Press Statement No. 20-2022_No One Should be Returned to a Country Where They May be Subjected to Persecution / Kenyataan Media No. 20-2022_Tiada Siapa Harus Dideportasi ke Negara yang Mungkin Mengalami Penindasan

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (16 DECEMBER 2022)  –  The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) views with concern the imminent deportation of the 114 Myanmar nationals arising from the decision of the High Court to lift the interim stay on the prevention of deportation on 13 December 2022.

The Court of Appeal is scheduled to hear the urgent stay application on 20 December 2022 (Tuesday).  We urge the Home Minister to step in and stop the deportation process to allow independent bodies to reach out to these individuals to allow a proper evaluation to be carried out in a suitable environment.

As a member of the United Nations Human Rights Council, it is crucial for Malaysia to continue with efforts to find lasting solutions to the long standing issue whereby no one should be returned to a country where they may be subjected to persecution.

-TAMAT-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Pengerusi SUHAKAM

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

16 December 2022

————————-

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (16 DISEMBER 2022)  –  Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) memandang serius deportasi 114 warga Myanmar berikutan keputusan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan perintah penangguhan interim yang menghalang penghantaran pulang mereka pada 13 Disember 2022.

Mahkamah Rayuan dijadualkan untuk mendengar permohonan penangguhan pelaksanaan pada 20 Disember 2022 (Selasa).

SUHAKAM menggesa Menteri Dalam Negeri untuk mengambil tindakan dan menghentikan proses penghantaran ini bagi membenarkan satu badan bebas menghubungi individu-individu ini untuk menjalankan penilaian yang sewajarnya dalam persekitaran yang sesuai.

Sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, adalah penting bagi Malaysia untuk meneruskan usaha mencari penyelesaian yang berkekalan terhadap isu yang telah lama berlarutan ini kerana tiada sesiapa pun harus dideportasi ke negara di mana mereka mungkin mengalami penindasan.

-TAMAT-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Pengerusi

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

16 Disember 2022

Tags: No tags

Comments are closed.