3

Kenyataan Media No.48-2023_SUHAKAM Seru Kerjasama Kukuh Tangani Isu Hak Pendidikan Kanak-kanak di Pulau Omadal

KUALA LUMPUR (28 DECEMBER 2023) – In response to the objections to the establishment of Iskul Sama DiLaut Omadal, an alternative learning center on Omadal Island, Sabah, the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) wishes to reaffirm its commitment to the fundamental right to education for all and its role in humanizing and developing individuals.

SUHAKAM, alongside the Indonesia National Commission on Human Rights (Komnas HAM) and the Commission on Human Rights of the Philippines (CHRP), aligned with the tripartite MoU on Statelessness in Sabah had visited the center on 8th September 2023. During this engagement, SUHAKAM has observed firsthand, the significant impact of Iskul’s efforts in providing literacy training to the stateless children. Recognizing the vital role Iskul plays in addressing educational gaps for these stateless children, SUHAKAM Sabah Office convened a meeting in November this year to explore avenues of support for Iskul’s continued operations and their application to be registered as an alternative guidance centre (PBA).

While SUHAKAM commends the establishment of Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) which aims at providing access to equal education for all young people, including dropouts, street kids and undocumented children in Sabah, we hope Iskul will be allowed to continue its operations and in addition to this, we also hope the existing SBJK will be provided with proper facilities to ensure the children will receive quality and equitable inclusive education.

In furtherance of the above and the Government’s commitment to the 2030 Agenda for Sustainable Development that no child is left behind in the pursuit of quality education, SUHAKAM therefore calls for more concrete collaborative efforts between the Ministry of Education, local community leaders, Non-Governmental Organisations, and other relevant stakeholders to address the educational needs of Omadal Island’s children, regardless of their background. SUHAKAM firmly believes that providing safe space for children to access education will eventually promote lifelong learning opportunities and underscores the importance of due diligence and non-discrimination on access to education for all children in Malaysia. SUHAKAM stands ready to cooperate and assist the Government to address this matter.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

28 December 2023

———————-

SUHAKAM Seru Kerjasama Kukuh Tangani Isu Hak Pendidikan Kanak-kanak di Pulau Omadal

KUALA LUMPUR (28 DISEMBER 2023) – Susulan bantahan terhadap penubuhan Iskul Sama DiLaut Omadal, sebuah pusat pembelajaran alternatif di Pulau Omadal, Sabah, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) teguh menegaskan komitmen terhadap hak pendidikan untuk semua kerana ia adalah asas kemanusiaan dan perkembangan setiap individu.

Sejajar dengan pembaharuan MoU tiga pihak mengenai Isu Tanpa Kewarganegaraan di Sabah, SUHAKAM, bersama Komisi Nasional Hak Asasi Manusia Indonesia (Komnas HAM), dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Filipina (CHRP) telah melawat pusat itu pada 8 September 2023. SUHAKAM telah membuat pemerhatian secara langsung kepentingan usaha Iskul dalam memberikan pendidikan asas kanak-kanak tanpa kewarganegaraan. Menyedari peranan penting Iskul dalam menangani jurang pendidikan, pejabat SUHAKAM Sabah telah mengadakan mesyuarat pada bulan November untuk meneroka langkah sokongan agar Iskul dapat terus beroperasi dan permohonan mereka untuk didaftarkan sebagai pusat bimbingan alternatif (PBA) dapat diluluskan.

SUHAKAM memuji penubuhan sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) yang bertujuan untuk menyediakan akses kepada pendidikan yang sama rata untuk semua golongan muda, termasuk kanak-kanak yang tercicir, kanak-kanak jalanan dan kanak-kanak tanpa dokumen di Sabah. Oleh itu, kami berharap Iskul juga akan dibenarkan untuk meneruskan operasinya dan SBJK yang sedia ada dapat diperuntukkan dengan kemudahan yang bersesuaian agar kanak-kanak mendapat akses kepada pendidikan inklusif yang berkualiti dan saksama.

Lanjutan daripada perkara di atas serta komitmen kerajaan terhadap Agenda Matlamat Pembangunan Mampan 2030 agar tiada kanak-kanak yang ketinggalan dalam mendapatkan pendidikan berkualiti, SUHAKAM dengan ini menyeru agar kerjasama dapat diperkukuh antara Kementerian Pendidikan Malaysia, pemimpin masyarakat tempatan, pertubuhan bukan kerajaan dan pihak berkepentingan yang berkaitan dalam menangani keperluan pendidikan kanak-kanak Pulau Omadal, tanpa mengira latar belakang mereka. SUHAKAM yakin bahawa ruang yang selamat untuk kanak-kanak mendapat akses pendidikan akan menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat. Usaha ke arah tiada diskriminasi terhadap akses kepada pendidikan adalah penting untuk semua kanak-kanak di Malaysia dan SUHAKAM sentiasa bersedia untuk bekerjasama dan membantu kerajaan untuk menangani perkara ini.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

28 Disember 2023


Template PS (16)

Kenyataan Media No.47-2023_SUHAKAM Menzahirkan Kebimbangan Terhadap Usul Pindaan Kewarganegaraan di Malaysia

KUALA LUMPUR (18 DECEMBER 2023) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) has serious concerns on the Government’s proposal to amend several citizenship provisions under Part II of the Second Schedule of the Federal Constitution purportedly to prevent the misuse of acquiring Malaysian citizenship. We have to date not been provided with any data or information of such abuse or misuse in the applications.

SUHAKAM is of the view that amendments to the Federal Constitution must be premised on a humane approach to enhance clarify and streamline the process of citizenship applications. We wish to emphasize that the proposed amendments, particularly the proposal to abrogate Sections 1(e) and 2(3) in Part II of the Second Schedule, could adversely affect vulnerable groups like children born out of wedlock, stateless children adopted by Malaysian parents, and foundlings. These changes risk deepening the challenges faced by generational stateless individuals in Malaysia.

These proposed amendments would then create generational issues of statelessness further burdening the State with such people unable to fend for themselves and unable to be productive and contribute to the nation.

Moving forward, SUHAKAM urges the Government to adopt a holistic and considerate approach in addressing these citizenship issues. This includes conducting thorough research on the potential impacts of these amendments and engaging in a comprehensive consultation process with a diverse range of stakeholders, including civil society organizations and experts in children’s rights and statelessness. It’s crucial that each amendment be carefully considered for its unique implications to ensure that the fundamental rights of all individuals, particularly children, are upheld.

Nationality is fundamental to human rights, particularly for children, as it lays the foundation for accessing other vital basic rights such as education and healthcare. Guaranteeing each child has a nationality extends beyond providing legal identity; it safeguards their future and empowers them to contribute fully to society. It is crucial that the proposed citizenship amendments undergo thorough examination and revision to ensure alignment with human rights values reflecting the Government’s commitment to principles of justice and equality. This approach will ultimately enable every child in Malaysia to experience a healthy, educated, and fulfilled life.

END-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

18 December 2023

——————-

SUHAKAM Menzahirkan Kebimbangan Terhadap Usul Pindaan Kewarganegaraan di Malaysia

KUALA LUMPUR (18 DISEMBER 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menzahirkan kebimbangan dengan cadangan Kerajaan untuk meminda beberapa peruntukan mengenai kewarganegaraan di bawah Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan yang dikatakan bertujuan mencegah penyalahgunaan permohonan kewarganegaraan Malaysia. Sehingga kini, SUHAKAM masih tidak diberikan sebarang data atau maklumat mengenai penyalahgunaan atau penyelewangan permohonan tersebut. 

SUHAKAM berpendapat bahawa pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan perlu berlandaskan pendekatan yang berperikemanusiaan untuk kejelasan dan penyelarasan proses permohonan yang lebih baik. SUHAKAM ingin menekankan bahawa pindaan yang dicadangkan, khususnya cadangan untuk membatalkan Seksyen 1(e) dan 2(3) dalam Bahagian II Jadual Kedua, boleh memberi impak negatif kepada kumpulan rentan seperti anak tidak sah taraf, anak tanpa kewarganegaraan yang diambil sebagai anak angkat oleh pasangan warganegara Malaysia dan, kanak-kanak yang dijumpai/terabai. Perubahan ini memberi cabaran yang lebih sukar kepada individu tanpa kewarganegaraan dari satu generasi ke satu generasi di Malaysia.

Pindaan yang dicadangkan ini akan mewujudkan isu tanpa kewarganegaraan yang berpanjangan dan semakin membebankan kerana mereka tidak dapat berdikari, produktif serta menyumbang kepada negara.

Dalam melangkah ke hadapan, SUHAKAM menggesa Kerajaan untuk mengambil pendekatan holistik dan bertimbang rasa dalam menangani isu-isu kewarganegaraan sebegini. Ini termasuk menjalankan penyelidikan menyeluruh mengenai impak pindaan ini dan mengadakan proses perundingan yang komprehensif dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk organisasi masyarakat sivil dan pakar dalam bidang hak kanak-kanak dan tanpa kewarganegaraan. Adalah penting untuk memastikan setiap satu pindaan dipertimbangkan dengan teliti dengan mengambil kira implikasinya yang unik bagi memastikan hak asasi setiap individu, terutamanya kanak-kanak dapat dilindungi.

Kewarganegaraan adalah asas kepada hak asasi manusia, terutamanya bagi kanak-kanak, kerana ia merupakan asas kepada akses hak asasi yang penting seperti pendidikan dan penjagaan kesihatan. Memastikan setiap kanak-kanak memiliki kewarganegaraan bukan sekadar memberikan identiti dari segi undang-undang; ia juga untuk melindungi masa depan dan membolehkan mereka untuk menyumbang sepenuhnya dalam masyarakat. Pindaan kewarganegaraan yang dicadangkan ini perlu disemak secara menyeluruh, selaras dengan nilai-nilai hak asasi manusia yang mencerminkan komitmen Kerajaan terhadap prinsip keadilan dan kesaksamaan. Pendekatan ini akan membolehkan setiap kanak-kanak untuk menikmati kehidupan yang sihat, berilmu dan lebih bermakna.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

18 Disember 2023

Template PS

Kenyataan Media Bersama_SUHAKAM dan ADSP Bersedia Untuk Menyokong Inisiatif Kerajaan untuk Pendidikan Inklusif Kanak-kanak di Malaysia

KUALA LUMPUR (9 DECEMBER 2023) – The Office of the Children’s Commissioner of the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) has jointly hosted a launch on the “Policy Brief on the right to Education of the Refugee and Stateless Children” with our partner, United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) and Asia Displacement Solutions Platform (ADSP), supported by the European Union Civil Protection Humanitarian Aid (ECHO).

The policy brief is a product of the Roundtable Table Discussion held on 10 May 2023 that gathered the diverse opinion and comment of public stakeholders. It seeks to explore the gaps and challenges currently faced by refugee and stateless children in receiving education in Malaysia. It also presents a menu of recommendatory and alternative resolutions to the government in providing a more secure and enhanced quality of education to children from different walks of life.

OCC would like to extend our gratitude to the Minister of Education, YB Puan Fadhlina Sidek for her congratulatory message to the launch. We welcome her message and MADANI Government’s effort and commitment to realise the right to receive education of all children in Malaysia with a multi-pronged approach.

However, among the plethora of recommendations and in light of the current socioeconomic development, SUHAKAM and ADSP urge the government as below:

1. to progressively recognize the Alternative Learning Centre (ALC) and Community Learning Centre (CLC) in Malaysia as the preliminary means of increasing the access of refugee and stateless children of non-Malaysian parents;

2. to loosen the requirement and expedite the enrolment of stateless children of Malaysian parents in the public school through the issuance of temporary document;

3. to work towards ensuring all children have equal access to free and compulsory education regardless of citizenship as a long-term solution.

Malaysia still falls short of adopting a full conceptualization of children’s rights in the public education system without fulfilling the basic access to education to all children. A child-centric and systemic education services could mend the social safety net that captures any child fall through the cracks.

Encouragingly, education can serve as an accessible line of protection from any harmful practices or childhood-depriving situations such as child labour and child marriage. It consequentially diminishes the prevalence of child poverty and child malnutrition, relieving the overstretched child protection services provided. Thus, creating a sustainable solution that enhances the children ecosystem in Malaysia.

Indeed, the absence of education diminishes the prospects of qualifying for resettlement and hinders socio-economic integration. Additionally, for families contemplating safe, dignified and voluntary repatriation, guaranteeing uninterrupted education for their children is imperative. This not only fosters individual growth but also contributes to the broader goal of sustainably rebuilding communities upon return to their country of origin.

SUHAKAM and ADSP stand ready to assist and advise government further in creating an enabling and inclusive environment for all children to receive not only education but also of the highest standard. Despite our respective democratic functions, the complementarity nature found within the public and private stakeholders requires a joint effort which allows us to urgently respond to the non-negotiable standard of care to every child in Malaysia.

-TAMAT-

—————–

SUHAKAM dan ADSP Bersedia Untuk Menyokong Inisiatif Kerajaan untuk Pendidikan Inklusif Kanak-kanak di Malaysia

KUALA LUMPUR (9 DISEMBER 2023) – Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah menganjurkan pelancaran ringkasan dasar mengenai hak pendidikan kanak-kanak pelarian dan tanpa kewarganegaraan dengan penganjur bersama, Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) serta Asia Displacement Solutions Platform (ADSP) dengan sokongan daripada European Union Civil Protection Humanitarian Aid (ECHO).

Ringkasan dasar ini adalah hasil daripada Perbincangan Meja Bulat bertarikh 10 Mei 2023 yang mengumpulkan pelbagai pandangan serta ulasan daripada pemegang taruh dan orang awam. Selain itu, ia turut menyelusuri jurang dan cabaran yang kini dihadapi oleh kanak-kanak pelarian dan tanpa kewarganegaraan untuk mendapatkan akses kepada pendidikan di Malaysia. Ia juga turut membentangkan senarai syor dan penyelesaian alternatif kepada Kerajaan dalam memberikan pendidikan yang lebih selamat dan berkualiti kepada kanak-kanak daripada pelbagai latar belakang.  

OCC menzahirkan penghargaan kepada Menteri Pendidikan, YB Puan Fadhlina Sidek atas kesudian beliau menyampaikan mesej dan ucapan tahniah dalam majlis pelancaran tersebut. Kami menyambut baik mesej beliau dan usaha kerajaan MADANI serta komitmen dalam merealisasikan hak untuk mendapatkan pendidikan melalui pelbagai pendekatan kepada semua kanak-kanak di Malaysia.  

Mengambil kira perkembangan sosioekonomi pada masa kini, SUHAKAM dan ADSP dengan ini menggesa Kerajaan untuk mempertimbangkan syor seperti berikut:

1.            Mengiktiraf Pusat Pembelajaran Alternatif (ALC) dan Pusat Pembelajaran Komuniti (CLC) di Malaysia sebagai laluan awal untuk meningkatkan akses pendidikan kanak-kanak pelarian dan tanpa kewarganegaraan yang lahir dalam kalangan ibu bapa bukan warganegara Malaysia;

2.            Melonggarkan syarat dan mempercepatkan pendaftaran kanak-kanak tanpa kewarganegaraan daripada ibu bapa warganegara Malaysia di sekolah awam melalui pengeluaran dokumen sementara;

3.            Usaha untuk memastikan semua kanak-kanak menerima akses yang saksama kepada pendidikan percuma dan wajib tanpa mengira kewarganegaraan, sebagai satu penyelesaian jangka panjang.  

Malaysia masih lagi ketinggalan dalam mengguna pakai konsep hak kanak-kanak dalam sistem pendidikan awam yang turut merangkumi akses kepada pendidikan asas. Perkhidmatan yang sistemik dan berpaksikan kepada kanak-kanak boleh memperbaiki jaringan keselamatan sosial yang dapat menyelamatkan kanak-kanak daripada terperangkap dalam jurang yang sedia ada.  

Pendidikan berfungsi sebagai perlindungan yang boleh diakses oleh kanak-kanak bagi mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa situasi yang tidak diingini seperti buruh kanak-kanak dan perkahwinan bawah umur. Ia juga boleh merendahkan kadar kemiskinan dan kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak serta mengurangkan tekanan kepada penyedia perkhidmatan perlindungan kanak-kanak. Ini sekaligus dapat menjadi penyelesaian yang mampan dan meningkatkan eksosistem kanak-kanak di Malaysia. 

Ketiadaan pendidikan mengurangkan peluang kelayakan kanak-kanak dalam proses penempatan semula dan menghalang integrasi sosio-ekonomi merekan. Pendidikan amat penting bagi keluarga yang sedang mempertimbangkan repatriasi secara selamat, bermaruah dan sukarela. Ini bukan sahaja memupuk pertumbuhan sahsiah kanak-kanak tetapi juga menyumbang kepada matlamat yang lebih meluas dalam pembangunan semula komuniti apabila mereka kembali ke negara asal. 

SUHAKAM dan ADSP bersedia untuk membantu dan menasihati Kerajaan dalam usaha untuk mewujudkan suasana yang inklusif dan berdaya maju agar semua kanak-kanak dapat menerima pendidikan yang berkualiti tinggi. Meskipun mempunyai fungsi demokrasi tersendiri, ciri saling melengkapi antara pemegang taruh awam dan swasta memerlukan usahasama yang membolehkan kita untuk segera mengambil tindakan bagi memelihara piawaian penjagaan semua kanak-kanak di Malaysia.

-TAMAT-

ENG

Press Statement No. 46-2023_SUHAKAM Calls for Combating Against Racial Discrimination in 22nd OIC-IPHRC Session

JEDDAH, KINGDOM OF SAUDI ARABIA (30 NOVEMBER 2023) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) participated in the 22nd Regular Session of the Independent Permanent Human Rights Commission (IPHRC) of the Organization of Islamic Cooperation (OIC) held in Jeddah, Kingdom of Saudi Arabia from 26-30 November 2023. The session was attended by various stakeholders including IPHRC members, experts from international organizations, representatives of OIC Member and Observer States including their respective National Human Rights Institutions (NHRIs).

A thematic debate on ‘Elimination of Racial Discrimination: An Islamic and Human Rights Perspective’ was jointly organized by OIC-IPHRC in collaboration with the Saudi Human Rights Commission (SHRC) during the Session to discuss on measures to be taken to address the growing scourge of discrimination, including racial discrimination and its various contemporary manifestations. SUHAKAM, represented by Commissioner Puan Nazira Abdul Rahim delivered an intervention statement.

“Racism, racial discrimination and xenophobia have no place in any society and the failure to tackle this issue may lead to a more violent situation as is currently happening in Palestine. Implied acceptance and condonation of powerful Nations to the practice of apartheid, illegal occupation, denial of basic human needs and collective punishment against Palestinian civilians, half of them children, is condemned by SUHAKAM. Indeed, the violence that has led to the loss of life, annihilation of whole families would only cause despair and trauma that will last forever. The acts of terror, the killings, destroying public infrastructure including health facilities inside Gaza, residential buildings and places of worship are serious violations of the laws and customs applicable in international armed conflict, within the established framework of international law”.

The key recommendations of the debate will be finalized by the SHRC and to be consolidated into an outcome document to encourage dialogue and sharing of best practices in combating racial discrimination. It is crucial to foster a culture of tolerance, equality and non-discrimination towards developing a just, peaceful and sustainable society in the future and in achieving this, the enactment of relevant laws that focus on improving, safeguarding and encouraging beneficial race/ethnic relations should be in place. The execution of these laws should be effectively monitored in order to promote national harmony, unity, reconciliation, integration and non-discrimination in the society. In view of this and the launch of the National Unity Action Plan 2021-2030 in 2021, SUHAKAM calls for the Government to re-visit the decision to discontinue the National Harmony and Reconciliation Commission Bill.

In embracing the spirit of Article 8 of the Federal Constitution as the cornerstone of constitutional protection of equality and non-discrimination, SUHAKAM calls for all parties to be at the forefront in combating racism, racial discrimination and xenophobia in Malaysia. SUHAKAM will continue to engage OIC-IPHRC and other relevant stakeholders to organise awareness activities, consultations and programmes to address growing issues of racism discrimination, racism and xenophobia.

END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)30 November 2023

——————

SUHAKAM Seru Memerangi Diskriminasi Kaum dalam Sesi Mesyuarat IPHRC-OIC Ke-22

JEDDAH, KERAJAAN ARAB SAUDI (30 NOVEMBER 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah mengambil bahagian dalam Mesyuarat Ke-22 Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (IPHRC), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dari 26 hingga 30 November 2023. Sesi ini dihadiri oleh pihak-pihak berkepentingan termasuk wakil IPHRC, pakar daripada organisasi antarabangsa, wakil OIC serta negara pemerhati termasuk Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRI).

Satu perbahasan tematik tentang ‘Penghapusan Diskriminasi Kaum: Perspektif Islam dan Hak Asasi Manusia’ anjuran bersama IPHRC-OIC dengan kerjasama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Arab Saudi (SHRC) dalam satu sesi, telah membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menangani bahana diskriminasi yang semakin meningkat, termasuk diskriminasi kaum dan pelbagai manifestasinya yang kontemporari. SUHAKAM, yang diwakili oleh Pesuruhjaya Puan Nazira Abdul Rahim telah menyampaikan satu kenyataan intervensi.

“Rasisme, diskriminasi kaum dan xenofobia tidak mempunyai tempat dalam mana-mana masyarakat bertamadun dan kegagalan untuk menangani isu ini boleh membawa kepada situasi yang lebih ganas seperti yang sedang berlaku di Palestin. Penerimaan dan pengampunan negara kuasa besar terhadap amalan apartheid, pendudukan haram, keperluan asas manusia yang dinafikan dan hukuman secara kolektif terhadap orang awam di Palestin, separuh daripada mereka adalah kanak-kanak, dikutuk oleh SUHAKAM. Sesungguhnya, keganasan yang menyebabkan kehilangan nyawa, kemusnahan keseluruhan keluarga hanya akan menyebabkan kehilangan harapan dan trauma yang berkekalan. Tindakan keganasan, pembunuhan, kemusnahan infrastruktur awam termasuk kemudahan kesihatan di Gaza, bangunan kediaman dan rumah ibadat adalah pelanggaran serius terhadap undang-undang dan adat yang berlaku dalam konflik bersenjata antarabangsa, ke dalam rangka kerja undang-undang antarabangsa yang ditetapkan”.

Cadangan-cadangan utama dalam perbahasan akan dimuktamadkan oleh SHRC dan disatukan ke dalam satu dokumen yang dipersetujui bagi menggalakkan dialog dan perkongsian amalan terbaik dalam memerangi diskriminasi kaum. Adalah penting untuk memupuk budaya toleransi, kesaksamaan dan tiada diskriminasi ke arah membangunkan masyarakat yang adil, aman dan mampan pada masa hadapan, dalam mencapai matlamat ini, penggubalan undang-undang berkaitan yang memberi tumpuan kepada penambahbaikan, melindungi dan menggalakkan hubungan kaum/etnik yang bermanfaat harus diwujudkan. Pelaksanaan undang-undang ini perlu dipantau secara berkesan bagi menggalakkan keharmonian negara, perpaduan, rekonsiliasi, integrasi dan tiada diskriminasi dalam masyarakat. Melihat Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 pada tahun 2021 serta keadaan semasa, SUHAKAM menyeru kepada Kerajaan untuk melihat semula keputusan Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional yang telah dihentikan sebelum ini.

Dalam membawa Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan sebagai asas perlindungan perlembagaan untuk kesaksamaan dan tiada diskriminasi, SUHAKAM menyeru semua pihak untuk memerangi perkauman, diskriminasi kaum, dan xenofobia di Malaysia. SUHAKAM juga akan terus bekerjasama dengan OIC-IPHRC dan pihak berkepentingan lain yang berkaitan untuk menganjurkan beberapa aktiviti kesedaran, konsultasi, serta program yang bertujuan untuk menangani isu-isu perkauman dan xenofobia yang semakin meningkat.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

30 November 2023

3

Press Statement No. 45-2023_ SUHAKAM Bill 2023 Marks Milestone in Empowering Human Rights in Malaysia

KUALA LUMPUR (29 NOVEMBER 2023) – The first reading of the Human Rights Commission of Malaysia Amendment Bill 2023 (SUHAKAM Bill 2023) on 27 November 2023 marked a significant milestone and today, the second reading will determine the future of human rights in Malaysia and simultaneously reflect the Government’s commitment and aspiration towards the protection of human rights in the country. 

SUHAKAM wishes to express its gratitude to YB Dato’ Sri Azalina Binti Othman Said, Minister in the Prime Minister’s Department (Law and Institutional Reform) for her relentless effort in bringing the Human Rights agenda forward through institutional reforms. We also wish to convey our sincere appreciation to the Legal Affairs Division of the Prime Minister’s Department (BHEUU) for conducting the engagement session with Members of Parliament (MPs) and Senators to present the proposed amendments. The session has served as a platform for MPs and Senators to share their views and concerns over the 11 proposed amendments aimed at strengthening the role and authority of the Commission, to better safeguard and promote human rights within the country. SUHAKAM takes this opportunity to thank all representatives for their commitment and support to empower the Commission through legislative changes.

This Bill, which seeks to reinforce the role and authority of SUHAKAM, was designed to ensure diverse representation and establish an independent, integral organization to effectively address human rights issues across Malaysia. It is important for SUHAKAM, as an independent NHRI to reflect on the balanced composition of the Commissioners that have the ability to promote and protect the rights of children, women and persons with disabilities. In addition to this, the Bill will also strengthen the role of the Children Commissioner by institutionalizing and expanding the Office of Children’s Commissioner (OCC) within SUHAKAM. Cementing the existence of the OCC within SUHAKAM gives legitimacy and certainty from the Government to the public on our commitment to protect and promote children’s rights.

SUHAKAM would like to thank all stakeholders including the Government Agencies, CSOs and NGOs for their cooperation, contribution and unwavering effort in the preparation of this comprehensive amendment to SUHAKAM founding Act (SUHAKAM Act 1999). In anticipating the Bill’s second reading, SUHAKAM recognizes the crucial role it plays in further empowering the organization and augmenting its capabilities in upholding and advancing human rights in Malaysia. SUHAKAM will continue to carry out it functions independently and with integrity by ensuring continuous accountability in promoting and protecting human rights in Malaysia.

END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)29 November 2023

——————-

RUU SUHAKAM 2023, Tanda Aras Pencapaian Dalam Memperkasakan Hak Asasi Manusia di Malaysia

KUALA LUMPUR (29 NOVEMBER 2023) – Bacaan pertama Rang Undang-Undang Pindaan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 2023 (RUU SUHAKAM 2023) pada 27 November 2023 merupakan satu peristiwa penting dan hari ini, bacaan kedua akan menentukan masa depan hak asasi manusia di Malaysia dan sekaligus mencerminkan komitmen dan aspirasi kerajaan terhadap perlindungan hak asasi manusia di negara ini. 

SUHAKAM ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Dato’ Sri Azalina Binti Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) atas usaha beliau dalam membawa agenda hak asasi manusia melalui reformasi institusi. Kami juga ingin menzahirkan penghargaan kepada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) yang mengadakan sesi libat urus dengan Ahli Parlimen (Ahli Parlimen) dan Senator untuk membentangkan pindaan yang dicadangkan. Sesi ini telah menjadi  satu platform untuk berkongsi pandangan terhadap 11 pindaan yang dicadangkan yang bertujuan untuk mengukuhkan peranan dan kuasa Suruhanjaya, bagi melindungi dan mempromosikan hak asasi manusia di negara ini dengan lebih baik. SUHAKAM mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua wakil atas komitmen dan sokongan mereka untuk memperkasakan Suruhanjaya melalui perubahan legislatif.

RUU yang bertujuan untuk mengukuhkan peranan dan kuasa SUHAKAM ini dibentuk supaya  Pesuruhjaya yang dilantik adalah terdiri daripada  pelbagai latar belakang.  Di samping itu,  RUU ini akan dapat memastikan SUHAKAM berfungsi sebagai sebuah organisasi bebas dan bersepadu untuk menangani isu hak asasi manusia secara berkesan di Malaysia. Kebebasan sesebuah NHRI adalah penting sebagai penyeimbang komposisi antara Pesuruhjaya dalam mempromosi dan melindungi hak kanak-kanak, wanita dan orang kurang upaya. Justeru, RUU ini akan turut bertindak sebagai pengukuh peranan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak (OCC) dalam SUHAKAM, sebagai tanda aras komitmen Kerajaan dalam melindungi dan mempromosi hak kanak-kanak kepada orang ramai

SUHAKAM mengucapkan terima kasih kepada pihak berkepentingan termasuk agensi kerajaan, CSO dan NGO atas kerjasama, sumbangan dan usaha yang tidak berbelah bahagi dalam penyediaan pindaan komprehensif Akta SUHAKAM 1999 (Akta 597). Dalam bacaan kedua rang undang-undang ini, SUHAKAM sedar akan kepentingan peranannya dalam memperkasa organisasi dan meningkatkan keupayaannya dalam menegak dan memajukan hak asasi manusia di Malaysia. SUHAKAM akan terus menjalankan fungsinya secara bebas dan berintegriti dengan memastikan akauntabiliti yang berterusan terhadap perjuangan hak asasi manusia di Malaysia.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)29 November 2023

Template PS (15)

Press Statement No. 44-2023_A Decade After National Inquiry – Striding towards Respect and Recognition for the Orang Asal & Orang Asli

KUALA LUMPUR (17 NOVEMBER 2023) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) in 2010, had conducted its first ever National Inquiry on the Land Rights of Orang Asal/Asli (NI) in Malaysia. The NI process was completed in 2012 and the report on its findings was subsequently published in 2013. The report which contains 18 recommendations was presented to the Cabinet on 19 July 2013 and 17 recommendations were then adopted by the Government.

While SUHAKAM welcomes the establishment of the Special Cabinet Committee in 2015 to look into the NI recommendations, SUHAKAM is deeply concerned on the delay of the implementation which resulted in continuous violations of the rights of the Orang Asal/Asli, especially the encroachment on their customary lands for logging, agriculture and development purposes.

Since its inception, SUHAKAM has been a staunch advocate for the rights of the Orang Asal/Asli communities. Our advocacy has always been directed at empowering them to fully exercising their rights. SUHAKAM firmly believe that these communities should enjoy the right to maintain and practice their distinctive culture, occupy and manage their ancestral lands, and determine their development patterns according to their needs and aspirations. Above all, we continue to ensure that their fundamental rights, as with all other citizenry, are upheld and defended.

10 years has passed and on 16 November 2023, SUHAKAM has organised a forum titled: ‘Sedekad Selepas Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asal/Asli’. The forum, attended by 150 participants, aims to assess implementation progress of the recommendations, to discuss Orang Asal/Asli’s rights violations and recommendations on ways to address pressing issues related to their fundamental rights. Among other issues highlighted from the forum are:

  1. Parliamentary and/or State level discussion to deliberate the NI recommendations;
  2. Government to re-examine the establishment of a National Commission or Customary Land Tribunal to address issues related to Orang Asal/Asli;
  3. For the court decisions to be codified to ensure legal guarantees;
  4. Legal recognition and protection for Orang Asli/Asal to have proper land ownership, to enjoy their cultural practices and self determination;
  5. SUHAKAM to be involved in the discussions relating to amendments of acts or policies with regard to Orang Asal/Asli;
  6. To transform the current cabinet level committee into a Council with significantly broader authority and capabilities;
  7. To empower the community’s knowledge on their right to ‘customary territories.
  8. To develop a complaint and resolution mechanism that is both transparent and accountable in order to promptly address issues as they arise.

SUHAKAM looks forward for the Government to continue addressing issues concerning Orang Asal/Asli and to take immediate action on the implementation of the NI recommendations. SUHAKAM stands ready to work together with all relevant stakeholders, including JAKOA, to drive initiatives that genuinely promote the well-being and progress of the Orang Asal/Asli communities. Respecting their unique cultural and social identities, survival, dignity and well-being, SUHAKAM calls for the total involvement of Orang Asal/Asli in consultations and discussions on issues relating them.

END-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

17 November 2023

——————–

Sedekad Selepas Inkuiri Nasional-Melangkah ke Arah Menghormati dan Pengiktirafan Hak Orang Asal& Orang Asli

KUALA LUMPUR (17 NOVEMBER 2023) – Pada tahun 2010, SUHAKAM, buat julung kalinya, telah menjalankan satu Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asal/Asli (Inkuiri Nasional) di Malaysia. Proses Inkuiri Nasional ini tamat pada tahun 2012 dan laporannya telah diterbitkan pada tahun 2013. Laporan yang mengandungi 18 syor telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 19 Julai 2013 dan sebanyak 17 syor telah diterima pakai oleh Kerajaan.

SUHAKAM menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet pada tahun 2015 untuk meneliti syor-syor Inkuiri Nasional. Walaubagaimanapun, SUHAKAM khuatir dengan kelewatan dalam pelaksanaan syor-syor Inkuiri Nasional yang mengakibatkan pelanggaran hak asasi yang berterusan terhadap Orang Asal/Asli, terutamanya pencerobohan terhadap tanah adat mereka untuk tujuan pembalakan, pertanian dan pembangunan.

Sejak penubuhannya, SUHAKAM teguh menegakkan hak-hak asasi masyarakat Orang Asal/Asli. Advokasi SUHAKAM sentiasa berpandukan ke arah memperkasakan komuniti ini agar mereka dapat menikmati hak yang sewajarnya. SUHAKAM percaya bahawa mereka mempunyai hak untuk mengekalkan dan mengamalkan budaya, menduduki tanah turun temurun mereka dan menentukan corak pembangunan mereka. SUHAKAM akan terus memastikan hak asasi mereka diperkukuh dan dipertahankan, sama seperti warganegara yang lain.

10 tahun telah berlalu dan pada hari ini, SUHAKAM telah mengadakan sebuah forum bertajuk ‘Sedekad Selepas Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asal/Asli’. Forum yang dihadiri oleh 150 peserta ini bertujuan untuk mengkaji semula status pelaksanaan syor-syor, untuk membincangkan isu-isu pelanggaran hak asasi Orang Asal/Asli dan mengesyorkan tindakan untuk menangani isu berkaitan hak asasi mereka. Antara isu-isu yang dibincangkan dari forum hari ini adalah:

  1. Syor-syor NI perlu dibahaskan di Parlimen , mahupun di perundangan negeri-negeri;
  2. Keperluan untuk meneliti semula penubuhan satu suruhanjaya kebangsaan atau tribunal kebangsaan untuk mengendalikan isu-isu Orang Asal/Asli;
  3. Keputusan kes-kes mahkamah harus dikodifikasikan dalam undang-undang untuk memastikan jaminan undang-undang;
  4. Pengiktirafan undang-undang dan perlindungan hak Orang Asal/Asli untuk memastikan jaminan pemilikan tanah, hak budaya, dan hak menentukan halatuju sendiri;
  5. Melibatkan SUHAKAM dalam pindaan akta atau dasar mengenai Orang Asal/Asli;
  6. Memperkasa pengetahuan masyarakat Orang Asal/Asli mengenai ‘wilayah adat’.
  7. Membangunkan satu mekanisme aduan dan penyelesaian yang telus dan bertanggungjawab untuk menangani isu-isu yang bangkit.

SUHAKAM berharap agar kerajaan meneruskan komitmennya untuk menangani isu-isu Orang Asal/Asli dan mengambil tindakan segera terhadap pelaksanaan syor-syor Inkuiri Nasional. SUHAKAM bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan yang berkaitan, termasuk JAKOA, untuk memacu inisiatif yang menggalakkan kesejahteraan dan kemajuan masyarakat Orang Asal/Asli. Dalam menghormati identiti budaya dan sosial yang unik, kelangsungan hidup, maruah dan kesejahteraan, SUHAKAM menyeru penglibatan sepenuhnya Orang Asal/Asli dalam perundingan dan perbincangan mengenai isu-isu yang berkaitan dengannya.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

17 November 2023

Template PS (13)

Press Statement No. 43-2023_Death Penalty- SUHAKAM Applauds Government’s Commitment to Restorative Justice , Urges Further Reforms for Procedural Fairness

KUALA LUMPUR (16 NOVEMBER 2023) – The Human Rights Commission of Malaysia

(SUHAKAM) welcomes the Government’s move to review sentences following the Mandatory

Sentencing Abolition Act 2023 [Act 846]. This transformative event underlines the Government’s commitment to embracing and promoting the principles of restorative justice

within our criminal justice system. SUHAKAM believes this step echoes the Government’s  earnest commitment to affirm and protect universal human rights.

SUHAKAM takes this opportunity to extend our appreciation to members of the “Special Committee to Review Alternative Sentences to the Mandatory Death Penalty” including our former Commissioner, Dato’ Mah Weng Kwai and our Children’s Commissioner, Dr. Farah Nini Dusuki for their relentless efforts and contribution in the preparation of the report that led to the abolition of the mandatory death penalty for 11 mandatory offences earlier this year.

While SUHAKAM commends the historic decision by the Federal Court in hearing the review

applications by convicts on death row and serving natural life imprisonment which resulted in the commutation of their sentences, SUHAKAM is concerned with the limited time allocated for the review application process. In particular, the time frame for the applicant and the lawyer to file a comprehensive review application which includes filing affidavits from family members, obtaining documents of past convictions that may not be readily available, and preparing a strong case for the review.

In addressing these challenges, we urge for the Government to review procedure and the

timeline of filing the cause papers to give ample time for lawyers and applicants to prepare

their case to ensure procedural fairness and due process for all parties involved. SUHAKAM calls for the review process to provide justice not only substantively to the applicant but also procedurally.

While the death penalty still exists within our jurisdiction, this hints at the unmistakable and

progressive strides towards cultivating a more just, balanced, and equitable justice system.

END-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

16 November 2023

—————

Hukuman Mati-SUHAKAM Puji Komitmen Kerajaan Terhadap Keadilan Restoratif, Juga Gesa Pembaharuan untuk Keadilan Prosedur

KUALA LUMPUR (16 NOVEMBER 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menyambut baik keputusan Kerajaan untuk semakan hukuman susulan dari Akta Pemansuhan Hukuman Mandatori 2023 [Akta 846]. Langkah progresif yang bersejarah ini menunjukkan komitmen Kerajaan terhadap prinsip keadilan restoratif dalam sistem keadilan jenayah dan perlindungan kepada hak asasi manusia sejagat.

SUHAKAM mengambil peluang ini untuk menyampaikan penghargaan kepada ahli-ahli Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori termasuk mantan Pesuruhjaya, Dato’ Mah Weng Kwai dan Pesuruhjaya Kanak-Kanak SUHAKAM, Dr. Farah Nini Dusuki atas usaha dan sumbangan mereka yang dalam penyediaan laporan yang membawa kepada pemansuhan hukuman mati mandatori bagi 11 kesalahan pada awal tahun ini.

Keputusan Mahkamah Persekutuan untuk mendengar permohonan semakan semula hukuman mati yang dikemukakan oleh banduan dan digantikan dengan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat disambut baik oleh SUHAKAM. Walaubagaimanapun, SUHAKAM bimbang dengan peruntukan tempoh masa yang agak terhad untuk proses permohonan semakan yang dikhuatiri tidak mencukupi bagi pemohon dan peguam untuk memfailkan permohonan semakan komprehensif, termasuk pemfailan afidavit daripada ahli keluarga, mendapatkan dokumen-dokumen sabitan lampau yang mungkin tidak dapat diperolehi dengan segera serta penyediaan kes yang kukuh untuk semakan.

Untuk menangani cabaran ini, SUHAKAM menggesa Kerajaan untuk menilai semula prosedur dan tempoh masa untuk memfailkan kertas kausa bagi memberikan masa yang mencukupi untuk peguam dan pemohon menyediakan kes mereka. Ini bagi memastikan keadilan dari aspek prosedur dan proses undang-undang yang sewajarnya. SUHAKAM menyeru agar proses semakan ini dapat memberikan keadilan, bukan hanya kepada pemohon tetapi juga keadilan dari segi prosedur.

Walaupun hukuman mati masih kekal dalam sistem pentadbiran jenayah, SUHAKAM melihat langkah semakan ini sebagai satu usaha progresif ke arah menyemai sistem keadilan yang lebih seimbang dan saksama.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

16 November 2023

Template PS (9)

Press Statement No. 42-2023_Child Death Left in Cars-Children Commissioner’s Urges Immediate Action and Awareness

KUALA LUMPUR (14 NOVEMBER 2023) – The Children’s Commissioner of the Human Rights Commission (SUHAKAM) is distraught over the recent vehicular-related hyperthermia deaths of children resulting from being left unattended in the car. 

It is prudent to recognise that the over-reliance on advanced child safety features has gradually taken away the innate vigilance and hinders our memories resulting in enhancing the parents’ forgetfulness. Whilst the popularisation of rear-facing car seats has improved the car safety of children, it has collaterally given rise to preventable incidences.

Statistics and studies have shown that these needless deaths of children happen largely to babies below 3 years, taking into account their underdeveloped responses to threats and risks. Parents are warned against complacency and the common belief that incidents alike would never happen to them.

Prevention efforts should be ramped up by all relevant stakeholders especially the Ministry of Transport to create a nationwide campaign warning parents and public on this issue. The automotive and child-care industries including baby stores are encouraged to step up in addressing and advertising the risks of foregoing deaths owing to their potential commercial relationship that allows raising awareness among their clients.

Section 31 of the Child Act 2001 [Act 611] is in place to be enforced on any incidence that negligently places children’s safety and lives at risk. Prosecutors are urged to join forces to educate and mainstream this issue within their informative and prosecutorial role as an agent of deterrent to the communities. Parents are strongly advised to routinely check on the safety and presence of their children and avoid taking granted on safety of the children.

-TAMAT-

Dr Farah Nini Dusuki

Children’s Commissioner  14 November 2023

———————-

Kematian Kanak-kanak dalam Kereta-Pesuruhjaya Kanak-kanak Gesa Tindakan Segera untuk Kesedaran dan Penguatkuasaan

KUALA LUMPUR (14 NOVEMBER 2023) – Pesuruhjaya Kanak-Kanak, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) amat berdukacita dengan siri tragedi kematian kanak-kanak akhir-akhir ini akibat hipertermia kerana ditinggalkan tanpa pengawasan di dalam kereta.

Kebergantungan kepada kecanggihan ciri keselamatan kanak-kanak dalam kereta dilihat telah mengurangkan sifat waspada dalam diri dan mendorong ibu bapa menjadi lebih alpa. Walaupun penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak yang meluas dapat meningkatkan keselamatan kanak-kanak dalam kereta, hal ini telah menyumbang kepada peningkatan insiden kecuaian yang seharusnya boleh dielakkan ini.

Statistik dan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan kes kematian kanak-kanak dalam kereta berlaku kepada bayi yang berumur 3 tahun ke bawah. Hal ini disebabkan oleh kurangnya tindak balas mereka terhadap ancaman dan risiko. Ibu bapa diingatkan supaya tidak berasa terlalu selesa dan yakin bahawa tragedi yang sama tidak akan berlaku kepada mereka.

Usaha pencegahan harus diperluaskan lagi oleh semua pihak berkepentingan terutamanya Kementerian Pengangkutan dengan mengadakan kempen untuk memberi peringatan kepada ibu bapa dan orang ramai mengenai isu ini. Selain itu, industri automotif dan mereka yang terlibat dengan penjagaan kanak-kanak termasuklah kedai barangan bayi digalakkan untuk turut tampil menangani isu ini dengan menyebarluas risiko kematian sebegini kepada rangkaian komersial bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelanggan mereka.

Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] perlu dikuatkuasakan terhadap insiden atau kes yang merisikokan keselamatan dan nyawa kanak-kanak disebabkan oleh kecuaian. Pihak pendakwaraya digesa untuk bersama-sama mendidik masyarakat dan mengarusperdanakan isu ini dalam bidang kuasa mereka. Selain itu, ibu bapa diingatkan supaya sentiasa melakukan pemeriksaan rutin terhadap keselamatan serta keberadaan anak-anak dan tidak mengambil mudah mengenai isu keselamatan mereka.

-TAMAT-

Dr Farah Nini Dusuki

Pesuruhjaya Kanak-Kanak 14 November 2023

Template PS (2)

Press Statement No. 41-2023_Impact of Palestinian-Israeli War, SUHAKAM Calls for Comprehensive Framework to Address Refugee Issue in Malaysia

KUALA LUMPUR (8 NOVEMBER 2023) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is devastated with the escalating conflict between Palestine and Israel, which verge upon the act of genocide. During a recent visit to the Embassy of the State of Palestine, SUHAKAM was informed that the daily attacks on Palestine have led to a distressing surge in the loss of lives in just 30 days after the war began. The casualty count in Gaza has now exceeded 10,000 of which 4,800 are children. It is estimated that the remains of approximately 2,660 individuals and 1,270 missing children lay beneath building rubbles.

In light of the above, SUHAKAM wishes to draw attention to the increasingly pressing issue of Palestine refugees fleeing conflict and seeking refuge in Malaysia. There are sizable Palestinian refugees communities including children and young adults in Serdang, Kajang, Gombak, Ampang and Klang Valley who do not have access to education or face prohibitive procedural requirements. The development of a comprehensive and robust framework is needed to better handle the influx of refugees, particularly those fleeing Palestine and other war-torn regions. It is essential for Malaysia to formulate strategies and policies that take into account our humanitarian duty, national interests, and the principle of non-refoulement under international human rights law.

The principle of non-refoulement guarantees that no one should be returned to a country where they would face persecution, torture, cruel, inhuman or degrading treatment, or punishment and other irreparable harm. This principle applies to all refugees and asylum seekers. The framework should ensure refugees’ access to rights and essential services such as healthcare, education, and employment. This involves addressing intricate issues, such as the status of refugees who finish their studies in Malaysia. We need clear guidelines on whether they must leave the country after graduation and the conditions for re-entry. For instance, in higher education, the requirement for refugee students to return to their home country before switching to other Malaysian higher institutions should be removed. In other words, new policies should enable, create bridges, not hurdles, for positive improvements.

It is essential for Malaysia to revise existing policies and formulate strategies that consider the amendment of employment laws and the immigration act to accommodate refugees, enabling them to contribute to our society while upholding their dignity and rights under the umbrella of non-refoulement.

Regardless of Malaysia’s stand on the 1951 Refugee Convention, it is a humanitarian issue that we must all come together to address. It is our collective responsibility as a nation and as global citizens to ensure the wellbeing of all those who find themselves without a homeland, seeking refuge on our land.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

8 November 2023

————————

Kesan Perang Palestin-Israel,SUHAKAM Seru Bangunkan Rangka Kerja Komprehensif untuk Menangani Isu Pelarian di Malaysia

KUALA LUMPUR (8 NOVEMBER 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) amat terkesan dengan konflik menyerupai pembunuhan beramai-ramai yang semakin meruncing antara Palestin dan Israel, Semasa lawatan ke Kedutaan negara Palestin baru-baru ini, SUHAKAM dimaklumkan bahawa  serangan harian ke atas Palestin telah menyebabkan lonjakan jumlah kehilangan nyawa hanya dalam 30 hari selepas perang bermula. Jumlah korban di Gaza kini melebihi 10,000 di mana 4,800 adalah kanak-kanak. Dianggarkan bahawa kira-kira 2,660 individu dan 1,270 kanak-kanak masih hilang di bawah runtuhan bangunan.

Oleh yang demikian, SUHAKAM ingin menarik perhatian mengenai isu yang semakin mendesak dalam kalangan pelarian Palestin yang melarikan diri dari konflik dan mencari perlindungan di Malaysia. Terdapat komuniti pelarian Palestin termasuk kanak-kanak dan belia di Serdang, Kajang, Gombak, Ampang dan Lembah Klang yang tidak mempunyai akses kepada pendidikan atau sedang menghadapi pelbagai kesukaran. Melihat kepada isu ini, satu pembangunan rangka kerja yang komprehensif dan kukuh amat diperlukan untuk menangani kemasukan pelarian, terutamanya mereka yang melarikan diri dari Palestin dan negara lain yang dilanda perang. Adalah penting bagi Malaysia untuk merumuskan satu strategi dan dasar yang mengambil kira aspek kemanusiaan, kepentingan negara, dan prinsip tiada penghantaran pulang paksa (non-refoulement principle) di bawah undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.

Prinsip yang terpakai kepada semua pelarian dan pencari suaka ini menjamin bahawa tiada sesiapa harus dihantar pulang ke negara asal di mana mereka akan mengalami penindasan, penyeksaan, perlakuan kejam, tidak berperikemanusiaan atau merendahkan termasuk hukuman dan kemudaratan lain. Rangka kerja ini perlu mengutamakan hak berkaitan akses kesihatan, pendidikan, dan pekerjaan. Ini termasuk isu-isu rumit seperti status pelajar pelarian yang tamat pengajian di Malaysia. Sebagai contoh, dalam pendidikan tinggi, pelajar pelarian disyaratkan untuk kembali negara asal mereka sebelum beralih ke institusi  pendidikan tinggi Malaysia yang lain. Syarat ini harus dihapuskan dan garis panduan yang lebih jelas perlu diwujudkan. Dengan erti kata lain, dasar baharu harus lebih mudah dah tidak menyulitkan serta menuju ke arah penambahbaikan yang lebih positif.

Adalah penting bagi Malaysia untuk menyemak semula dasar sedia ada dan merangka strategi yang mempertimbangkan pindaan undang-undang pekerjaan dan Akta Imigresen untuk membantu pelarian, membolehkan mereka menyumbang kepada masyarakat di samping menegakkan maruah dan hak mereka di bawah prinsip tiada penghantaran pulang paksa.

Ini adalah isu kemanusiaan yang harus ditangani bersama tanpa mengambil kira pendirian Malaysia mengenai Konvensyen Pelarian 1951. Sebagai sebuah negara dan warga dunia, adalah menjadi tanggungjawab kolektif untuk kita memastikan kesejahteraan mereka yang mencari perlindungan di negara ini.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

8 November 2023

Template PS (3)

Press Statement No. 40-2023_SUHAKAM Commends Government’s Progress on Foreign Workers’ Management Report, Urges Swift Action on the Recommendations

KUALA LUMPUR (25 OCTOBER 2023) –The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) welcomes the release of the long-awaited ‘Report of the Independent Committee on the Management of Foreign Workers’ which was recently released after it was completed in 2019. SUHAKAM commends the Government’s progressive move by taking this crucial step towards addressing the longstanding issue of forced labour in Malaysia.

SUHAKAM wishes to extend its appreciation to the Independent Committee, led by a retired Judge of the Court of Appeal, Dato’ Seri Mohd Hishamudin Md Yunus, alongside committee member Mr. Jerald Joseph, both former Commissioners of SUHAKAM who had displayed unwavering commitment in addressing foreign workers management issues and underscored their dedication to resolving human rights concerns. 

With the release of the independent report, SUHAKAM reiterates its call on the Government to expedite implementation of the recommendations which include issues of unethical, unhealthy, and unfair practices in the recruitment of foreign workers and to comprehensively reform relevant policies relating to recruitment, employment and monitoring of foreign workers in Malaysia.

In addition to this, SUHAKAM also calls on the Government to expedite the development of Malaysia’s National Action Plan on Business and Human Rights (NAPBHR), emphasizing the importance of business entities respecting human rights. The NAPBHR should be guided by the UN Guiding Principles on Business and Human Rights (UNGP BHR), reflecting a commitment to accountability in business practices, benefiting both people and the planet.

SUHAKAM remains dedicated to upholding human rights and supporting initiatives that contribute to a just and ethical society. We look forward to continued collaboration with the Government and other stakeholders in addressing these important issues.

-TAMAT-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)25 October 2023

——————-

SUHAKAM Puji Usaha Kerajaan dalam Laporan Pengurusan Pekerja Asing, Gesa Pelaksanaan Segera Saranan

KUALA LUMPUR (25 OKTOBER 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menyambut baik pendedahan ‘Laporan Jawatankuasa Bebas Pengurusan Pekerja Asing’ kepada umum setelah ia dilengkapkan pada tahun 2019. SUHAKAM memuji langkah progresif kerajaan ke arah menangani isu buruh paksa yang telah sekian lama wujud di Malaysia.

SUHAKAM ingin menzahirkan penghargaan kepada Jawatankuasa Khas yang diketuai oleh mantan Hakim Mahkamah Rayuan, Dato’ Seri Mohd Hishamudin Md Yunus bersama dengan salah seorang Ahli Jawatankuasa, Encik Jerald Joseph. Kedua-duanya adalah mantan Pesuruhjaya SUHAKAM yang telah menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menangani isu-isu pengurusan pekerja asing dan sentiasa berdedikasi dalam memperjuangkan isu hak asasi manusia.

Dengan pendedahan laporan bebas ini, SUHAKAM ingin mengulangi seruan kepada Kerajaan untuk mempercepatkan pelaksanaan syor Jawatankuasa yang meliputi isu amalan tidak beretika, tidak sihat dan tidak adil dalam proses pengambilan pekerja asing dan untuk memperbaharui secara menyeluruh, dasar-dasar yang berkaitan dengan proses pengambilan dan pemantauan pekerja asing di Malaysia.

Dalam hal ini, SUHAKAM juga ingin menggesa Kerajaan untuk mempercepatkan pembangunan Pelan Tindakan Nasional Malaysia Mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (NAPBHR) yang akan meletakkan tanggungjawab ke atas entiti perniagaan untuk menghormati hak asasi manusia. NAPBHR harus teguh berpandukan Prinsip Panduan PBB mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (UNGP BHR), yang menekankan komitmen terhadap akauntabiliti amalan perniagaan kepada manusia dan alam.

SUHAKAM kekal teguh menegakkan hak asasi manusia dan menyokong inisiatif yang menyumbang ke arah masyarakat yang adil dan beretika. Kami akan terus bekerjasama dengan Kerajaan dan pihak berkepentingan lain dalam menangani isu-isu penting ini.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

25 Oktober 2023

—————————