Press Statement No. 13-2021 (OCC)_World Children’s Day 2021

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (20 NOVEMBER 2021)   –   In commemorating the World Children’s Day with the 2021 theme, “A Better Future for Every Child”, Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal, the Children’s Commissioner (CC) of the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) wishes to reiterate that all children should be treated equally and to be protected against all forms of discrimination.

The COVID-19 pandemic has immensely impacted on the rights and lives of our children in many ways. Data by the Health Ministry reported by the media on 12 October 2021 showed that a total of 410,762 children aged 17 and below in Malaysia contracted COVID-19 which is a dramatic increase from 12,620 infected children last year. During this difficult time, we have also witnessed other challenges faced by children including the loss of learning, rise of child abuse cases, mental health issues, orphaned children, and their families pushed into poverty.

The CC applauds the Government for allocating the highest ever allocation of RM52.6 billion for education in 2022 and a total of RM25 million through Malaysian Family Foundation, to help children who were made orphans by the COVID-19 pandemic. This demonstrates the seriousness of the government to address future welfare and academic development of our children. In strategising the utilisation of these allocations, the CC advises the Government to develop a comprehensive post pandemic plan to overcome the ramifications of the pandemic, to benefit all children in Malaysia, regardless of their status.

In line with the Article 2 of the Convention on the Rights of the Child (CRC), States Parties shall respect and ensure the rights set forth in the Convention to each child within their jurisdiction without discrimination of any kind. In view of this, the CC calls on the Government to ensure that the 2022 National Budget and the Malaysia’s National Recovery Plan (NRP) be driven by the principles of the best interest of the child, their survival and development, non-discrimination and the views of child. Therefore, towards a better future of every child in Malaysia, the CC emphasises that the same principles to be consistently applied and integrated into all policies, programmes, legislation as well as judicial decisions affecting the child.

-TAMAT-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Children’s Commissioner

20 November 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (20 NOVEMBER 2021)   –   Dalam memperingati Hari Kanak-Kanak Sedunia dengan tema 2021, “Masa Depan Yang Lebih Baik untuk Setiap Kanak-Kanak”, Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal, Pesuruhjaya Kanak-Kanak (CC) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ingin menekankan semula bahawa semua kanak-kanak harus dilayan sama rata dan dilindungi daripada segala bentuk diskriminasi.

Pandemik COVID-19 telah memberi impak yang besar kepada hak dan kehidupan anak-anak kita dalam pelbagai aspek. Data Kementerian Kesihatan yang dilaporkan media pada 12 Oktober 2021 menunjukkan seramai 410,762 kanak-kanak berumur 17 tahun ke bawah di Malaysia dijangkiti COVID-19 iaitu peningkatan mendadak daripada 12,620 kanak-kanak yang dijangkiti tahun lepas. Dalam waktu yang sukar ini, kita juga telah menyaksikan cabaran lain yang dihadapi oleh kanak-kanak termasuk kehilangan pembelajaran, peningkatan kes penderaan kanak-kanak, isu kesihatan mental, kanak-kanak yang menjadi yatim piatu, dan keluarga mereka yang dilanda kemiskinan.

CC memuji pihak kerajaan kerana memberi peruntukan tertinggi sebanyak RM52.6 bilion untuk pendidikan pada tahun 2022 dan sejumlah RM25 juta melalui Yayasan Keluarga Malaysia, untuk membantu kanak-kanak yang menjadi yatim piatu akibat pandemik COVID-19. Ini menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk menangani kebajikan masa depan dan pembangunan akademik anak-anak kita. Dalam menyusun strategi penggunaan peruntukan ini, CC menasihatkan Kerajaan untuk membangunkan pelan pasca pandemik yang komprehensif untuk mengatasi kesan wabak tersebut, untuk memberi manfaat kepada semua kanak-kanak di Malaysia, tanpa mengira status mereka.

Selaras dengan Perkara 2 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC), Negara-Negara Pihak hendaklah menghormati dan memastikan hak-hak yang dinyatakan dalam Konvensyen diberikan kepada setiap kanak-kanak dalam bidang kuasa mereka tanpa sebarang bentuk diskriminasi. Sehubungan itu, CC menyeru Kerajaan untuk memastikan Bajet Negara 2022 dan Pelan Pemulihan Negara (NRP) Malaysia dipacu oleh prinsip-prinsip kepentingan kanak-kanak, kelangsungan hidup dan perkembangan mereka, prinsip tanpa diskriminasi dan pandangan kanak-kanak. Oleh itu, ke arah mencorakkan masa depan yang lebih baik bagi setiap kanak-kanak di Malaysia, CC menekankan bahawa prinsip yang sama harus diterapkan dan disepadukan secara konsisten ke dalam semua dasar, program, perundangan serta keputusan kehakiman yang melibatkan kanak-kanak itu.

-TAMAT-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Pesuruhjaya Kanak-Kanak

20 November 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

Tags: No tags

Comments are closed.