PS

SUHAKAM’s Press Statement: SUHAKAM is Mortified to Once Again on the News of More Deaths in Custody / Kenyataan Media SUHAKAM: SUHAKAM Amat Kesal Berlaku Lagi Kes Kematian Dalam Tahanan

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (31 MAY 2021) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is mortified to once again, receive news of more deaths in custody (DIC), with the recent cases of A. Ganapathy on 18 April 2021, S. Sivabalan on 20 May 2021 and Surendren Shanker on 27 May 2021. Three deaths within a short span of five weeks of relatively young and healthy men upon arrest, must surely indicate a serious flaw in SoPs or, worse still, of possible torture and beatings of those in detention.

SUHAKAM is also aware of, and finds the statements by NGOs namely, EDICT and CAGE questioning SUHAKAM’s role in conducting investigations into DIC, as an affront to our legal mandate and duty as a National Human Rights Institution as stated in the Human Rights Commission of Malaysia Act 1999 (Act 597).

SUHAKAM takes a serious view of DIC and reiterates that every individual is entitled to the right to life as the most fundamental human right, of which, no derogation is permissible. As guaranteed in Article 5(1) of the Federal Constitution, Article 3 of the Universal Declaration of Human Rights and Article 6 of the International Covenant on Civil and Political Rights, the right to life is a prerequisite to the realisation of all other human rights. DIC remains, as it always has been, a major focus of SUHAKAM’s work and SUHAKAM inquiries provide an alternative means to justice for families of victims, while working with authorities to identify ways and means to reduce the risk of DIC.

SUHAKAM urges the Government of Malaysia and the Royal Malaysia Police to take immediate action on the following recommendations:

i. to ensure that anyone deprived of their liberty is detained lawfully at a gazetted place of

detention in accordance with the law;

ii. to investigate cases of alleged abuse and misconduct by the police, including as described

above, and to prosecute police officers responsible for the illegal detention, ill–treatment and/or torture of the deceased persons which may have caused and/or contributed to their deaths;

iii. to investigate incidents of alleged torture and abuse of the other suspects by the police,

and to prosecute those responsible; and

iv. to ensure internal disciplinary proceedings and criminal action for breaches of

instructions, including any orders of the court relating to the case.

SUHAKAM has also pushed ahead to support the establishment of a custodial medical team in police lockups, as well as reiterating its call for the 1953 Lock–up Rules to be reviewed and a reconsideration of the Independent Police Conduct Commission (IPCC) Bill, which ought to incorporate the substantive points of the Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) Bill 2019 and the recommendations from the 2005 Royal Commission to Enhance the Operation and Management of the Royal Malaysian Police.

SUHAKAM finds this as an appropriate occasion to recommend to the Government to seriously consider acceding to the Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment (UNCAT), as a demonstration of its commitment to address the issue of DIC in the country.

-END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

31 May 2021

_____________________

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (31 MEI 2021) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) amat kesal apabila mendapat beberapa lagi berita mengenai kematian dalam tahanan dengan kes kematian A. Ganapathy pada 18 April 2021, S. Sivabalan pada 20 Mei 2021 dan Surendran Shanker pada 27 Mei 2021. Tiga kematian lelaki yang agak muda dan sihat semasa ditangkap, dalam tempoh hanya lima minggu menunjukkan kelemahan Prosedur Operasi Standard (SoP) ataupun berkemungkinan berlakunya penyeksaan dan kekerasan terhadap mereka yang ditahan.

SUHAKAM juga mengambil maklum kenyataan oleh NGO iaitu EDICT dan CAGE dan beranggapan bahawa cara mereka mempersoalkan peranan SUHAKAM dalam menjalankan siasatan kematian dalam tahanan sebagai merendahkan mandat undang-undang dan tugas SUHAKAM sebagai Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan sepertimana yang termaktub dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597).

SUHAKAM memandang serius isu kematian dalam tahanan dan menekankan bahawa setiap individu mempunyai hak paling asas iaitu hak kepada nyawa dan ia tidak boleh diambil sewenang-wenangnya. Seperti yang dijamin di bawah Perkara 5 (1) Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan Perkara 6 Kovenan Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik (ICCPR), hak kepada nyawa merupakan prasyarat kepada kesedaran keseluruhan hak asasi manusia. Isu kematian dalam tahanan kekal dan akan sentiasa menjadi fokus utama SUHAKAM dan siasatan SUHAKAM menyediakan saluran alternatif kepada keadilan terhadap keluarga mangsa sementara kami bekerjasama dengan pihak berkuasa mencari jalan dan cara untuk mengurangkan risiko kematian dalam tahanan.

SUHAKAM menggesa Kerajaan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia untuk segera mengambil tindakan terhadap syor-syor berikut:

i. Memastikan mereka yang dilucutkan kebebasan ditahan di tempat tahanan yang digazetkan

mengikut undang-undang;

ii. Menyiasat kes dakwaan salah guna kuasa dan salah laku polis, termasuk yang dinyatakan di

atas, dan mendakwa pegawai polis yang bertanggung jawab terhadap tahanan salah, layanan buruk dan/atau penyeksaan terhadap si mati yang mungkin menyebabkan dan/atau menyumbang kepada kematian mereka;

iii. Menyiasat insiden dakwaan penyeksaan dan penderaan suspek lain oleh polis, dan

mendakwa mereka yang bertanggungjawab; dan

iv. Memastikan prosiding tatatertib dalaman dan tindakan jenayah kerana melanggar arahan,

termasuk apa-apa arahan mahkamah yang berkait dengan kes berkenaan.

SUHAKAM juga menyokong penubuhan pasukan perubatan di lokap polis dan menggesa agar Peraturan Lokap 1953 dikaji semula. SUHAKAM juga mengesyorkan agar Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tatakelakuan Polis dikaji semula bagi memasukkan perkara-perkara yang terkandung dalam Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 serta syor-syor daripada Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia 2005.

SUHAKAM berpandangan ini adalah masa yang sesuai untuk mengesyorkan agar Kerajaan mempertimbangkan secara serius untuk menyertai Konvensyen Menentang Penyeksaan Dan Layanan Atau Hukuman Lain Yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan Atau Menjatuhkan Maruah (UNCAT) bagi menunjukkan komitmen Kerajaan untuk menangani isu kematian dalam tahanan di negara ini.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

31 Mei 2021

PS

Press Statement No. 7-2021 (OCC)_Arrests of Several Children in Sentul and Batu Pahat

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (20 MAY 2021)    –    The Children’s Commissioner of the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM), Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal is troubled by the arrests of several children in Sentul, Kuala Lumpur and Parit Raja, Batu Pahat, Johor, which occurred on 13 May 2021. According to reports, the children in Sentul were arrested pursuant to Section 506 of the Penal Code and Section 3 (5) of the Minor Offences Act 1955; whilst in Batu Pahat, three (3) children were detained due to their involvement in a demonstration. In both incidences, the children were handcuffed, photographed and detained in police lock-up.

The Children’s Commissioner wishes to highlight that these arrests are in contravention with the Child Act 2001 (Act 611) and Convention on the Rights of Child (CRC). By virtue of Section 83A of Act 611, a child being arrested should not be handcuffed, and the parents or guardian must be informed of the child’s whereabouts. Under the same Act and the CRC, requires that the child’s identity be protected and not be disclosed, and the child’s right to consult with a counsel of his or her choice. In addition, the child shall not to be detained in the police station or places of detention or be associated with an adult who has been charged with an offence.

The Children’s Commissioner stresses that detention of children should be the last resort, as it is adequate for children to be given warnings for minor offences. If an arrest is deemed necessary, the best interests of the child should always be of paramount consideration by the authorities. The rights of children in conflict with the law tend to be neglected or overlooked during arrests. They should be treated as innocent until proven guilty, whilst quite often children are also victims in need of care and protection. The Children’s Commissioner reiterates her call for the police to be more judicious when dealing with children who are in conflict with the law.

-END-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Children’s Commissioner

20 May 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (20 MEI 2021)   –   Pesuruhjaya Kanak-kanak, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal tidak senang dengan laporan penangkapan beberapa orang kanak-kanak di Sentul, Kuala Lumpur dan Parit Raja, Batu Pahat, Johor, yang berlaku pada 13 Mei 2021. Menurut laporan, kanak-kanak di Sentul telah ditahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaaan dan Seksyen 3(5) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955; sementara di Batu Pahat, tiga (3) kanak-kanak telah ditahan kerana terlibat dalam satu demonstrasi. Dalam kedua-dua insiden, kanak-kanak tersebut telah digari, diambil gambar dan ditahan di lokap polis.

Pesuruhjaya Kanak-kanak ingin mengetengahkan bahawa penahanan tersebut adalah bertentangan dengan Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC). Berdasarkan Seksyen 83A Akta 611, seorang kanak-kanak yang ditahan tidak boleh digari, dan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak hendaklah dimaklumkan berhubung keberadaan kanak-kanak tersebut. Di bawah Akta yang sama dan CRC, ia menyatakan bahawa identiti kanak-kanak perlu dilindungi dan tidak didedahkan, dan hak kanak-kanak untuk berunding dengan peguam pilihannya. Selain itu, kanak-kanak tersebut hendaklah tidak ditahan di balai polis atau tempat tahanan atau bergaul dengan seseorang dewasa yang telah didakwa dengan sesuatu kesalahan.

Pesuruhjaya Kanak-kanak menekankan bahawa penahanan kanak-kanak sepatutnya menjadi langkah terakhir kerana adalah memadai untuk kanak-kanak diberi amaran atas kesalahan kecil yang dilakukan. Jika satu tangkapan terpaksa dibuat, kepentingan terbaik kanak-kanak hendaklah dipertimbangkan sepenuhnya oleh pihak berkuasa. Hak kanak-kanak yang melanggar undang-undang adalah cenderung diabaikan dan diketepikan semasa tangkapan dibuat. Kanak-kanak sebegini sepatutnya dilayan sebagai tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah, yang mana adalah seringkali kanak-kanak sebegini kebiasaannya merupakan mangsa yang memerlukan penjagaan dan perlindungan. Pesuruhjaya Kanak-kanak mengulangi gesaannya agar polis lebih bersikap berhemah ketika menangani kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang.

-TAMAT-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Pesuruhjaya Kanak-Kanak

20 Mei 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

PS

SUHAKAM’s Press Statement: SUHAKAM Stands in Solidarity with Palestinians / Kenyataan Media SUHAKAM: SUHAKAM Bersolidariti bersama Rakyat Palestin

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (16 MAY 2021) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) condemns in the strongest terms, the forced evictions of Palestinians, escalating violence against civilians and recent air-strikes between Palestine and Israel. The flare-up of violence which began a week ago in the midst of the Holy Month of Ramadhan, has reportedly killed 148 people in Gaza, including 41 children, to date. Israel continues to commit such atrocities in Palestine with impunity, and SUHAKAM regrets that, as of today, the United Nations (UN) Security Council has not adequately addressed the matter.

The Charter of the United Nations clearly states that the threat or use of force against other States is unlawful, and according to Article 2(4) “All Members shall refrain, in their international relations, from the threat or use of force against the territorial integrity or political independence of any state, or in any other manner inconsistent with the Purposes of the United Nations”.

UN High Commissioner for Human Rights, Ms Michelle Bachelet has called for strict respect for international law and appealed to all sides to take steps to de-escalate the increasingly alarming situation in Israel and the Occupied Palestinian Territory. These atrocities are against human rights principles and SUHAKAM is deeply concerned about the critical humanitarian and deteriorating human rights situation in Palestine. SUHAKAM hopes that humanitarian assistance would be prioritised, as in all emergency situations, and definitive steps would be taken to protect and preserve the lives and dignity of individuals, including of women and children.

With respect to preserving media freedoms, violent attacks against media houses must cease immediately. SUHAKAM echoes the statement by Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin for the international community, especially the UN Security Council, to immediately call for the cessation of all forms of violence committed by Israel and effort must be taken to save the lives of Palestinians. SUHAKAM joins all Malaysians in supporting the pledge and stands in solidarity with Palestinians.

-END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

16 May 2021

____________________

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (16 MEI 2021) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dengan tegas mengutuk pengusiran paksa rakyat Palestin, peningkatan keganasan terhadap orang awam dan serangan udara antara Palestin dan Israel yang berlaku baru-baru ini. Keganasan yang bermula sejak seminggu lalu pada bulan Ramadhan, sehingga kini telah mengorbankan 148 orang di Gaza, termasuk 41 orang kanak-kanak. Israel berterusan melakukan kekejaman sedemikian di Palestin dan SUHAKAM kesal dengan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang sehingga kini masih gagal menangani krisis tersebut dengan sewajarnya.

Piagam PBB dengan jelas menyatakan bahawa ancaman atau penggunaan kekerasan terhadap Negara-negara lain adalah menyalahi undang-undang dan termaktub dalam Perkara 2(4) bahawa “Seluruh anggota, dalam hubungan antarabangsanya, harus mengelakkan daripada tindakan mengancam atau menggunakan kekerasan terhadap integriti wilayah atau kemerdekaan politik suatu negara lain, atau dengan apa cara sekali pun yang bertentangan dengan Matlamat PBB”.

Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, Michelle Bachelet menggesa semua pihak untuk menghormati undang-undang antarabangsa dan semua pihak harus mengambil langkah-langkah bagi meredakan keadaan yang semakin membimbangkan di Israel dan Wilayah Palestin. Kekejaman ini bertentangan dengan prinsip hak asasi manusia dan SUHAKAM bimbang dengan situasi kemanusiaan yang kritikal dan semakin parah di Palestin. SUHAKAM berharap agar keutamaan dapat diberikan kepada bantuan kemanusiaan dengan mengambil kira situasi semasa darurat dan langkah-langkah yang lebih berkesan dapat diambil bagi melindungi dan memelihara nyawa serta maruah setiap individu, termasuk wanita dan anak-anak.

Bagi melindungi kebebasan media, serangan ganas terhadap media harus segera dihentikan. SUHAKAM menyokong kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar komuniti antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan PBB segera menamatkan segala bentuk keganasan yang dilakukan oleh Israel dan usaha harus dilakukan untuk menyelamatkan nyawa rakyat Palestin. SUHAKAM dengan ini menyertai seluruh rakyat Malaysia dalam menyokong ikrar dan bersolidariti dengan rakyat Palestin.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

16 Mei 2021

PS

Press Statement No. 19-2021_SUHAKAM Stands in Solidarity with Palestinians

Press Statement No. 6-2021 (OCC)_Recent Viral Video of a Child Seen Smoking E-cigarette or Vape

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (8 MAY 2021) – The Children’s Commissioner of the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM), Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal is concerned with the recent viral video of a child seen smoking e-cigarette or vape, believed provided by his own father. The Children’s Commissioner is, however, thankful that the police responded quickly to the reports received and had proceeded to arrest the suspect.

It is a known fact that smoking vape exposes individuals to nicotine, as well as the other heavy metals, formaldehyde, and chemical by-products of the heating process, which is detrimental to one’s health. Nicotine liquid if spilled and absorbed through the skin, can lead to poisoning within a matter of minutes. Nicotine is regarded as poisonous substance under the Poisons Act 1952 (Act 366). Parents who vape should be made aware, that exposure to, even small amounts of the liquid nicotine used to refill e-cigarettes, has the capacity to kill a child.

The Children’s Commissioner stresses that the act of vaping or giving a child vape to smoke is an offence under Act 366. Encouraging or supplying a minor the vape, is also in violation of Section 17 of the Act 366 or interpreted as a form of abuse where the father may be sentenced under Section 31(1)(a) of the Child Act 2001 (Act 364).

The Children’s Commissioner urges the Government to ban or prohibit smoking of vape as it is dangerous to the smoker, as well as people, more so children, in the same space. Police must take action towards any person who deliberately provide these to children. Any child at risk must be rescued by the Department of Social Welfare, to be fostered or cared for, until the parents have been rehabilitated.

-END-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal
Children’s Commissioner
8 May 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (8 MEI 2021) – Pesuruhjaya Kanak-kanak, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal bimbang dengan satu video viral seorang kanak-kanak yang diberikan menghisap rokok elektronik atau vape, dipercayai diberikan oleh bapanya sendiri. Pesuruhjaya Kanak-kanak, walaubagaimanapun, berterima kasih kerana pihak polis telah bertindak pantas ke atas laporan yang diterima berhubung isu tersebut dan telah menahan suspek.

Umum mengetahui fakta bahawa menghisap vape mendedahkan individu tersebut kepada nikotin, serta logam berat yang lain, formaldehid (atau formalin), dan produk sampingan kimia yang disebabkan oleh proses pemanasan, yang memudaratkan kesihatan seseorang. Cecair nikotin jika tertumpah dan diserap melalui kulit, boleh menyebabkan keracunan dalam beberapa minit. Nikotin dianggap sebagai bahan beracun di bawah Akta Racun 1952 (Akta 366). Ibu bapa yang menghisap vape hendaklah diberi kesedaran bahawa mendedahkan anak kepada vape, walaupun cuma sejumlah kecil nikotin cecair yang digunakan untuk mengisi semula rokok elektronik, boleh menyebabkan kematian anak.

Pesuruhjaya Kanak-kanak menegaskan bahawa perbuatan menghisap vape atau memberi kanak-kanak menghisap vape adalah satu kesalahan di bawah Akta 366. Menggalakkan atau membekalkan kanak-kanak dengan vape, adalah satu pencabulan kepada Seksyen 17 Akta 366, atau boleh juga dianggap sebagai satu bentuk penderaan di mana si bapa boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 364).

Pesuruhjaya Kanak-kanak menggesa Kerajaan untuk mengharamkan atau melarang menghisap vape kerana ia berbahaya kepada perokok, serta orang ramai, apatah lagi kepada kanak-kanak, yang berada dalam ruang yang sama. Pihak polis mesti mengambil tindakan ke atas sesiapa yang secara sengaja memberikan vape kepada kanak-kanak. Mana-mana kanak-kanak yang berisiko terdedah kepada vape sebegini mesti diselamatkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, untuk dipelihara atau dijaga, sehingga ibu bapa mereka menjalani pemulihan.

-TAMAT-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal
Pesuruhjaya Kanak-Kanak
8 Mei 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

PS

Press Statement No. 5-2021 (OCC)_Take Action Against Teachers Using Foul Languages and Sexual Undertones

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (4 MAY 2021)   –   Children’s Commissioner (CC) of the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is concerned with recent reports of poor conduct of some teachers, tinting the image of this noble profession.  These included teachers’ sexually harassing a student activist on social media by using foul language and body shaming her, and the toxic culture of teachers covering up for one another when a complaint arises. A few weeks earlier, the occurrence of “period spot checks” came to light, causing parents and public, alike, much distress and disbelief.

Teachers play an important role in realizing vision of the Education Act 1996 that aims to “develop the potential of individuals in a holistic and integrated manner so as to produce individuals who are intellectually, spiritually, emotionally and physically balanced and harmonious, based on a firm belief in and devotion to God”.

The Commissioner urges the Minister of Education to take action against teachers who sexually harass female students using foul languages and sexual undertones. Action also be taken against teachers who harass students who are brave enough to stand up for their rights. Teachers are role models and must realise that their actions, or non-actions, would impact upon the lives of their students for many years. Teachers must respect children’s rights and treat them with dignity, at all times.

The Children’s Commissioner reminds and insists that schools must be made safe places for children, and more measures should be instituted so that children will enjoy their time learning, gaining useful and wholesome education that will last their lifetime. The Children Commissioner reiterates that the function of schools, the training of teachers and the education system should be reviewed so that vision of the Education Act, as well the principles of the CRC will be achieved.

-END-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal

Children Commissioner

4 May 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (4 MEI 2021)   –   Pesuruhjaya Kanak-Kanak (CC), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bimbang dengan laporan terbaru berhubung tingkah laku buruk sesetengah guru, yang mencemarkan imej profesion yang mulia ini. Tingkah laku tersebut termasuklah guru memperlecehkan seorang aktivis pelajar secara seksual di media sosial dengan menggunakan bahasa yang kotor dan mengejek tubuh pelajar, dan budaya toksik dalam kalangan guru yang saling melindungi antara satu sama lain apabila terdapat aduan terhadap guru. Beberapa minggu sebelum ini, kewujudan insiden “pemeriksaan haid” yang telah didedahkan, menyebabkan para ibu bapa dan masyarakat umum, tertekan dan seakan tidak percaya.

Guru memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan visi Akta Pendidikan 1996 yang bertujuan untuk “memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan”.

Pesuruhjaya Kanak-Kanak menggesa Menteri Pendidikan untuk mengambil tindakan terhadap guru yang telah menganiaya pelajar perempuan secara seksual menggunakan bahasa yang tidak senonoh dan berbaur lucah. Tindakan juga mesti diambil terhadap guru-guru yang mengganggu aktivitis pelajar tersebut yang cukup berani mempertahankan hak kanak-kanak. Guru adalah teladan dan mesti menyedari bahawa tindakan mereka atau tiada tindakan oleh mereka akan memberi kesan kepada kehidupan pelajar mereka selama bertahun-tahun. Guru mesti menghormati hak kanak-kanak dan melayan mereka dengan bermaruah, setiap masa.

Pesuruhjaya Kanak-Kanak mengingatkan dan menegaskan bahawa sekolah mesti dijadikan tempat yang selamat untuk kanak-kanak, dan lebih banyak mekanisme hendaklah dirancang dan dilaksanakan agar kanak-kanak dapat menikmati masa mereka belajar, memperoleh pendidikan yang bermanfaat dan sihat yang akan berlangsung seumur hidup mereka. Pesuruhjaya Kanak-Kanak mengulangi bahawa fungsi sekolah, latihan guru dan sistem pendidikan hendaklah dikaji semula sehingga visi Akta Pendidikan, dan juga prinsip CRC dapat dicapai.

-END-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal

Pesuruhjaya Kanak-Kanak

4 Mei 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

PS

Press Statement No. 4-2021 (OCC)_Period Spot Checks Issue in Public Schools

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (23 APRIL 2021)    –    The Children’s Commissioner of the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM), Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal is alarmed by the recent reports on the occurrence of “period spot checks” in public schools.

These acts were purportedly carried out as a form of disciplinary punishment, however, are clearly an invasion of a child’s rights and against the law, with elements of sexual harassment or abuse.  Pursuant to Article 28 of Convention on the Rights of the Child (CRC), which was ratified by Malaysia in 1995, a state party is obliged to ensure that schools implement discipline in accordance with the rights and dignity of children. Under the same Convention, Article 16, 19 and 36 respectively state that the child has a right to privacy; protection from abuse, violence, and neglect; and protection from other forms of exploitation that includes sexual exploitation and harassment.

The Children’s Commissioner reminds the Ministry of Education of its responsibility to protect all Children/students from any form of sexual harassment and exploitation, as stated under Article 34 of the CRC. The Ministry is urged to take stern action upon teachers and schools’ authorities who have violated children’s rights and dignity. Teachers who have committed such acts should be charged under Child Act 2001 or Sexual Offences against Children Act 2017. A clearer disciplinary guideline must be developed to ensure such acts are not repeated. All teachers should be constantly reminded of their duty as an educator, and they must not demean and harass the students during the learning and teaching process.

It is vital for Malaysia to innovate in creating and ensuring a safer environment for our future generations. The Children’ Commissioner appeal to all ministries and stakeholders, including parents and teachers to come together to ensure all schools and boarding schools alike, are safe places for children at all times.

-END-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Children’s Commissioner

23 April 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (23 APRIL 2021)   –   Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal menzahirkan kebimbangan dengan laporan baru-baru ini mengenai berlakunya period spot checks di sekolah-sekolah awam di Malaysia.

Perbuatan ini dianggap sebagai satu bentuk hukuman disiplin, walau bagaimanapun, ia jelas merupakan pelanggaran terhadap hak kanak-kanak dan menyalahi undang-undang kerana wujudnya unsur-unsur gangguan dan penderaan seksual. Selaras dengan Perkara 28 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (UNCRC) yang telah diratifikasi oleh Malaysia pada tahun 1995, negara pihak adalah wajib untuk memastikan sekolah- sekolah melaksanakan disiplin selaras dengan hak dan kemuliaan kanak-kanak. Di bawah Konvensyen yang sama, Perkara 16, 19 dan 36 masing-masing menyatakan bahawa kanak-kanak mempunyai hak untuk privasi; perlindungan daripada penyalahgunaan, keganasan, dan pengabaian; dan perlindungan dari segala bentuk eksploitasi lain yang merangkumi eksploitasi seksual dan gangguan seksual.

Pesuruhjaya Kanak-Kanak mengingatkan Kementerian Pendidikan Malaysia tentang tanggung jawabnya untuk melindungi semua kanak-kanak atau pelajar dari segala bentuk gangguan dan eksploitasi seksual, sebagaimana dinyatakan dalam Perkara 34 CRC. Kementerian diminta untuk mengambil tindakan tegas terhadap guru-guru dan pihak sekolah yang telah melanggar hak dan maruah kanak-kanak sebelum ini. Guru yang telah melakukan perbuatan tersebut hendaklah didakwa di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 atau Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Garis panduan mendisplinkan pelajar yang lebih jelas mesti diperkenalkan untuk memastikan tindakan guru salah guna kuasa tidak berulang. Semua guru seringkali diingatkan akan tugas mereka sebagai pendidik, dan mereka tidak boleh memberi layanan buruk dan mengganggu pelajar semasa proses pembelajaran dan pengajaran.

Amat penting bagi Malaysia untuk mewujudkan dan memastikan persekitaran yang lebih selamat untuk generasi masa hadapan kita. Pesuruhjaya Kanak-Kanak menyeru semua Kementerian dan pihak berkepentingan, termasuk ibu bapa dan guru untuk bersama-sama memastikan semua sekolah dan sekolah berasrama penuh seumpamanya, menjadi tempat yang selamat untuk kanak-kanak pada setiap masa.

-TAMAT-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Pesuruhjaya Kanak-Kanak

23 April 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

PS

SUHAKAM’s Press Statement: Convent Bukit Nanas (CBN) Land Lease Issue / Kenyataan Media SUHAKAM: Isu Pajakan Tanah SMK Convent Bukit Nanas (CBN)

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (22 APRIL 2021) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) shares the concerns expressed by various organisations and individuals, in relation to the non-renewal of Convent Bukit Nanas (CBN) land lease and possible need to be relocated.

SUHAKAM is of the view that the operations of the school should remain as status quo and the land lease should be renewed. As one of the country’s high-achieving schools, CBN should be allowed to continue with its educational work as they have done for more than a century. The right to education comes in many forms not only for the students but, also relates to the right to livelihood, as well as method of training for the education providers. As long as, it is in compliance with educational and other legal requirements, no institution should be dictated on how it may conduct its operations.

SUHAKAM urges the authorities, including the National Heritage Department, to preserve CBN and to continue protecting its character and heritage as a historical learning institution that is iconic and have played formative roles in educating Malaysians for 122 years.

-END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

22 April 2021

_________________

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (22 APRIL 2021) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) turut menzahirkan kebimbangan yang sama dengan pelbagai organisasi dan individu berhubung isu untuk tidak melanjutkan pajakan tanah Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas (CBN) dan berkemungkinan untuk dipindahkan.

SUHAKAM berpandangan bahawa operasi sekolah tersebut perlu dikekalkan sebagai status quo dan pajakan tanah sekolah itu perlu diperbaharui. Sebagai salah sebuah sekolah yang berprestasi tinggi, CBN perlu dibenarkan untuk meneruskan khidmat pendidikannya sebagaimana yang telah dipraktikkannya selama lebih satu abad. Hak kepada pendidikan datang dalam pelbagai bentuk bukan hanya kepada pelajar namun ia juga berkaitan dengan kelangsungan hidup dan juga kaedah latihan oleh warga pendidik sekolah itu. Selagi mana ia mematuhi keperluan pendidikan dan undang-undang, tiada institusi boleh ditentukan tentang bagaimana ia harus menjalankan operasi mereka.

SUHAKAM menggesa pihak berkuasa, termasuk Jabatan Warisan Negara untuk memelihara CBN dan terus melindungi keistimewaan dan warisan sekolah ini sebagai institusi pendidikan bersejarah yang ikonik dan telah memainkan peranannya dalam mendidik rakyat Malaysia selama 122 tahun.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

22 April 2021

PS

Press Statement No. 18-2021_Convent Bukit Nanas (CBN) Land Lease Issue

Press Statement No. 17-2021_“Every Person has the Right to Profess and Practise His Religion”

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (15 APRIL 2021) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is appalled by recent media reports that an employer had allegedly assaulted, tortured as well as having threatened two workers with a weapon, for fasting at the start of Ramadhan this week. Such actions do not motivate workers to work harder, nor does it promote a healthy working environment, instead, reinforces the negative perception about Malaysian employers and companies in terms of the lack of protection and respect for their workers’ rights. SUHAKAM calls for the authorities to conduct a thorough investigation and that the perpetrators ought to be prosecuted for the alleged assault, battery and any other breaches of the law.

In line with Article 11 of the Federal Constitution which states “Every person has the right to profess and practise his religion”, SUHAKAM wishes to highlight the importance of respecting everyone’s freedom to manifest his or her religion or belief in worship, observance, practice and teaching, and that no one deserves to be subjected to any form of assault, insult, or humiliation for doing so.

In this regard, employers should strive to respect and protect freedom of religion or belief, including workers’ rights to profess, practice and propagate their religious beliefs even at the workplace. SUHAKAM strongly urges employers of every sector or industry, to ensure that appropriate measures are put in place to prevent and eliminate all forms of religious intolerance, inequality and discrimination. SUHAKAM wishes to emphasise the need to foster a culture of respect, tolerance, equality and non-discrimination in society and stresses that all quarters have a role in creating an environment that respects and embraces racial and religious diversity.

-END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

15 April 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (15 APRIL 2021) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menzahirkan rasa kecewanya dengan laporan media berhubung isu majikan yang didakwa memukul, mendera dan mengancam dua orang pekerjanya dengan senjata kerana mereka berpuasa pada bulan Ramadan yang bermula pada awal minggu ini. Tindakan sebegini sudah tentu tidak memberikan motivasi kepada pekerja untuk bekerja lebih kuat atau mempromosikan persekitaran pekerjaan yang sihat sebaliknya ia meningkatkan lagi persepsi negatif terhadap majikan dan syarikat di Malaysia yang tidak melindungi dan menghormati hak pekerja. SUHAKAM menggesa agar pihak berkuasa menjalankan siasatan yang terperinci supaya pesalah didakwa atas tuduhan menyerang, memukul dan kesalahan undang-undang yang lain.

Selaras dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa “Setiap orang mempunyai hak untuk menganuti dan mengamalkan agamanya”, SUHAKAM ingin menjelaskan akan kepentingan untuk menghormati kebebasan setiap orang untuk menjalankan tuntutan atau kepercayaan melalui anutan, amalan serta ajaran agama mereka dan tiada sesiapa yang boleh dipukul, dihina atau diaibkan kerana melaksanakannya.

Dalam hal ini, majikan perlu menghormati kebebasan agama atau kepercayaan, termasuk hak pekerja untuk mengakui, untuk menzahirkan kepercayaan dalam bersembahyang, perayaan, amalan dan ajaran agama mereka walaupun di tempat kerja. SUHAKAM dengan tegas menggesa setiap sektor atau industri untuk memastikan agar langkah-langkah sewajarnya diambil bagi menghalang dan menghapuskan segala bentuk sikap tidak bertoleransi terhadap agama, ketidaksamaan dan diskriminasi. SUHAKAM ingin menekankan akan keperluan untuk kita menyemai budaya hormat menghormati, bertolak ansur, kesaksamaan dan tidak mendiskriminasi dalam masyarakat dan setiap lapisan masyarakat mempunyai peranan untuk mewujudkan persekitaran yang saling menghormati dan meraikan kepelbagaian agama.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

15 April 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my