Press Statement No. 7-2023_ SUHAKAM Committed to Assisting the Government to Implement Human Rights Reforms in a Timely Manner / Kenyataan Media No.7-2023_ SUHAKAM Komited Bantu Kerajaan Laksana Reformasi Hak Asasi Manusia Dalam Tempoh Terdekat

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (10 MARCH 2023) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) fully supports the Government’s move in proposing law reforms in two major areas of concern to us, the proposal to decriminalise minor drug offences by providing rehabilitation and in the sphere of education, secondary education would be compulsory for all children.

In line with SUHAKAM’s proposal on prison reform, the proposed drug law reform would assist in reducing overcrowding issues in prisons and provide a more humane and wholistic solution to minor drug offenders instead of incarceration. Any form of jail sentence is a stigma and brings along a host of social problems within the family and community. 

In tandem with drug law reforms, there is an urgent need to enhance prison reforms to address other issues such as access to healthcare, education, and vocational training for prisoners, as well as addressing issues related to prison conditions and the treatment of prisoners.

Similarly, the Ministry of Education’s decision to make secondary education compulsory and available freely for all children is a significant step towards promoting equal opportunity and addressing the gender issues relating to child marriages.  By making secondary education compulsory, the government would ensure that every child in Malaysia, irrespective of their socioeconomic background, has access to education up to finishing secondary school. Access to education is a fundamental human right, and it’s crucial for the development and well-being of individuals and society.

We urge greater participation from all stakeholders to ensure effective and comprehensive of drafting new laws. As a National Human Rights Institution (NHRI), SUHAKAM committed to assisting the government to implement human rights reforms in a timely manner.

-TAMAT-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Pengerusi SUHAKAM

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

10 March 2023

—————

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (10 MAC 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menyokong sepenuhnya langkah Kerajaan ke arah  pembaharuan undang-undang yang menjadi keutamaan iaitu cadangan untuk menyahjenayahkan kesalahan dadah kecil dengan pemulihan serta dalam aspek pendidikan, dengan mewajibkan pendidikan menengah kepada semua kanak-kanak.

Sejajar dengan syor SUHAKAM mengenai reformasi penjara, cadangan pembaharuan undang-undang terhadap dadah akan membantu mengurangkan kesesakan di dalam penjara serta menyediakan solusi yang menyeluruh serta lebih berperikemanusiaan berbanding hukuman pemenjaraan kepada pesalah kecil dadah. Sebarang bentuk hukuman penjara merupakan stigma dan membawa pelbagai masalah sosial dalam keluarga dan masyarakat.

Seiring dengan pembaharuan undang-undang dadah, terdapat keperluan mendesak untuk menambahbaik reformasi penjara untuk menangani isu-isu seperti akses kepada penjagaan kesihatan, pendidikan, dan latihan vokasional kepada banduan, serta isu-isu berkaitan keadaan penjara dan rawatan banduan.

Begitu juga dengan keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mewajibkan pendidikan menengah kepada semua kanak-kanak. Langkah ini akan menggalakkan peluang yang sama rata dan menangani isu gender yang berkaitan dengan perkahwinan kanak-kanak. Dengan mewajibkan pendidikan menengah, kerajaan dapat memastikan setiap kanak-kanak di Malaysia, tanpa mengira latar belakang sosioekonomi, mempunyai akses kepada pendidikan sehingga tamat sekolah menengah. Akses kepada pendidikan merupakan hak asasi manusia, dan sangat penting untuk pembangunan dan kesejahteraan individu dan masyarakat.

SUHAKAM menggesa agar penyertaan yang meluas daripada semua pihak berkepentingan untuk memastikan penggubalan undang-undang baharu yang berkesan dan komprehensif. Sebagai sebuah Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan, SUHAKAM komited untuk membantu kerajaan melaksanakan reformasi hak asasi manusia dalam tempoh yang terdekat.

-TAMAT-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Pengerusi

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

10 Mac 2023

Tags: No tags

Comments are closed.