Press Statement No. 43-2023_Death Penalty- SUHAKAM Applauds Government’s Commitment to Restorative Justice , Urges Further Reforms for Procedural Fairness

KUALA LUMPUR (16 NOVEMBER 2023) – The Human Rights Commission of Malaysia

(SUHAKAM) welcomes the Government’s move to review sentences following the Mandatory

Sentencing Abolition Act 2023 [Act 846]. This transformative event underlines the Government’s commitment to embracing and promoting the principles of restorative justice

within our criminal justice system. SUHAKAM believes this step echoes the Government’s  earnest commitment to affirm and protect universal human rights.

SUHAKAM takes this opportunity to extend our appreciation to members of the “Special Committee to Review Alternative Sentences to the Mandatory Death Penalty” including our former Commissioner, Dato’ Mah Weng Kwai and our Children’s Commissioner, Dr. Farah Nini Dusuki for their relentless efforts and contribution in the preparation of the report that led to the abolition of the mandatory death penalty for 11 mandatory offences earlier this year.

While SUHAKAM commends the historic decision by the Federal Court in hearing the review

applications by convicts on death row and serving natural life imprisonment which resulted in the commutation of their sentences, SUHAKAM is concerned with the limited time allocated for the review application process. In particular, the time frame for the applicant and the lawyer to file a comprehensive review application which includes filing affidavits from family members, obtaining documents of past convictions that may not be readily available, and preparing a strong case for the review.

In addressing these challenges, we urge for the Government to review procedure and the

timeline of filing the cause papers to give ample time for lawyers and applicants to prepare

their case to ensure procedural fairness and due process for all parties involved. SUHAKAM calls for the review process to provide justice not only substantively to the applicant but also procedurally.

While the death penalty still exists within our jurisdiction, this hints at the unmistakable and

progressive strides towards cultivating a more just, balanced, and equitable justice system.

END-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

16 November 2023

—————

Hukuman Mati-SUHAKAM Puji Komitmen Kerajaan Terhadap Keadilan Restoratif, Juga Gesa Pembaharuan untuk Keadilan Prosedur

KUALA LUMPUR (16 NOVEMBER 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menyambut baik keputusan Kerajaan untuk semakan hukuman susulan dari Akta Pemansuhan Hukuman Mandatori 2023 [Akta 846]. Langkah progresif yang bersejarah ini menunjukkan komitmen Kerajaan terhadap prinsip keadilan restoratif dalam sistem keadilan jenayah dan perlindungan kepada hak asasi manusia sejagat.

SUHAKAM mengambil peluang ini untuk menyampaikan penghargaan kepada ahli-ahli Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori termasuk mantan Pesuruhjaya, Dato’ Mah Weng Kwai dan Pesuruhjaya Kanak-Kanak SUHAKAM, Dr. Farah Nini Dusuki atas usaha dan sumbangan mereka yang dalam penyediaan laporan yang membawa kepada pemansuhan hukuman mati mandatori bagi 11 kesalahan pada awal tahun ini.

Keputusan Mahkamah Persekutuan untuk mendengar permohonan semakan semula hukuman mati yang dikemukakan oleh banduan dan digantikan dengan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat disambut baik oleh SUHAKAM. Walaubagaimanapun, SUHAKAM bimbang dengan peruntukan tempoh masa yang agak terhad untuk proses permohonan semakan yang dikhuatiri tidak mencukupi bagi pemohon dan peguam untuk memfailkan permohonan semakan komprehensif, termasuk pemfailan afidavit daripada ahli keluarga, mendapatkan dokumen-dokumen sabitan lampau yang mungkin tidak dapat diperolehi dengan segera serta penyediaan kes yang kukuh untuk semakan.

Untuk menangani cabaran ini, SUHAKAM menggesa Kerajaan untuk menilai semula prosedur dan tempoh masa untuk memfailkan kertas kausa bagi memberikan masa yang mencukupi untuk peguam dan pemohon menyediakan kes mereka. Ini bagi memastikan keadilan dari aspek prosedur dan proses undang-undang yang sewajarnya. SUHAKAM menyeru agar proses semakan ini dapat memberikan keadilan, bukan hanya kepada pemohon tetapi juga keadilan dari segi prosedur.

Walaupun hukuman mati masih kekal dalam sistem pentadbiran jenayah, SUHAKAM melihat langkah semakan ini sebagai satu usaha progresif ke arah menyemai sistem keadilan yang lebih seimbang dan saksama.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

16 November 2023

Tags: No tags

Comments are closed.