2

Kenyataan Media No. 11-2026_SUHAKAM Tegaskan Prinsip Kesamarataan di Bawah Perlembagaan dan Menolak Unsur Prasangka dalam Perbahasan Parlimen

KUALA LUMPUR (28 FEBRUARY 2026) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) memandang serius kenyataan beberapa Ahli-ahli Parlimen yang merendahkan kumpulan individu tertentu melalui dakwaan tidak berasas mahupun disokong bukti saintifik. Kenyataan tersebut termasuk melabel individu dengan identiti dan orientasi seksual yang pelbagai sebagai kelompok songsang serta mendakwa bahawa tekanan kerja boleh mempengaruhi identiti atau orientasi seksual seseorang. SUHAKAM berpandangan bahawa kenyataan sedemikian adalah tidak wajar, mengelirukan dan tidak beretika. Penyebaran stereotaip yang berbahaya serta maklumat yang tidak tepat boleh meningkatkan prasangka, menormalisasi diskriminasi, dan menyebabkan individu yang terkesan berdepan stigma, risiko keselamatan serta menjejaskan kesejahteraan mereka.

Adalah tidak wajar bagi Ahli Parlimen yang mewakili rakyat, atau pemegang jawatan penting dalam Kabinet untuk terus menggunakan bahasa yang bersifat toksik di dalam kedua-dua dewan di Parlimen. Parlimen seharusnya menjadi medan perbahasan yang berprinsip dan menghormati maruah insan serta nilai-nilai Perlembagaan. SUHAKAM menegaskan bahawa setiap individu, tanpa mengira identiti atau orientasi seksual, berhak dilayan dengan bermaruah dan penuh hormat.

Kebebasan asasi adalah asas kepada Perlembagaan Malaysia. Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak kebebasan diri, manakala Perkara 8 menjamin kesamarataan di sisi undang-undang serta perlindungan yang sama rata. Sebagai penggubal undang-undang, Ahli Parlimen wajib mematuhi Perkara 8 yang menegaskan prinsip kesamarataan dan melarang diskriminasi berasaskan jantina. Komitmen ini turut diperkukuh apabila Malaysia meratifikasi Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW) pada tahun 1995. Perlembagaan Persekutuan dan CEDAW seiring menuntut prinsip tanpa diskriminasi dengan mengambil kira pelbagai bentuk penindasan dan kerentanan yang saling berkaitan. Prinsip ini tidak membenarkan seseorang dinilai atau diperlakukan secara tidak adil hanya berdasarkan identiti, orientasi atau latar belakang mereka.

Wacana awam, khususnya di Parlimen, harus selaras dengan komitmen Perlembagaan dan tanggungjawab antarabangsa yang menjunjung prinsip kesamarataan dan maruah insan. SUHAKAM menegaskan bahawa kenyataan oleh pegawai awam, terutamanya dalam forum rasmi seperti Parlimen, hendaklah dibuat secara bertanggungjawab, berhati-hati dan berasaskan maklumat yang tepat serta menghormati prinsip hak asasi manusia. Kenyataan yang tidak disokong bukti saintifik atau yang berpotensi menimbulkan prasangka boleh membentuk persepsi negatif dalam masyarakat dan menyumbang kepada budaya diskriminasi.

SUHAKAM kekal komited untuk memupuk kefahaman bahawa hak asasi manusia adalah untuk semua, selaras dengan semangat Perlembagaan Persekutuan dan prinsip hak asasi manusia sejagat. Sehubungan dengan itu, SUHAKAM bersedia bekerjasama dengan Parlimen Malaysia dalam melaksanakan inisiatif Pembangunan kapasiti berkaitan prinsip hak asasi manusia dan tanggungjawab perlembagaan, ke arah memperkukuh institusi penggubalan undang-undang yang lebih berpengetahuan dan bertanggungjawab

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

28 February 2026

E1

Kenyataan Media No. 10-2026_SUHAKAM Tegaskan Tiada Isu Penyelewengan Dana, Jelaskan Kekangan Pengesahan Audit

KUALA LUMPUR (24 FEBRUARI 2026) - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) merujuk kepada dapatan yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2026 Siri 1 serta liputan media berkaitan. SUHAKAM ingin menegaskan dengan jelas bahawa tiada sebarang penyelewengan dana atau aset mahupun apa-apa bentuk salah laku telah berlaku.

Laporan Ketua Audit Negara menyatakan bahawa SUHAKAM “tidak dapat mengesahkan baki tunai dan bank berjumlah RM0.75 juta setakat 31 Disember 2024”. Sehubungan itu, kami ingin menjelaskan bahawa perkara ini timbul akibat kekangan isu teknikal susulan penaiktarafan sistem perakaunan SUHAKAM.

Pada penghujung tahun 2022, SUHAKAM telah beralih kepada sistem aplikasi kewangan baharu yang dipertingkatkan berasaskan Sistem Perakaunan Standard bagi Agensi Kerajaan, yang menggabungkan piawaian dan amalan pelaporan perakaunan sektor awam yang terkini. Dalam proses peralihan ini, rekod tunai dan bank terdahulu telah dipindahkan ke dalam modul Penyata Penyesuaian Bank dalam sistem baharu tersebut. Seperti yang dinyatakan dalam dapatan audit, terdapat beberapa transaksi yang melebihi tempoh penyesuaian yang ditetapkan. Transaksi ini melibatkan catatan jurnal semasa proses peralihan, pelarasan jurnal terkumpul, serta pembatalan bayaran terkumpul yang dilaksanakan sejak tahun 2022.

Berikutan itu, baki Tunai dan Bank berjumlah RM754,592 setakat 31 Disember 2024 tidak dapat disahkan semasa audit disebabkan oleh perbezaan yang dijana sistem melibatkan unreconciled disbursements berjumlah RM13.56 juta dan unreconciled receipts berjumlah RM12.88 juta, yang berpunca daripada tempoh peralihan sistem. Keadaan ini mewujudkan varians pelaporan apabila pihak Audit Negara memadankan penyata akaun bank SUHAKAM dengan laporan penyesuaian bank yang dijana oleh sistem baharu. Walau bagaimanapun, baki tunai dan bank sebenar kekal utuh. Varians tersebut tidak menjejaskan kedudukan kewangan keseluruhan SUHAKAM mahupun integriti aset yang dilaporkan.

Varians teknikal ini sedang ditangani secara berperingkat dan akan diselesaikan sepenuhnya dalam Penyata Kewangan 2025, di mana penyelarasan antara sistem perakaunan yang dikemas kini dengan keperluan pengesahan audit akan dimuktamadkan.

Sebagai rumusan, kenyataan audit tersebut mencerminkan had pengesahan yang timbul akibat isu penaiktarafan sistem dan pembentangan penyesuaian dan bukannya menunjukkan kehilangan dana, kerugian kewangan atau sebarang keraguan terhadap integriti kedudukan tunai SUHAKAM. SUHAKAM telah mengambil langkah-langkah pembetulan bagi menangani perkara ini serta memperkukuh proses penyesuaian dan pelaporan kewangan. Perbezaan penyesuaian sedang diselesaikan secara berperingkat, proses kawalan dalaman telah diperkukuh dan penambahbaikan akan dapat dilihat dalam Penyata Kewangan 2025.

SUHAKAM kekal komited terhadap ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus kewangan yang baik, serta pematuhan kepada Prinsip-prinsip Paris yang menekankan kebebasan, kecekapan dan integriti Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan. SUHAKAM akan terus memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berkaitan demi memastikan piawaian tertinggi dalam pengurusan kewangan awam terus dipelihara.

-TAMAT--

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
24 Februari 2026

1

[OCC] Media Statement No. 09-2026_Parents Urged To Be Extra Vigilant About Child Safety During Festive Seasons

KUALA LUMPUR (21 FEBRUARY 2026) – The Children’s Commissioners have taken note of a viral social media post shared on 19 February 2026 by a father, concerning the alleged sexual assault of his seven-year-old son by an unknown individual in a mosque toilet while attending congregational prayers.

The Children’s Commissioners are deeply disturbed by this incident and empathise with the pain, anger, and distress experienced by the child and his family. We are informed that the matter is currently under police investigation, and we commend the Royal Malaysia Police for their prompt action. The Children’s Commissioners hope that the investigation will be conducted thoroughly and that the perpetrator will be brought to justice under the Sexual Offences Against Children Act 2017.

This incident is a stark reminder that no place can be presumed entirely safe for children if adequate supervision and safeguards are not in place, including places of worship. Child sexual offenders may exploit moments when children are left unattended, regardless of location.

As families gather during the festive period of Chinese New Year and the holy month of Ramadan, parents and caregivers are urged to exercise heightened vigilance, especially in crowded public spaces and communal facilities. Children should be accompanied at all times, particularly when using restrooms or moving away from main congregation areas.

The Children’s Commissioners also call upon administrators of places of worship, including mosque committees, to strengthen child-safety measures. This includes ensuring that CCTV systems are installed and fully operational in appropriate areas, and that regular safety reminders are delivered by religious leaders to congregants.

We commend mosques that have introduced supervised childcare arrangements during tarawih prayers and encourage the expansion of such initiatives nationwide as a proactive child-protection measure.

Protecting children is a shared responsibility that requires constant awareness, collective effort, and zero tolerance for abuse.

-TAMAT-

Dr Farah Nini Dusuki

Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

21 February 2026

E1

[OCC] Kenyataan Media No. 08-2026_Pesuruhjaya Kanak-Kanak Dukacita Terhadap Kejadian Tragis di Kuantan

KUALA LUMPUR (20 FEBRUARI 2026) Pesuruhjaya Kanak-Kanak menzahirkan rasa dukacita yang mendalam dengan kejadian tragis yang melibatkan kematian lima anggota sebuah keluarga di Kuantan pada 17 Februari 2026. Peristiwa ini amat memilukan apabila turut meragut nyawa dua orang kanak-kanak kecil berusia dua dan empat tahun. Lebih menyayat hati kerana kanak-kanak berusia dua tahun itu sepatutnya menyambut ulang tahunnya pada keesokan hari, iaitu 18 Februari 2026.

Laporan awal menunjukkan bahawa bapa tersebut dikenali oleh jiran tetangga sebagai seorang yang peramah dan berbudi bahasa. Walaupun tiada petunjuk mengenai sebarang diagnosis kesihatan mental sebelum ini, pihak polis tidak menolak kemungkinan tekanan kewangan sebagai faktor penyumbang, khususnya susulan laporan mengenai pertengkaran antara ibu dan bapa pada pagi kejadian.

Tragedi yang amat menyayat hati ini menjadi peringatan bahawa lebih banyak usaha perlu dilakukan bagi mencegah insiden seumpama ini daripada berulang, terutamanya apabila melibatkan kanak-kanak yang tidak berdosa. Tempoh ini juga bertepatan dengan musim perayaan penting, termasuk Tahun Baharu Cina dan bulan Ramadan, yang sepatutnya menjadi waktu kegembiraan, muhasabah dan kebersamaan bagi keluarga dan kanak-kanak. Insiden seperti ini memberi kesan mendalam terhadap keprihatinan bersama masyarakat.

Pesuruhjaya Kanak-Kanak menyeru Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk memperkukuh dan memperluas program jangkauan berasaskan komuniti, khususnya yang menawarkan saringan awal kesihatan mental, sokongan psikososial dan perkhidmatan kaunseling. Perhatian khusus perlu diberikan kepada ibu bapa dan penjaga, termasuk bapa atau pencari nafkah tunggal, yang berkemungkinan sedang berdepan tekanan kewangan dan emosi yang berat.

Pada masa yang sama, Pesuruhjaya Kanak-Kanak menggesa ahli keluarga, keluarga besar, jiran tetangga dan komuniti agar sentiasa peka, berbelas ihsan dan responsif terhadap mereka yang mungkin sedang menghadapi tekanan atau kesukaran. Persekitaran yang menyokong dan prihatin boleh memainkan peranan penting dalam mencegah krisis serta melindungi kesejahteraan kanak-kanak.

Perlindungan kanak-kanak mesti terus menjadi tanggungjawab bersama yang menuntut kewaspadaan, empati dan sokongan yang tepat pada masanya.

-TAMAT-

Dr Farah Nini Dusuki
Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
20 Februari 2026

1

Kenyataan Media No 07 2026_SUHAKAM Gesa Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja Bagi Melindungi Integriti Institusi Dan Kepercayaan Rakyat

KUALA LUMPUR (16 FEBRUARi 2026) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)menzahirkan kebimbangan terhadap perkembangan terkini berhubung penubuhan sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), susulan laporan yang diterbitkan oleh Bloomberg pada 12 Februari 2026.

SUHAKAM enggan mengulas inti pati dakwaan tersebut namun menegaskan bahawa sekiranya rasuah serta sebarang persepsi tidak ditangani dengan serius dan penuh akauntabiliti, ia akan memberi kesan yang mendalam terhadap pematuhan hak asasi manusia. Ini menjejaskan prinsip kesamarataan di sisi undang-undang, melemahkan akses kepada keadilan, menjejaskan sumber untuk kepentingan awam, serta memberi kesan yang tidak seimbang kepada golongan rentan dan terpinggir. Justeru, integriti, kebebasan dan kredibiliti institusi anti-rasuah adalah amat penting bagi melindungi dan merealisasikan hak asasi manusia.

Tidak dinafikan, rasuah kian berleluasa dan memudaratkan. Amat memalukan apabila bekas pemimpin politik peringkat tertinggi turut dihadapkan ke mahkamah, disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara yang panjang. Ini hakikat yang menyedihkan dan ia amat membimbangkan SUHAKAM selaku badan yang diamanahkan untuk mempromosi dan mempertahankan hak asasi manusia kerana semakin tinggi tahap rasuah yang berleluasa dalam masyarakat, semakin terjejas hak asasi rakyat. Dalam usaha memerangi rasuah, adalah amat penting bahawa mereka yang dipertanggungjawabkan untuk membanteras amalan keji ini bukan sahaja bebas daripada sebarang salah laku, malah mesti dilihat benar-benar bersih dan tidak tercemar.

SUHAKAM maklum mengenai penubuhan jawatankuasa penyiasatan khas tersebut, namun bimbang sekiranya badan tersebut tidak mempunyai kuasa statutori yang jelas serta kuasa penyiasatan yang mencukupi. Badan yang tidak mempunyai kuasa untuk memanggil saksi hadir, menghendaki pengeluaran dokumen, atau mendapatkan bukti berkaitan, berisiko dinilai sebagai terhad dari segi skop dan keberkesanan. Dalam isu melibatkan berkepentingan awam, keterbatasan sedemikian boleh menghakis keyakinan orang ramai terhadap proses siasatan serta keputusan yang akan dicapai.

Sehubungan itu, SUHAKAM menyeru supaya sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119), berbanding penubuhan sebuah pasukan petugas yang tidak mempunyai kuasa. RCI mempunyai kuasa untuk memanggil saksi, memeriksa mereka di bawah angkat sumpah, serta memaksa pengeluaran dokumen. Kuasa-kuasa ini amat penting bagi memastikan pemeriksaan yang menyeluruh, bebas dan telus terhadap semua dakwaan berkaitan. Skop siasatan juga perlu bersifat menyeluruh. Penyiasatan tidak seharusnya terhad kepada isu tertentu sahaja, sebaliknya mesti merangkumi semua dakwaan serius yang telah diketahui umum, termasuk dakwaan berkaitan pemilikan saham serta laporan dakwaan pakatan sulit. Pendekatan yang tidak menyeluruh atau bersifat selektif berisiko mewujudkan persepsi berat sebelah dan menjejaskan kredibiliti proses tersebut.

Kebebasan institusi juga merupakan elemen yang sama penting. Komposisi mana-mana badan penyiasatan perlu mengelakkan sebarang konflik kepentingan sama ada secara nyata mahupun dari segi persepsi. Keyakinan orang ramai bukan sahaja bergantung kepada keadilan proses tersebut, tetapi juga kepada penampilan bahawa proses itu dilaksanakan secara adil. Pemisahan yang jelas antara fungsi penyiasatan dan pendakwaan, serta perlindungan daripada pengaruh tidak wajar, merupakan prinsip asas keadilan. Yang Amat Berbahagia Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, who is widely recognised for her judicial integrity. The membership of the investigative body should also be broadened to include a respected representative from Civil Society Organisations (CSO) in order to enhance credibility, transparency and public trust in the process.

Dalam hal ini, SUHAKAM berpandangan bahawa badan penyiasatan yang dicadangkan tidak seharusnya diketuai oleh Peguam Negara. Sebaliknya, ia wajar dipimpin oleh seorang mantan Ketua Hakim Negara yang bebas dan dihormati, seperti Yang Amat Berbahagia Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, yang sering diiktiraf atas integriti kehakimannya. Keanggotaan badan penyiasatan tersebut juga wajar diperluaskan dengan melibatkan seorang wakil yang dihormati daripada Organisasi Masyarakat Sivil (CSO) bagi meningkatkan kredibiliti, ketelusan serta keyakinan awam terhadap proses tersebut. SUHAKAM turut menegaskan bahawa langkah pentadbiran interim yang bersesuaian mungkin diperlukan bagi melindungi integriti dan kredibiliti siasatan. Langkah sedemikian bukan bersifat menghukum, sebaliknya bertujuan untuk mengekalkan keyakinan awam serta memastikan siasatan dapat dijalankan secara bebas dan tanpa gangguan sehingga ia selesai. Dalam hal ini, SUHAKAM menyokong gesaan agar Tan Sri Azam Baki ditempatkan dalam cuti bergaji (“garden leave”) sepanjang tempoh RCI menjalankan siasatan, kerana langkah ini dapat mengelakkan sebarang pengaruh, sama ada secara nyata mahupun persepsi, terhadap proses penyiasatan.

Ketelusan kekal sebagai tonggak utama tadbir urus demokratik serta komponen penting dalam kedaulatan undang-undang. Orang ramai wajar dimaklumkan mengenai mandat, kuasa serta perkembangan siasatan tersebut, tertakluk kepada pertimbangan kerahsiaan yang sah. Proses yang terbuka dan bertanggungjawab akan mengukuhkan institusi serta memperkukuh kepercayaan awam. Komitmen Malaysia dalam memerangi rasuah harus selari dengan tanggungjawab hak asasi manusianya. Apabila dakwaan melibatkan individu yang diamanahkan untuk menguatkuasakan undang-undang anti-rasuah, tindakan yang diambil untuk menanganinya perlu tegas, bebas, serta tidak boleh dipersoalkan.

Malaysia’s commitment to combating corruption must be aligned with its human rights obligations. Where allegations involve those entrusted with enforcing anti-corruption laws, the response must be robust, independent and beyond reproach.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

16 February 2026

1

Kenyataan Media No. 06-2026_SUHAKAM Zahir Kebimbangan, Tekankan Kepentingan Hak Perhimpunan Aman Dan Kebebasan Bersuara

KUALA LUMPUR (11 FEBRUARY 2026) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menzahirkan kebimbangan terhadap penahanan seramai 20 individu berhubung tindakan pihak polis berkaitan perhimpunan yang dirancang oleh Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) pada 7 Februari 2026.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menzahirkan kebimbangan terhadap penahanan seramai 20 individu berhubung tindakan pihak polis berkaitan perhimpunan yang dirancang oleh Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) pada 7 Februari 2026.

Perhimpunan aman adalah ruang demokrasi yang sah untuk menyuarakan kebimbangan serta memperjuangkan perubahan, selagi ia dijalankan selaras dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia, termasuk prinsip tanpa diskriminasi, kesaksamaan di sisi undang-undang dan penghormatan terhadap kepelbagaian. Dalam hal ini, piawaian antarabangsa, termasuk Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan Perkara 18 Kovenan Antarabangsa Mengenai Hak Sivil dan Politik (ICCPR), melindungi hak untuk menganuti dan mengamalkan agama, termasuk pembinaan dan perlindungan tempat ibadat, serta mewajibkan Negara mencegah diskriminasi secara langsung dan tidak langsung, termasuk apabila serangan terhadap identiti agama memberi kesan yang tidak seimbang terhadap kumpulan etnik atau minoriti. Walaupun kebebasan bersuara secara umumnya dilindungi, sebarang bentuk advokasi yang berbaur hasutan diskriminasi, permusuhan atau keganasan adalah dilarang di bawah undang-undang antarabangsa, khususnya Perkara 19(3) dan Perkara 20(2) ICCPR.

Dalam konteks ini, SUHAKAM menekankan bahawa sebarang dakwaan melibatkan ucapan kebencian, perlakuan perkauman atau hasutan kepada diskriminasi perlu ditangani dengan tegas dan selaras dengan undang-undang, berpandukan proses sewajarnya serta piawaian hak asasi manusia yang terpakai. Kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dijadikan alasan untuk membenarkan tindakan yang menjejaskan hak, keselamatan dan maruah pihak lain.

Pada masa yang sama, SUHAKAM mengambil maklum bahawa Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 meletakkan tanggungjawab kepada pihak berkuasa, termasuk pihak polis, untuk mengurus perhimpunan secara sah, dan memudah cara. Sebarang tindakan penguatkuasaan yang diambil hendaklah berasaskan kuasa undang-undang yang jelas, menghormati proses sewajarnya, serta bersesuaian dengan keadaan.

SUHAKAM sedang memantau dengan teliti perkembangan berkaitan insiden ini, termasuk asas perundangan dan langkah penguatkuasaan yang telah diambil, bagi memastikan kesemua tindakan, sama ada oleh pihak penganjur mahupun pihak berkuasa adalah selaras dengan jaminan Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan undang-undang, (APA 2012), serta obligasi hak asasi manusia antarabangsa Malaysia.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

11 FebruarI 2026