHAKAM also urges restraint on all parties with hostages, emphasizing the potential humanitarian catastrophe that could resulted from the lack of access to water and food. In this light, SUHAKAM strongly urges the international community to look into and immediately tackle the root causes of this humanitarian tragedy that would lead towards a lasting peace. We will continue to support all efforts to ensure that Palestinians are able to live in peace within their own internationally recognized borders, in accordance with UN resolution recognizing the State of Palestine.

SUHAKAM vehemently stands for the protection and preservation of human dignity and rights for every individual, regardless of their race, religion, or nationality, even in times of conflict. Such acts of aggression represent a blatant violation of Article 3 of the Universal Declaration of Human Rights (UDHR), which upholds the inviolable rights of every individual to life, liberty, and security of person. The right to life, being the most fundamental of all human rights, remains non-derogable even in times of war and cannot be legitimately suppressed.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

10 October 2023

—————————-

SUHAKAM Mengutuk Keganasan dan Gesa Bantuan Kemanusiaan Konflik Israel-Palestin

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (10 OKTOBER 2023) -Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bimbang akan peningkatan keganasan dan pelanggaran hak asasi manusia yang berlaku dalam konflik antara Israel dan Palestin. Laporan yang menyatakan lebih daripada 687 warga Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh, 900 kematian direkodkan di Israel dan lebih daripada 3,000 cedera dalam serangan tersebut juga amat membimbangkan.

SUHAKAM mengutuk keganasan yang mengakibatkan kehilangan nyawa, ketakutan dan putus asa di kalangan orang awam yang tidak bersalah di wilayah tersebut. Tindakan keganasan, pembunuhan, pemusnahan infrastruktur awam termasuk kemudahan kesihatan di Gaza, bangunan kediaman dan tempat ibadat adalah pelanggaran undang-undang yang serius dalam konflik bersenjata antarabangsa, yang termaktub dalam rangka kerja undang-undang antarabangsa. Orang awam perlu sentiasa dilindungi dan infrastruktur awam tidak sepatutnya menjadi sasaran. Kedua-dua pihak yang berkonflik bertanggungjawab untuk menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa termasuk prinsip perbezaan, keadilan dan langkah pencegahan dalam operasi ketenteraan termasuk tanggungjawab untuk meminimumkan kerosakan dan kecederaan.

Melihat kepada keperluan kritikal untuk bantuan kemanusiaan mangsa yang terperangkap di Gaza, SUHAKAM menggesa masyarakat antarabangsa untuk menggerakkan bantuan kemanusiaan dengan segera dan pihak yang berkaitan perlu membenarkan penghantaran peralatan perubatan, makanan, bahan api, dan bekalan kemanusiaan lain kepada mereka yang memerlukan. SUHAKAM juga mendesak pihak yang mempunyai tebusan untuk mengawal keadaan yang boleh mendatangkan kemudaratan akibat daripada kekurangan akses kepada air dan makanan. Dalam hal ini, SUHAKAM menyeru kepada masyarakat antarabangsa untuk segera meneliti dan menangani punca-punca konflik kemanusiaan ini ke arah mencapai keamanan yang berkekalan. Kami akan terus menyokong semua usaha untuk memastikan rakyat Palestin dapat hidup dengan aman dalam wilayah sempadan mereka yang diiktiraf antarabangsa, selaras dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mengiktiraf negara Palestin.

SUHAKAM menegaskan kepentingan untuk melindungi dan memelihara maruah dan hak asasi manusia setiap individu, tanpa mengira bangsa, agama, atau kewarganegaraan meskipun dalam keadaan konflik. Tindakan pencerobohan ini merupakan pelanggaran terhadap Perkara 3 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat yang menjunjung penghormatan terhadap hak individu kepada kehidupan, kebebasan dan keselamatan diri. Hak untuk hidup adalah hak asasi manusia yang paling asas dan tidak boleh dicabuli, walaupun semasa berlakunya peperangan.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

10 Oktober 2023

Template PS

Mesyuarat Asia Pasifik Bersama Pakar Berkenaan Maklumat Tidak Benar Dan Kebebasan Maklumat

KUALA LUMPUR (30 SEPTEMBER 2023) - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), World Justice Project dan LexisNexis telah menganjurkan "the Asia Pacific Expert Meeting on Disinformation Regulation and the Free Flow of Information" pada hari ini bertempat di Pusat Timbangtara Antarabangsa Asia Kuala Lumpur.

 Mesyuarat ini merupakan satu platform bagi agensi kerajaan, komuniti perniagaan, masyarakat sivil, dan para pemikir berkongsi untuk pengalaman, mengenalpasti cabaran dan bertukar-tukar pendapat dan amalan terbaik yang boleh dilaksanakan berkaitan berita tidak benar dan undang-undang berita palsu. Objektif utama mesyuarat ini adalah:

i. untuk memahami keadaan semasa berkaitan undang-undang maklumat tidak benar di Asia Tenggara serta mengenal pasti isu utama berkaitan dengan maklumat tidak benar;

ii. untuk mengenal pasti serta mempromosi prinsip dan garis panduan utama piawaian antarabangsa dalam menangani isu maklumat tidak benar;

iii. untuk memahami cabaran berkaitan isu maklumat tidak benar, terutamanya dalam konteks pilihan raya;

iv. untuk mengenal pasti amalan terbaik sektor swasta dalam menangani maklumat palsu dan merangka cadangan mengenai peranan yang boleh dan perlu dimainkan oleh syarikat teknologi serantau dan;

v. untuk mengenal pasti pendekatan yang tidak berbentuk peraturan dalam menangani maklumat tidak benar, termasuk usaha ke arah kebebasan media, literasi digital, semakan fakta, dan peranan organisasi masyarakat sivil (CSO).

Kerajaan Malaysia, serta negara ASEAN yang lain telah mengambil pelbagai pendekatan termasuk penyesuaian undang-undang dalam mengawal selia penerbitan pelbagai jenis maklumat tidak benar. Mesyuarat yang dihadiri oleh 40 pakar dari negara Asia Pasifik adalah untuk memberi pemahaman mengenai pendekatan yang diambil; kekurangan dan kejayaan dalam mengawal berita tidak benar. Perbincangan turut merangkumi risiko yang dihadapi jika perundangan yang dilihat mencabar kewibawaan untuk mempersoalkan pihak berkuasa/kerajaan yang berkuasa berkenaan kesahihan berita atau maklumat yang disampaikan.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)                                                           

Lexis Nexis                                                                                                                                            

World Justice Program

Untitled

Orang awam hilang hormat undang-undang lindungi kanak-kanak, kata pesuruhjaya SUHAKAM

https://headtopics.com/my/orang-awam-hilang-hormat-undang-undang-lindungi-kanak-kanak-kata-pesuruhjaya-suhakam-45127396

PETALING JAYA: Orang awam sudah hilang hormat pada undang-undang perlindungan kanak-kanak disebabkan kurangnya tindakan terhadap ibu bapa atau penjaga yang mendera, kata Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suhakam Farah Nini Dusuki.

Katanya, Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntukkan doktor, ahli keluarga, dan penjaga melaporkan kes penderaan kanak-kanak, atau denda sehingga RM5,000 dan dua tahun penjara boleh dikenakan. “Tiada hebahan dibuat berhubung undang-undang ini dan implikasinya jika tidak patuh. Kesannya, undang-undang bersifat pencegahan ini menjadi tidak berkesan,” katanya kepada FMT.

Ibu bapa atau penjaga yang sengaja mengabaikan kanak-kanak boleh dikenakan hukuman, namun disebabkan tindakan kurang diambil, orang awam jadi hilang hormat pada undang-undang sedia ada. Farah, yang dilantik menjadi pesuruhjaya kanak-kanak Suhakam pada Mac, menggesa lebih banyak program kesedaran dijalankan – “namun orang awam perlu dididik menghormati kanak-kanak”, katanya.

Template PS (1)

Press Statement No. 34-2023_Incident of a Student Suffering An Eye Injury Resulting from Caning

Incident of a Student Suffering An Eye Injury Resulting from Caning

KUALA LUMPUR (22 SEPTEMBER 2023) – The Children’s Commissioner of the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM), Dr Farah Nini Dusuki, is distressed by the reported incident of a student suffering an eye injury resulting from caning to address his misbehaviour. The incident should serve as a wake-up call for the government and society to have an attitudinal change towards corporal punishment.

The Education (School Discipline) Regulations 1959 and MOE Circular No 7/2003 on guidelines for the use of caning in schools should be strictly followed and made aware of by all students, teachers, and parents. Any excessive corporal punishment that causes injury to the student should warrant the legal implications found in Section 31 of the Child Act 2001 [Act 611], which include a liability of a fine not exceeding fifty thousand ringgits, or imprisonment for a term not exceeding twenty years, or both.

However, it is noteworthy to highlight that despite the strict regulation stipulated by the Ministry of Education in carrying out caning, there is an existing inherent risk of perpetrating severe harm if the executor gets carried away by emotions or carelessness. Therefore, there is an urgency to shift towards non-violent teaching and parenting methods to reduce the cases of any harm and injury resulting from corporal punishment.

The Ministry of Education is urged to reconsider and review its stance on corporal punishment and its associated harm. Any form of punishment on children must be capable of benefiting from the correction. Educating through fear or pain has been proven to have negative consequences on the mental, physical, and self-esteem of the students. Students should be made to understand the logical consequences of their misbehaviour and resolve any conflicts through dialogic learning. It is strongly recommended that the government should proactively explore alternative discipline strategies to protect students’ dignity and inculcate respect while cultivating decision-making skills as a form of correction.

-TAMAT-

Dr Farah Nini Dusuki

Children’s Commissioner

22 September 2023

————————————-

Insiden Seorang Pelajar Cedera di Mata Akibat Dirotan

KUALA LUMPUR (22 SEPTEMBER 2023) – Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Dr Farah Nini Dusuki, bimbang dengan insiden yang dilaporkan mengenai seorang pelajar mengalami kecederaan di mata akibat dirotan, berikutan guru ingin menangani salah laku pelajar tersebut. Insiden itu seharusnya menjadi satu peringatan kepada pihak kerajaan dan masyarakat sivil untuk mengubah pendirian terhadap hukuman rotan.

Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 dan Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 7/2003 mengenai garis panduan penggunaan hukuman rotan di sekolah hendaklah dipatuhi dan disebar luaskan kepada semua pelajar, guru dan ibu bapa. Sebarang hukuman rotan yang keterlaluan sehingga menyebabkan kecederaan kepada pelajar hendaklah mengakibatkan implikasi undang-undang yang termaktub dalam Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611], yang termasuk liabiliti denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit, atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun, atau kedua-duanya.

Walau bagaimanapun, adalah wajar untuk ditegaskan bahawa walaupun terdapat peraturan ketat ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkenaan pelaksanaan hukuman rotan, namun wujud risiko untuk kemudaratan yang teruk berlaku jika pelaksana terbawa-bawa oleh emosi atau berlaku kecuaian. Oleh yang demikian, terdapat keperluan mendesak untuk beralih kepada kaedah pengajaran dan keibubapaan tanpa kekerasan bagi mengurangkan sebarang kes bahaya dan kecederaan akibat daripada hukuman rotan.

Selain itu, KPM digesa untuk mempertimbang dan mengkaji semula pendiriannya terhadap hukuman rotan dan kemudaratan yang berkaitan dengannya. Sebarang bentuk hukuman ke atas kanak-kanak seharusnya mempunyai manfaat daripada pembetulan kesalahan yang dilakukan. Mendidik melalui ketakutan atau kesakitan telah terbukti mempunyai kesan negatif terhadap mental, fizikal dan harga diri pelajar. Pelajar harus memahami secara logik akibat dari salah laku mereka dan menyelesaikan sebarang konflik melalui proses dialog. Pihak Kerajaan amat digalakkan supaya proaktif dalam meneroka strategi disiplin alternatif untuk melindungi maruah pelajar dan memupuk rasa hormat, di samping menyubur kemahiran membuat keputusan sebagai satu bentuk perbaikan kepada disiplin pelajar.

-TAMAT-

Dr Farah Nini Dusuki

Pesuruhjaya Kanak-Kanak22 September 2023

Copy of Template PS 1 (Facebook Post (Landscape)) (1)

Press Statement No. 33-2023_A Gift For Our Children in Conjunction with Malaysia Day

A Gift For Our Children in Conjunction with Malaysia Day

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (15 SEPTEMBER 2023) – Since the establishment of the Office of the Children’s Commissioner in 2019, the highest complaints received by this office is child protection issues whilst protection connotes protection from sexual offences, abuse, and negligence. The complaints of sexual assault are chronically critical on account of the traditional resolution of problems done through the payment of penance (village mode), sodomy committed against students by teachers, and a few sexual and physical abuse cases against children in shelter homes. These are the few cases that were being reported, not to mention the cases that went unreported.

The abovementioned cases were successfully channelled and acted by the relevant authorities owing to this office’s role and function as an oversight body in coordinating all relevant parties to uphold justice and protect children. However, this office will continue to work restrictively if it is still inadequately resourced, nonindependence and with deficiency in capacity and complaint system.

Henceforth, the establishment of an independent Children Commission with its act is crucial in protecting and promoting the rights of all children in Malaysia holistically and systematically. To date, more than 50 countries worldwide have established their respective oversight bodies for children. It does not only limit at the national level namely New Zealand and Norway, but they could also be found at the local level such as Australia and the United States of America, taking into account the local context. Despite its children population is lesser than Malaysia, New Zealand and Australia are bequeathed with various oversight bodies for the rights of child at the national and local level, demonstrating the placement of children’s rights at the heart of every development in the countries.

In welcoming the 60th Malaysia Day tomorrow, it is timely that a gift of a Children Commission to the children of Malaysia be realised. A Children Commission that is endowed with the function and mandate enshrined in a specific act will become a body with the responsibility to advocate and enhance the rights of child, specifically children of the vulnerable community including persons with disabilities and rural communities in Sabah and Sarawak. Thus, OCC would like to appeal to have the gift for all children in Malaysia to be presented as the testimony of Malaysia Day that has been overdue.

-TAMAT-

Dr Farah Nini Dusuki

Children’s Commissioner 

15 September 2023

———————

Hadiah Untuk Kanak-kanak Sempena Hari Malaysia

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (15 SEPTEMBER 2023) – Sejak Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak (OCC) ditubuhkan pada tahun 2019, antara aduan tertinggi diterima OCC ialah berkaitan hak kanak-kanak kepada perlindungan, dan perlindungan yang dimaksudkan ialah daripada jenayah seksual, penderaan, pengabaian dan kecuaian. Aduan jenayah seksual amat kritikal kerana sebahagiannya melibatkan jumlah kanak-kanak yang ramai di kawasan pedalaman yang secara tradisinya kes diselesaikan secara pembayaran wang sogit (cara kampung), liwat melibatkan sejumlah pelajar sekolah oleh guru, dan beberapa kes pukul dan liwat terhadap penghuni oleh kakitangan di institusi rumah perlindungan kanak-kanak. Ini cumalah sebahagian kecil daripada kes yang dilaporkan dan jumlah kes yang tidak dilapor tentulah lebih banyak lagi.

Kes-kes di atas telah berjaya diketengahkan dan diambil tindakan wajar oleh semua pihak berwajib kerana OCC telah memainkan peranan menjadi badan yang menyelaras semua pihak berkaitan untuk saling bekerjasama bagi menegakkan keadilan dan memberi perlindungan kepada mangsa kanak-kanak. Walau bagaimanapun, OCC tidak dapat melakukan tugas ini secara meluas jika masih dikekang dengan peruntukan yang tidak mencukupi, tiada Akta sendiri, dan kapasiti dan sistem aduan yang penuh serba kekurangan.

Justeru itu, penubuhan Suruhanjaya kanak-kanak yang bebas dengan Akta tersendiri amat penting supaya perlindungan dan promosi hak semua kanak-kanak di Malaysia dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh dan sistematik. Telah ada lebih daripada 50 negara di dunia ini masing-masing memiliki sekurang-kurangnya satu badan pemantauan hak kanak-kanak. Sesetengah badan pemantauan hak kanak-kanak telah ditubuhkan di peringkat kebangsaan misalnya New Zealand dan Norway. Manakala di Australia dan Amerika Syarikat, setiap Kerajaan Negeri menubuhkan Suruhanjaya Kanak-Kanak mereka sendiri dengan mandat khusus berdasarkan acuan tempatan dalam negara mereka. Terdapat negara yang jumlah kanak-kanaknya jauh lebih sedikit berbanding Malaysia seperti New Zealand dan Australia, tetapi mereka mempunyai pelbagai badan pemantauan hak kanak-kanak di peringkat kebangsaan dan negeri kerana isu kanak-kanak merupakan antara isu terpenting negara mereka.

Malaysia bakal menyambut Hari Malaysia yang ke 60 esok. Sudah tiba masanya penubuhan Suruhanjaya Kanak-kanak sebagai satu hadiah khusus untuk kanak-kanak di Malaysia direalisasikan. Suruhanjaya Kanak-kanak yang dihasratkan dengan fungsi dan mandat yang termaktub dalam satu Akta khusus, akan menjadi satu-satunya badan yang bertanggungjawab memperjuangkan hak kanak-kanak, khususnya kanak-kanak golongan rentan termasuk kurang upaya dan tinggal di pedalaman Sabah dan Sarawak. Oleh itu OCC merayu agar hadiah untuk semua kanak-kanak ini benar-benar menjadi kenyataan sempena Hari Malaysia yang amat dinantikan.

-TAMAT-

Dr Farah Nini Dusuki

Pesuruhjaya Kanak-Kanak

15 September 2023

AAA

SUHAKAM calls for review of rehab centre after abuse allegations

Suhakam calls for review of rehab centre after abuse allegations (vnexplorer.net)

KUALA LUMPUR: The Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) has called for the registration of a private drug rehabilitation centre in Bukit Beruntung, Selangor, to be reviewed following allegations that its trainees have been abused.

Commissioner Noor Aziah Awal said Suhakam’s investigation in June revealed that residents of Rumah Pemulihan Akhlak Insani (Rumah Insani) were mistreated by the centre’s trainers, while checks by the police found that the trainers were wanted persons.

“The way the trainees were treated is not in compliance with the Care Centres Act 1993,” she said at a press conference at the commission’s headquarters here today.

Aziah said Rumah Insani’s rehabilitation programme involved Islamic modules, such as prayers and Quran recitals, as well as keeping the place clean.

However, investigations revealed that trainees were not getting enough rest as they were often forced to take part in the activities.

“If we see from the programmes, it seems like there’s no issue. However, when we interviewed the residents, they said they would only get about three hours of sleep each day.”

She said the trainees were also forced to fast every day and when they were allowed to eat, they were sometimes given only rice with salt.

According to Aziah, there were about 52 residents in the centre, excluding the trainers.

“We even rescued four children under the age of 17,” she said, adding that the oldest residents were 52 years old.

The Suhakam commissioner said there were strict restrictions when it came to visits by family members, with trainees warned against making any complaints about the centre.

“The wardens are always around during the visits. Trainees are not allowed to complain, otherwise they will be punished,” she said.

Aziah also said the centre was always locked from the outside while its windows were covered, preventing the trainees from escaping.

“It’s worse than a prison,” she said, adding that Suhakam’s report had been submitted to the social welfare department and Selangor Islamic religious department for further action.