Kenyataan Media
KUALA LUMPUR (9 JANUARY 2021) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) expresses its concerns regarding the recent news reports on the Registrar of Societies (RoS)’s rejection of the application for registration by both PEJUANG and the Malaysian United Democratic Alliance (MUDA) as political parties.
SUHAKAM stresses that the freedom of association is a fundamental liberty guaranteed to every citizen under Article 10(1)(c) of the Federal Constitution and the same rights enjoyed under Article 20(1) of the Universal Declaration of Human Rights (UDHR). In this regard, SUHAKAM is of the view that there is a need to review the Societies Act 1966 as it contains provisions which may be deemed as inconsistent with the principles of human rights, particularly the right to freedom of association.
The Societies Act 1966 is an Act enacted to govern matters relating to the registration of societies. In accordance with the Act, matters relating to the registration of societies are under the purview of the RoS. In the past, SUHAKAM has made recommendations on reforms to be made to the Societies Act which included, among others, the following: the proportionate exercise of the powers by the RoS for the purpose of the said Act, the review on the absolute discretion of the Minister to declare a society unlawful, the provision of a specific timeframe for the RoS’ decision on a registration application and communication to the applicant on the decision, and the obligation for RoS to furnish reasons for declining or not responding to an application for registration of associations.
Aside from the recommendations above, SUHAKAM proposes that the registration of societies including political parties be administered by an independent entity instead of a government department. This would further guarantee the impartiality and neutrality in the administration of matters relating to the registration of societies.
In line with the Federal Constitution and the spirit of democracy, SUHAKAM calls upon the Government to review the Societies Act 1966 and SUHAKAM stands ready to assist the Government on this matter. In the interim, SUHAKAM hopes that the RoS carries out its functions and duties in a fair-minded and human rights compliant approach.
-TAMAT-
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
9 January 2021
Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my
KENYATAAN MEDIA
KUALA LUMPUR (9 JANUARI 2021) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menzahirkan kebimbangan terhadap laporan media baru-baru ini berhubung tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menolak permohonan pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sebagai parti politik.
SUHAKAM menekankan bahawa kebebasan berpersatuan adalah kebebasan asas yang dijamin kepada setiap rakyat di bawah Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan dan hak yang sama dinikmati di bawah Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR). Sehubungan itu, SUHAKAM berpandangan bahawa terdapat keperluan untuk mengkaji semula Akta Pertubuhan 1966 kerana ia mengandungi peruntukan-peruntukan yang boleh dianggap tidak selaras dengan prinsip hak asasi manusia terutamanya hak berpersatuan.
Akta Pertubuhan 1966 merupakan Akta yang digubal untuk mentadbir urus perkara berkaitan dengan pendaftaran pertubuhan. Menurut Akta ini, hal ehwal berkaitan pendaftaran pertubuhan adalah di bawah bidang kuasa RoS. Sebelum ini, SUHAKAM telah mengesyorkan agar pembaharuan dibuat ke atas Akta Pertubuhan dan antaranya termasuk pelaksanaan kuasa secara wajar oleh RoS untuk tujuan Akta tersebut, kajian semula terhadap budi bicara mutlak Menteri untuk mengisytiharkan suatu pertubuhan itu sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang, peruntukan tempoh masa yang tertentu untuk RoS membuat keputusan terhadap suatu permohonan pendaftaran dan makluman kepada pemohon berhubung keputusan tersebut, dan kewajipan RoS untuk memberikan alasan bagi penolakan atau tidak memberi maklum balas terhadap permohonan pendaftaran pertubuhan.
Selain daripada syor-syor yang dinyatakan di atas, SUHAKAM mencadangkan agar pendaftaran pertubuhan termasuk parti politik ditadbir urus oleh entiti bebas dan bukan jabatan Kerajaan. Ini akan turut menjamin kesaksamaan dan sifat berkecuali dalam tadbir urus hal ehwal berkaitan pendaftaran pertubuhan.
Selaras dengan Perlembagaan Persekutan dan semangat demokrasi, SUHAKAM menyeru agar Kerajaan mengkaji semula Akta Pertubuhan 1966 dan SUHAKAM sentiasa bersedia untuk membantu Kerajaan dalam perkara ini. Buat masa ini, SUHAKAM berharap agar RoS menjalankan fungsi dan tugasnya berdasarkan pendekatan yang adil dan selaras dengan hak asasi manusia.
-TAMAT-
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
9 Januari 2021
Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my