PRESS STATEMENT
KUALA LUMPUR (4 APRIL 2023) – The Children Commissioner (CC) of the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) expresses deep concern over the recent decision made by the government to remove nicotine from the scheduled list of controlled substances under the Poison Act 1952 [Act 366]. The decision may result in children having unrestricted access to nicotine-containing liquids and gels, which could lead to adverse health effects without any legal consequences.
As Member States to the Convention on the Rights of the Child 1989 (CRC), Malaysia is committed to ensuring that every child has access to the highest attainable standard of health as stated in Article 24 of the CRC. Under Section 2(f) of the same article, Malaysia is obligated to implement preventive health care measures to promote and protect this right. The removal of nicotine from the controlled substances list may implicitly permit the use of nicotine-related products by individuals under 18 years of age, as the prohibitive nature of Section 17 of Act 366 would no longer apply.
This decision goes against the spirit of the Child Act 2001, which acknowledges that children require special safeguards, care, and assistance, including protection from a smoke and nicotine-infested environment. It is the State’s responsibility to ensure that children are not exposed to anything that may endanger their physical and emotional health. Despite ample evidence linking nicotine and toxic substances of e-cigarettes to brain development damage, the government’s decision puts children in Malaysia at a higher risk of nicotine addiction.
While the CC recognizes the government’s efforts to reduce tobacco consumption by increasing tobacco taxes, this should not be confused with opening the floodgates to new users of nicotine-related products, especially children. It remains questionable whether taxing buyers of e-cigarettes will truly generate revenue and positively contribute to the economy. Concurrently, the delisting of nicotine will lead to more cases of lung-related diseases and injuries, adding to the already strained public healthcare system and increasing healthcare expenditure. This directly contradicts the Ministry of Health’s goal of reducing the number of smokers from 40% to 15% by 2025.
The CC strongly urges the government to continue its commitment to building a smoke-free environment, as started by its predecessor. Neglecting this commitment will have intergenerational consequences on children’s health and the environment, putting the concept of ‘Malaysia Madani’ in jeopardy. This concept focuses on sustainable development, encompassing not only economic aspects but also social and environmental well-being.
-END-
Dr Farah Nini Dusuki
Children’s Commissioner
4 April 2023
——————-
KENYATAAN MEDIA
KUALA LUMPUR (4 APRIL 2023) – Pesuruhjaya Kanak-Kanak (CC), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) amat kesal dengan keputusan kerajaan mengeluarkan nikotin daripada senarai berjadual bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952 [Akta 366] baru-baru ini. Keputusan tersebut boleh menyebabkan kanak-kanak mendapat akses tanpa had terhadap cecair dan gel yang mengandungi nikotin, yang seterusnya membawa kesan buruk kepada kesihatan tanpa sebarang sekatan undang-undang.
Malaysia sebagai Negara Pihak kepada Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak 1989 (CRC) berperanan memastikan bahawa setiap kanak-kanak mendapat akses kepada tahap kesihatan tertinggi yang boleh dicapai seperti yang termaktub dalam Artikel 24 CRC. Di bawah Seksyen 2(f) artikel yang sama, Malaysia wajib melaksanakan langkah pencegahan dalam penjagaan kesihatan bagi mempromosi dan melindungi hak ini. Mengeluarkan nikotin daripada senarai bahan terkawal secara tersiratnya membolehkan produk berkaitan dengan nikotin digunakan oleh individu yang berusia di bawah 18 tahun, memandangkan larangan oleh Seksyen 17 Akta 336 tidak lagi terpakai.
Keputusan tersebut bertentangan dengan semangat Akta Kanak-Kanak 2001 yang mengakui bahawa kanak-kanak memerlukan perlindungan khusus, penjagaan dan bantuan, termasuklah daripada asap dan persekitaran yang dicemari oleh nikotin. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan bahawa kanak-kanak tidak terdedah kepada perkara yang memudaratkan kesihatan fizikal dan emosi mereka. Walaupun terdapat banyak bukti yang mengaitkan nikotin dan bahan toksik dari e-rokok dengan kerosakan perkembangan otak, namun kerajaan tetap mengambil keputusan tersebut yang meletakkan kanak-kanak dalam risiko ketagihan nikotin yang tinggi.
CC juga mengambil maklum mengenai usaha kerajaan untuk mengurangkan pengambilan tembakau dengan menaikkan cukai tembakau, hal ini tidak wajar dikelirukan dengan pembukaan ruang kepada kebanjiran produk yang berkaitan dengan nikotin kepada pengguna baru, terutama kanak-kanak. Ia menjadi keraguan sama ada kenaikan cukai kepada pembeli e-rokok benar-benar akan menjana pendapatan dan memberi sumbangan positif kepada ekonomi negara. Pada masa yang sama, mengeluarkan nikotin daripada senarai akan membawa kepada pertambahan kes penyakit yang berkaitan dengan paru-paru, serta membebankan sistem kesihatan awam, dan meningkatkan perbelanjaan penjagaan kesihatan. Perkara ini jelas bercanggah dengan matlamat Kementerian Kesihatan untuk mengurangkan jumlah perokok daripada 40% kepada 15% menjelang tahun 2025.
CC menggesa kerajaan untuk terus memenuhi komitmen membina persekitaran bebas asap rokok seperti yang telah diusahakan dahulu. Pengabaian kepada komitmen ini akan membawa kesan yang berpanjangan kepada kesihatan dan persekitaran kanak-kanak, sekaligus menggugat konsep ‘Malaysia Madani’. Konsep ini memberi tumpuan kepada pembangunan mampan yang merangkumi tidak hanya aspek ekonomi tetapi juga kesejahteraan sosial dan alam sekitar.
-TAMAT-
Dr Farah Nini Dusuki
Pesuruhjaya Kanak-Kanak
4 April 2023