TEMA
“Perpaduan Nasional dalam Kepelbagaian: Malaysia Prihatin Kemakmuran Bersama”
Terma dan syarat-syarat pertandingan:
a) Pertandingan adalah terbuka kepada semua murid Tahun 1 sehingga Tahun 6 serta murid Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5 yang sedang menuntut di sekolah ATHAM sepanjang tempoh pertandingan dijalankan. Peserta mestilah tergolong dalam salah satu kategori yang dipertandingkan.
b) Penyertaan mestilah dihantar melalui pihak sekolah masing-masing selewat-lewatnya pada 25 Jun 2021. Penyertaan yang dihantar secara individu atau orang perseorangan tidak akan diterima.
c) Pidato mesti disampaikan dalam Bahasa Melayu sahaja.
d) Tajuk pidato yang disampaikan mestilah menepati tema yang telah ditetapkan.
e) Tempoh penyampaian pidato adalah antara enam (6) hingga lapan (8) minit. Markah akan dipotong sekiranya penyampaian pidato kurang dari enam (6) minit atau lebih dari lapan (8) minit.
f) Peserta digalakkan merujuk kepada dokumen rasmi berkaitan hak asasi manusia seperti Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR) dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) bagi mendapatkan maklumat sokongan yang tepat kepada hujah yang ingin diutarakan.
g) Penyertaan perlu dihantar dalam bentuk video bersama skrip pidato yang disampaikan. Video penyertaan berserta skrip pidato mesti dihantar melalui emel di alamat pidatoatham@suhakam.org.my. Sekiranya saiz video besar, muat naik video PERTANDINGAN PIDATO ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH ATHAM 2021 ANJURAN BERSAMA SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (SUHAKAM) DAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) ke dalam platform Google Drive. Sila nyatakan perkara atau tajuk emel seperti format berikut: Tajuk pidato – Kategori – Nama sekolah.
Contoh: Kepentingan Perpaduan Demi Kemakmuran – Kategori 2 – Sekolah Kebangsaan Bandar Utama, Kuala Lumpur.
h) Skrip pidato yang disampaikan mestilah asli. Sebarang plagiat hasil kerja sedia ada yang telah atau belum diterbitkan tidak dibenarkan sama sekali. Pihak penganjur berhak untuk membatalkan mana-mana penyertaan sekiranya karya peserta bukan bersifat asli.
i) Setiap penyertaan perlu dihantar bersama borang penyertaan yang telah lengkap diisi dengan maklumat yang tepat dan disahkan oleh pihak sekolah masing-masing (sama ada Guru Besar/Pengetua, Guru Penolong Kanan atau wakil guru yang berkenaan). Borang penyertaan boleh diperoleh di bahagian Lampiran.
j) Keputusan pertandingan akan ditentukan sepenuhnya oleh panel juri yang telah dipilih dan bersifat muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
k) Pihak penganjur berhak untuk menyunting, memuat naik atau menerbitkan setiap video penyertaan tanpa mengubah maksud asal yang ingin disampaikan bagi tujuan program dan aktiviti hak asasi manusia yang dianjurkan. Nama peserta dalam video berkenaan akan dinyatakan bagi mengekalkan karya asal penyertaan.
l) Semua peserta akan menerima sijil penyertaan manakala pemenang akan menerima hadiah berupa wang tunai dan sijil. Sekolah yang diwakili oleh para pemenang setiap kategori akan menerima sijil penghargaan.
m) Sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak urusetia pertandingan di talian 012-337 1423 atau 03-2612 5683 atau emel kepada pidatoatham@suhakam.org.my.