ANNOUNCEMENT

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2022   

Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan  Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 221601 hingga 221614 bagi menyertai sebut harga berikut :  

NO. SEBUT HARGA            : SHM.001/1/18 Jilid 5 (2)

TAJUK SEBUT HARGA       : Sebut Harga Bagi Perkhidmatan Mereka Bentuk, Mencetak Dan Membekal Laporan Tahunan 2022 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

TARIKH IKLAN                  : 28 Julai 2023

TARIKH KEMUKAKAN SEBUT HARGA    :   14 Ogos 2023 (sebelum 12.00 tengah hari)

JUMLAH CETAKAN : i) Bahasa Malaysia   : 800 naskah   ii) Bahasa Inggeris     : 800 naskah

          • Dokumen Sebut Harga yang dihantar secara fizikal yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Unit Perolehan SUHAKAM, Tingkat 11, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur sebelum jam 12.00 tengah hari pada 14 Ogos 2023.

          • Tawaran yang lewat tidak akan diterima; 

          Syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai  berikut :   

            1.  

            1. En. Syamsul Azhar Bin Zamani (syamsul@suhakam.org.my) 03-2612 5615 

            2. En. Ahmad Firdaus Bin Abd. Shukor (firdaus@suhakam.org.my) 03-2612 5650 

            PS

            Press Statement No. 27-2023 _SUHAKAM Supports the Government’s Plan to Protect Gig Workers Social Security / Kenyataan Media SUHAKAM No. 27-2023_SUHAKAM Menyokong Inisiatif Kerajaan Untuk Melindungi Keselamatan Sosial Pekerja Gig

            PRESS STATEMENT

            KUALA LUMPUR (26 JULY 2023) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) supports the Government’s initiative to establish a Malaysian Gig Economy Commission (SEGiM) and formulate legislation aimed at safeguarding the social security of gig workers. This significant development aligns seamlessly with SUHAKAM’s recommendations to ensure adequate social protection for gig workers.

            The gig economy in Malaysia has experienced remarkable growth in recent years. However, the lack of clear worker classification and agreed-upon terms of employment has hindered gig workers from enjoying basic labour rights and essential social protections. Additionally, concerns about consumer rights and food safety have arisen due to the unique nature of gig-based services.

            Recognizing these challenges, SUHAKAM initiated efforts in 2021 to actively advocate for the rights of workers in the gig economy. As part of these ongoing endeavours, extensive consultations have been conducted with e-hailing and p-hailing workers, including a recent series of consultations held on 1st March 2023 and 1st June 2023, with active participation from e-hailing and p-hailing service providers.

            In full support of this progressive plan, SUHAKAM is ready and committed to actively participate in the consultation process for the formulation of the legislation, ensuring that the rights of gig workers and consumer interests are well balanced and protected.

            SUHAKAM proposes that the following matters be seriously considered, among others, clear definitions of gig workers, social protection, complaint mechanisms, and collective agreement terms of employment, such as income stability, maternity leave, annual leave, medical benefits, contributions to the Social Security Organisation (SOCSO), Employee Provident Fund (EPF), and insurance coverage, as well as adequate floor and fair pay. Furthermore, legislation should also include specific provisions for consumer rights and food hygiene preparation in gig-based services to foster a safe and reliable environment for both workers and consumers.

            SUHAKAM strongly encourages continued dialogue and collaboration between the Government, industry stakeholders, gig workers’ associations, and civil society organizations to address the evolving needs of gig workers while upholding consumer rights and ensuring food safety. By working together, we can establish a fair, inclusive, and secure system that protects the rights, welfare, and interests of all stakeholders involved in the gig economy.

            -END-

            Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

            Chairman

            Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

            26 July 2023

            —————-

            KENYATAAN MEDIA

            KUALA LUMPUR (26 JULAI 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menyokong inisiatif Kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) serta menggubal undang-undang yang bertujuan untuk melindungi keselamatan sosial pekerja gig. Perkembangan penting ini sejajar dengan cadangan SUHAKAM bagi memastikan perlindungan sosial yang mencukupi untuk pekerja gig.

            Ekonomi gig di Malaysia telah mengalami pertumbuhan yang luar biasa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Walau bagaimanapun, kekurangan klasifikasi pekerja gig yang jelas dan syarat-syarat pekerjaan yang dipersetujui telah menghalang pekerja gig daripada menikmati hak asasi pekerja dan perlindungan sosial. Di samping itu, kebimbangan mengenai hak pengguna dan pengendalian makanan timbul kerana ciri unik perkhidmatan berasaskan gig.

            Menyedari cabaran ini, SUHAKAM memulakan usaha pada tahun 2021 secara aktif menyokong hak pekerja dalam ekonomi gig. Oleh itu, bagi meneruskan usaha ini, dua siri rundingan telah dijalankan iaitu pada 1 Mac 2023 dengan pekerja e-panggilan dan p-panggilan serta pada 1 Jun 2023 melibatkan syarikat penyedia perkhidmatan e-panggilan dan p-panggilan.

            Dalam menyokong penuh usaha progresif ini, SUHAKAM bersedia dan komited untuk mengambil bahagian secara aktif dalam proses rundingan untuk menggubal undang-undang bagi memastikan hak pekerja gig dan kepentingan pengguna dilindungi secara seimbang.

            SUHAKAM mencadangkan agar perkara-perkara berikut dipertimbangkan dengan serius termasuk definisi yang jelas mengenai pekerja gig, perlindungan sosial, mekanisme aduan dan terma syarat perjanjian kolektif pekerjaan termasuk kestabilan pendapatan, cuti bersalin, cuti tahunan, faedah perubatan, sumbangan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), perlindungan insurans, serta kadar tambang lantai yang adil dan mencukupi. Selain itu, undang-undang juga harus merangkumi peruntukan khusus kepada hak pengguna dan pengendalian makanan dalam perkhidmatan berasaskan gig untuk memupuk persekitaran yang selamat bagi pekerja serta pengguna.

            SUHAKAM amat menggalakkan dialog dan kerjasama berterusan antara kerajaan, pihak berkepentingan industri, persatuan pekerja gig dan organisasi masyarakat sivil untuk menangani keperluan pekerja gig yang sentiasa berkembang sambil mendukung hak pengguna dan memastikan pengendalian makanan yang selamat. Kita harus bekerjasama bagi mewujudkan sistem yang adil, inklusif dan selamat dalam melindungi hak, kebajikan dan kepentingan semua pihak yang terlibat dalam ekonomi gig.

            -TAMAT-

            Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

            Pengerusi

            Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

            26 Julai 2023

            PS

            Press Statement No. 26-2023_SUHAKAM Condemns Unacceptable Behavior of Matty Healy / Kenyataan Media SUHAKAM No. 26-2023_ SUHAKAM Mengecam Perbuatan Jelik Matty Healy

            PRESS STATEMENT

            KUALA LUMPUR (24 JULY 2023) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) condemns the unacceptable behavior displayed by The 1975’s lead singer, Matty Healy, on all counts. His reckless behavior on stage that had caused the event to be cancelled has had negative consequential economic impact to many other artists and vendors.

            SUHAKAM welcomes the Government’s initiative to ensure that the other artists and vendors impacted by the cancellation of the Good Vibes Festival, would be provided with some assistance.

            While SUHAKAM advocates equality for all and freedom of expression, it is important to stress that these rights must be practiced responsibly and within any restrictions imposed by local laws and cultural considerations. Any limitations on freedom of expression should be proportionate and in accordance with the human rights standards enshrined in the Federal Constitution as national security and public order are vital concerns.

            Throughout the years, Malaysia has successfully hosted numerous artists who have demonstrated respect for our local laws and cultural norms during their performances. SUHAKAM commends these artists for their responsible behavior and adherence to our country’s regulations.

            As a National Human Rights Institution (NHRI) dedicated to promoting tolerance, and a cohesive society, SUHAKAM calls upon all individuals to express themselves responsibly and refrain from engaging in acts of intolerance and hatred. Embracing cultural diversity is essential for fostering harmony in our society.

            SUHAKAM concludes by emphasizing the value of maintaining human rights, cultural sensitivity, and legal compliance. By doing so, we are able to build a society that respects everyone’s rights and dignity while still valuing our rich cultural history.

            -END-

            Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

            Chairman

            Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

            24 July 2023

            —————–

            KENYATAAN MEDIA

            KUALA LUMPUR (24 JULAI 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengecam perbuatan jelik yang ditunjukkan oleh penyanyi utama The 1975, Matty Healy. Tindakan semberono beliau semasa di atas pentas telah menyebabkan acara tersebut dibatalkan dan memberi kesan ekonomi yang negatif kepada ramai artis dan pengusaha vendor.

            SUHAKAM mengalu-alukan inisiatif Kerajaan yang mengumumkan bantuan untuk artis dan vendor yang terjejas akibat pembatalan Festival Good Vibes.

            Walaupun SUHAKAM menyokong kesaksamaan kepada semua dan kebebasan bersuara kepada semua, adalah penting untuk menekankan bahawa hak asasi ini mesti diamalkan secara bertanggungjawab dan dalam sekatan yang terdapat dalam undang-undang serta pertimbangan budaya tempatan. Sebarang batasan kepada kebebasan bersuara hendaklah seimbang dan tertakluk kepada piawaian hak asasi manusia yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan kerana keselamatan negara dan ketenteraman awam adalah perkara yang amat dititik beratkan.

            Bertahun-tahun Malaysia telah berjaya menjadi tuan rumah kepada pelbagai artis yang telah menunjukkan penghormatan terhadap undang-undang dan norma budaya tempatan semasa persembahan mereka. SUHAKAM memuji artis-artis ini atas tingkah laku serta tanggungjawab mereka dalam mematuhi peraturan negara.

            Sebagai sebuah Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRI) yang komited dalam mempromosikan toleransi, dan masyarakat yang bersatu padu, SUHAKAM menyeru semua individu untuk menyatakan pandangan masing-masing dengan bertanggungjawab dan mengelakkan dari sebarang tindakan yang tidak bertoleransi dan kebencian. Menerima kepelbagaian budaya adalah penting untuk memupuk keharmonian dalam masyarakat kita.

            Dengan menekankan nilai hak asasi manusia, sensitiviti budaya, dan pematuhan undang-undang, kita dapat membina masyarakat yang menghormati hak dan maruah semua individu dan pada masa yang sama menghargai sejarah yang kaya dengan budaya.

            -TAMAT-

            Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad
            Pengerusi
            Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
            24 Julai 2023

            PS

            Press Statement No. 25-2023_Reiterate The Stance of Delisting of Nicotine from The Poison Act 1952 / Kenyataan Media No.25-2023_Penegasan Pendirian Berhubung Penyahsenaraian Nikotin Dari Akta Racun 1952

            PRESS STATEMENT

            KUALA LUMPUR (12 JULY 2023)   – In response to the recent suit filed against the Ministry of Health, this office would like to reiterate our stance which is also reflective on our earlier statement regarding the delisting of nicotine from the Poison Act 1952 [Act 366].

            The consequential effect of the delisting is not unthinkably distant nor remote. Children and Young people will have unhindered access to the consumption of nicotine which could see an explosive number of youth addictions to nicotine-related products in no time. The situation will only worsen when they are also likely to be exposed to illicit substance or super-strength nicotine when consuming the products.

            The perilous policy move that monetised the health and well-being of children and young people to trade on the increment of tax revenue was ineptly devised. Child-rights approach in policy-formulation is under-emphasised and should be stressed in the context of substance control. The scientific understanding of harm associated by nicotine has to be rigorously studied and disseminated accessibly to the wider public particularly children.

            ‘As the mouthpiece for the children on matters affecting them, I would like to urge that the government has the obligation to get it right, which is relisting nicotine back to the scheduled list of Act 366. When it comes to the protection of their health, the children in Malaysia deserve no less.’

            -END-

            Dr Farah Nini Dusuki

            Children’s Commissioner 

            12 July 2023

            —————-

            KENYATAAN MEDIA

            KUALA LUMPUR (12 JULAI 2023)   –   Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak sekali lagi ingin menegaskan pendiriannya seperti yang dinyatakan di dalam kenyataan sebelum ini berhubung dengan penyahsenaraian nikotin daripada Akta Racun 1952 [Akta 366].

            Kesan berbangkit daripada penyahsenaraian ini sangat jelas. Kanak-kanak dan golongan belia akan mendapat akses yang tidak terbatas kepada nikotin yang seterusnya akan meningkatkan jumlah ketagihan kepada produk berasaskan nikotin dalam kalangan belia secara mendadak. Situasi hanya akan menjadi lebih buruk apabila mereka juga berkemungkinan terdedah kepada bahan terlarang atau nikotin yang kuat ketika menggunakan produk berkenaan.

            Langkah perubahan dasar yang membahayakan kesihatan dan memperdagangkan kesejahteraan kanak-kanak serta golongan belia demi peningkatan hasil cukai ini adalah satu langkah yang tidak bijak. Selain itu, pendekatan hak asasi kanak-kanak dalam penggubalan dasar juga kurang diberikan penekanan. Perkara ini sepatutnya diberi perhatian yang lebih khususnya dalam konteks kawalan bahan terkawal. Pemahaman saintifik tentang bahaya yang dikaitkan dengan nikotin haruslah dikaji dengan teliti dan disebarkan kepada khalayak yang lebih luas khususnya kepada kanak-kanak.

            Sebagai jurucakap yang mewakili kanak-kanak bagi perkara yang memberikan kesan kepada mereka, Pesuruhjaya Kanak-kanak (CC) ingin menggesa supaya kerajaan menjalankan kewajipannya dalam memperbaiki keadaan ini dengan menyenaraikan semula nikotin ke senarai berjadual dalam Akta 366. Kanak-kanak di Malaysia mempunyai hak yang sama dengan seluruh lapisan masyarakat khususnya melibatkan perlindungan kepada kesihatan mereka.

            -TAMAT-

            Dr Farah Nini Dusuki

            Pesuruhjaya Kanak-Kanak

            12 Julai 2023

            PS

            Press Statement No. 24-2023_Ensuring Child Safety-Stern Actions Against Neglectful Parents and Guardians / Kenyataan Media No.24-2023_Tindakan Tegas Terhadap Ibu Bapa dan Penjaga Cuai Terhadap Keselamatan Kanak-Kanak

            PRESS STATEMENT

            KUALA LUMPUR (11 JULY 2023)   – The Children’s Commissioner (CC) reminds parents or guardians on their responsibility to be more vigilant and mindful of their children’s safety. CC emphasizes that physical or emotional injury, or the death of children, due to parental negligence is no longer regarded as accidental rather negligent. The authorities should take stern action against parents or guardians who are reckless by enforcing the existing provisions in the Child Act 2001 [Act 611], in the best interest of the children.

            CC is deeply saddened by the recent deaths of young children including the drowning incident involving capsized inflatable boat in Baling, Kedah, and various other unfortunate incidents resulting from negligence.

            Data gathered by the Ministry of Health Malaysia reported an increase in the mortality rate of children under 5 years old in 2018 compared to 2017, with Sabah state recording the highest rate of child mortality at 12.7 per 1000 live births. This alarming number also indicates that among the main causes of these preventable deaths are injuries and infections due to lack of immunization.

            Physical or emotional injury, or the death of a child caused by parental or guardian negligence or exposure, is a serious offence under Section 31 of the Act 611, where upon conviction, parents or guardians can be punished with a fine not exceeding RM50,000 or imprisonment not exceeding 20 years, or both.

            The significant increase in the above penalties were amended in the Act 611 in 2016 to serve as preventive measures against neglectful parents or guardians. In fact, Sections 31 and 33 of Act 611 have been strengthened by adding orders which are restorative in nature including requiring parents or guardians who are found to be reckless and intentionally leave their children unsupervised to attend parenting workshops.

            Parents or guardians may only be exempted from these charges if they have taken all necessary safety and precautionary measures.

            -END-

            Dr Farah Nini Dusuki

            Children’s Commissioner 

            11 July 2023

            —————–

            KENYATAAN MEDIA

            KUALA LUMPUR (1 JULAI 2023)   –   Pesuruhjaya Kanak-kanak (CC) mengingatkan ibu bapa atau penjaga mengenai tanggungjawab mereka untuk lebih peka dan cakna terhadap keselamatan anak-anak. CC menegaskan bahawa kecederaan fizikal atau emosi, atau kematian kanak-kanak khususnya yang berumur di bawah 5 tahun akibat sikap tidak acuh ibu bapa bukanlah satu kemalangan sebaliknya satu kecuaian. Pihak berkuasa wajar mengambil tindakan tegas terhadap ibu bapa atau penjaga yang cuai dengan melaksanakan peruntukan sedia ada dalam Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611], demi kepentingan terbaik kanak-kanak.

            CC amat berdukacita dengan kes kematian kanak-kanak kecil akibat lemas kerana perahu angin terbalik di Baling, Kedah dan pelbagai lagi kejadian malang yang berlaku terhadap kanak-kanak akibat kecuaian. Data daripada Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan bahawa kadar kematian kanak-kanak bawah 5 tahun pada tahun 2018 meningkat berbanding tahun 2017, dengan negeri Sabah mencatatkan kadar kematian kanak-kanak tertinggi iaitu 12.7 per 1000 kelahiran. Data yang menggusarkan tersebut turut menyatakan bahawa antara punca utama kematian adalah kes yang boleh dicegah seperti kecederaan dan jangkitan akibat tiada imunisasi.

            Kecederaan fizikal atau emosi, atau kematian kanak-kanak disebabkan kecuaian ibu atau bapa atau penjaga merupakan kesalahan serius di bawah Seksyen 31 Akta 611, dan jika disabitkan kesalahan, ibu bapa atau penjaga boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun, atau kedua-duanya sekali.

            Hukuman di atas merupakan peningkatan hukuman yang dibuat dalam Akta 611 pada tahun 2016 sebagai suatu bentuk pencegahan terhadap kes kecuaian melibatkan kanak-kanak di bawah jagaan ibu bapa atau penjaga. Malahan Seksyen 31 dan 33 Akta 611 turut diperkasakan dengan menambah hukuman khidmat masyarakat termasuk antara lain mewajibkan kehadiran ke bengkel keibubapaan kepada ibu bapa atau penjaga yang cuai dan sengaja membiarkan anak tanpa pengawasan.

            Ibu bapa atau penjaga hanya berkemungkinan dikecualikan daripada tuduhan cuai jika mereka telah mengambil semua langkah keselamatan dan pencegahan yang sewajarnya.

            -TAMAT-

            Dr Farah Nini Dusuki

            Pesuruhjaya Kanak-Kanak

            1 Julai 2023

            PS

            Press Statement No. 23-2023_SUHAKAM Seek Collaboration from All Stakeholders to Resolve Forced Labour / Kenyataan Media No. 23-2023_SUHAKAM Minta Usaha Bersepadu Daripada Semua Pihak Demi Akhiri Buruh Paksa

            PRESS STATEMENT 

            KUALA LUMPUR (7 JULY 2023) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is actively advocating for human rights issues in Malaysia, with a particular focus on addressing violations such as forced labour. This pressing issue requires collaborative efforts from key stakeholders, including government agencies, international organizations, and non-governmental organizations (NGOs). 

            Since 2020, SUHAKAM has been working on this issue through organizing a series of consultations with stakeholders in the medical supply, construction, manufacturing, and hybrid plantation industries. The consultations raised several issues, including the elimination of recruitment fees, corruption in the recruitment chain, strengthening of labour inspections, working conditions, child labour, and more. 

            SUHAKAM also visited 17 plantations throughout Malaysia and recorded observations highlighting issues such as workers’ lack of understanding regarding employment contracts, high recruitment fees, absence of annual leave and complaint mechanisms, employers retaining passports, and poor conditions of accommodation. 

            SUHAKAM believes that enhancing the complaint mechanism is crucial and proposes the development of booklet multilingual manual to be distributed to all migrant workers upon their arrival in Malaysia. This resource would not only serve as a guide but also emphasize their rights and responsibilities. With SUHAKAM included as a contact agency, migrant workers would have better accessibility and assistance throughout the process. 

            This year, SUHAKAM has continued its advocacy, starting with Johor and planning to extend it to other states, including Sabah and Sarawak, to provide a platform for discussing challenges, potential solutions, and the way forward in addressing forced labour in Malaysia. 

            Addressing forced labour requires a collaborative effort from all parties. Merely having laws, policies, and regulations will not be effective without full compliance from industries and robust enforcement by government agencies. It is imperative for businesses to ensure that their operations align with domestic laws and international standards. While there is a framework of policies and laws in place to deter forced labour, ultimately, relevant stakeholders need to consider the business benefits of preventing forced labour incidences. 

            Therefore, SUHAKAM believes there is a need to further strengthen engagement with key stakeholders, to facilitate discussions among countries in the region, share best practices, and encourage collaboration in addressing the challenges posed by forced labour in the context of migration. SUHAKAM can serve as a focal point to collate information and reach out to the government, acting as a bridge between stakeholders. 

            -END- 

            Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad 

            Chairman 

            Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) 

            7 July 2023

            ——————-

            KENYATAAN MEDIA

            KUALA LUMPUR (7 JULAI 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) aktif menjalankan advokasi mengenai isu hak asasi manusia di Malaysia khususnya menangani pencabulan yang melibatkan buruh paksa. Isu buruh paksa yang kian meruncing ini memerlukan usaha bersepadu di kalangan semua pihak berkepentingan termasuk agensi Kerajaan, organisasi antarabangsa dan Badan bukan Kerajaan (NGO).

            Sejak tahun 2020, SUHAKAM aktif menangani isu ini dengan menganjurkan beberapa siri rundingan dengan pihak berkepentingan dalam industri bekalan perubatan, pembinaan, pembuatan dan perladangan. Antara isu yang dibangkitkan adalah penghapusan yuran pengambilan, rasuah dalam rantaian bekalan untuk pengambilan buruh asing, mengukuhkan pemeriksaan buruh, keadaan kerja, buruh kanak-kanak, dan banyak lagi.

            SUHAKAM juga mengadakan 17 siri lawatan ke ladang-ladang di seluruh Malaysia dan merekodkan pemerhatian isu-isu berbangkit mengenai kontrak pekerjaan yang kurang difahami oleh pekerja, yuran pengambilan pekerja yang tinggi, ketiadaan cuti rehat dan mekanisme aduan, passport pekerja yang disimpan oleh majikan dan keadaan penginapan yang kurang memuaskan.

            SUHAKAM berpendapat bahawa menambahbaik mekanisme aduan merupakan suatu perkara penting dan mencadangan untuk membangunkan buku manual kecil pelbagai bahasa untuk diedarkan kepada semua pekerja migran semasa ketibaan mereka di Malaysia. Buku kecil manual ini bukan sahaja akan berfungsi sebagai panduan tetapi juga menekankan hak dan tanggungjawab. Dengan adanya maklumat SUHAKAM sebagai salah satu agensi yang boleh dihubungi, pekerja migran akan mempunyai aksesibiliti dan bantuan yang lebih baik sepanjang proses tersebut.

            SUHAKAM meneruskan advokasi pada tahun ini, bermula dengan negeri Johor dan akan diperluaskan ke negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak untuk menyediakan platform perbincangan mengenai cabaran, penyelesaian dan langkah hadapan dalam menangani buruh paksa di Malaysia.

            Menangani buruh paksa memerlukan usaha bersepadu dari semua pihak. Dengan hanya memiliki perundangan dan dasar sedia ada tidak akan berkesan tanpa pematuhan penuh daripada pihak industri serta penguatkuasaan yang tegas oleh agensi Kerajaan. Pentingnya bagi perniagaan untuk memastikan operasi mereka selaras dengan undang-undang domestik dan standard antarabangsa. Walaupun terdapat kerangka dasar dan perundangan untuk menghalang buruh paksa, pihak berkepentingan yang berkaitan yang sepatutnya perlu menentukan manfaat dari segi perniagaan untuk mencegah kejadian buruh paksa.

            SUHAKAM yakin mengenai keperluan untuk mengukuhkan kerjasama semua pihak berkepentingan utama, untuk memudahcara perbincangan antara negara-negara serantau, berkongsi amalan terbaik, dan menggalakkan kerjasama dalam menangani cabaran yang timbul daripada buruh paksa dalam konteks migran. SUHAKAM mampu bertindak sebagai pusat tumpuan untuk mengumpulkan maklumat serta membina jalinan antara Kerajaan dengan semua pihak berkepentingan.

            -TAMAT-

            Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

            Pengerusi

            Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

            7 Julai 2023