AR

Laporan Tahunan 2019

RINGKASAN EKSEKUTIF

Tahun 2019 merupakan tahun istimewa buat SUHAKAM yang menyambut ulang tahun ke-20 pada 9 September. Buat julung kalinya juga, Laporan Tahunan SUHAKAM dibahaskan di Parlimen menjadikan ia sebagai satu penanda aras yang penting buat SUHAKAM.

Pencapaian utama tahun ini dan sebagai hadiah ulang tahun ke-20 SUHAKAM adalah perbahasan Laporan Tahunan SUHAKAM 2018 pada 5 Disember. Ahli parlimen, sebagai wakil rakyat bagi kawasan masing-masing bertanggungjawab untuk mengiktiraf dan mengambil maklum isu hak asasi manusia yang wujud, dan menggunakan kuasa yang diamanahkan untuk mencari penyelesaian yang efektif.

SUHAKAM mengalu-alukan pelantikan Anggota Suruhanjaya pada pertengahan tahun ini, diketuai oleh Tan Sri Othman Hashim sebagai Pengerusi serta dibarisi lapan lagi anggota bagi tempoh 2019 hingga 2022.

Pada 23 Ogos 2019 pula, Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd. Awal telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kanak-kanak (OCC) memfokuskan gerak kerja kepada mempromosi dan melindungi hak kanak-kanak. Hak-hak tersebut merangkumi hak kanak-kanak orang asli, migran, pelarian, tidak berdokumen, tanpa kerakyatan dan kanak-kanak kurang upaya, yang semuanya didokong oleh Konvensyen Mengenai Hak Kanak- kanak. Pelantikan OCC ini menjadikan jumlah keseluruhan Anggota Suruhanjaya sebanyak sembilan orang.

Menyedari bahawa pendidikan adalah kaedah yang paling berkesan untuk memupuk generasi akan datang yang berperanan mempromosi dan melindungi hak asasi manusia sebagai satu prinsip, SUHAKAM berusaha untuk memperkuat kerjasama dengan Kementerian Pendidikan. SUHAKAM memberi tumpuan kepada pembangunan Modul Pendidikan Sivik dan memberi input dalam kajian semula Dasar Pendidikan Kebangsaan. SUHAKAM mengesyorkan agar Dasar Pendidikan Kebangsaan harus mengintegrasikan pendidikan hak asasi manusia sebagai satu matlamat untuk mencapai aspirasi dasar. Pada masa yang sama, Program Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia telah berkembang dari 222 buah sekolah pada awalnya dengan tambahan 246 buah sekolah lagi untuk seluruh Malaysia pada tahun 2019. SUHAKAM juga telah memulakan perbincangan dengan Institut Pendidikan Guru Malaysia untuk menggabungkan pengetahuan hak asasi manusia dalam sukatan pelajaran latihan guru bermula tahun 2020.

SUHAKAM menjadi tuan rumah kepada Dialog Serantau berkenaan Konvensyen Menentang Penyeksaan dan Hukuman Lain yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Maruah (UNCAT) pada bulan Julai. Projek ini dibiayai oleh geran Kesatuan Eropah (EU) bertujuan berkongsi amalan terbaik dan pengalaman yang dipelajari daripada pelaksanaan UNCAT antara negara anggota ASEAN dan OIC yang relevan, dibentangkan oleh pakar di peringkat serantau dan antarabangsa. SUHAKAM akan terus membantu dan memandang ke hadapan berkenaan penyertaan Malaysia kepada UNCAT pada suatu masa nanti.

Selain itu, beberapa kementerian telah mengadakan rundingan dan menjemput SUHAKAM menjadi ahli jawatankuasa untuk merangka draf dan membuat pengesyoran mengenai rang undang-undang baharu atau pindaan undang- undang sedia ada. Undang-undang tersebut termasuk gangguan seksual, kesaksamaan gender, pekerjaan, dan kajian mengenai alternatif untuk hukuman mati. SUHAKAM secara konsisten mengekalkan cadangan agar pembaharuan undang-undang mengikut piawaian hak asasi manusia antarabangsa. Pada separuh tahun kedua 2019, SUHAKAM mengambil bahagian dalam beberapa sesi konsultasi yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Liew Vui Keong, menganjurkan sesi konsultasi awam dan mengemukakan cadangan mengenai draf Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). SUHAKAM juga terlibat dengan institusi undang-undang, termasuk badan kehakiman, agensi kerajaan dan organisasi masyarakat sivil (CSO) untuk mengambil bahagian dan bertukar pandangan mengenai pembaharuan undang-undang dan hak asasi manusia.

SUHAKAM mengalu-alukan pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu, YAA Tan Sri Tengku Maimun binti Tuan Mat, yang menyatakan sokongannya terhadap penglibatan berterusan hakim dan pegawai kehakiman mengenai isu hak asasi manusia. SUHAKAM ingin terlibat dalam proses semakan semula dan merangka undang-undang, terutamanya yang berkaitan dengan hak asasi manusia, dan secara idealnya dari peringkat awal proses perundangan.

Sejak 2016, SUHAKAM telah menyokong penubuhan Custodial Medical Unit (CMU), yang akan beroperasi sebagai klinik bergerak dan dikendalikan oleh kakitangan perubatan terlatih di tempat tahanan. Hasil daripada kerjasama positif dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), CMU dijangka ditubuhkan di lima lokap berpusat pada awal tahun 2020. Selain itu, SUHAKAM juga bekerjasama dengan Bahagian Dasar Penjara untuk menjalankan kajian dan pembaharuan menyeluruh sistem pengurusan penjara, dasar dan amalan, termasuk pematuhan kepada standard minimum penahanan mengikut piawaian antarabangsa seperti Peraturan Nelson Mandela (Nelson Mandela Rules).

SUHAKAM melengkapkan siasatan Inkuiri Awam (PI) berkenaan kehilangan Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat, pada Disember 2018. Berikutan pengumuman dan penerbitan laporan PI, Kementerian Dalam Negeri menubuhkan sebuah Pasukan Petugas Khas untuk menyiasat kehilangan kedua-dua individu tersebut.

Pada 14 Mac 2019, Laporan Kumpulan Kerja Malaysia untuk UPR Ketiga telah dipertimbangkan dan diterima pakai pada Persidangan Majlis Hak Asasi Manusia ke-40. Daripada 268 syor, Malaysia menerima sepenuhnya 147 syor, menerima sebahagian 37 syor dan mengambil maklum 84 cadangan yang selebihnya. Setelah menerima semua 11 syor UPR mengenai orang kurang upaya, komuniti ini mengharapkan agar diterjemahkan menjadi kenyataan tidak lama lagi, terutamanya mengenai akses kepada pendidikan, penjagaan kesihatan dan kemudahan fasiliti yang mesra orang kurang upaya.

Isu utama di Sabah adalah berkaitan dengan tanah, kewarganegaraan, dan pengenalan diri dan/atau dokumen perundangan peribadi. SUHAKAM telah membuat cadangan kepada pihak berkuasa dan berusaha untuk mengenal pasti penyelesaian terbaik bagi pelbagai aduan yang diterima, dan juga menyokong dasar penambahbaikan secara amnya. Sebagai sebahagian daripada usaha SUHAKAM untuk mencari penyelesaian dalam isu kewarganegaraan, SUHAKAM menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Komnas HAM (Komisi Nasional Hak Asasi Manusia Indonesia) pada bulan April, yang akan membolehkan kedua-dua NHRI membantu antara satu sama lain merentasi sempadan negara. Berdasarkan advokasi aktif dan penglibatan berterusan dengan Kerajaan Negeri Sabah, khususnya Jabatan Tanah dan Ukur, terdapat peningkatan yang ketara daripada segi Hak Tanah Adat Orang Asal. SUHAKAM berharap dapat melihat lebih banyak perubahan positif pada masa hadapan.

Owing to many years of active advocacy and constant engagement with the Sabah Government, specifically the Land and Survey Department, there seemed to be notable improvements in terms of Native Customary Rights and land issues. SUHAKAM looks forward to seeing more positive changes on this front shortly.

Isu kewarganegaraan merupakan majoriti aduan yang diterima oleh Pejabat Sarawak. Aduan tersebut merangkumi kewarganegaraan kanak-kanak, pendaftaran lewat kelahiran atau kad pengenalan untuk penduduk di kawasan luar bandar, serta kanak-kanak yang ibu mereka adalah warga asing. SUHAKAM turut mengalu-alukan pindaan Kanun Tanah Sarawak pada 2018. Adalah penting untuk mempunyai undang-undang tanah yang lebih adil bagi menghalang ketidakadilan yang dialami oleh masyarakat Orang Asal yang tidak mempunyai akses kepada pengetahuan dan undang-undang tetapi terpaksa terlibat dalam proses litigasi untuk menuntut hak mereka. Keadaan ini akan membuka jalan bagi masyarakat Orang Asal untuk meneruskan tuntutan hak NCR mereka dengan lebih jelas dan yakin, berbanding perlu mengharungi ujian semakan kehakiman.

Bagi masyarakat Orang Asli pula, antara masalah yang sering dihadapi adalah kekurangan akses kepada air bersih, pembukaan ladang di sekitar kawasan penempatan dan pencerobohan tanah, dan kesulitan dalam mengakses perkhidmatan kesihatan dan pendidikan untuk kanak-kanak. SUHAKAM meneruskan penglibatan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Waytha Moorthy Ponnusamy dan JAKOA untuk mencari perpaduan dan penyelesaian terhadap isu yang memberi kesan kepada Orang Asli, terutamanya yang melibatkan beberapa peristiwa tragis seperti kes kematian. Di samping itu, SUHAKAM juga ingin menekankan mengenai suara penduduk kampung yang sering membangkitkan isu akses kepada air bersih semasa program SUHAKAM Bersama Masyarakat yang diadakan di kawasan luar bandar.

SUHAKAM mengadakan beberapa lawatan ke depot tahanan imigresen dan mendapati kebanyakkan depot tahanan ini tidak sesuai dan tidak mempunyai kemudahan untuk memenuhi keperluan kanak- kanak. SUHAKAM dan CSO menyokong keperluan untuk mengenalpasti dan melaksanakan alternatif kepada penahanan kanak-kanak. SUHAKAM mengesyorkan agar SOP yang berkaitan dengan penahanan kanak-kanak perlu dipertingkatkan, dan memulakan projek perintis di mana kanak-kanak ini diletakkan di bawah penjagaan masyarakat atau tempat perlindungan di bawah badan bukan kerajaan.

Terdapat beberapa laporan kejadian yang berkaitan dengan sekolah tahfiz sepanjang tahun ini, termasuk kematian pelajar dalam kebakaran dan dakwaan penderaan fizikal dan seksual. Susulan itu, SUHAKAM telah melawat beberapa sekolah tahfiz untuk memahami permasalahan mereka. SUHAKAM juga bekerjasama dengan jabatan agama negeri untuk menganjurkan Bengkel Hak Asasi Manusia bagi Pentadbir Sekolah Tahfiz. Semua isu yang berkaitan dengan sekolah tahfiz dibawa semasa mesyuarat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, JAKIM dan pihak berkuasa agama negeri.

SUHAKAM menjalankan kajian mengenai diskriminasi terhadap transgender di Kuala Lumpur dan Selangor. Hasil kajian tersebut diterbitkan pada bulan Mac 2019. SUHAKAM berpandangan bahawa hak dan martabat komuniti transgender tidak berbeza dengan komuniti lain. Mereka harus dihormati dan dilindungi daripada diskriminasi, bahaya dan keganasan, tanpa menghiraukan orientasi seksual mereka.

SUHAKAM embarked on a study on discrimination against transgender persons based in Kuala Lumpur and Selangor. The findings were published in March 2019. It is SUHAKAM’s view that the rights and dignity of the transgender community is no different from members of all other communities. They should be respected and protected from discrimination, harm and violence, regardless of their sexual orientation.

SUHAKAM bekerjasama dengan Fortify Rights untuk menerbitkan laporan ‘Sold Like Fish’. Laporan ini menumpukan kepada jenayah yang dilakukan oleh pemerdagang manusia terhadap pelarian Rohingya di laut dan kem pemerdagangan manusia di Malaysia dan Thailand. Mangsa yang terselamat daripada kekejaman ini di Malaysia berhak mendapat perlindungan di bawah undang-undang Malaysia sebagai mangsa pemerdagangan. Justeru, adalah penting untuk mengetahui sama ada Suruhanjaya Siasatan Diraja Wang Kelian, yang ditubuhkan oleh Kementerian Dalam Negeri, dapat mengenal pasti pelaku dan keadilan akan dilaksanakan dengan sewajarnya.

Selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), YB Datuk Liew Vui Keong mengumumkan bahawa Kabinet memutuskan agar semua perkara berkaitan hak asasi manusia, termasuk pembangunan Pelan Tindakan Kebangsaan mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (NAPBHR), diletakkan di bawah portfolionya, SUHAKAM telah memberikan syor dan input mengenai permulaan dan pembangunan NAPBHR untuk Malaysia.

After Minister in the Prime Minister’s Department (Law) YB Datuk Liew Vui Keong announced that Cabinet had decided that all human rights matters, including the development of the National Action Plan on Business and Human Rights (NAPBHR), be placed under his ministerial portfolio, SUHAKAM provided advice and input on the initiation and development of a NAPBHR for Malaysia.

SUHAKAM menegaskan pendiriannya untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan mengesyorkan agar agenda untuk memperbaharui undang-undang dan penguatkuasaan untuk mengawal kebencian, mengikut piawaian hak asasi manusia antarabangsa dilaksanakan. Ini akan memastikan rasa hormat dan perlindungan kepada hak untuk kebebasan bersuara seperti yang dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan Artikel 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

SUHAKAM menyokong inisiatif yang dilaksanakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama dalam pengenalan Rahmatan lil ‘Alamin dan Maqasid Syariah, yang kedua-duanya menekankan prinsip global mengenai promosi dan melindungi hak asasi manusia. Walau bagaimanapun, SUHAKAM mengakui bahawa terdapat keperluan untuk penambahbaikan dasar dan pentadbiran, untuk mengukuhkan pemahaman awam mengenai hubungan positif antara Islam dan hak asasi manusia di Malaysia.

SUHAKAM menyambut baik keputusan kerajaan untuk menghapuskan hukuman mati mandatori bagi 11 kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 seterusnya memacu ke arah penghapusan keseluruhan hukuman mati di negara ini. Pesuruhjaya SUHAKAM, Dato’ Mah Weng Kwai dilantik sebagai ahli jawatankuasa khas untuk mengkaji dan membuat cadangan kepada menteri mengenai hukuman alternatif kepada hukuman mati dan langkah-langkah peralihan untuk banduan hukuman mati semasa. Susulan itu satu konsultasi diadakan pada bulan Oktober untuk mendapatkan pandangan daripada pihak berkepentingan dan mengemukakan penemuan tersebut kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang).

SUHAKAM receives an annual grant from the government under the Human Rights Commission of Malaysia Act 1999. Financial limitations with regard to staffing and programmes prevent SUHAKAM from undertaking or delving into a broader range of human rights issues. Taking into account the increasing demands in terms of delivering its four mandates, by and with the government, civil society and the public, there is an urgent need for the annual grant to increase in tandem.

In conclusion, SUHAKAM urges the Malaysian Government to commit to accepting more recommendations, particularly those related to the accession of the six remaining core human rights treaties and withdrawal of all reservations to the conventions which it has ratified. SUHAKAM reiterates its call to establish a Permanent Inter-Ministerial Tracking System for effective coordination on human rights issues.

Banyak pihak termasuk kementerian, ahli parlimen dan jawatankuasa parlimen, CSO, agensi PBB dan Pelapor Khas, pertubuhan antarabangsa, serta ASEAN melalui AICHR, telah meningkatkan keterlibatan bersama SUHAKAM dalam banyak bidang. Memandangkan skop isu hak asasi manusia yang luas, pertambahan penduduk yang semakin meningkat, ia menjurus kepada peningkatan pelanggaran hak asasi manusia. Oleh itu, SUHAKAM mengalu-alukan kerjasama dalam mencapai objektif yang sama.

SUHAKAM menggesa kerajaan, semua ahli politik dan parlimen untuk menggelakan penggunaan ‘hak asasi manusia’ sebagai alat untuk keuntungan politik, tetapi sebagai pendekatan dalam memperbaiki kesilapan, sebagai wacana untuk memperjuangkan sebuah masyarakat yang adil, dihormati, saksama dan mampan tanpa meminggirkan mana-mana pihak.


Our annual report for 2019 is ready for viewing and download now. Please find the links below to read our Annual Report 2019 now.

AR

Laporan Tahunan 2018

The year 2018 was a defining year in the history of Malaysia, as the sun set on a 61-year-old political rule that had been unbroken since Merdeka. The first ever change in government was heralded by many to be the beginnings of a more open, free and transformative democracy, with a manifesto of progressive election promises aimed at addressing various human rights issues that had plagued Malaysian society for many a decade.

Changing 61 years of a historical trajectory is no easy feat, and SUHAKAM recognises the challenge inherent in effecting the many commitments made by the new government. Key among these challenges is perhaps to first transform the civil service, an indispensable arm of the government, to be apolitical and neutral, with a high sense of ethical conduct. This is fundamental to realising the government’s reform plan and SUHAKAM believes that the new government has to seriously consider effective ways to rejuvenate the civil service if it is to spearhead the new Malaysian vision.

Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamad himself pledged at the United Nations General Assembly on 28 September that Malaysia would accede to the remaining core United Nations instruments related to the promotion and protection of human rights to uphold principles of truth, justice, fairness, the rule of law and accountability, among others, as per the goal of the new administration.

In October, the government also announced its plan to abolish the death penalty, accompanied by an immediate moratorium on all executions. SUHAKAM was confident that this was an excellent first step in the total abolition of capital punishment in Malaysia. These announcements, along with that of the promised repeal of the Sedition Act 1948, Universities and University Colleges Act 1971 and the various incarnations of the Internal Security Act – Security Offences (Special Measures) Act 2012 (SOSMA) and Prevention of Crime Act 1959 (POCA) – draconian laws that had long been used as political tools against citizens expressing dissent, uplifted the entire nation. The future looked very bright indeed for Malaysia.

However, as 2018 drew to a close and euphoria settled nationwide, it is becoming increasingly clear that the new government would re-evaluate its promises to the people of Malaysia.

Despite the commitment to make Malaysia’s human rights record respected by the world, the government backpedalled on its keystone election commitments that would remove, for good, mechanisms that have curtailed human rights in Malaysia. The opportunity to accede to the six remaining international human rights treaties could not have come at a better time, but for even the so-called ‘low-hanging fruit’, a consensus could not be reached over the absolute prohibition of torture and the elimination of racial discrimination, for example.

Conditions of detention should not be an added punishment, and I lament the deplorable state of some of our prisons and detention centres that are in breach of a number of United Nations standards. There are still a handful of our prisons that use the bucket system, a degrading toilet system in the 1950s. SUHAKAM finds that our prisons lack the necessary resources for effective rehabilitation to ensure that when detainees are released, they are better equipped to become law-abiding individuals that can contribute to society.

Death in custody is a matter that SUHAKAM takes very seriously, and we continue to monitor prisons and detention centres to the best of our ability. In our view, Malaysia still has inadequate legal safeguards against torture in custodial settings and action by the government to effectively reduce and prevent acts of torture behind custodial walls seems to be minimal. Many of the primary safeguards against ill-treatment and torture of detainees are protected within the framework of the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR) that the government has committed to acceding. Likewise, accession to the Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment (UNCAT) is a long-held hope here in SUHAKAM – one the government has also pledged its commitment to – and in doing so, will bring closure to inhuman treatment in custody and embrace a new regime of rehabilitation.

A blow to both human rights in Malaysia and SUHAKAM came in the form of the government distancing itself from participating in our 2018 Human Rights Day celebration that was misreported as a counter-rally as it bowed to political pressure to reject accession to the International Convention on the Elimination of All forms of Racial Discriminations (ICERD). The groups opposing accession were irrationally claiming that accession would unravel social contracts built on the backs of affirmative action and the special position of Malays in the Federal Constitution. SUHAKAM will persevere in its efforts to convince the government to pursue human rights as a necessity in the social, political and economic development of Malaysia.

For its part, SUHAKAM’s future is looking bright.

SUHAKAM has stepped up engagements with policymakers and ministers in a bid to increase awareness and understanding of human rights from a legislative standpoint and successfully organised its first joint programme for Members of Parliament with the Office of the Speaker of the House of Representatives (Dewan Rakyat) on 25 September. Current activities aimed at increasing transparency and independence in the governance of SUHAKAM are underway, with plans to make SUHAKAM accountable to Parliament. SUHAKAM’s independence would be further enhanced under Parliament and would provide us with leverage to operationalise human rights and in time validify the proposition that human rights are central to the country going forward and for Parliamentarians to believe that human rights win votes.

SUHAKAM also recognises the massive effort still needed to change laws, policies, infrastructure and attitudes following Malaysia’s accession to the UN Convention on the Rights of Persons with Disabilities in 2010. More conversations with the public and various state and non-state actors are required before Kuala Lumpur, let alone Malaysia, can consider itself truly accessible to persons with disabilities.

Advocacy has been an essential part of the work in SUHAKAM, but as we emerge into a new era, our goal is to move beyond advocacy and to make real, measurable changes in the system.

This is but a snapshot, a year in a decades-long journey for the promotion and protection of human rights in Malaysia. We here in SUHAKAM certainly have our work cut out for us. Purposeful though it may be, there is still a long way to go until we are able to make our human rights record something the world can respect.

TAN SRI RAZALI ISMAIL
CHAIRMAN
HUMAN RIGHTS COMMISSION OF MALAYSIA