PRESS STATEMENT
KUALA LUMPUR (1 FEBRUARY 2021) – The Children’s Commissioner of the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM), Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal is saddened by the recent death of a 7-year-old boy in Taman Krubong Jaya, Melaka due to alleged abuse by his mother and stepfather. It is understood that the case is now under investigation and it is hoped that those responsible parties will be brought to justice and be punished accordingly.
Due to the COVID-19 pandemic and the movement control orders (MCOs), children are already facing difficulties in accessing their basic rights including proper education and leisure. It is frustrating to hear that there are many children who are unable to live in a safe environment. The Ministry of Women, Family and Community Development (MWFCD) recorded a total of 4,349 cases of physical, sexual and emotional abuse on children last year, along with 2,287 domestic violence cases. MWFCD further affirmed that the numbers were especially high during the implementation of the various MCOs. It was also reported that there was an increase in the number of child incest cases during the MCOs. In addition, a court in Malaysia had recently sentenced a man to 1,050 years jail with 24 strokes of the cane for raping his 12-year-old stepdaughter 105 times over the period of two years. These cases show that violence against children is still prevalent in our country.
Thus, the Children’s Commissioner urges the MWFCD to revive the Talian NUR helpline which was specially dedicated to children and handled by trained staff with psycho-social qualifications. The current Talian Kasih does not have a special dedicated line as such. The Government should also undertake more efforts to ensure the children’s safety particularly those who live in the rural areas. Talian Kasih 15999 hotline and the WhatsApp number 019-2615999 should be promoted through all forms of social media platforms, television, radio, advertisement board at all public areas including highways, mosques, temples, schools, hospitals, supermarkets, buses and train stations. MWFCD is also urged to make full use of the provisions in the Child (Amendment) Act 2016 on the appointment of assistant protector amongst NGOs.
The Children’s Commissioner stresses that it is pertinent for the foster families to register themselves with the Department of Social Welfare (JKM). This is to allow JKM to monitor the child’s well-being and safety, and to provide necessary advice if the biological parents decide to take the child back into their care. While foster care is encouraged, JKM should provide the proper procedures for those who wish to do so in order to protect the child, should the legal guardian (parents of the child) wish to take the child back into their care.
The community is also urged to be a more caring society. Each of us has a responsibility to report to the authorities if any child in our neighbourhood is suspected of being abused by their parent or guardian. Private and government doctors must also report child abuse cases if they found elements of child abuse while giving treatment. In order to stop violence against children, it will require serious cooperation from all parties.
-END-
Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Children’s Commissioner
1 February 2021
Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my
KENYATAAN MEDIA
KUALA LUMPUR (1 FEBRUARI 2021) – Pesuruhjaya Kanak-kanak, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal berasa dukacita akan kes kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun di Taman Krubong Jaya, Melaka dipercayai akibat didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya. Difahamkan bahawa kes tersebut sedang disiasat dan adalah diharapkan pihak yang bertanggungjawab akan dihadapkan ke muka pengadilan dan dijatuhkan hukuman yang setimpal.
Berikutan pandemik COVID-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP), kanak-kanak telahpun menghadapi kesukaran dalam memperolehi hak-hak asas mereka termasuk pendidikan dan beriadah yang sempurna. Adalah sangat mengecewakan apabila mengetahui terdapat ramai kanak-kanak yang tidak dapat hidup dalam persekitaran yang selamat. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah merekodkan sejumlah 4,349 kes penderaan fizikal, seksual dan emosi ke atas kanak-kanak tahun lepas, termasuk 2,287 kes keganasan rumahtangga. Kementerian juga mengesahkan jumlah kes tinggi terutamanya ketika pelaksanaan pelbagai PKP. Ia juga telah dilaporkan dalam berita bahawa kes sumbang mahram telah meningkat ketika tempoh PKP. Sebuah Mahkamah di Malaysia telah menjatuhkan hukuman penjara selama 1050 tahun dan 24 sebatan ke atas seorang lelaki kerana telah merogol anak tirinya yang berusia 12 tahun sebanyak 105 kali dalam tempoh 2 tahun. Semua ini menunjukkan keganasan terhadap kanak-kanak adalah masih sangat ketara di negara kita.
Oleh yang demikian, Pesuruhjaya Kanak-kanak SUHAKAM menggesa KPWKM untuk mengembalikan semula fungsi Talian NUR yang sebelum ini didedikasikan khas untuk kanak-kanak dan dikendalikan oleh kakitangan yang terlatih dengan kelayakan psikososial. Talian Kasih yang ada hari ini tidak mempunyai talian khusus seperti itu. Kerajaan juga hendaklah memfokuskan usaha yang lebih bagi menjamin keselamatan kanak-kanak terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman. Talian Kasih 15999 serta nombor WhatsApp 019-2615999 hendaklah dipromosikan melalui semua bentuk platform media sosial, televisyen, radio, papan iklan di semua tempat awam termasuk lebuh raya, masjid-masjid, kuil-kuil, sekolah-sekolah, hospital-hospital, pasaraya-pasaraya, dan stesen-stesen bas dan keretapi. KWPKM juga digesa untuk menggunakan peruntukan undang-undang dalam Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016 berhubung perlantikan Pembantu Pelindung dalam kalangan NGO-NGO.
Pesuruhjaya Kanak-kanak SUHAKAM menekankan bahawa adalah mustahak untuk semua keluarga pelihara (foster) mendaftarkan diri dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Hal ini untuk membolehkan JKM memantau keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak serta memberi nasihat yang bersesuaian sekiranya ibu bapa kandung ingin mengambil kembali anak mereka untuk dijaga. Walaupun pengambilan anak pelihara adalah amat digalakkan, JKM hendaklah menyediakan prosedur yang sesuai kepada mereka yang ingin berbuat demikian bagi melindungi kanak-kanak sekiranya penjaga yang sah (ibu bapa kandung kanak-kanak) ingin mengambil semula kanak-kanak untuk dijaga.
Masyarakat juga digesa untuk menjadi masyarakat yang lebih prihatin. Setiap orang mempunyai tanggungjawab untuk melaporkan kepada pihak berkuasa jika didapati ada kanak-kanak dalam kawasan kejiranan yang disyaki didera oleh ibu bapa atau penjaganya. Para doktor swasta dan kerajaan juga mesti melaporkan kes penderaan kanak-kanak jika menemui unsur-unsur penderaan kanak-kanak ketika memberikan rawatan. Kerjasama yang serius dari semua pihak diperlukan demi menghentikan keganasan terhadap kanak-kanak.
-TAMAT-
Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Pesuruhjaya Kanak-Kanak
1 Februari 2021
Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my