Press Statement No. 6-2021_Establishment of an RCI into the Allegations of Judicial Misconduct

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (3 FEBRUARY 2021)   –   The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) refers to the decision of the High Court yesterday dismissing the application by YA Datuk Dr. Haji Hamid Sultan Abu Backer for a stay of the proceedings before the Judges’ Ethics Committee. The Court of Appeal has yet to decide on YA Datuk Dr. Haji Hamid Sultan Abu Backer’s appeal against an earlier decision of the High Court on 21 January 2021 refusing leave for a judicial review of the decision of the Judges’ Ethics Committee to hear the allegation against him in camera. SUHAKAM reiterates its call for the establishment of a Royal Commission of Inquiry (RCI) on an urgent basis to look into the allegations of judicial misconduct contained in his affidavit.

The Government had announced in February 2019 that it would establish a RCI to look into the allegations made in the affidavit. To date, there seems to be no further developments on the establishment of the RCI.

SUHAKAM reasserts that the Judiciary is an independent branch of the Government guaranteed under the Federal Constitution. The establishment of a RCI would allow an open inquiry process and demonstrate the Judiciary’s commitment to conduct a thorough and impartial inquiry, ultimately strengthening the public’s trust and confidence in Malaysia’s justice system.

-END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

3 February 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (3 FEBRUARI 2021)   –   Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi semalam di mana permohonan YA Datuk Dr. Haji Hamid Sultan Abu Backer untuk menangguhkan prosiding di hadapan Jawatankuasa Etika Hakim telah ditolak. Mahkamah Rayuan masih belum membuat keputusan mengenai rayuan YA Datuk Dr. Haji Hamid Sultan Abu Backer terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 21 Januari 2021 yang telah menolak semakan kehakiman berhubung dengan pendengaran dakwaan YA Datuk Dr. Haji Hamid Sultan Abu Backer di hadapan Jawatankuasa Etika Hakim secara tertutup. SUHAKAM ingin mengulangi seruannya agar sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan dengan segera bagi menyiasat dakwaan mengenai salah laku kehakiman yang terkandung dalam afidavit berkenaan.

Pada Februari 2019, Kerajaan telah mengumumkan bahawa RCI akan ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan yang terkandung dalam afidavit berkenaan. Sehingga kini, tiada sebarang perkembangan mengenai penubuhan RCI tersebut.

SUHAKAM menegaskan bahawa Badan Kehakiman merupakan badan bebas Kerajaan yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Penubuhan RCI tersebut akan membolehkan proses inkuiri dijalankan secara terbuka dan menunjukkan komitmen Badan Kehakiman untuk menjalankan siasatan yang telus dan saksama, dan mengukuhkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan Malaysia.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

3 Februari 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

Tags: No tags

Comments are closed.