PRESS STATEMENT
KUALA LUMPUR (23 AUGUST 2021) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is deeply concerned with the police’s demonstrably excessive response towards assemblies and rakyat’s right to express their views and opinions. Recent examples are the arrest of 31 youths for merely holding a candlelight vigil in memory of those who have lost their lives to COVID-19, and the closing of major roads and public transportations heading to Kuala Lumpur and Dataran Merdeka in response to the second #Keluar dan #Lawan assembly, which has, in fact, been called off.
These 2 incidents revealed actions which are not in line with the State as a Duty-bearer, bearing the responsibility to allow and facilitate the rakyat, as rights-holders, their right to assemble peacefully. It was also reported that the vigil participants, were forcefully arrested and transported to the police station, were then, not informed about their rights nor the grounds for arrest. These, including reports that the group members were denied access to legal representation, is a clear breach of their constitutional rights as stated in Article 5 and 10 of the Federal Constitution.
SUHAKAM calls for the police to respect and recognize the right to assemble peacefully publicly or privately, to collectively express, promote, pursue and defend common interests, which is a fundamental human right. No restriction may be placed on the exercise of this right other than those imposed in conformity with the law, and which are necessary in a democratic society in the interests of national security or public safety, public order, the protection of public health or morals or the protection of the rights and freedoms of others, as stated in Article 21 International Covenant on Civil and Political Rights ICCPR).
SUHAKAM reiterates that it is incumbent upon the police to facilitate this right to assembly by people, as was witnessed by SUHAKAM during the #Keluar dan #Lawan rally on 31 July 2021. With proper collaboration between police and organisers, all Malaysians may enjoy the right to assemble peacefully and, one day soon, their freedom for expression be fully met.
-END-
Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)
23 August 2021
Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my
KENYATAAN MEDIA
KUALA LUMPUR (23 OGOS 2021) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) amat bimbang dengan tindakan pihak polis yang berlebihan terhadap perhimpunan dan hak rakyat untuk menyuarakan pendapat dan pandangan mereka. Contoh terbaru adalah apabila 31 belia ditangkap hanya kerana memperingati mereka yang kehilangan nyawa akibat COVID-19, dan penutupan jalan-jalan utama dan pengangkutan awam menghala ke Kuala Lumpur dan Dataran Merdeka berikutan perhimpunan kedua #Keluar dan #Lawan yang telah pun dibatalkan.
Kedua-dua insiden ini menunjukkan tindakan yang tidak selari dengan Negara sebagai pihak yang bertanggungjawab untuk membenarkan dan memudahkan rakyat, sebagai pemegang hak untuk berhimpun secara aman. Terdapat laporan bahawa peserta perhimpunan telah ditangkap secara paksa dan dibawa ke balai polis dan mereka tidak dimaklumkan mengenai hak mereka atau sebab-sebab tangkapan. Terdapat juga laporan bahawa kumpulan ini tidak diberikan akses kepada wakil peguam dan ini jelas menunjukkan bahawa hak perlembagaan mereka telah dicabul di bawah Perkara 5 dan 10 Perlembagaan Persekutuan.
SUHAKAM menyeru pihak Polis untuk menghormati dan mengiktiraf hak untuk berhimpun secara aman sama ada umum atau persendirian bagi menyuarakan secara kolektif, mempromosi, mendapatkan dan mempertahankan kepentingan bersama yang merupakan hak asasi manusia. Tiada halangan seharusnya dikenakan terhadap pelaksanaan hak ini melainkan menurut undang-undang, dan dalam keadaan yang perlu dalam masyarakat demokratik demi kepentingan keselamatan negara atau keselamatan dan ketenteraman awam, perlindungan kesihatan atau moral untuk melindungi hak dan kebebasan orang lain, sepertimana yang termaktub di bawah Perkara 21 Kovenan Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik (ICCPR).
SUHAKAM mengulangi bahawa adalah menjadi tanggungjawab polis untuk memudahkan hak rakyat untuk berhimpun sepertimana yang disaksikan oleh SUHAKAM semasa perhimpunan #Keluar dan #Lawan pada 31 Julai 2021. Dengan kerjasama yang baik antara polis dan penganjur, rakyat Malaysia akan dapat menikmati hak untuk berhimpun secara aman dan suatu hari nanti, hak untuk bersuara akan dicapai sepenuhnya.
-TAMAT-
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
23 Ogos 2021
Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my