PRESS STATEMENT
KUALA LUMPUR (4 AUGUST 2023) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) reiterates its stance against the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (SOSMA) and any draconian security laws that allow for detention without trial, as they contradict fundamental principles of human rights. Particularly, Section 4 of SOSMA permits arrest, detention, and extension of detention without requiring judicial oversight.
On 27th July 2023, SUHAKAM received a complaint memorandum concerning a planned hunger strike by SOSMA detainees in Sungai Buloh Prison and Alor Setar Prison, commencing on 30th July 2023. In response, SUHAKAM conducted a joint visit to both prisons on 1st August 2023, where we interviewed the SOSMA detainees and gathered more information about the hunger strike. Additionally, SUHAKAM assessed the health conditions of all detainees involved in the hunger strike, which included 35 detainees in Sungai Buloh Prison and 32 detainees in Alor Setar Prison.
The hunger strike was initiated due to the detainees’ dissatisfaction with the prolonged and frequently postponed trial process, as well as their objections to the charges under Section 130 V (1) of the Penal Code, which relates to organized criminal groups. The detainees are demanding that the charges be changed to Section 43 of the Societies Act 1966.
Based on the visit’s finding, the Prison authorities managed the hunger strike incident in accordance with the Standard Operating Procedures (SOP) set by the Headquarters of the Malaysian Prison Department. The detainees’ health conditions were also properly attended to by the Rehabilitation Officer at the Prison. Additionally, the visit did not reveal any incidents beyond the control of the involved SOSMA detainees.
SUHAKAM has been informed that the hunger strike at Alor Setar Prison was ended by the detainees on 1st August 2023 at 5:00 pm, and at Sungai Buloh Prison on 2nd August 2023 at 1:45 pm. SUHAKAM will continue its investigation into the complaints and will collaborate with the detainees’ families and relevant Government agencies to pursue further follow-up actions.
-END-
Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad
Chairman
Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)
4 August 2023
——————
KENYATAAN MEDIA
KUALA LUMPUR (4 OGOS 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menegaskan pendirian bahawa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan mana-mana undang-undang keselamatan persis drakonian yang berkaitan dengan penahanan tanpa bicara adalah bertentangan dengan prinsip utama hak asasi manusia, di mana peruntukkan Seksyen 4 SOSMA membenarkan tangkapan, penahanan dan penambahan tempoh tahanan tidak memerlukan pemantauan kehakiman.
Pada 27 Julai 2023, SUHAKAM menerima satu memorandum aduan berkenaan rancangan mogok lapar oleh tahanan SOSMA yang berada di Penjara Sungai Buloh dan Penjara Alor Setar bermula 30 Julai 2023. Susulan memorandum tersebut, SUHAKAM membuat lawatan serentak ke Penjara Sungai Buloh dan Penjara Alor Setar pada 1 Ogos 2023 untuk berjumpa dan menemubual tahanan SOSMA serta mendapatkan maklumat lanjut mengenai mogok lapar yang dijalankan. Di samping itu, SUHAKAM juga melihat keadaan kesihatan semua tahanan yang terlibat dengan mogok lapar tersebut. Secara keseluruhannya, terdapat 35 orang tahanan SOSMA di Penjara Sungai Buloh dan 32 orang tahanan SOSMA di Penjara Alor Setar yang terlibat dalam mogok lapar tersebut.
SUHAKAM difahamkan bahawa tujuan utama mogok lapar ini dijalankan antara lainnya adalah kerana para tahanan tidak berpuas hati dengan proses perbicaraan yang mengambil masa terlalu lama dan sering kali ditunda, mereka tidak berpuas hati dengan pertuduhan di bawah Seksyen 130 V(1) Kanun Keseksaan iaitu penglibatan dengan kumpulan jenayah terancang serta menuntut agar pertuduhan kes ditukar kepada Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.
Hasil lawatan tersebut mendapati bahawa pihak Penjara telah mengendalikan insiden mogok lapar ini mengikut SOP yang ditetapkan oleh Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia. Keadaan kesihatan tahanan juga telah diberikan perhatian yang sewajarnya oleh Pegawai Perubahan di Penjara. Selain itu, lawatan tersebut tidak menunjukkan sebarang perkara yang berlaku di luar kawalan ke atas tahanan SOSMA yang terlibat.
SUHAKAM telah menerima maklumbalas bahawa tindakan mogok lapar dihentikan oleh tahanan di Penjara Alor Setar pada 1 Ogos 2023 jam 5.00 petang dan Penjara Sungai Buloh pada 2 Ogos 2023 jam 1.45 petang. SUHAKAM akan meneruskan siasatan ke atas aduan tersebut dan akan bekerjasama dengan pihak keluarga tahanan serta agensi Kerajaan yang berkaitan sebagai tindakan susulan.
-TAMAT-
Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad
Pengerusi
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
4 Ogos 2023