SHK_001_21_21-25 Strategic Plan e-Booklet_V3

SUHAKAM’S 2021/25 STRATEGIC PLAN

PS

Press Statement No. 4-2021 (OCC)_Period Spot Checks Issue in Public Schools

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (23 APRIL 2021)    –    The Children’s Commissioner of the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM), Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal is alarmed by the recent reports on the occurrence of “period spot checks” in public schools.

These acts were purportedly carried out as a form of disciplinary punishment, however, are clearly an invasion of a child’s rights and against the law, with elements of sexual harassment or abuse.  Pursuant to Article 28 of Convention on the Rights of the Child (CRC), which was ratified by Malaysia in 1995, a state party is obliged to ensure that schools implement discipline in accordance with the rights and dignity of children. Under the same Convention, Article 16, 19 and 36 respectively state that the child has a right to privacy; protection from abuse, violence, and neglect; and protection from other forms of exploitation that includes sexual exploitation and harassment.

The Children’s Commissioner reminds the Ministry of Education of its responsibility to protect all Children/students from any form of sexual harassment and exploitation, as stated under Article 34 of the CRC. The Ministry is urged to take stern action upon teachers and schools’ authorities who have violated children’s rights and dignity. Teachers who have committed such acts should be charged under Child Act 2001 or Sexual Offences against Children Act 2017. A clearer disciplinary guideline must be developed to ensure such acts are not repeated. All teachers should be constantly reminded of their duty as an educator, and they must not demean and harass the students during the learning and teaching process.

It is vital for Malaysia to innovate in creating and ensuring a safer environment for our future generations. The Children’ Commissioner appeal to all ministries and stakeholders, including parents and teachers to come together to ensure all schools and boarding schools alike, are safe places for children at all times.

-TAMAT-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Children’s Commissioner

23 April 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (23 APRIL 2021)   –   Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal menzahirkan kebimbangan dengan laporan baru-baru ini mengenai berlakunya period spot checks di sekolah-sekolah awam di Malaysia.

Perbuatan ini dianggap sebagai satu bentuk hukuman disiplin, walau bagaimanapun, ia jelas merupakan pelanggaran terhadap hak kanak-kanak dan menyalahi undang-undang kerana wujudnya unsur-unsur gangguan dan penderaan seksual. Selaras dengan Perkara 28 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (UNCRC) yang telah diratifikasi oleh Malaysia pada tahun 1995, negara pihak adalah wajib untuk memastikan sekolah- sekolah melaksanakan disiplin selaras dengan hak dan kemuliaan kanak-kanak. Di bawah Konvensyen yang sama, Perkara 16, 19 dan 36 masing-masing menyatakan bahawa kanak-kanak mempunyai hak untuk privasi; perlindungan daripada penyalahgunaan, keganasan, dan pengabaian; dan perlindungan dari segala bentuk eksploitasi lain yang merangkumi eksploitasi seksual dan gangguan seksual.

Pesuruhjaya Kanak-Kanak mengingatkan Kementerian Pendidikan Malaysia tentang tanggung jawabnya untuk melindungi semua kanak-kanak atau pelajar dari segala bentuk gangguan dan eksploitasi seksual, sebagaimana dinyatakan dalam Perkara 34 CRC. Kementerian diminta untuk mengambil tindakan tegas terhadap guru-guru dan pihak sekolah yang telah melanggar hak dan maruah kanak-kanak sebelum ini. Guru yang telah melakukan perbuatan tersebut hendaklah didakwa di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 atau Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Garis panduan mendisplinkan pelajar yang lebih jelas mesti diperkenalkan untuk memastikan tindakan guru salah guna kuasa tidak berulang. Semua guru seringkali diingatkan akan tugas mereka sebagai pendidik, dan mereka tidak boleh memberi layanan buruk dan mengganggu pelajar semasa proses pembelajaran dan pengajaran.

Amat penting bagi Malaysia untuk mewujudkan dan memastikan persekitaran yang lebih selamat untuk generasi masa hadapan kita. Pesuruhjaya Kanak-Kanak menyeru semua Kementerian dan pihak berkepentingan, termasuk ibu bapa dan guru untuk bersama-sama memastikan semua sekolah dan sekolah berasrama penuh seumpamanya, menjadi tempat yang selamat untuk kanak-kanak pada setiap masa.

-TAMAT-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Pesuruhjaya Kanak-Kanak

23 April 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

Poster Pidato2

PERTANDINGAN PIDATO ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH ATHAM 2021

TEMA
“Perpaduan Nasional dalam Kepelbagaian: Malaysia Prihatin Kemakmuran Bersama”

Terma dan syarat-syarat pertandingan:
a) Pertandingan adalah terbuka kepada semua murid Tahun 1 sehingga Tahun 6 serta murid Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5 yang sedang menuntut di sekolah ATHAM sepanjang tempoh pertandingan dijalankan. Peserta mestilah tergolong dalam salah satu kategori yang dipertandingkan.

b) Penyertaan mestilah dihantar melalui pihak sekolah masing-masing selewat-lewatnya pada 25 Jun 2021. Penyertaan yang dihantar secara individu atau orang perseorangan tidak akan diterima.

c) Pidato mesti disampaikan dalam Bahasa Melayu sahaja.

d) Tajuk pidato yang disampaikan mestilah menepati tema yang telah ditetapkan.

e) Tempoh penyampaian pidato adalah antara enam (6) hingga lapan (8) minit. Markah akan dipotong sekiranya penyampaian pidato kurang dari enam (6) minit atau lebih dari lapan (8) minit.

f) Peserta digalakkan merujuk kepada dokumen rasmi berkaitan hak asasi manusia seperti Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR) dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) bagi mendapatkan maklumat sokongan yang tepat kepada hujah yang ingin diutarakan.

g) Penyertaan perlu dihantar dalam bentuk video bersama skrip pidato yang disampaikan. Video penyertaan berserta skrip pidato mesti dihantar melalui emel di alamat pidatoatham@suhakam.org.my. Sekiranya saiz video besar, muat naik video PERTANDINGAN PIDATO ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH ATHAM 2021 ANJURAN BERSAMA SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (SUHAKAM) DAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) ke dalam platform Google Drive. Sila nyatakan perkara atau tajuk emel seperti format berikut: Tajuk pidato – Kategori – Nama sekolah.
Contoh: Kepentingan Perpaduan Demi Kemakmuran – Kategori 2 – Sekolah Kebangsaan Bandar Utama, Kuala Lumpur.

h) Skrip pidato yang disampaikan mestilah asli. Sebarang plagiat hasil kerja sedia ada yang telah atau belum diterbitkan tidak dibenarkan sama sekali. Pihak penganjur berhak untuk membatalkan mana-mana penyertaan sekiranya karya peserta bukan bersifat asli.

i) Setiap penyertaan perlu dihantar bersama borang penyertaan yang telah lengkap diisi dengan maklumat yang tepat dan disahkan oleh pihak sekolah masing-masing (sama ada Guru Besar/Pengetua, Guru Penolong Kanan atau wakil guru yang berkenaan). Borang penyertaan boleh diperoleh di bahagian Lampiran.

j) Keputusan pertandingan akan ditentukan sepenuhnya oleh panel juri yang telah dipilih dan bersifat muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.

k) Pihak penganjur berhak untuk menyunting, memuat naik atau menerbitkan setiap video penyertaan tanpa mengubah maksud asal yang ingin disampaikan bagi tujuan program dan aktiviti hak asasi manusia yang dianjurkan. Nama peserta dalam video berkenaan akan dinyatakan bagi mengekalkan karya asal penyertaan.

l) Semua peserta akan menerima sijil penyertaan manakala pemenang akan menerima hadiah berupa wang tunai dan sijil. Sekolah yang diwakili oleh para pemenang setiap kategori akan menerima sijil penghargaan.

m) Sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak urusetia pertandingan di talian 012-337 1423 atau 03-2612 5683 atau emel kepada pidatoatham@suhakam.org.my.

PS

SUHAKAM’s Press Statement: Convent Bukit Nanas (CBN) Land Lease Issue / Kenyataan Media SUHAKAM: Isu Pajakan Tanah SMK Convent Bukit Nanas (CBN)

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (22 APRIL 2021) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) shares the concerns expressed by various organisations and individuals, in relation to the non-renewal of Convent Bukit Nanas (CBN) land lease and possible need to be relocated.

SUHAKAM is of the view that the operations of the school should remain as status quo and the land lease should be renewed. As one of the country’s high-achieving schools, CBN should be allowed to continue with its educational work as they have done for more than a century. The right to education comes in many forms not only for the students but, also relates to the right to livelihood, as well as method of training for the education providers. As long as, it is in compliance with educational and other legal requirements, no institution should be dictated on how it may conduct its operations.

SUHAKAM urges the authorities, including the National Heritage Department, to preserve CBN and to continue protecting its character and heritage as a historical learning institution that is iconic and have played formative roles in educating Malaysians for 122 years.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

22 April 2021

_________________

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (22 APRIL 2021) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) turut menzahirkan kebimbangan yang sama dengan pelbagai organisasi dan individu berhubung isu untuk tidak melanjutkan pajakan tanah Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas (CBN) dan berkemungkinan untuk dipindahkan.

SUHAKAM berpandangan bahawa operasi sekolah tersebut perlu dikekalkan sebagai status quo dan pajakan tanah sekolah itu perlu diperbaharui. Sebagai salah sebuah sekolah yang berprestasi tinggi, CBN perlu dibenarkan untuk meneruskan khidmat pendidikannya sebagaimana yang telah dipraktikkannya selama lebih satu abad. Hak kepada pendidikan datang dalam pelbagai bentuk bukan hanya kepada pelajar namun ia juga berkaitan dengan kelangsungan hidup dan juga kaedah latihan oleh warga pendidik sekolah itu. Selagi mana ia mematuhi keperluan pendidikan dan undang-undang, tiada institusi boleh ditentukan tentang bagaimana ia harus menjalankan operasi mereka.

SUHAKAM menggesa pihak berkuasa, termasuk Jabatan Warisan Negara untuk memelihara CBN dan terus melindungi keistimewaan dan warisan sekolah ini sebagai institusi pendidikan bersejarah yang ikonik dan telah memainkan peranannya dalam mendidik rakyat Malaysia selama 122 tahun.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

22 April 2021

PS

Press Statement No. 18-2021_Convent Bukit Nanas (CBN) Land Lease Issue

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

Press Statement No. 17-2021_“Every Person has the Right to Profess and Practise His Religion”

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (15 APRIL 2021) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is appalled by recent media reports that an employer had allegedly assaulted, tortured as well as having threatened two workers with a weapon, for fasting at the start of Ramadhan this week. Such actions do not motivate workers to work harder, nor does it promote a healthy working environment, instead, reinforces the negative perception about Malaysian employers and companies in terms of the lack of protection and respect for their workers’ rights. SUHAKAM calls for the authorities to conduct a thorough investigation and that the perpetrators ought to be prosecuted for the alleged assault, battery and any other breaches of the law.

In line with Article 11 of the Federal Constitution which states “Every person has the right to profess and practise his religion”, SUHAKAM wishes to highlight the importance of respecting everyone’s freedom to manifest his or her religion or belief in worship, observance, practice and teaching, and that no one deserves to be subjected to any form of assault, insult, or humiliation for doing so.

In this regard, employers should strive to respect and protect freedom of religion or belief, including workers’ rights to profess, practice and propagate their religious beliefs even at the workplace. SUHAKAM strongly urges employers of every sector or industry, to ensure that appropriate measures are put in place to prevent and eliminate all forms of religious intolerance, inequality and discrimination. SUHAKAM wishes to emphasise the need to foster a culture of respect, tolerance, equality and non-discrimination in society and stresses that all quarters have a role in creating an environment that respects and embraces racial and religious diversity.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

15 April 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (15 APRIL 2021) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menzahirkan rasa kecewanya dengan laporan media berhubung isu majikan yang didakwa memukul, mendera dan mengancam dua orang pekerjanya dengan senjata kerana mereka berpuasa pada bulan Ramadan yang bermula pada awal minggu ini. Tindakan sebegini sudah tentu tidak memberikan motivasi kepada pekerja untuk bekerja lebih kuat atau mempromosikan persekitaran pekerjaan yang sihat sebaliknya ia meningkatkan lagi persepsi negatif terhadap majikan dan syarikat di Malaysia yang tidak melindungi dan menghormati hak pekerja. SUHAKAM menggesa agar pihak berkuasa menjalankan siasatan yang terperinci supaya pesalah didakwa atas tuduhan menyerang, memukul dan kesalahan undang-undang yang lain.

Selaras dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa “Setiap orang mempunyai hak untuk menganuti dan mengamalkan agamanya”, SUHAKAM ingin menjelaskan akan kepentingan untuk menghormati kebebasan setiap orang untuk menjalankan tuntutan atau kepercayaan melalui anutan, amalan serta ajaran agama mereka dan tiada sesiapa yang boleh dipukul, dihina atau diaibkan kerana melaksanakannya.

Dalam hal ini, majikan perlu menghormati kebebasan agama atau kepercayaan, termasuk hak pekerja untuk mengakui, untuk menzahirkan kepercayaan dalam bersembahyang, perayaan, amalan dan ajaran agama mereka walaupun di tempat kerja. SUHAKAM dengan tegas menggesa setiap sektor atau industri untuk memastikan agar langkah-langkah sewajarnya diambil bagi menghalang dan menghapuskan segala bentuk sikap tidak bertoleransi terhadap agama, ketidaksamaan dan diskriminasi. SUHAKAM ingin menekankan akan keperluan untuk kita menyemai budaya hormat menghormati, bertolak ansur, kesaksamaan dan tidak mendiskriminasi dalam masyarakat dan setiap lapisan masyarakat mempunyai peranan untuk mewujudkan persekitaran yang saling menghormati dan meraikan kepelbagaian agama.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

15 April 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

RESEARCH CONSULTANTS

RESEARCH CONSULTANTS REQUIRED – (extended to 30 April 2021)

Research Title: Study on Human Rights and Statelessness in Peninsular Malaysia

Jawatan Penyelidik Konsultan

Tempoh Projek Tentatively 9 months from date on letter of appointment

Jangkaan Tarikh Mula As soon as possible

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia sedang mencari Penyelidik Konsultan untuk menjalankan Kajian dan Analisis Mengenai Pendekatan Sosiobudaya Hukuman Koperal di Institusi Pendidikan di Malaysia. Terma Rujukan (TOR) is attached.

Jika anda ingin dipertimbangkan, sila lengkapkan Research Application Form serahkan kepada:

Melalui E-mel:

paremes@suhakam.org.my

rahayu@suhakam.org.my

ATAU

Pos kepada:

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

Tingkat 11, Menara TH Perdana
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

PENTING: Borang permohonan mestilah bertaip komputer. Permohonan bertulis tangan dan tidak lengkap akan ditolak.

CLOSING DATE: 4.00pm on 30 April 2021

The Commission shall endeavour to acknowledge all applications within a reasonable time. We are an equal opportunities employer; hence all submissions will be judged strictly on the basis of merits.

Please contact Ms. Paremes at 03-26125684 atau Rahayu at 03-26125682 untuk pertanyaan dan penjelasan lanjut.