Press Statement No. 37-2021_SUHAKAM Congratulates the Government on its election as a Member of the Human Rights Council

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (15 OCTOBER 2021)   –   The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) congratulates the Malaysian Government on its election as a member of the Human Rights Council for the term 2022 – 2024 with 183 votes. This is the third term for Malaysia since the Council first convened in June 2006. With its election to the Human Rights Council, the Government has also been entrusted with the responsibility to play a more influential role in the field of international human rights and to fulfil its obligation towards ensuring the enjoyment of human rights for all in Malaysia.

With the threat posed to human rights across the globe either due to the pandemic, climate crisis, or ongoing conflicts, among others, it is essential for Malaysia as a member of the Council to seriously look at those issues through the human rights lens and to engage with the other members of the Council and its Special Procedures. The Human Rights Council would aim to obtain the support and commitment of UN Member States to undertake steps to mitigate the human rights violations and to seek for more sustainable solutions.

SUHAKAM sees this as an opportunity for all human rights advocates, including the Commission itself, to strengthen its engagement with the Government and work with the Government to implement its Voluntary Pledges and Commitments.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

15 October 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (15 OKTOBER 2021)  –  Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Malaysia atas kejayaannya menjadi ahli Majlis Hak Asasi Manusia dengan 183 undian untuk penggal 2022-2024. Ini merupakan penggal ketiga untuk Malaysia sejak sidang pertama Majlis tersebut pada Jun 2006. Dengan pemilihannya ke Majlis Hak Asasi Manusia, Kerajaan diamanahkan dengan tanggungjawab untuk memainkan peranan yang lebih signifikan dalam arena hak asasi manusia antarabangsa dan disamping memenuhi kewajipan ke arah memastikan hak asasi manusia dapat dinikmati sepenuhnya di Malaysia.

Dengan ancaman kepada hak asasi manusia di seluruh dunia, antaranya yang diakibatkan oleh pandemik, crisis iklim atau konflik yang berterusan, adalah penting untuk Malaysia sebagai ahli Majlis untuk secara serius menangani isu-isu ini melalui kaca mata hak asasi manusia dan menjalankan usaha sama dengan ahli-ahli dan juga Prosedur Khas Majlis. Majlis Hak Asasi Manusia bermatlamat untuk mendapatkan sokongan dan komitmen Negara Anggota PBB bagi mengambil langkah untuk mengatasi pencabulan hak asasi manusia dan mencari penyelesaian yang lebih mampan.

SUHAKAM melihat ini sebagai satu peluang kepada semua pembela hak asasi manusia, termasuk Suruhanjaya sendiri, untuk mengukuhkan libat urus dan bekerjasama dengan Kerajaan bagi melaksanakan janji dan komitmen sukarelanya.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

15 Oktober 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

Tags: No tags

Comments are closed.