Press Statement No. 28-2024 (OCC)_Stronger Sentence Needed for Child Abuse Offenders

STRONGER SENTENCE NEEDED FOR CHILD ABUSE OFFENDERS

KUALA LUMPUR (12 NOVEMBER 2024) – The Children’s Commissioner (CC) of the Human Rights Commission of Malaysia is appalled at the recent news revealing that a young mother and her two friends were only sentenced to 14 days’ imprisonment and fined RM10,000 each by the Sessions Court for committing child abuse against the young mother’s 3-year-old son.

The inadequacy of the sentence – 14 days out of the 20-year maximum imprisonment term stipulated under Section 31 of the Child Act 2001 for an offence that has become a matter of public interest – is profoundly inadequate and fails to convey society’s abhorrence for such acts. While acknowledging that the mother is a youthful offender, the aims of retribution and deterrence in sentencing must be upheld, especially when the offence is serious and targets a defenceless victim.

Reports indicate that the child was confined in a cage by the three offenders, as the mother claimed she needed to go to work. The child was also allegedly kicked by the mother’s two friends while the mother looked on. The boy was found to have sustained injuries to his abdomen, eyebrows, limbs, and back.

The CC believes that this abuse was inhumane and calls on the Deputy Public Prosecutor (DPP) to file a Notice of Appeal immediately to send a clear message that child abuse is intolerable. The CC also urges the relevant authorities to follow up on the welfare of the child to ensure his best interests are safeguarded. The CC recommends that the child be placed with a foster family familiar to him and that the mother undergo at least six months of counselling to address her inability to provide appropriate care for her son.

The CC would like to remind every stakeholder involved in children’s welfare of the words of the judges in the Court of Appeal case DPP vs. Asmarani bt Ghazali: “When dealing with children, there can be no room for error or failure. Children are vulnerable and defenceless and require society and the law to safeguard their interests, which must not be disregarded or compromised due to mistakes or misjudgments by adults.”

-END-

Dr Farah Nini Dusuki
Children’s Commissioner 

The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)
12 November 2024

———
HUKUMAN LEBIH BERAT DIPERLUKAN TERHADAP PENDERA KANAK-KANAK

KUALA LUMPUR (12 NOVEMBER 2024) – Pesuruhjaya Kanak-Kanak (CC) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia mempersoalkan hukuman penjara 14 hari dan denda sebanyak RM10,000 setiap seorang yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen ke atas seorang ibu muda dan dua rakannya yang didapati bersalah mendera anak lelaki ibu muda tersebut yang berusia 3 tahun, seperti yang dilaporkan akhbar semalam.

Hukuman penjara selama 14 hari daripada tempoh maksimum penjara selama 20 tahun yang diperuntukkan di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 untuk kesalahan yang telah menjadi isu kepentingan awam tersebut, adalah sangat ringan dan gagal menterjemahkan rasa jengkel masyarakat terhadap perbuatan pesalah yang kejam. Kita semua memahami bahawa ibu tersebut ialah seorang pesalah muda, namun tujuan pembalasan dan pencegahan dalam hukuman hendaklah ditegakkan, terutamanya sekali apabila kesalahan itu serius dan menyasarkan mangsa yang tidak berdaya.

Laporan menunjukkan bahawa kanak-kanak tersebut telah dikurung dalam sangkar kerana ibunya mendakwa terpaksa berbuat demikian untuk pergi bekerja. Kanak-kanak juga telah ditendang oleh dua orang rakan ibunya sementara ibunya hanya melihat perbuatan tersebut. Kanak-kanak itu didapati mengalami kecederaan pada bahagian perut, kening, beberapa anggota badan, dan belakang.

CC menegaskan bahawa perbuatan mereka adalah tidak berperikemanusiaan dan menyeru Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk memfailkan Notis Rayuan dengan segera bagi memberi mesej yang jelas kepada masyarakat bahawa penderaan kanak-kanak adalah sama sekali tidak boleh diterima. CC juga menggesa pihak berkuasa yang berkaitan untuk membuat susulan lanjut berhubung kebajikan kanak-kanak tersebut bagi memastikan kepentingan terbaiknya dilindungi. CC mengesyorkan supaya kanak-kanak tersebut ditempatkan dengan keluarga angkat yang dikenalinya, manakala ibunya pula perlu menjalani sekurang-kurangnya enam bulan kaunseling untuk menangani kelemahannya dalam memberikan penjagaan yang terbaik terhadap kanak- kanak.

CC ingin mengingatkan semua pemegang taruh yang terlibat dalam menjaga kebajikan kanak-kanak akan kata-kata para hakim bijaksana dalam kes Mahkamah Rayuan DPP vs. Asmarani bt Ghazali: “Apabila berurusan dengan kanak-kanak, tidak boleh ada ruang untuk kesilapan atau kegagalan. Kanak-kanak adalah golongan yang lemah dan tidak berdaya serta memerlukan masyarakat dan undang-undang untuk melindungi kepentingan mereka, yang mana ia tidak boleh diketepikan atau dikompromi oleh kesalahan dan pertimbangan sambil lewa oleh orang dewasa.”

-TAMAT-

Dr Farah Nini Dusuki
Pesuruhjaya Kanak-Kanak

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
12 November 2024

Tags: No tags

Comments are closed.