PS

Press Statement No. 14-2021_International Day for the Elimination of Racial Discrimination

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (21 MARCH 2021) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) commemorates the International Day for the Elimination of Racial Discrimination observed annually on 21 March. This year’s theme is “Youth Standing Up against Racism”, recognising the increasing role of youth in society and in charting the future of the nation.

The use of online technologies has grown exponentially following the COVID-19 pandemic and practice of new norms, as a main mode of communication and dissemination of information amongst all levels of community. Unfortunately, social media was misused, by some quarters, for public shaming and blaming with verbal attacks, racist and xenophobic statements published targeting particular ethnicities and nationalities. Majority of social media users are youths, and without proper guidance, will risk exacerbating racist and intolerant attitudes.

SUHAKAM urges the Government to step up its efforts to implement policies and measures to counter hate speech and intolerance, and to provide open platforms for youths and various groups in society to discuss and address the issue of racial discrimination in Malaysia. This could be in the form of intercultural dialogues with a view to promoting mutual tolerance and respect for human dignity in a multi-ethnic and multicultural Malaysia.

SUHAKAM emphasizes the importance of fostering a culture of tolerance, equality and non-discrimination among youths, where the potential lies to develop a just, peaceful and sustainable society in the future. SUHAKAM reiterates its call to the Government to accede to the ICERD as it will serve as a catalyst for more concerted effort to promote and protect human rights for all regardless of race, colour, descent, nationality or ethnic origin.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

21 March 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (21 MAC 2021) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) memperingati Hari Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Perkauman yang disambut pada tanggal 21 Mac setiap tahun. Tema pada tahun ini “Belia Berdiri Teguh Menentang Perkauman” mengiktiraf peranan belia yang semakin meningkat dalam masyarakat dan dalam menentukan masa depan negara.

Penggunaan teknologi dalam talian meningkat dengan ketara berikutan pandemik COVID-19 dan amalan norma baharu dan ia menjadi medium komunikasi dan penyampaian maklumat utama segenap lapisan masyarakat. Malangnya, media sosial telah disalah gunakan oleh sesetengah pihak untuk mengaibkan dan menyalahkan orang lain secara umum dengan serangan secara lisan, perkauman dan kenyataan xenofobia terhadap etnik-etnik dan kewarganegaraan tertentu. Majoriti daripada pengguna media sosial merupakan golongan belia dan tanpa bimbingan yang sewajarnya, ia akan memberi risiko memburukkan lagi perkauman dan sikap tidak bertolak ansur.

SUHAKAM menggesa Kerajaan untuk meningkatkan usaha dalam melaksanakan dasar dan langkah-langkah bagi menangani ucapan berunsur kebencian di Malaysia serta menyediakan platform terbuka untuk belia dan pelbagai lapisan masyarakat untuk berbincang dan menangani isu diskriminasi di Malaysia. Ini boleh dilakukan dalam bentuk dialog antara budaya dengan tujuan untuk mempromosi sikap bertolak ansur dan hormat menghormati bersama dalam masyarakat yang berbilang kaum dan budaya di Malaysia.

SUHAKAM ingin menekankan akan kepentingan untuk memupuk budaya bertolak ansur, kesaksamaan dan tiada diskriminasi dalam kalangan belia kerana mereka yang akan membina masyarakat yang adil, aman damai dan lestari pada masa hadapan. SUHAKAM mengulangi seruan agar Kerajaan meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Tentang Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) kerana ia dapat menjadi pemangkin kepada usaha yang lebih bersepadu untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira ras, warna kulit, keturunan, kewarganegaraan atau asal keturunan etnik.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

21 Mac 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

PS

Press Statement No. 13-2021_Government’s Announcement on the Emergency (Essential Powers) (No. 2) Ordinance 2021 [PU (A) 110]

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (16 MARCH 2021) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is concerned with the Government’s recent announcement that the Emergency (Essential Powers) (No. 2) Ordinance 2021 [PU (A) 110] will be used during the emergency period to deal with misinformation and individuals who create, publish, or circulate fake news on COVID-19 or on the emergency proclamation. SUHAKAM also notes the subsequent statement that the Government would make a differentiation between criticism of the Government and fake news, and take action against the latter.

SUHAKAM is of the view that the imposition of heavy penalties including a fine of up to RM100,000 or imprisonment of up to three years, or both, under the Ordinance may create a chilling effect on the freedom of opinion, expression and speech as enshrined in Article 10(1)(a) of the Federal Constitution, and internationally recognised human rights standards and principles. SUHAKAM hopes that this Ordinance is not an attempt to revive the Anti-Fake News Act 2018 which was repealed in December 2019.

SUHAKAM reminds the Government of its obligation to protect the right to freedom of expression, including the right to seek, receive, and impart information of all kinds. Restrictions on freedom of speech should only be imposed when absolutely necessary, if it is provided by law and is proportionate to achieve a legitimate aim, including the protection of national security, public order, public health or morals, or the rights of others.

In the interest of overcoming inaccurate or false narratives related to COVID-19 vaccines, SUHAKAM calls on the Government to step up its information and awareness raising campaigns. Government should review its decision on the enforcement of the Ordinance, and instead, utilise numerous existing laws which had undergone the necessary Parliamentary legislative process, to address various forms of hate speech and/or unlawful content.

SUHAKAM urges the Government to reconvene Parliament as soon as possible, as stipulated by Article 150(3) of the Federal Constitution, so that laws can be debated before they are passed. It is a check and balance mechanism to ensure that laws passed will not infringe on our fundamental freedoms.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

16 March 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (16 MAC 2021) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menzahirkan kebimbangan dengan pengumuman Kerajaan baru-baru ini bahawa Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No. 2) 2021 [PU (A) 110] akan digunapakai dalam tempoh darurat untuk mengekang berita tidak benar dan tindakan terhadap individu yang mengadakan, menerbit dan menyebarkan berita tidak benar mengenai COVID-19 atau proklamasi darurat. SUHAKAM juga mengambil maklum kenyataan lanjut Kerajaan bahawa ia akan membezakan antara kritikan kepada Kerajaan dan penyebaran berita palsu sebelum mengambil tindakan.

SUHAKAM berpandangan bahawa pengenaan denda yang tinggi termasuk pengenaan denda sehingga RM100,000, atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya sekali di bawah  Ordinan ini akan menyekat kebebasan memberikan pandangan, bersuara, dan bercakap seperti yang termaktub di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan dan prinsip serta piawaian hak asasi manusia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. SUHAKAM berharap agar Ordinan ini bukan cubaan untuk mengembalikan Akta Anti-Berita Tidak Benar 2018 yang telah dimansuhkan pada Disember 2019.

SUHAKAM ingin mengingatkan Kerajaan tentang kewajipan untuk melindungi hak kebebasan bersuara, termasuk hak untuk mencari, menerima dan menyampaikan maklumat. Sekatan terhadap kebebasan bersuara hanya boleh dikenakan apabila perlu dan tertakluk kepada undang-undang dan bersekadar bagi memenuhi tujuan yang munasabah, termasuk untuk melindungi keselamatan negara, ketenteraman awam, kesihatan awam atau moral, atau hak individu lain.

Demi kepentingan untuk menangani maklumat yang tidak tepat atau salah mengenai vaksin COVID-19, SUHAKAM menyeru Kerajaan untuk meningkatkan lagi maklumat serta kempen kesedaran. Kerajaan perlu meneliti semula keputusan untuk menguatkuasakan Ordinan ini dan menggunapakai undang-undang sedia ada yang telah melalui proses perundangan di Parlimen bagi menangani pelbagai bentuk ucapan kebencian dan/atau berita tidak benar.

SUHAKAM turut menggesa Kerajaan untuk mengadakan sidang Parlimen dengan kadar segera seperti yang termaktub di bawah Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan agar undang-undang boleh dibahaskan sebelum ia diluluskan. Ini merupakan mekanisma semak imbang bagi memastikan undang-undang yang diluluskan tidak melanggar hak asasi semua.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

16 Mac 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

07bhjemilah_1615367928

Beri peluang kepada wanita, bukan hadkan

KUALA LUMPUR: Isu ketidaksamaan sosial yang masih membelenggu wanita sehingga kini di seluruh dunia berpunca daripada sikap ‘pilih kasih’.

Situasi sedemikian yang terus wujud meskipun memasuki abad ke-20 juga disebabkan budaya global yang lebih berteraskan stereotaip jantina dan ketidakseimbangan kuasa.

Penasihat Hal Ehwal Kesihatan Awam Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, ketika menyatakan pendirian sedemikian berkata pandemik COVID-19 yang mula melanda dunia, sejak penghujung 2019 memberi kesan lebih teruk terhadap isu ketidaksamaan sosial.

Katanya, kemunculan wabak itu terus memberi tamparan hebat terhadap status wanita meskipun mereka mewakili separuh daripada keseluruhan penduduk dunia.

“Wanita juga mewakili 70 peratus petugas kesihatan di peringkat global, tetapi hanya 25 peratus menyandang tugas sebagai pemimpin kanan.

“Malah, jurang jantina seolah-olah bukan lagi rahsia ketika ini dan semuanya berpunca daripada pelbagai faktor,” katanya dalam ucapan khas sempena Forum Kepemimpinan Wanita: Mengecapi Masa Depan Saksama Dalam Dunia COVID-19, hari ini.

Forum yang diadakan secara maya itu dianjurkan Kementerian Luar, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dr Jemilah berkata perkembangan semasa di Malaysia pula menyaksikan tugas untuk menjaga segenap aspek seisi rumah masih diletakkan di bahu wanita, malah mereka dilihat menjadi benteng hadapan ketika perang menentang COVID-19.

Selain itu, katanya, golongan wanita seakan ‘penyerap’ kesan COVID-19 dalam kalangan masyarakat walaupun terpaksa mengharungi pelbagai ketidaktentuan dan risiko.

“Semuanya berbekalkan semangat sebagai seorang ibu, isteri, anak perempuan, kakak, pekerja, pelajar dan lain-lain.

“Malah, ada kalanya semua peranan ini digalas seorang wanita pada waktu yang sama, justeru tema Hari Wanita tahun ini ialah #ChooseToChallenge (#PilihUntukMencabar).

“Maka, ayuh kita cabar diri untuk ketengahkan kisah pengorbanan, perit, bertungkus lumus dan kesukaran yang perlu diharungi wanita supaya ia diketahui umum.

“Penting untuk kita beri peluang kepada wanita sebagai antara pemacu pembuat keputusan, tetapi usah dihadkan, sebaliknya buka seluas-luasnya,” katanya.

PS

Press Statement No. 12-2021_SUHAKAM Calls for Adherence to the 3 Phases of Action under the National COVID-19 Immunisation Programme

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (10 MARCH 2021) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) reiterates its support for the Government’s drive to provide inclusive and free COVID-19 vaccinations under the National COVID-19 Immunisation Programme, to curb and end the pandemic. Health is a fundamental right, and science dictates that achieving herd immunity is necessary to provide effective protection against continued spread of the disease.

SUHAKAM calls for adherence to the three phases of action under the National COVID-19 Immunisation Programme, which would facilitate a smooth and organised rollout of the vaccination process. In the interest of achieving herd immunity in the shortest time possible, SUHAKAM welcomes the involvement of private healthcare providers to complement Government’s efforts and help to expedite the vaccination process. Careful planning and close coordination between public and private sectors will ensure fair and equitable distribution of the vaccines, which should be based on need and risk of exposure to the virus, instead of a recipient’s status.

SUHAKAM also reminds the public to obtain accurate and up-to-date information from reliable sources, such as the Ministry of Health (MOH) and the COVID-19 Vaccine Supply Access Guarantee Special Committee (JKJAV) websites, so they may make informed decisions about the vaccines.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

10 March 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (10 MAC 2021) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ingin mengulangi sokongannya terhadap usaha kerajaan untuk menyediakan vaksinasi secara percuma dan inklusif di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagi mengawal dan menamatkan pandemik COVID-19. Hak kepada kesihatan adalah hak asasi dan sains menyatakan bahawa mencapai imuniti kelompok adalah perlu untuk memberikan perlindungan yang efektif terhadap penularan berterusan penyakit ini.

SUHAKAM menyeru pematuhan kepada ketiga-tiga fasa tindakan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagi memastikan proses vaksinasi dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Demi mencapai perlindungan kelompok dalam masa yang singkat, SUHAKAM menyambut baik penglibatan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta untuk melengkapkan usaha Kerajaan dan membantu mempercepatkan proses vaksinasi. Perancangan yang teliti dan koordinasi yang baik antara sektor awam dan swasta akan memastikan pengagihan vaksin yang adil dan saksama, yang seharusnya berdasarkan keperluan dan risiko pendedahan kepada virus dan bukan berdasarkan status mereka.

SUHAKAM juga ingin mengingatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat yang tepat dan mutakhir daripada sumber yang sahih seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) bagi memastikan mereka membuat keputusan yang tepat mengenai vaksin ini.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

10 Mac 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

PS

Press Statement No. 11-2021_International Women’s Day 2021

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (8 MARCH 2021) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) commemorates the International Women’s Day 2021 which falls on 8 March annually. In line with this year’s theme, “Women in Leadership: Achieving an Equal Future in a COVID-19 World” and in working towards recovery from the COVID-19 pandemic, SUHAKAM wishes to highlight that now is more important than ever that women have full and equal participation in decision-making positions in all areas of life.

In this regard, SUHAKAM notes that there is significant progress in education and training, labour force participation, economic participation, improvement in the health status and representation in positions of public authority, the economy, and politics. This can be observed through the appointment of more women in high-ranking positions in government-linked companies (GLCs) and as CEOs of public listed companies (PLCs). There is also an increase in the role of women as legislators, judges, senior officials and other higher positions in the Government sector. However, despite such progress, the Statistics on Women Empowerment in Selected Domains, Malaysia, 2020 reported that the aspect of women political empowerment recorded the lowest score with eight states registering scores under national equality level.

The COVID-19 pandemic had exacerbated the pre-existing inequalities and systemic barriers to women’s participation and leadership. The emergence of the pandemic also brings new barriers where vulnerable women are facing increased domestic violence, unemployment, unpaid or reduced salaries, poverty and some of them having a hard time to provide basic needs for the family under their care. In relation to this, all quarters must work together towards empowering all women to uphold their rights and fully leverage their leadership potential in pandemic preparedness and response, particularly in integrating their perspectives in the formulation and implementation of related policies and recovery programmes.

While current initiatives made by the Government in advancing women’s rights are laudable and have produced some positive results, there are still gaps that need to be addressed to enable women in the country to have access to opportunities on an equal basis with men.

SUHAKAM calls on the Government and all relevant stakeholders to realise the Sustainable Development Goals (SDGs), specifically SDG 5, by intensifying efforts to advance gender equality, end all forms of discrimination and violence against women, and promote women empowerment in all areas towards ensuring quality of life, not only for the marginalised but for all women and girls in Malaysia.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

8 March 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (8 MAC 2021) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) memperingati Hari Wanita Antarabangsa 2021 yang diraikan pada 8 Mac setiap tahun. Sejajar dengan tema tahun ini, “Wanita dalam Kepemimpinan: Mencapai Masa Depan yang Saksama dalam Dunia COVID-19” dan dalam usaha ke arah pemulihan daripada pandemik COVID-19, SUHAKAM ingin menekankan akan peri pentingnya buat wanita pada masa ini untuk memiliki keterlibatan yang saksama dan menyeluruh dalam jawatan membuat keputusan di setiap aspek kehidupan.  

Dalam hal ini, SUHAKAM mengambil maklum bahawa terdapat kemajuan yang ketara dalam pendidikan dan latihan, penyertaan tenaga kerja dan ekonomi, peningkatan taraf kesihatan dan perwakilan dalam Kerajaan, ekonomi serta politik. Ini dapat dilihat melalui pelantikan lebih ramai wanita ke jawatan tinggi dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dan sebagai Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) dalam syarikat tersenarai awam (PLCs). Terdapat juga peningkatan peranan wanita sebagai penggubal undang-undang, hakim, pegawai kanan dan jawatan tertinggi dalam sektor Kerajaan. Walaupun terdapat peningkatan yang sedemikian, Statistik Pemerkasaan Wanita dalam Domain Terpilih, Malaysia, 2020 melaporkan bahawa dalam aspek penguasaan politik, wanita mencatat skor terendah dengan lapan negeri mencatatkan skor di bawah paras kesaksamaan nasional.

Pandemik COVID-19 telah memburukkan lagi ketidaksamaan dan halangan sistemik sedia ada terhadap keterlibatan dan kepemimpinan wanita. Kemunculan pandemik ini juga membawa halangan baharu di mana wanita rentan menjadi mangsa peningkatan keganasan rumah tangga, kehilangan pekerjaan, tidak dibayar gaji atau pengurangan gaji, kemiskinan dan ada antaranya mengalami kesukaran untuk menyediakan keperluan asas untuk keluarga di bawah jagaan mereka. Berhubung ini, segenap lapisan masyarakat perlu bekerjasama ke arah memperkasakan wanita dalam mempertahankan hak mereka dan meningkatkan potensi kepimpinan mereka secara sepenuhnya dalam ketersediaan dan respon pandemik terutamanya dalam mengintegrasikan perspektif mereka dalam formulasi dan pelaksanaan dasar dan program pemulihan yang berkaitan.

Walaupun inisiatif-inisiatif yang sedang dijalankan oleh Kerajaan untuk memajukan hak asasi wanita harus dipuji dan telah mendatangkan kesan yang positif, masih terdapat jurang yang perlu ditangani bagi membolehkan wanita di negara ini mendapat peluang yang saksama dengan lelaki.

SUHAKAM menyeru agar Kerajaan dan semua pihak berkepentingan yang berkait untuk merealisasikan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs), khususnya SDG 5, dengan meningkatkan usaha bagi memajukan kesaksamaan gender, menghapuskan segala bentuk diskriminasi dan keganasan terhadap wanita, dan mempromosi pemerkasaan wanita dalam semua bidang ke arah memastikan kehidupan yang berkualiti, bukan sahaja bagi mereka yang terpinggir, malah untuk semua wanita dan kanak-kanak perempuan di Malaysia.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

8 Mac 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

EVENTS_ONLINE EVENTS

International Women’s Day Virtual Forum

International Women’s Day Celebration 2021: Virtual Forum on “Women in Leadership: Achieving an Equal Future in a COVID-19 World

Tarikh: 10 Mac 2021 (Rabu)

Masa: 2:00pm - 5:00pm (Masa Malaysia)

Venue : Webinar platform – link will be provided upon confirmed

Registration : https://tinyurl.com/3l5f63vq

PS

Press Statement No. 3-2021 (OCC)_Protect Children who are Seeking Refuge based on the Humanitarian Grounds

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (1 MARCH 2021)    –    Children’s Commissioner, Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM), Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal was appalled with the media report dated 26th February 2021 that 1,086 Myanmar nationals, including children and UNHCR cardholders were deported to their home country by the Malaysian Immigration Department. The report was highlighted by a coalition of international human rights organisations and it was reported that at least two of the deported children had been separated from their asylum-seeking families in Malaysia.

In line with the Article 9 of the Convention on the Rights of the Child (CRC), States Parties shall ensure that a child shall not be separated from his or her parents against their will. The Children’s Commissioner is of the view that separating the children from their parents who are still in Malaysia is a grave violation of the child rights under the CRC. Article 22 of the same convention also stated that the States Parties shall take appropriate measures to ensure that a child who is seeking refugee status or who is considered a refugee in accordance with applicable international or domestic law and procedures shall, whether unaccompanied or accompanied, receive appropriate protection and humanitarian assistance in the enjoyment of applicable rights set forth in the CRC.

Malaysia is under the obligation to protect children who are seeking refuge based on the humanitarian grounds and not to send them back to their home country where they may face violence and persecution. The decision for this deportation is also in defiance of the High Court Order and if such deportation is necessary, the Government shall be responsible that their passage home would be safe.

The Children Commissioner urges the Government to grant UNHCR with immediate and unfettered access to all immigration detention facilities to investigate the deportation of the 1,086 refugees. All children, whether they are refugee or undocumented are victims of circumstance and thus, they should not be treated as criminals and their rights must be respected. The Alternative to Detention (ATD) program should be activated as these children should not be detained in immigration depots but to stay with foster families or in children’s shelter.

-TAMAT-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Children’s Commissioner

1 March 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (1 MAC 2021)   –   Pesuruhjaya Kanak-Kanak, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal menzahirkan kebimbangan dengan laporan media bertarikh 26 Februari 2021 bahawa 1,086 rakyat Myanmar, termasuk kanak-kanak dan pemegang kad UNHCR telah diusir ke negara asal mereka oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Laporan tersebut diketengahkan oleh satu gabungan organisasi hak asasi manusia antarabangsa dan dilaporkan bahawa sekurang-kurangnya dua kanak-kanak yang dihantar pulang telah dipisahkan daripada keluarga mereka yang mencari suaka di Malaysia.

Selaras dengan Perkara 9 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC), Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan bahawa seseorang kanak-kanak itu tidak dipisahkan daripada ibu bapanya tanpa kerelaannya. Pesuruhjaya Kanak-Kanak berpandangan bahawa memisahkan kanak-kanak tersebut daripada ibu bapa mereka yang masih berada di Malaysia adalah pelanggaran terhadap hak kanak-kanak di bawah CRC. Perkara 22 dari Konvensyen yang sama juga menyatakan bahawa Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil langkah-Iangkah yang sewajarnya untuk memastikan bahawa seseorang kanak-kanak yang memohon taraf pelarian atau yang dianggap pelarian mengikut undang-undang dan tatacara antarabangsa atau domestik yang terpakai hendaklah sama ada tidak ditemani atau ditemani oleh ibu bapanya atau mana-mana orang lain, menerima perlindungan yang sewajarnya dan bantuan kemanusiaan dalam menikmati  hak-hak yang terpakai yang dinyatakan dalam CRC ini.

Malaysia bertanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak yang mencari perlindungan atas dasar kemanusiaan dan adalah tidak wajar mengusir mereka kembali ke negara asal di mana mereka mungkin bakal berdepan dengan keganasan dan penganiayaan. Keputusan pengusiran ini juga bertentangan dengan Perintah Mahkamah Tinggi dan jika pengusiran tersebut sememangnya perlu, Kerajaan hendaklah bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan perjalanan mereka.

Pesuruhjaya Kanak-Kanak menggesa Kerajaan untuk segera memberikan UNHCR akses tanpa sekatan ke semua tempat tahanan imigresen untuk menyiasat insiden pengusiran 1,086 pelarian tersebut. Semua kanak-kanak, sama ada mereka pelarian atau tanpa dokumen adalah mangsa keadaan dan oleh yang demikian, mereka tidak seharusnya dilayan seperti penjenayah dan hak-hak mereka perlu dihormati. Program Alternatif untuk Penahanan (ATD) hendaklah dilaksanakan kerana kanak-kanak ini tidak sewajarnya ditahan di depot tahanan imigresen tetapi tinggal bersama keluarga pelihara atau di tempat perlindungan kanak-kanak.

-TAMAT-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Pesuruhjaya Kanak-Kanak

1 Mac 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

PS

Press Statement No. 10-2021_SUHAKAM Expresses its Concern of the Federal Court Decision on Malaysiakini

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (20 FEBRUARY 2021) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) respects the decision of the Federal Court which found that Malaysiakini was guilty of contempt of court over the readers’ comments relating to the judiciary posted on its site. However, SUHAKAM is concerned that this decision could set a precedent that may have significant implications on the people’s right to freedom of expression and freedom of information in the country.

The freedom of speech guaranteed under Article 10 (1) of the Federal Constitution is not absolute and may be restricted by law in the interest of preserving national security, public order or morality and international relations. SUHAKAM would like to point out that in today’s digital age where open discussion and comments are made public, portal owners should not be liable for comments made by the public on their portal. In this regard, SUHAKAM stresses that the country’s legal framework should keep pace with the continuously evolving character of digital media which increasingly serves as a platform for discourse and expression on issues of public interest.

The media is an essential instrument that contributes towards greater awareness and protection of human rights through its reporting of the human rights situation in the country.  In this regard, there should be an enabling environment for the media to work effectively to serve the public interest. Any demands or measures undertaken to remove digital content should be based on validly enacted law, independent oversight and through necessary and proportionate means to achieve the legitimate aims mentioned above.

Equal access to information, assurances on press freedom and responsible journalism will demonstrate Malaysia’s commitment to promote and protect the people’s right to freedom of opinion and expression which includes freedom to hold opinions without interference and to seek, receive and impart information and ideas through any media and regardless of frontiers.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

20 February 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (20 FEBRUARI 2021) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa Malaysiakini didapati bersalah menghina mahkamah menerusi komen pembaca mengenai kehakiman yang diterbitkan di laman beritanya. Walau bagaimanapun, SUHAKAM bimbang keputusan ini akan mencipta suatu duluan kehakiman yang mungkin akan memberikan implikasi terhadap hak rakyat kepada kebebasan bersuara dan kebebasan maklumat di negara ini.

Kebebasan bersuara yang dijamin di bawah Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan bukanlah sesuatu yang mutlak dan ia boleh dibataskan oleh undang-undang bagi tujuan mengekalkan keselamatan negara, ketenteraman awam, prinsip moral dan hubungan antarabangsa. SUHAKAM ingin menyatakan bahawa dalam era digital kini di mana perbincangan serta komen dibuat secara terbuka, pemilik portal tidak seharusnya dipertanggungjawabkan terhadap komen yang dibuat oleh pembaca dalam portal mereka. Dalam perkara ini, SUHAKAM menekankan bahawa rangka kerja undang-undang perlu mengikut arus perkembangan di mana meningkatnya penggunaan media digital sebagai platform perbincangan isu berkaitan kepentingan awam.

Media adalah alat penting yang menyumbang kepada kesedaran dan perlindungan hak asasi manusia yang lebih baik melalui pelaporan mengenai keadaan hak asasi manusia dalam negara. Dalam hal ini, suatu persekitaran yang membolehkan media berfungsi secara berkesan harus diwujudkan bagi memenuhi kepentingan orang ramai. Apa-apa permintaan atau langkah yang diambil untuk menurunkan kandungan digital harus berdasarkan undang-undang, pengawasan bebas melalui kaedah yang perlu dan berkadaran bagi mencapai matlamat sah seperti disebut di atas.

Akses sama rata kepada maklumat, jaminan kebebasan media dan kewartawanan yang bertanggungjawab menggambarkan komitmen  Malaysia untuk mempromosi dan melindungi hak orang ramai kepada kebebasan berpendapat dan bersuara termasuk kebebasan berpendapat tanpa gangguan, serta hak untuk mendapatkan, menerima dan menyampaikan maklumat dan buah fikiran melalui apa jua saluran tanpa mengira sempadan.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

20 Februari 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

PS

Press Statement No. 9-2021_SUHAKAM Expresses its Concerns on the Alleged Use of Dating Website by IPT Students

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (17 FEBRUARY 2021)   –   The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) expresses its concerns regarding the recent news reports on the alleged use of certain dating website by students of higher education to obtain financial support in exchange for their companionship.

It was reported that there has been an increase of over 40% in the registration of new users on such dating website seemingly due to financial pressures during COVID-19 pandemic. These dating websites or other similar online dating applications may promote sexual exploitation activities which violate the principle of human rights.

This situation is very worrying and if there is no proper monitoring mechanism by the authorities, it may lead to negative impacts on our younger generation. SUHAKAM is of the view that the younger generation, regardless of their gender should be provided with sufficient assistance and support to allow them to develop their personal potential, be it in their studies or professional life. In this regard, SUHAKAM calls upon the relevant authorities to work together with expert bodies and organisations to study the root causes for the prevalence of such practices, with a view to identifying and implementing measures to effectively address the matter.

SUHAKAM calls for the relevant Ministries such as the Ministry of Women, Family and Community Development (MWFCD) and the Ministry of Communications and Multimedia to conduct regular monitoring of online dating websites and other similar applications. There should be a balance between right to information and internet censorship in controlling what can be accessed, published, or viewed on the website especially when it involves younger generation and children.

SUHAKAM also wishes to remind parents and guardians to always monitor their children’s internet activities in order to protect them from accessing sexually-explicit websites that could potentially be detrimental to their safety and well-being.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

17 February 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (17 FEBRUARI 2021)   –   Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menyuarakan kebimbangannya berhubung laporan media baru-baru ini tentang penggunaan laman web pencarian teman tertentu oleh pelajar pusat pengajian tinggi untuk menawarkan diri jadi peneman bagi mendapatkan sokongan kewangan.

Dilaporkan bahawa terdapat peningkatan pendaftaran pengguna laman web tersebut sebanyak 40% berkemungkinan disebabkan oleh tekanan kewangan semasa pandemik COVID-19. Laman web ini atau aplikasi pencarian teman dalam talian yang serupa boleh mempromosi aktiviti eksploitasi seksual yang melanggar prinsip hak asasi manusia.

Keadaan ini amat membimbangkan dan sekiranya tiada mekanisma pemantauan yang sewajarnya oleh pihak berkuasa, ia boleh memberikan kesan buruk kepada generasi muda. SUHAKAM berpandangan bahawa generasi muda, tanpa mengira gender mereka seharusnya diberikan bantuan dan sokongan yang secukupnya bagi membolehkan mereka untuk meningkatkan potensi diri mereka sama ada dalam aspek pelajaran atau kehidupan professional. Dalam perkara ini, SUHAKAM menyeru pihak berkuasa berkenaan untuk bekerjasama dengan pakar dan organisasi berkaitan bagi mengkaji punca mengapa perkara ini berleluasa dan mengenal pasti serta melaksanakan langkah-langkah untuk menangani isu ini dengan efektif.

SUHAKAM menyeru agar Kementerian berkaitan iaitu Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia menjalankan pemantauan berkala ke atas laman web pencarian teman sebegini atau aplikasi lain yang serupa. Adalah penting untuk memastikan keseimbangan antara hak untuk mendapatkan maklumat dan tapisan internet dalam mengawal apa yang boleh diakses, diterbitkan atau dilihat dalam laman web terutamanya apabila ia melibatkan generasi muda dan kanak-kanak.

SUHAKAM juga ingin mengingatkan ibu bapa dan penjaga untuk sentiasa memantau aktiviti internet anak-anak bagi melindungi mereka daripada mengakses laman web berunsur lucah yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan diri mereka.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

17 Februari 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

PS

Press Statement No. 8-2021_SUHAKAM Commends Government’s Decision to Provide Free COVID-19 Vaccination

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (15 FEBRUARY 2021)   –   The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) commends the Government for its decision to provide free COVID-19 vaccination for all, including non-citizens residing in Malaysia which will include diplomats, expatriates, students, foreign spouses and children, foreign workers and UNHCR card holders.

This move can be seen as a recognition of the principle of access to health for all in Malaysia and is in line with the principles of non-discrimination and equal treatment as promulgated in the Universal Declaration of Human Rights (UDHR). Access to healthcare is a fundamental human right that should be enjoyed by everyone, regardless of their status. The right to health contains entitlements which include the right to a system of health protection providing equal opportunity for everyone to access healthcare.

SUHAKAM also hopes that the Government will realise its decision to provide free vaccination for undocumented migrants and ensure that those who come forward to participate in the National Immunisation Programme will not be arrested and penalised for their undocumented status. While we understand the powers within the immigration laws provide for arrest of those without valid documents, the urgency during this pandemic demands that a safe and secure environment must exist in order for all persons to come out voluntarily for vaccination.

In this regard, SUHAKAM welcomes the Government’s readiness to work together with various parties including NGOs towards ensuring an effective immunisation programme for all.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

15 February 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (15 FEBRUARI 2021)   –   Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menyambut baik keputusan Kerajaan untuk menyediakan vaksin COVID-19 secara percuma kepada semua termasuk bukan warganegara yang menetap di Malaysia dan ini akan melibatkan diplomat, pegawai dagang, pelajar, pasangan warga asing dan anak mereka, pekerja asing dan pemegang kad UNHCR.

Langkah ini boleh dilihat sebagai satu pengiktirafan terhadap prinsip akses kepada kesihatan bagi semua orang di Malaysia dan ia sejajar dengan prinsip anti-diskriminasi serta layanan sama rata seperti mana yang diisytiharkan dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR). Akses kepada penjagaan kesihatan adalah hak asasi yang seharusnya dinikmati oleh semua orang tanpa mengira status mereka. Hak kepada kesihatan merangkumi hak kepada sebuah sistem perlindungan kesihatan yang memberikan peluang sama rata kepada semua untuk mendapat akses kepada penjagaan kesihatan.

SUHAKAM juga berharap agar Kerajaan akan merealisasikan keputusan mereka untuk menyediakan vaksin percuma kepada migran tanpa dokumen dan memastikan agar mereka yang tampil untuk menyertai Program Imunisasi Kebangsaan ini tidak akan ditangkap dan didenda disebabkan status mereka yang tidak berdokumen. Walaupun kami memahami kuasa undang-undang imigresen menetapkan bahawa tangkapan boleh dibuat terhadap mereka yang tidak mempunyai dokumen, tetapi melihat kepada keadaan mendesak ketika pandemik ini, persekitaran yang selamat amat perlu bagi membolehkan semua orang tampil secara sukarela untuk vaksinasi.

Dalam hal ini, SUHAKAM menyambut baik kesediaan Kerajaan untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan ke arah memastikan program imunisasi yang efektif kepada semua.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

15 Februari 2021Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my