Kenyataan Media
KUALA LUMPUR (30 AUGUST 2021) – International Day of the Victims of Enforced Disappearances is observed on 30 August annually, as a reminder of the horrific violation of human rights caused by enforced disappearances upon victims, families and friends of the victims, and its chilling effects on the society. Since 2010, the UN General Assembly has expressed its deep concern about the increase in enforced or involuntary disappearances in various regions of the world. Of a particular concern is the ongoing harassment of human rights defenders, relatives of victims, witnesses, and legal counsel dealing with cases of enforced disappearance.
SUHAKAM’s 2019 report on its public inquiry into the disappearances of Pastor Raymond Koh and Amri Che Mat concluded that enforced disappearance had, indeed, taken place. SUHAKAM expresses its deepest concern and sympathies to the families of the victims and their loved ones for the grief, anxiety, and sadness arising from the enforced disappearances of Pastor Raymond Koh and Amri Che Mat.
SUHAKAM notes that the Government had established a task force in 2019 to look into SUHAKAM’s findings from the public inquiry, and calls for the report of the task force to be made public so there may be some closure for those seeking answers to what had occurred. In fact, SUHAKAM is currently also conducting its public inquiry into the disappearance of Joshua Hilmy and Ruth Sitepu, in response to complaint received from their family and friends.
SUHAKAM reiterates its call for the Government to accede to the International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance (ICPPED) and to revisit its decision in relation to the Rome Statute of the International Criminal Court. SUHAKAM hopes that the nation, will one day soon, ensure that adequate legal recognition and remedies are available for victims of enforced disappearances in the country; thereby demonstrating the Government’s commitment to not allow such an unthinkable act to take place, at any time, upon anyone in the country.
-TAMAT-
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
30 August 2021
Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my
KENYATAAN MEDIA
KUALA LUMPUR (30 OGOS 2021) – Hari Antarabangsa Mangsa Kehilangan Paksa diadakan setiap tahun pada 30 Ogos 2021 setiap tahun sebagai memperingati pencabulan hak asasi manusia yang dahsyat disebabkan oleh kehilangan paksa kepada mangsa-mangsa, ahli keluarga dan ia meninggalkan kesan yang menakutkan terhadap masyarakat. Sejak 2010, Perhimpunan Agung PBB menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kehilangan paksa di seluruh dunia. Antara yang paling membimbangkan adalah gangguan berterusan terhadap pembela hak asasi manusia, saudara mara mangsa, saksi-saksi dan wakil peguam yang terlibat dalam kes-kes kehilangan paksa.
Laporan SUHAKAM pada tahun 2019 mengenai siasatan awam kehilangan Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat memutuskan bahawa kehilangan paksa sememangnya berlaku. SUHAKAM menzahirkan kebimbangan dan rasa simpati terhadap keluarga mangsa dan orang yang tersayang di atas keresahan dan kesedihan yang berpunca daripada kehilangan paksa Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat.
SUHAKAM mengambil maklum bahawa Kerajaan telah menubuhkan pasukan petugas pada tahun 2019 untuk meneliti penemuan SUHAKAM daripada siasatan awam dan menyeru agar laporan tersebut didedahkan kepada umum agar terdapat jalan penyelesaian kepada mereka yang mencari jawapan kepada apa yang telah berlaku. SUHAKAM kini juga sedang menjalankan siasatan awam terhadap kehilangan Joshua Hilmy dan Ruth Sitepu berikutan aduan yang diterima daripada keluarga dan rakan mereka.
SUHAKAM mengulangi seruan kepada Kerajaan untuk menyertai Konvensyen Antarabangsa bagi Perlindungan Semua Orang Daripada Kehilangan Yang Dipaksa (ICPPED) dan menimbang semula keputusan Kerajaan mengenai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa. SUHAKAM berharap agar negara ini dapat memastikan pengiktirafan undang-undang yang memadai dan menyediakan remedi kepada mangsa kehilangan paksa dalam negara ini; dan seterusnya menunjukkan komitmen Kerajaan untuk tidak membenarkan tindakan yang tidak masuk akal ini berlaku lagi pada bila-bila masa terhadap sesiapapun di negara ini.
-TAMAT-
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
30 Ogos 2021
Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my