Press Statement No. 30-2021_The New Government Must Have an Inclusive Human Rights Agenda as a Central Feature of its Work

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (19 AUGUST 2021) – In light of the current political scenario and whilst the process of identifying a new Prime Minister to helm the next Government is on-going, the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) hopes that the 9th Prime Minister and new Cabinet Ministers would press on with much needed institutional reforms and good governance practices.

Whilst it is clear that the incoming Prime Minister and his Cabinet would have to focus its efforts in dealing with the pandemic and its adverse impacts upon the economy and the wellbeing of the people; it would be good to have a new Government that has an inclusive human rights agenda as a central feature of its work. Such a Government would adopt a coordinated strategy to promote, protect and enable human rights approach whenever and wherever possible. As the national human rights institution, SUHAKAM commits to continue engaging with various ministries and parliamentarians and submitting its recommendations, in accordance with its legislative mandate to advise the government on pressing human rights issues.

SUHAKAM reaffirms that human rights should not be an optional agenda, and the upcoming government must demonstrate its commitment to respecting human dignity and fundamental freedoms as stated in Article 5-13 of the Federal Constitution, which will serve as the driving force towards meeting Malaysiaโ€™s SDGs targets, restore hope for Malaysians and allow democracy to flourish.

-END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

19 August 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (19 OGOS 2021)   –   Mengambil kira senario politik semasa dan tatkala proses untuk mengenal pasti Perdana Menteri yang baharu bagi menerajui Kerajaan akan datang sedang berlangsung, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) berharap agar Perdana Menteri ke-9 dan Jemaah Menteri Kabinet yang baharu akan memberi penekanan terhadap pembaharuan institusi dan amalan tadbir urus yang baik.

Meskipun jelas bahawa Perdana Menteri dan Kabinet baharunya perlu memberi tumpuan kepada usaha untuk menangani pandemik dan kesan buruknya terhadap ekonomi dan kesejahteraan rakyat, adalah amat baik sekiranya Kerajaan baharu meletakkan hak asasi manusia sebagai teras utama dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Kerajaan seperti ini akan melaksanakan strategi tersusun untuk seboleh mungkin mempromosi, melindungi dan menyokong pendekatan hak asasi manusia. Sebagai institusi hak asasi manusia kebangsaan, SUHAKAM komited untuk terus bekerjasama dengan kementerian dan ahli parlimen dengan mengemukakan syor-syor, selari dengan mandat yang diberikan di bawah peruntukan undang-undangnya untuk menasihati Kerajaan berkenaan dengan isu-isu hak asasi manusia.

SUHAKAM ingin menegaskan bahawa hak asasi manusia tidak seharusnya menjadi agenda sampingan dan Kerajaan yang bakal memerintah perlu menunjukkan komitmen untuk menghormati maruah manusia dan kebebasan asasi sepertimana yang dinyatakan di bawah Perkara 5-13 Perlembagaan Persekutuan yang mana berfungsi sebagai pemacu ke arah mencapai sasaran Matlamat Pembangunan Lestari Malaysia dan seterusnya memulihkan harapan rakyat Malaysia serta menyuburkan amalan demokrasi.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

19 Ogos 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

Tags: No tags

Comments are closed.