KUALA LUMPUR (24 OCTOBER 2023) –The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) welcomes the Government’s effort to propose amendments to the Federal Constitution on matters relating to citizenship, which are soon to be presented to the Conference of Rulers.
SUHAKAM commends the proposed progressive amendments to the entire Part III of the Federal Constitution, together with the First Schedule and the Second Schedule of the Federal Constitution covering the issue of children’s citizenship who were born abroad to a Malaysian mother of which, will give effect to the constitutionally guaranteed right to equality under Article 8 of the Constitution.
However, SUHAKAM wishes to draw the Government’s attention to other proposed amendments which may lead to the removal of citizenship rights instead of safeguarding statelessness, perpetuating the cycle of statelessness for vulnerable children such as out-of-wedlock children, stateless children adopted by Malaysian parents, foundlings/ abandoned children as well as other generational stateless children/persons in Malaysia.
SUHAKAM is of the view that the citizenship rights by operation of law and other limiting regressive amendments perpetuating childhood statelessness, which encompass a range of complex and sensitive scenarios, demand a more deliberate approach. Applications on clear cut case of children born abroad to Malaysian mothers should be processed accordingly to ensure that Malaysian women can enjoy equal rights in relation to nationality and citizenship for their children.
In light of the gravity of this matter, SUHAKAM calls on the Government:
- to take a holistic approach to address issues relating to citizenship in Malaysia by conducting comprehensive research on the impacts of the amendments;
- to approach this matter with careful consideration and disjunctively, considering each amendment’s distinct nature; and
- to organize a broad stakeholder consultation by engaging various stakeholders, including civil society organisations and experts working on children’s rights and statelessness.
The right to a nationality is a fundamental human right and the right of every child to acquire a nationality is guaranteed under the Universal Declaration of Human Rights (UDHR). Being a recognised citizen of a country has many legal benefits which may include the right to vote, access to social security, health services, public education, and to engage in employment, amongst others. SUHAKAM stands ready to assist the Government in aligning domestic legislation with Malaysia’s international commitments and obligations to prevent and eradicate statelessness.
-TAMAT-
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
24 October 2023
————————
SUHAKAM Menyokong Pindaan Kewarganegaraan, Menyeru Penyelidikan Menyeluruh Mengenai Impak kepada Golongan Rentan
KUALA LUMPUR (24 OKTOBER 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menyambut baik usaha Kerajaan berkenaan cadangan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan mengenai perkara berkaitan kewarganegaraan yang akan dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja.
SUHAKAM memuji cadangan pindaan yang progresif kepada keseluruhan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan, bersama-sama Jadual Pertama dan Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan mengenai isu kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia, yang akan membawa kepada hak kesaksamaan seperti yang dijamin di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
Walau bagaimanapun, SUHAKAM ingin menarik perhatian Kerajaan mengenai cadangan pindaan lain yang akan membawa kepada pemansuhan dan bukannya perlindungan kepada hak kewarganegaraan. Ini akan mengekalkan kitaran tanpa kewarganegaraan bagi kanak-kanak rentan seperti anak tidak sah taraf, anak tanpa kewarganegaraan yang diambil sebagai anak angkat oleh pasangan warganegara Malaysia, kanak-kanak yang dijumpai/terabai, serta generasi baru dalam kalangan kanak-kanak/orang tanpa kewarganegaraan di Malaysia.
SUHAKAM berpandangan bahawa hak kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang dan pindaan regresif lain yang mengehadkan dan mengekalkan status tanpa kewarganegaraan kanak-kanak, termasuk yang merangkumi pelbagai situasi yang kompleks dan sensitif ini menuntut pendekatan yang lebih terperinci. Permohonan kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia perlu diproses dengan sewajarnya agar wanita Malaysia juga boleh menikmati hak kewarganegaraan yang sama untuk anak-anak mereka.
Menyedari keseriusan perkara ini, SUHAKAM menyeru Kerajaan untuk:
- mengambil pendekatan secara menyeluruh dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan kewarganegaraan di Malaysia dengan menjalankan kajian komprehensif mengenai kesan pindaan;
- menangani perkara ini dengan pertimbangan yang teliti dan mempertimbangkan ciri-ciri setiap pindaan yang berbeza; dan
- mengadakan rundingan dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk organisasi masyarakat sivil dan pakar dalam bidang hak kanak-kanak dan isu tanpa kewarganegaraan.
Hak kewarganegaraan adalah hak asasi manusia dan hak kanak-kanak untuk mendapat kewarganegaraan adalah dijamin di bawah Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat. Menjadi warganegara yang diiktiraf di sesebuah negara akan membawa kepada pelbagai jaminan lain termasuk hak untuk mengundi, akses kepada keselamatan sosial, perkhidmatan kesihatan, pendidikan awam, dan pekerjaan. SUHAKAM bersedia untuk membantu kerajaan dari segi menasihati dan membantu Kerajaan agar perundangan domestik adalah selaras dengan komitmen dan kewajipan negara di peringkat antarabangsa dalam mencegah dan membasmi tanpa kewarganegaraan.
-TAMAT-
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
24 Oktober 2023