Press Statement No. 29-2023_Resignation of Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad as SUHAKAM’s Chairman

Press Statement: Resignation of Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad as SUHAKAM’s Chairman

KUALA LUMPUR (29 AUGUST 2023) – The Human Rights Commission of  Malaysia (SUHAKAM) wishes to extend our warm wishes and heartfelt gratitude to Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad who has resigned from his position as Chairman of SUHAKAM, effective 31 August 2023.

Under the leadership of Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad as Chairman over the past year, SUHAKAM has placed significant emphasis on economic and social rights, particularly in response to the challenges posed by the COVID-19 pandemic. SUHAKAM will continue to hold a vital role in facilitating the implementation of Sustainable Development Goals (SDG) initiatives.

SUHAKAM remains unwavering in its dedication to carry forward Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad’s visionary pursuit of urging the government to incorporate the right to a healthy, clean, and sustainable environment within Article 5(1) of the Federal Constitution. This aligns seamlessly with the resolution endorsed by the United Nations General Assembly on July 28, 2022, to declare access to a healthy environment a universal human right.

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamed has maintained SUHAKAM’ position on the need to address citizenship rights for children born to Malaysian mothers abroad as well as continuously pushing for the abolishment of draconian laws in Malaysia, including Security Offences (Special Measures) Act 2012 (SOSMA).

SUHAKAM would like to extend sincere appreciation to Prof Dato Dr Rahmat Mohamad for his invaluable contributions and wish him all the best in his future endeavours.

-END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

29 August 2023

——————-

Kenyataan Media: Perletakan Jawatan Pengerusi SUHAKAM

KUALA LUMPUR (29 OGOS 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tulus ikhlas kepada Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad yang telah meletak jawatan sebagai Pengerusi SUHAKAM, berkuatkuasa pada 31 Ogos 2023.

Sepanjang satu tahun di bawah kepimpinan Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad, SUHAKAM telah memberikan penekanan terhadap hak ekonomi dan sosial, khususnya dalam menangani kesan akibat daripada pandemik COVID-19. SUHAKAM akan terus membawa peranan penting ini dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif di bawah Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).

SUHAKAM kekal teguh dan berdedikasi untuk meneruskan usaha Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad agar Kerajaan mempertimbangkan agar hak kepada persekitaran yang sihat, bersih dan mampan diperuntukkan dalam Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan. Ini adalah selaras dengan resolusi yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 28 Julai 2022 yang mengisytiharkan akses kepada persekitaran yang sihat sebagai hak asasi manusia sejagat.

Prof. Dato ‘ Dr. Rahmat Mohamed teguh mengekalkan pendirian SUHAKAM mengenai keperluan untuk menangani hak kewarganegaraan  kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita warga Malaysia serta pemansuhan undang-undang lapuk di Malaysia, termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah khas) 2012 (SOSMA).

SUHAKAM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad atas sumbangan yang tidak ternilai dan berharap beliau akan terus berjaya dalam segala usaha yang diceburinya pada masa hadapan.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

29 Ogos 2023

Tags: No tags

Comments are closed.