Press Statement: Progress on Rumah Insani Investigation
KUALA LUMPUR (12 SEPTEMBER 2023) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) wishes to release its findings of the investigation regarding alleged human rights violations at Rumah Pemulihan Akhlak Insani (Rumah Insani) in Bukit Beruntung, Selangor.
Pursuant to its investigation powers stipulated under Section 12 (1) of the Human Rights Commission of Malaysia Act 1999 [Act 597], SUHAKAM has carried out and completed the investigation in June 2023 which includes monitoring visit, recording statements from 33 witnesses, compilation of 49 exhibits, and discussions with relevant agencies. Evidence from SUHAKAM’s investigation has led to the discovery of numerous systemic irregularities and violation of laws in the management and administration of the institution.
In its findings, SUHAKAM has identified the following key issues:
- Rumah Insani has been operating illegally in conducting rehabilitation programs according to Drug Dependants (Treatment and Rehabilitation) Act 1983 [Act 283] and the Mental Health Act 2001 [Act 615];
- The registration of one of the premises belong to Rumah Insani has expired and this violates the Section 4 of Care Centers Act 1993 [Act 506];
- Children’s care and rehabilitation program at Rumah Insani are in conflict with the Children Act 2001 [Act 611];
- Rumah Insani violates Section 29A (2) of the Education Act of 1996 [Act 550] by not sending trainees under the age of 18 to school;
- The treatment and rehabilitation programs for trainees at Rumah Insani are not in compliance with the Care Centers Act 1993 [Act 506];
- Various human rights violations contravene Article 5 and Article 8 of the Federal Constitution and Article 3 to Article 7 of the Universal Declaration of Human Rights (UDHR); and
- An investigation by the Royal Malaysia Police (PDRM) found out that some the trainers under the custody of Rumah Insani are listed in the PDRM ‘wanted list’.
In response to its findings, SUHAKAM has outlined the following key recommendations:
- The Department of Social Welfare and Selangor Islamic Religious Council to review the registration and operation of Rumah Insani by taking into account the findings of SUHAKAM investigation and the prosecution by Royal Malaysian Police.
- Relevant agencies such as the Department of Social Welfare, the Islamic Religious Council and the National Anti-Drugs Agency to review the registration status of all centers and continuously monitor other registered rehabilitation centres. This is to ensure the care and rehabilitation programs are conducted in compliance with the existing regulations.
- As part of human rights violations prevention measures, the Government should establish a Special Committee comprises of various government agencies to examine, monitor and to develop relevant policies with regard to the operation of the private rehabilitation centers.
SUHAKAM encourages the public to actively share information and report instances of human rights violations in any rehabilitation center or care facilities. SUHAKAM also calls for all parties to intensify the collaborative effort in addressing this issue and urges for the authorities to continue monitor the operation of all rehabilitation centers in Malaysia.
-TAMAT-
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
12 September 2023
——————
Kenyataan Media: Perkembangan Siasatan Rumah Insani
KUALA LUMPUR (12 SEPTEMBER 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ingin mendedahkan hasil siasatan berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi manusia di rumah Pemulihan Akhlak Insani (Rumah Insani) di Bukit Beruntung, Selangor.
Selaras dengan kuasa siasatan yang diperuntukkan di bawah Seksyen 12 (1) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 [Akta 597], SUHAKAM telah menjalankan dan melengkapkan siasatan pada Jun 2023 yang melibatkan lawatan pemantauan, rakaman keterangan 33 saksi, pengumpulan 49 ekshibit, dan perbincangan dengan agensi berkaitan. Siasatan SUHAKAM telah membawa kepada beberapa penemuan berkaitan ketidakpatuhan dan pelanggaran undang- undang dalam pengurusan dan pentadbiran institusi tersebut.
Berdasarkan dapatan ini, SUHAKAM mengenal pasti isu-isu utama berikut:
- Rumah Insani telah beroperasi secara tidak sah dalam menjalankan program pemulihan mengikut Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 [Akta 283] dan Akta Kesihatan Mental 2001 [Akta 615];
- Pendaftaran salah satu premis yang dimiliki oleh Rumah Insani telah tamat tempoh dan ini melanggar Seksyen 4 Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506];
- Program penjagaan dan pemulihan kanak-kanak di Rumah Insani bercanggah dengan Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611];
- Rumah Insani tidak menghantar pelatih yang berumur di bawah 18 tahun ke sekolah dan ini melanggar Seksyen 29A (2) Akta Pendidikan 1996 [Akta 550];
- Rawatan dan pemulihan pelatih di Rumah Insani tidak mematuhi Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506];
- Pelbagai pelanggaran hak asasi manusia yang bertentangan dengan Artikel 5 dan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan serta Artikel 3 hingga Artikel 7 Deklarasi Hak Asasi Manusia Universal (UDHR); dan
- Siasatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati beberapa pelatih yang ditempatkan di Rumah Insani tersenarai dalam senarai ‘orang yang dikehendaki’ bagi siasatan PDRM.
SUHAKAM telah menyenaraikan beberapa syor penting untuk pertimbangan pihak berkuasa yang berkaitan, seperti berikut:
- Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Agama Islam Selangor menyemak semula pendaftaran dan operasi Rumah Insani dengan mengambil kira dapatan SUHAKAM dan pendakwaan oleh Polis Diraja Malaysia;
- Agensi-agensi yang berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam, dan Agensi Antidadah Kebangsaan perlu menyemak semula pendaftaran dan dan memantau secara berterusan pusat-pusat pemulihan lain yang berdaftar bagi memastikan program penjagaan dan pemulihan dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang sedia ada;
- Sebagai sebahagian daripada langkah-langkah pencegahan pelanggaran hak asasi manusia, Kerajaan perlu menubuhkan Jawatankuasa Khas terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan untuk memeriksa, memantau dan membangunkan dasar-dasar yang berkaitan operasi pusat pemulihan swasta.
SUHAKAM menggalakkan orang ramai untuk berkongsi maklumat secara aktif dan melaporkan sebarang kejadian pelanggaran hak asasi manusia di mana-mana fasiliti pemulihan atau penjagaan. SUHAKAM menyeru semua pihak untuk meningkatkan kerjasama dalam menangani isu ini dan menggesa pihak berkuasa untuk terus memantau operasi semua pusat pemulihan di Malaysia.
-TAMAT-
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
12 September 2023