Press Statement No. 34-2023_Incident of a Student Suffering An Eye Injury Resulting from Caning

Incident of a Student Suffering An Eye Injury Resulting from Caning

KUALA LUMPUR (22 SEPTEMBER 2023) – The Children’s Commissioner of the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM), Dr Farah Nini Dusuki, is distressed by the reported incident of a student suffering an eye injury resulting from caning to address his misbehaviour. The incident should serve as a wake-up call for the government and society to have an attitudinal change towards corporal punishment.

The Education (School Discipline) Regulations 1959 and MOE Circular No 7/2003 on guidelines for the use of caning in schools should be strictly followed and made aware of by all students, teachers, and parents. Any excessive corporal punishment that causes injury to the student should warrant the legal implications found in Section 31 of the Child Act 2001 [Act 611], which include a liability of a fine not exceeding fifty thousand ringgits, or imprisonment for a term not exceeding twenty years, or both.

However, it is noteworthy to highlight that despite the strict regulation stipulated by the Ministry of Education in carrying out caning, there is an existing inherent risk of perpetrating severe harm if the executor gets carried away by emotions or carelessness. Therefore, there is an urgency to shift towards non-violent teaching and parenting methods to reduce the cases of any harm and injury resulting from corporal punishment.

The Ministry of Education is urged to reconsider and review its stance on corporal punishment and its associated harm. Any form of punishment on children must be capable of benefiting from the correction. Educating through fear or pain has been proven to have negative consequences on the mental, physical, and self-esteem of the students. Students should be made to understand the logical consequences of their misbehaviour and resolve any conflicts through dialogic learning. It is strongly recommended that the government should proactively explore alternative discipline strategies to protect students’ dignity and inculcate respect while cultivating decision-making skills as a form of correction.

-TAMAT-

Dr Farah Nini Dusuki

Children’s Commissioner

22 September 2023

————————————-

Insiden Seorang Pelajar Cedera di Mata Akibat Dirotan

KUALA LUMPUR (22 SEPTEMBER 2023) – Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Dr Farah Nini Dusuki, bimbang dengan insiden yang dilaporkan mengenai seorang pelajar mengalami kecederaan di mata akibat dirotan, berikutan guru ingin menangani salah laku pelajar tersebut. Insiden itu seharusnya menjadi satu peringatan kepada pihak kerajaan dan masyarakat sivil untuk mengubah pendirian terhadap hukuman rotan.

Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 dan Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 7/2003 mengenai garis panduan penggunaan hukuman rotan di sekolah hendaklah dipatuhi dan disebar luaskan kepada semua pelajar, guru dan ibu bapa. Sebarang hukuman rotan yang keterlaluan sehingga menyebabkan kecederaan kepada pelajar hendaklah mengakibatkan implikasi undang-undang yang termaktub dalam Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611], yang termasuk liabiliti denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit, atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun, atau kedua-duanya.

Walau bagaimanapun, adalah wajar untuk ditegaskan bahawa walaupun terdapat peraturan ketat ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkenaan pelaksanaan hukuman rotan, namun wujud risiko untuk kemudaratan yang teruk berlaku jika pelaksana terbawa-bawa oleh emosi atau berlaku kecuaian. Oleh yang demikian, terdapat keperluan mendesak untuk beralih kepada kaedah pengajaran dan keibubapaan tanpa kekerasan bagi mengurangkan sebarang kes bahaya dan kecederaan akibat daripada hukuman rotan.

Selain itu, KPM digesa untuk mempertimbang dan mengkaji semula pendiriannya terhadap hukuman rotan dan kemudaratan yang berkaitan dengannya. Sebarang bentuk hukuman ke atas kanak-kanak seharusnya mempunyai manfaat daripada pembetulan kesalahan yang dilakukan. Mendidik melalui ketakutan atau kesakitan telah terbukti mempunyai kesan negatif terhadap mental, fizikal dan harga diri pelajar. Pelajar harus memahami secara logik akibat dari salah laku mereka dan menyelesaikan sebarang konflik melalui proses dialog. Pihak Kerajaan amat digalakkan supaya proaktif dalam meneroka strategi disiplin alternatif untuk melindungi maruah pelajar dan memupuk rasa hormat, di samping menyubur kemahiran membuat keputusan sebagai satu bentuk perbaikan kepada disiplin pelajar.

-TAMAT-

Dr Farah Nini Dusuki

Pesuruhjaya Kanak-Kanak22 September 2023

Tags: No tags

Comments are closed.