Press Statement No. 36-2021_World Day Against the Death Penalty

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (10 OCTOBER 2021)   –   In conjunction with the World Day Against the Death Penalty, commemorated on 10 October annually, the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) wishes to reiterate its call for the total abolition of the death penalty in the country, in line with the belief in a person’s fundamental right to life.

SUHAKAM has continuously advocated for the total abolition of the death penalty, through various stakeholder engagements and programmes, including conferences, debates, and exhibitions, to raise public awareness and support on this issue. SUHAKAM supports the continued moratorium on the death penalty since its adoption in 2018 and encourages the Government to initiate processes to implement its commitment to abolish the mandatory death penalty, as announced in 2019, which is a positive step in towards total abolition of the death penalty in Malaysia. 

In 2020, the Malaysian Government was among 120 UN Member States, which voted in support of the UN General Assembly’s (UNGA) resolution regarding the moratorium on the use of the death penalty during the 75th session of the UNGA. It is important to highlight that, the resolution recommended that States should guarantee the right to a fair trial, and to limit the imposition of the death penalty to the most serious crimes, pending the abolition of the death penalty.

The study conducted by the Special Committee to Review Alternative Sentences to the Mandatory Death Penalty appointed by the late Datuk Liew Vui Keong has been completed and the report submitted to the previous Government. In view of the weight and urgency of the issue, SUHAKAM urges the Government to release the report of the Special Committee and its recommendations. It is SUHAKAM’s view that the recommendations and transitionary measures for current death row prisoners, should be made public, thereby allowing for legislators, policy makers and the society to undertake the needful to expedite the abolishment of the death penalty in Malaysia.

Further, SUHAKAM encourages the initiative announced by the Government in 2020, to set up a Law Reform Commission to study existing laws as well as sentencing procedures and if found to be outdated or archaic, to recommend for the necessary amendments or repeals and thereby enabling Malaysia to be in line with international human rights standards.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

10 October 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (10 OKTOBER 2021)  –  Sempena Hari Menentang Hukuman Mati Sedunia yang diperingati pada 10 Oktober setiap tahun, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ingin menekankan seruannya agar hukuman mati dimansuhkan sepenuhnya di negara ini, bertepatan dengan kepercayaan terhadap hak asasi seseorang untuk hidup.

SUHAKAM terus menerus memperjuangkan pemansuhan hukuman mati sepenuhnya melalui pelbagai sesi libat urus dan program bersama pihak berkepentingan, seperti persidangan, perbahasan dan pameran, untuk meningkatkan kefahaman dan sokongan orang ramai terhadap isu ini. SUHAKAM menyokong agar moratorium hukuman mati yang telah diperkenalkan sejak 2018 diteruskan dan memberi galakan kepada Kerajaan untuk memulakan proses bagi melaksanakan iltizamnya untuk memansuhkan hukuman mati secara mandatori seperti yang telah diumumkan pada 2019, yang merupakan satu langkah positif ke arah pemansuhan sepenuhnya hukuman mati di Malaysia.

Pada 2020, Kerajaan Malaysia merupakan antara 120 Negara Anggota PBB yang membuat undian dengan menyokong resolusi Perhimpunan Agung PBB (UNGA) mengenai moratorium terhadap pelaksanaan hukuman mati semasa sesi ke-75 UNGA. Adalah penting untuk ditekankan bahawa resolusi tersebut mengesyorkan agar Negara perlu menjamin hak untuk perbicaraan yang adil, dan mengehadkan mengenakan hukuman mati kepada jenayah yang paling berat, sementara pemansuhan hukuman mati belum dilaksanakan.

Kajian yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dilantik oleh mendiang Datuk Liew Vui Keong telah lengkap dan laporan tersebut telah dikemukakan kepada Kerajaan terdahulu. Melihat kepada kepentingan dan tindakan segera yang diperlukan terhadap isu ini, SUHAKAM menggesa Kerajaan untuk mengeluarkan laporan dan syor-syor Jawatankuasa Khas tersebut. SUHAKAM berpandangan bahawa syor-syor dan langkah-langkah peralihan untuk banduan akhir perlu didedahkan kepada umum agar ia boleh membenarkan penggubal undang-undang, pembuat dasar dan masyarakat untuk melakukan perkara yang perlu bagi menyegerakan pemansuhan hukuman mati di Malaysia.

Selain itu, SUHAKAM turut menyokong inisiatif Kerajaan pada tahun 2020, untuk menubuhkan Suruhanjaya Pembaharuan Undang-undang bagi mengkaji undang-undang sedia ada termasuk prosedur menjatuhkan hukuman dan sekiranya didapati ianya lapuk atau ketinggalan zaman, untuk mengesyorkan pindaan atau pemansuhan undang-undang tertentu supaya Malaysia dapat selari dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

10 Oktober 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

Tags: No tags

Comments are closed.