Kenyataan Media
KUALA LUMPUR (18 MAY 2022) – The recent occurrence of child abuse or neglect cases allegedly perpetrated by childcare providers or babysitters was deeply disturbing and alarming. The unimaginable harshness and callous indifference shown towards children by the foregoing cases should serve as a painful lesson to all segments of society and impart a sense of urgency and seriousness to the primary caregivers.
Although the state has the primary obligation in safeguarding the rights of the children, the protection for children cannot be secured without the parents and guardians being vigilant of their own extensive responsibilities towards children and the efforts to meet the needs of children. It is vitally important that parents and guardians are aware of the competency of individuals who are not only in contact with their children but also entrusted with them. The onus is on the parents or guardians to equip themselves with knowledge in looking for childcare centres/ providers that meet the requirements prescribed by the law and regulated by the Department of Social Welfare Malaysia (JKM).
The CC is appealing to the community to take an active role in supporting governmental agencies by reporting unlicensed/ unregistered childcare centres to JKM. The community should also be conscious of their collective responsibility and the impact of their action in helping which will lend support to tackle the prevalence of child abuse incidents in unlicensed and licensed childcare centres whilst the care system is rapidly expanding.
CC would like to urge children of mature age to be made aware of the various children’s issues that affect them directly or indirectly. The knowledge and information about children’s rights should be disseminated commensurate with their age. Their ability to understand not only their safety but also that of their peers is pertinent to inform report instances of child abuse to other adults when they are in the position of being victimised or witnessing abuse.
-TAMAT-
Dr Farah Nini Dusuki
Children’s Commissioner
18 May 2023
—————-
KENYATAAN MEDIA
KUALA LUMPUR (18 MEI 2023) – Kejadian kes penderaan kanak-kanak baru-baru ini yang didakwa dilakukan oleh pengasuh dan penjaga pusat penjagaan kanak-kanak amat membimbangkan. Sikap tidak berperikemanusiaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak yang berlaku dalam paparan kes terkini hendaklah menjadi pengajaran kepada semua lapisan masyarakat bahawa perhatian yang serius perlu diberikan kepada penjaga utama kanak-kanak.
Walaupun kerajaan mempunyai kewajipan dalam melindungi hak kanak-kanak, perlindungan ini tidak dapat dijamin tanpa tanggungjawab ibu bapa dan penjaga dalam memastikan keperluan kanak-kanak dipenuhi. Ibu bapa dan penjaga perlu cakna tentang tahap kecekapan individu yang mempunyai hubungkait serta yang telah diamanahkan untuk menjaga anak-anak mereka. Sehubungan itu, ibu bapa atau penjaga yang bertanggungjawab perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan seperti mencari pusat penjagaan kanak-kanak/pengasuh yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh undang-undang dan dikawal selia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
PKK menyeru kepada masyarakat agar memainkan peranan yang aktif dalam menyokong agensi kerajaan dengan melaporkan pusat penjagaan kanak-kanak yang tidak berlesen atau tidak berdaftar kepada JKM. Masyarakat harus sedar akan tanggungjawab kolektif mereka dan impak daripada tindakan mereka dalam menyokong usaha mengekang insiden penderaan kanak-kanak daripada terus berlaku di pusat penjagaan kanak-kanak, sama ada berlesen atau tidak berlesen.
PKK juga ingin menggesa kanak-kanak yang telah mencapai usia matang diberikan kesedaran yang meluas mengenai isu kanak-kanak yang memberikan kesan secara langsung atau tidak langsung kepada mereka.
Pengetahuan dan maklumat mengenai hak kanak-kanak harus disebarkan, setara dengan usia mereka. Keupayaan mereka untuk memahami tentang keselamatan diri dan rakan mereka adalah penting dalam membantu melaporkan kejadian penderaan kanak-kanak kepada orang dewasa apabila mereka menjadi mangsa atau menyaksikan kejadian penderaan.
-TAMAT-
Dr Farah Nini Dusuki
Pesuruhjaya Kanak-Kanak
18 Mei 2023