PRESS STATEMENT
KUALA LUMPUR (24 JULY 2023) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) condemns the unacceptable behavior displayed by The 1975’s lead singer, Matty Healy, on all counts. His reckless behavior on stage that had caused the event to be cancelled has had negative consequential economic impact to many other artists and vendors.
SUHAKAM welcomes the Government’s initiative to ensure that the other artists and vendors impacted by the cancellation of the Good Vibes Festival, would be provided with some assistance.
While SUHAKAM advocates equality for all and freedom of expression, it is important to stress that these rights must be practiced responsibly and within any restrictions imposed by local laws and cultural considerations. Any limitations on freedom of expression should be proportionate and in accordance with the human rights standards enshrined in the Federal Constitution as national security and public order are vital concerns.
Throughout the years, Malaysia has successfully hosted numerous artists who have demonstrated respect for our local laws and cultural norms during their performances. SUHAKAM commends these artists for their responsible behavior and adherence to our country’s regulations.
As a National Human Rights Institution (NHRI) dedicated to promoting tolerance, and a cohesive society, SUHAKAM calls upon all individuals to express themselves responsibly and refrain from engaging in acts of intolerance and hatred. Embracing cultural diversity is essential for fostering harmony in our society.
SUHAKAM concludes by emphasizing the value of maintaining human rights, cultural sensitivity, and legal compliance. By doing so, we are able to build a society that respects everyone’s rights and dignity while still valuing our rich cultural history.
-END-
Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad
Chairman
Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)
24 July 2023
—————–
KENYATAAN MEDIA
KUALA LUMPUR (24 JULAI 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengecam perbuatan jelik yang ditunjukkan oleh penyanyi utama The 1975, Matty Healy. Tindakan semberono beliau semasa di atas pentas telah menyebabkan acara tersebut dibatalkan dan memberi kesan ekonomi yang negatif kepada ramai artis dan pengusaha vendor.
SUHAKAM mengalu-alukan inisiatif Kerajaan yang mengumumkan bantuan untuk artis dan vendor yang terjejas akibat pembatalan Festival Good Vibes.
Walaupun SUHAKAM menyokong kesaksamaan kepada semua dan kebebasan bersuara kepada semua, adalah penting untuk menekankan bahawa hak asasi ini mesti diamalkan secara bertanggungjawab dan dalam sekatan yang terdapat dalam undang-undang serta pertimbangan budaya tempatan. Sebarang batasan kepada kebebasan bersuara hendaklah seimbang dan tertakluk kepada piawaian hak asasi manusia yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan kerana keselamatan negara dan ketenteraman awam adalah perkara yang amat dititik beratkan.
Bertahun-tahun Malaysia telah berjaya menjadi tuan rumah kepada pelbagai artis yang telah menunjukkan penghormatan terhadap undang-undang dan norma budaya tempatan semasa persembahan mereka. SUHAKAM memuji artis-artis ini atas tingkah laku serta tanggungjawab mereka dalam mematuhi peraturan negara.
Sebagai sebuah Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRI) yang komited dalam mempromosikan toleransi, dan masyarakat yang bersatu padu, SUHAKAM menyeru semua individu untuk menyatakan pandangan masing-masing dengan bertanggungjawab dan mengelakkan dari sebarang tindakan yang tidak bertoleransi dan kebencian. Menerima kepelbagaian budaya adalah penting untuk memupuk keharmonian dalam masyarakat kita.
Dengan menekankan nilai hak asasi manusia, sensitiviti budaya, dan pematuhan undang-undang, kita dapat membina masyarakat yang menghormati hak dan maruah semua individu dan pada masa yang sama menghargai sejarah yang kaya dengan budaya.
-TAMAT-
Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad
Pengerusi
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
24 Julai 2023