JOB

(CLOSED) Job Vacancy for DRIVER GRADE H 11

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 merupakan sebuah institusi kebangsaan hak asasi manusia yang dipertanggungjawab untuk memupuk kesedaran dan mempertahankan hak asasi manusia. SUHAKAM ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berinovatif, berdedikasi dan berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:

Jawatan : PEMANDU KENDERAAN GRED H11 (BAHAGIAN KHIDMAT KORPORAT)

Tanggagaji : RM1,218.00 dan elaun tambahan sebanyak RM745.00 sebulan

Taraf Jawatan : Tetap (Tidak Berpencen)

Bertempat di : Kuala Lumpur (Ibu Pejabat)

Kelayakan :

  1. Sijil Pelajaran Malaysia/Penilaian Menegah Rendah yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya;
  2. Mempunyai lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan;
  3. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam Subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan atau Suruhanjaya;
  4. Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
  5. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklanjawatan; dan
  6. Mahir bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
  7. Mampu bekerja dalam pasukan dengan pemantauan yang minimum.

Kekosongan Jawatan : 1 kekosongan

Tanggungjawab :

Pemandu Kenderaan akan bertanggungjawab, antara lain seperti berikut:

Bertanggungjawab untuk memandu kenderaan pejabat atas tugas-tugas rasmi, menjaga dan menyelenggara kenderaan, memastikan keselamatan kenderaan dan alat-alat kelengkapannya serta menyelenggara rekod buku log.

Cara Memohon:

Calon-calon yang berminat adalah diminta untuk mengemukakan surat permohonan yang lengkap seperti maklumat diri beserta salinan sijil-sijil akademik dan salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan, surat rujukan majikan serta sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) sebelum atau pada 5 Februari 2021 (Jumaat) kepada:

Setiausaha
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
Tingkat 11, Menara TH Perdana,
1001 Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur.
Laman Web: www.suhakam.org.my
(U.P.: Unit Pengurusan Sumber Manusia)

Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sebelah penjuru kiri sampul surat. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga.