Kenyataan Media
KUALA LUMPUR (10 NOVEMBER 2021) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is concerned with the case of Nagaenthran K. Dharmalingam who was originally set to be executed today for attempting to bring 42.72 grams of heroin into Singapore in 2009. SUHAKAM deeply regrets the decision of the Government of Singapore to execute Nagaenthran, despite the assessment conducted by a medical expert showing that he had some level of intellectual disability.
SUHAKAM reiterates its stand that the mandatory imposition of the death penalty violates the basic right to life, as enshrined in international human rights laws as it constitutes an arbitrary deprivation of life. It also denies judges the possibility of considering the facts of the offence or the characteristics of each individual offender.
SUHAKAM emphasizes that the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR) makes exception for the imposition of the death penalty only for the ‘most serious’ crimes and this has been repeatedly interpreted by the Human Rights Committee responsible for the interpretation of the Covenant that drug offences do not meet this threshold. SUHAKAM wishes to reiterate its call for the total abolition of the death penalty in the country, in line with the belief in a person’s fundamental right to life.
SUHAKAM therefore calls on the Government of Singapore to move in the direction of universal consciousness towards taking all necessary measures to abolish the death penalty, and recommends that a moratorium on the use of the death penalty be put in place that will at the very least, demonstrate some semblance of respect for human dignity and to the enhancement and progressive development of human rights in the nation. We also call all governments in ASEAN to also move in this direction towards the abolishing the death penalty.
-TAMAT-
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
10 November 2021
Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my
KENYATAAN MEDIA
KUALA LUMPUR (10 NOVEMBER 2021) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menzahirkan kebimbangan berkenaan kes Nagaenthran K. Dharmalingam yang pada asalnya dijadualkan untuk menjalani hukuman mati pada hari ini di atas cubaan untuk menyeludup 42.72 gram heroin ke Singapura pada tahun 2009. SUHAKAM amat kecewa dengan keputusan Kerajaan Singapura yang memutuskan untuk menjalankan hukuman mati ke atas Nagaenthran meskipun penilaian oleh pakar perubatan menunjukkan bahawa Nagaenthran mengalami kurang upaya intelektual.
SUHAKAM mengulangi pendiriannya bahawa mengenakan hukuman mati mandatori melanggar hak kepada kehidupan sepertimana yang termaktub dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa kerana ia merupakan penafian hak kepada kehidupan secara sebarangan. Hukuman mati mandatori juga menafikan kemungkinan untuk para hakim mempertimbangkan fakta-fakta kesalahan ataupun ciri-ciri setiap pesalah.
SUHAKAM menekankan bahawa Kovenan Antarabangsa Hak Sivil dan Politik membuat pengecualian untuk mengenakan hukuman mati hanya bagi jenayah ‘paling serius’ dan Jawatankuasa Hak Asasi Manusia yang bertanggungjawab untuk mentafsirkan Kovenan tersebut telah berulang kali menyatakan bahawa kesalahan berkaitan dadah tidak memenuhi kategori tersebut. SUHAKAM dengan ini mengulangi seruannya untuk pemansuhan sepenuhnya hukuman mati di negara ini, selari dengan kepercayaan terhadap hak asasi seseorang untuk hidup.
Oleh itu, SUHAKAM menyeru Kerajaan Singapura untuk bergerak seiring dengan kesedaran sejagat ke arah pengambilan langkah-langkah yang perlu untuk memansuhkan hukuman mati dan mengesyorkan agar moratorium terhadap hukuman mati dilaksanakan, sekurang-kurangnya untuk menunjukkan penghormatan terhadap maruah manusia dan bagi meningkat dan membangun secara progresif hak asasi manusia di dalam negara. SUHAKAM juga menyeru Kerajaan di ASEAN untuk turut sama bergerak selari ke arah pemansuhan hukuman mati.
-TAMAT-
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
10 November 2021
Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my