SUHAKAM Roundtable Discussion (RTD) on the Right to Clean Air
Addressing Haze Pollution in Malaysia
KUALA LUMPUR (11 MARCH 2022) – The prolonged impacts of haze pollution experienced especially over the last two decades have become a serious concern in the face of this devastating phenomenon that has affected the well-being of Malaysians and the economy.
As such, the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM), in collaboration with CERAH Anti-Haze Action Coalition, organised a Roundtable Discussion (RTD) to gather the diverse perspectives of subject matter experts, legal advisers, and key stakeholders in order to develop concrete plans to address the issue of domestic and transboundary haze pollution.
The RTD focused on highlighting the root causes of haze pollution from agricultural, land use change, peatlands and meteorological concerns, on its impacts on economic, health and environmental aspects. These provided the foundations for an in-depth study into fundamental gaps in existing Malaysian and regional legal frameworks that result in a lack of access to justice and information, public participation, and governance. The RTD promoted the protection ofsociety’s human rights to a safe, clean, and healthy environment free of air pollution through a broad discourse on ideas for solutions.
SUHAKAM Commissioner Dato’ Mah Weng Kwai said:
“With the already present impacts of transboundary haze pollution affecting us all, made worse by the risks and dangers of climate change, the time to address the problem of haze is now, not tomorrow. It cannot be delayed any longer. Concerted efforts from all stakeholders are important especially from both Government and Non-Governmental parties. One cannot work without the other to solve this perennial problem.”
CERAH Anti-Haze Action spokesperson Azira Aziz said:
“Haze pollution is primarily a man-made problem resulting from haphazard land usage change and peatland drainage. Studies have indicated that the PM2.5 fine particles, largely found in haze, can lead to a large increase in death rates with long-term exposure, while the World Health Organization (WHO) estimates that air pollution causes 7 million premature deaths worldwide every year. We have a right to clean, haze-free air; and we must act NOW to stop the negative impacts of the haze on not only our health and economy, but also on climate change.”
Global Environment Centre (GEC) Director Faizal Parish said:
“Most of the local and transboundary smoke haze in Malaysia comes from peatland fires. An increasing number of peat fires are taking place in Malaysia. We need to urgently revise our laws and regulations to force land managers to better protect peatlands, control drainage and prevent fires. We are way behind our neighbours like Indonesia that has had tough regulations for 5 years and is making good progress.”
Sahabat Alam Malaysia (SAM) senior researcher Shamila Ariffin said:
“The fundamental root causes of the transboundary haze crisis must be addressed, differentiating the natural causes such as the El Nino phenomenon from those that are driven by human activities. The human driven activities such as the development and expansion of monoculture plantations on peat lands should not be allowed. By focusing on the enforcement of the correct preventive policy actions and regulations, including those on the protection of forests and land, and the promotion of sustainable finance, these fundamental root causes of the transboundary haze crisis can be resolved more effectively.”
Greenpeace Malaysia campaigner Heng Kiah Chun said:
“We must consider the harm that the increased air pollution will bring when we are still grappling with the Covid-19 pandemic and the economic devastation it has brought. Therefore, the government should enhance air quality governance, strengthen the recognition of environmental rights – that having a clean, healthy and sustainable environment is a human right – as has recently been done by the United Nations Human Rights Council.”
The RTD is the outcome of a pioneering complaint filed at the Malaysian Human Rights Commission (SUHAKAM) on December 7, 2021, by a broad alliance of civil-society organisations which included Greenpeace Malaysia and CERAH, as a proactive countermeasure to address the chronic and persistent haze pollution.
The RTD focuses on providing findings and recommendations on the following:
● Strengthening the recognition of environmental rights in Malaysia
● Strengthening Malaysia’s air quality governance
● Strengthening governance of transboundary haze pollution
● Strengthening Business and Human Rights in Malaysia
-TAMAT-
This press release was prepared and endorsed by SUHAKAM and members of the Anti-Haze Action coalition which includes:
Greenpeace Malaysia
Sahabat Alam Malaysia (SAM)
Global Environment Centre (GEC)
Klima Action Malaysia (KAMY)
Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA Malaysia)
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (GRASS Malaysia)
Environmental Protection Society Malaysia (EPSM)
Jaringan Ekologi Dan Iklim (JEDI)
Persatuan Pengundi Muda (Undi 18 – MyHutan)
Stop Open Burning in Johan Setia
Media contact:
- Norashikin Hamzah, SUHAKAM | shikin@suhakam.org.my | 03-2612 5687/ 019-621 5336
- Yvonne Nathan, Greenpeace Malaysia | yvonne.nathan@greenpeace.org | 017-6628 306
Perbincangan Meja Bulat SUHAKAM mengenai Hak Kepada Udara yang Bersih
Menangani Pencemaran Jerebu di Malaysia
KUALA LUMPUR (11 MAC 2022) – Kesan pencemaran jerebu berpanjangan yang dialami sejak dua dekad lalu telah mencetuskan kebimbangan yang serius berhadapan dengan fenomena buruk yang memberi kesan kepada kesejahteraan rakyat dan ekonomi Malaysia.
Oleh itu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), dengan kerjasama Gabungan Bertindak Anti Jerebu (CERAH), menganjurkan Perbincangan Meja Bulat (RTD) untuk mengumpulkan pelbagai perspektif daripada pakar, pengamal undang-undang dan pihak berkepentingan bagi membangunkan perancangan yang konkrit untuk menangani isu pencemaran jerebu domestik dan rentas sempadan.
Perbincangan ini memberi tumpuan kepada punca pencemaran jerebu akibat daripada pertanian, pengubahan penggunaan tanah, tanah gambut dan kebimbangan meteorologi serta kesannya terhadap aspek ekonomi, kesihatan dan alam sekitar. Semua perkara ini menjadi asas kepada kajian mendalam tentang jurang sedia yang ada dalam rangka kerja Malaysia dan serantau yang mengakibatkan kekurangan akses kepada keadilan dan maklumat, penyertaan awam dan tadbir urus. Perbincangan ini juga mempromosi perlindungan hak asasi manusia terhadap persekitaran yang selamat, bersih, sihat dan bebas pencemaran udara melalui perbincangan yang meluas tentang idea penyelesaian.
Dato’ Mah Weng Kwai, Pesuruhjaya SUHAKAM berkata:
“Dengan kesan jerebu rentas sempadan yang sedia ada, ditambah pula risiko dan bahaya perubahan iklim, sekarang adalah masa untuk menangani isu jerebu dan ia tidak boleh dilengahkan lagi. Usaha bersepadu daripada semua pihak berkepentingan adalah mustahak terutamanya antara Kerajaan dan bukan Kerajaan. Semua harus bekerjasama menyelesaikan masalah ini.”
Azira Aziz, Jurucakap Gabungan Berindak Anti Jerebu CERAH berkata:
“Pencemaran jerebu yang berpunca daripada perbuatan manusia adalah akibat daripada pengubahan penggunaan tanah dan saliran tanah gambut secara sembarangan. Kajian telah menunjukkan bahawa zarah halus PM2.5 yang sebahagian besarnya ditemui dalam jerebu, boleh meningkatkan kadar kematian dengan pendedahan dalam jangka masa yang panjang. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa pencemaran udara boleh menyebabkan 7 juta kematian pramatang di seluruh dunia pada setiap tahun. Kita mempunyai hak kepada udara yang bersih dan bebas jerebu; kita perlu bertindak SEKARANG untuk menghentikan kesan negatif jerebu, bukan hanya untuk kesihatan dan ekonomi, tetapi juga terhadap perubahan iklim.”
Faizal Parish, Pengarah Global Environment Centre (GEC) berkata:
“Kebanyakan kes jerebu dalam negara dan rentas sempadan berpunca daripada kebakaran tanah gambut. Pembakaran tanah gambut semakin meningkat di Malaysia. Undang-undang dan peraturan sedia ada harus segera dikaji semula agar pihak pengurusan tanah melindungi tanah gambut dengan lebih baik, mengawal sistem saliran dan mengambil langkah untuk mencegah kebakaran. Kita telah jauh ketinggalan berbanding negara jiran seperti Indonesia yang mempunyai peraturan ketat sejak 5 tahun lalu dan semakin menunjukkan kemajuan.”
Shamila Ariffin, Sahabat Alam Malaysia (SAM) berkata:
“Punca krisis jerebu rentas sempadan harus ditangani dengan membezakan punca semula jadi seperti fenomena El Nino yang diakibatkan oleh aktiviti manusia itu sendiri. Aktiviti pembangunan dan perluasan ladang monokultur tanah gambut tidak seharusnya dibenarkan. Dengan memberi tumpuan kepada penguatkuasaan dan peraturan dasar pencegahan yang betul, termasuk yang berkaitan dengan perlindungan hutan dan tanah serta pengurusan kewangan yang mampan, punca utama krisis ini pasti dapat diselesaikan dengan lebih berkesan.”
Heng Kiah Chun, Greenpeace Malaysia berkata:
“Kita harus memikirkan tentang bahaya pencemaran udara ketika kita masih bergelut dengan pandemik Covid-19 serta kemerosotan ekonomi yang diakibatkan olehnya. Oleh itu, kerajaan harus meningkatkan tadbir urus berkenaan kualiti udara, mengukuhkan pengiktirafan hak alam sekitar bahawa alam sekitar yang bersih, sihat dan mampan adalah hak asasi manusia seperti ditekankan oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini.”
Perbincangan ini adalah hasil daripada aduan yang difailkan ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pada 7 Disember 2021, oleh pelbagai pertubuhan masyarakat sivil termasuk Greenpeace Malaysia dan CERAH, sebagai satu langkah proaktif untuk menangani masalah pencemaran jerebu yang kronik dan tiada penghujungnya.
Perbincangan ini memberi tumpuan kepada hasil dapatan dan cadangan seperti berikut:
● Memperkukuh pengiktirafan hak alam sekitar di Malaysia
● Memperkukuh tadbir urus kualiti udara Malaysia
● Memperkukuh tadbir urus pencemaran jerebu rentas sempadan
● Memperkukuh Hak Asasi Manusia dan Perniagaan di Malaysia
Adalah diharapkan hasil perbincangan ini akan dapat mengatasi kekurangan dan cabaran dalam merealisasikan hak perlembagaan seseorang untuk memiliki persekitaran yang bersih dan selamat.
-TAMAT-
Siaran akhbar ini disediakan dan disahkan oleh SUHAKAM dan ahli-ahli Gabungan Bertindak Anti Jerebu yang terdiri daripada:
CERAH – Anti Haze Action
Greenpeace Malaysia
Sahabat Alam Malaysia (SAM)
Global Environment Centre (GEC)
Klima Action Malaysia (KAMY)
Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA Malaysia)
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (GRASS Malaysia)
Environmental Protection Society Malaysia (EPSM)
Jaringan Ekologi Dan Iklim (JEDI)
Persatuan Pengundi Muda (Undi 18 – MyHutan)
Stop Open Burning in Johan Setia
Kontak media:
- Norashikin Hamzah, SUHAKAM | shikin@suhakam.org.my | 03-2612 5687/ 019-621 5336
- Yvonne Nathan, Greenpeace Malaysia | yvonne.nathan@greenpeace.org | 017-6628 306