Press Statement No. 9-2021 (OCC)_Need for Media Safe Reporting of Mental Health Related Issues in the Social Media Especially Children

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (16 JULY 2021)    –    The Children’s Commissioner (CC) of the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM), Dato’ Noor Aziah Mohd Awal is saddened with the case of the abuse of a 13-year-old girl with down-syndrome, named Bella, at a home located in Wangsa Maju, reported early this month. A Facebook user had also posted that Bella, the owner, staff, and several residents had tested positive for COVID-19. Further inspection revealed that Bella had also showed signs of being physically abused and traumatized.

The CC is thankful that the police and the Social Welfare Department had responded quickly and proceeded to investigate the case, which is currently pending review of the Deputy Public Prosecutor (DPP) to undertake further legal action. The Office of the Children’s Commissioner (OCC) would be monitoring the progress of the case to ensure that the child victim is provided with the necessary protection and treatment, in view that the child and all those infected have since been admitted for treatment at a hospital. The CC strongly urge that all measures must be taken for the perpetrator to be charged as soon as possible.

The CC is equally concerned at how Bella’s story has turned viral, with multiple images and videos of the girl being circulated online. The media and public should be reminded that it is a violation of Section 15 of the Child Act 2001 (Act 611) to publicly share photographs or videos that show the identity of the child victim. This is also pursuant to Article 37(a) of the Convention on the Rights of the Child (CRC) which has been ratified by Malaysia in 1995 which clearly states that “No child shall be subjected to degrading treatment”. The CC appeals for the public to not disseminate the child victim’s identity any further, as the child’s dignity must be well-protected and preserved.

By virtue of Article 23 of the CRC, the CC urges the Government to ensure that children with disabilities are not only entitled to the protection and assistance of the State, but be allowed to fully participate in society. Children with disabilities have the right to express their opinions, participate in decision-making that affects them, receive inclusive education, and be protected from violence and abuse like everyone else. It is the CC’s hope that such cases will not be allowed to recur in the future and that the dignity and well-being of every child shall be actively protected at all costs.

-TAMAT-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Children’s Commissioner

16 July 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (16 JULAI 2021)   –   Pesuruhjaya Kanak-kanak (CC) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Dato’ Noor Aziah Mohd Awal berasa dukacita dengan kes penderaan seorang kanak-kanak perempuan sindrom down berumur 13 tahun, bernama Bella, di sebuah rumah yang terletak di Wangsa Maju, yang dilaporkan awal bulan ini. Seorang pengguna Facebook telah membuat hantaran bahawa Bella, pemilik, kakitangan dan beberapa warga rumah tersebut telah disahkan positif COVID-19. Siasatan lanjut mendedahkan bahawa Bella juga menunjukkan tanda-tanda beliau telah didera secara fizikal dan dalam keadaan trauma.

CC berterima kasih kepada pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah bertindak dengan pantas dan terus menyiasat kes, yang mana sekarang ini kes sedang dalam semakan oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan undang-undang selanjutnya.  Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak (OCC) akan terus memantau perkembangan kes bagi memastikan mangsa kanak-kanak diberikan perlindungan dan rawatan yang bersesuaian, memandangkan kanak-kanak tersebut dan mereka yang dijangkiti telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan. CC mendesak agar semua langkah diambil bagi memastikan pelaku didakwa dengan segera.

CC juga turut bimbang tentang bagaimana kisah Bella telah menjadi tular, dengan gambar dan video gadis tersebut disebarkan secara atas talian. Pihak media dan masyarakat umum diingatkan bahawa adalah menyalahi Seksyen 15 Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) untuk berkongsi secara umum gambar-gambar dan video- video yang menunjukkan identiti mangsa kanak-kanak. Hal ini juga selaras dengan Perkara 37(a) Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) yang telah diratifikasi Malaysia pada tahun 1995 di mana ia jelas menyatakan “Tidak ada kanak-kanak boleh tertakluk kepada layanan yang menjatuhkan maruah”. CC memohon masyarakat umum untuk tidak lagi menyebarkan identiti mangsa kanak-kanak kerana maruah kanak-kanak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaiknya.

Berdasarkan Perkara 23 CRC, CC menggesa Kerajaan untuk memastikan kanak-kanak kurang upaya adalah bukan sahaja berhak kepada perlindungan dan bantuan oleh negara, tetapi mestilah dibenarkan untuk terlibat secara menyeluruh dalam masyarakat. Kanak-kanak kurang upaya mempunyai hak untuk menyatakan pandangan mereka, terlibat dalam membuat keputusan yang memberi kesan kepada mereka, menerima pendidikan yang inklusif, dan dilindungi daripada keganasan dan penderaan seperti orang lain. Adalah menjadi harapan CC supaya kes seperti ini tidak dibenarkan berulang lagi di masa hadapan dan maruah serta kesejahteraan setiap kanak-kanak hendaklah dijaga secara aktif dalam apa jua keadaan.

-TAMAT-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Pesuruhjaya Kanak-Kanak

16 Julai 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

Tags: No tags

Comments are closed.