PRESS STATEMENT
KUALA LUMPUR (23 MARCH 2021) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is alarmed at the news of intensifying violence by Myanmar’s military against peaceful protestors. Since Myanmar’s military took control of the country in a coup in February, it has declared a one-year state of emergency with an increasing number of people including political leaders, senior government officials, journalists, political activists and a number of civil society members, being detained.
Special Rapporteur on the situation of human rights in Myanmar, Thomas H. Andrews, in his report, stated that there exist dozens of videos and images showing the Myanmar military using excessive force, including brutal beatings of unarmed individuals, unlawful use of less-lethal weapons such as slingshots, rubber bullets and water cannons. SUHAKAM condemns the act of violence against peaceful protestors, including vulnerable groups such as women, youth and children.
SUHAKAM reiterates the importance of ensuring the rights to freedom of opinion and expression, peaceful assembly and association of the people must be fully respected and upheld. The attempt to delegitimise democratic governance through military force, in any means, must stop. All parties in Myanmar must be involved to resolve any electoral discrepancies through legal mechanisms and inclusive dialogues. The Myanmar military and those wielding power are obligated to prioritize the restoration of peace and stability for all in Myanmar. SUHAKAM urges Myanmar’s military to take definitive action to reinforce security, re-establish safe parameters and commit to avoiding harm and preserving life.
SUHAKAM urges all relevant parties in Myanmar to increase engagement efforts in the interest of upholding the principles of the ASEAN Charter, notably the principle of democracy, adherence to the rule of law, good governance, the protection of human rights and respect for fundamental freedoms. As a National Human Rights Institution (NHRI) and current Chair of the Southeast Asia NHRI Forum (SEANF), SUHAKAM will continue to advocate for peace, to work in partnership with SEANF Members as a regional mechanism to promote, protect and fulfil human rights of the peoples in the Southeast Asia region.
-END-
Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)23 March 2021
KENYATAAN MEDIA
KUALA LUMPUR (23 MAC 2021) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menzahirkan kebimbangan terhadap berita mengenai keganasan yang semakin meningkat oleh tentera Myanmar terhadap penunjuk perasaan secara aman. Sejak tentera Myanmar menguasai negara itu melalui rampasan kuasa pada bulan Februari, darurat selama setahun telah diisytiharkan dan terdapat peningkatan jumlah orang yang telah ditahan termasuklah pemimpin politik, pegawai kanan kerajaan, wartawan, aktivis politik dan beberapa anggota masyarakat sivil.
Pelapor Khas mengenai situasi hak asasi manusia di Myanmar, Thomas H.Andrews, dalam laporannya menyatakan bahawa terdapat banyak video dan imej yang menunjukkan tentera Myanmar menggunakan kekerasan secara berlebihan, termasuk memukul individu yang tidak bersenjata, penggunaan senjata berbahaya secara haram seperti lastik, peluru getah dan meriam air. SUHAKAM mengecam tindakan keganasan terhadap penunjuk perasaan secara aman, termasuk golongan rentan seperti wanita, belia dan kanak-kanak.
SUHAKAM ingin mengulangi akan kepentingan untuk memastikan hak kepada kebebasan berpendapat dan bersuara, berhimpun secara aman dan berpersatuan harus dihormati dan didukung sepenuhnya. Usaha untuk menggulingkan kerajaan yang demokratik melalui kuasa tentera dalam apa cara sekalipun, harus dihentikan. Semua pihak di Myanmar perlu bekerjasama dalam menyelesaikan sebarang percanggahan pilihan raya melalui mekanisme undang-undang dan dialog secara inklusif. Tentera Myanmar dan pihak yang berkuasa adalah bertanggungjawab untuk memberikan keutamaan kepada mengembalikan keamanan dan kestabilan untuk semua di Myanmar. SUHAKAM menggesa tentera Myanmar untuk mengukuhkan keselamatan, mewujudkan kembali parameter yang selamat dan komited dalam mengelakkan kemudaratan dan melindungi nyawa.
SUHAKAM menggesa semua pihak yang terlibat di Myanmar untuk meningkatkan usaha demi menegakkan prinsip Piagam ASEAN, terutamanya prinsip demokrasi, pematuhan terhadap kedaulatan undang-undang, tadbir urus yang baik, perlindungan hak asasi manusia dan menghormati kebebasan asas. Sebagai sebuah Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRI) dan Pengerusi semasa Forum NHRI Asia Tenggara (SEANF), SUHAKAM akan terus menyokong keamanan dan akan bekerjasama dengan Anggota SEANF sebagai mekanisme serantau untuk mempromosi, melindungi dan memenuhi hak asasi manusia untuk penduduk di rantau Asia Tenggara.
-TAMAT-
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)23 Mac 2021