GALERI KARTUN
PUBLICATION
GALERI KARTUN – HASIL KARYA PEMENANG PERTANDINGAN MELUKIS KARTUN MENGENAI “HAK KEPADA PENDIDIKAN"
Galeri ini mempamerkan hasil karya para pemenang Pertandingan Melukis Kartun mengenai "Hak kepada Pendidikan" bertemakan “Pendidikan Untuk Semua” yang dilancarkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia pada 1 September 2022 sehingga 30 November 2022. Hasil karya kartun yang dihantar oleh peserta pertandingan ini merangkumi pelbagai idea, konsep dan imaginasi yang diekspresikan menerusi seni lukisan kartun yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan kesaksamaan dalam pendidikan sebagai satu hak asasi manusia kepada semua individu sepertimana yang termaktub dalam Artikel 26, Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) dan Perkara 12, Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
SUHAKAM menerima seramai 205 peserta dan 12 hasil karya yang terbaik telah dipilih menerusi panel juri yang terdiri daripada Pesuruhjaya Kumpulan Kerja Pendidikan dan Promosi serta seorang kartunis profesional "Pauh", dari Rumah Kartun & Komik Malaysia (MCCH).