KUALA LUMPUR (14 AUGUST 2024) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) recently conducted a fact-finding mission to Semporna on 17 and 18 July 2024, following the eviction and demolition activities carried out by the authorities in June 2024. This mission made a disturbing and critical finding: the eviction and relocation processes have been undertaken in an inhumane manner and without adequate consultation with the affected communities, in particular, the indigenous group of people known as Bajau Laut.
The Bajau Laut live primarily at sea and traditionally built their houses on stilts above water. Their culture and livelihood are tied to the sea. A significant number of the Bajau Laut are illiterate, uneducated and impoverished, due to their nomadic seafaring lifestyle. They are a marginalised community. However, be that as it may, they do not deserve to be treated the way they are now being treated by the authorities.
These ongoing evictions have led to severe consequences for the Bajau Laut community, including displacement from their homes and a significant disruption to their livelihoods. Such actions, taken without meaningful consultation, not only disregard the voices of those most affected but also violate the fundamental principles of transparency and respect for human rights and the rights of indigenous people.
SUHAKAM respectfully reminds the authorities responsible for the evictions that Malaysia voted in favour of the United Nations Declaration on the Rights of Indigenous People (UNDRIP), both at the Human Rights Council and at the General Assembly with no reservations. UNDRIP contains extensive provisions for the recognition and protection of indigenous lands, territories and resources. Although the UNDRIP is stated to be non-binding, there is still a moral obligation and genuine expectation for the Malaysian Government to pursue the standards as stipulated in the UNDRIP.
SUHAKAM urges the immediate suspension of all current eviction operations and activities in Semporna. These evictions, carried out without proper dialogue or engagement with the communities involved, undermine the basic human rights to adequate housing, livelihood and participation in decisions that affect their lives.
In light of these serious concerns, SUHAKAM advocates for the establishment of a dedicated committee comprising community representatives, government officials, and other key stakeholders. This committee should be tasked with devising a fair and sustainable long-term solution that respects the rights and livelihoods of the affected communities while addressing the broader needs of the region and Malaysia as a nation. The committee must be established immediately, and SUHAKAM is prepared to actively participate as a member.
SUHAKAM remains committed to supporting a resolution that not only upholds the human rights of the Bajau Laut and other affected communities in Malaysia but also ensures that future actions in the region are guided by principles of fairness, respect, and inclusivity.
-END-
Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)
14 August 2024
——
SUHAKAM Gesa Hentikan Pengusiran dan Segerakan Penyelesaian yang Lebih Berperikemanusiaan di Semporna
KUALA LUMPUR (14 OGOS 2024) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah menjalankan misi ke Semporna pada 17 dan 18 Julai 2024 yang lalu berikutan aktiviti pengusiran dan perobohan yang telah dijalankan oleh pihak berkuasa pada Jun 2024. Hasil dapatan SUHAKAM mendapati bahawa proses pengusiran dan penempatan semula telah dijalankan dengan cara yang tidak berperikemanusiaan dan tanpa proses rundingan yang mencukupi dengan masyarakat yang terjejas, khususnya kumpulan orang asal yang dikenali sebagai Bajau Laut.
Orang Bajau Laut kebanyakannya tinggal di laut dan secara tradisinya mereka membina rumah di atas air. Budaya dan mata pencarian mereka sememangnya terikat dengan laut. Sebilangan besar orang Bajau Laut adalah buta huruf, tidak berpendidikan dan miskin, kerana gaya hidup pelaut mereka yang berpindah-randah. Mereka adalah masyarakat yang terpinggir dan tidak seharusnya dilayan sedemikian, sepertimana yang berlaku baru-baru ini.
Pengusiran yang berterusan ini telah mendatangkan kesan yang teruk kepada masyarakat Bajau Laut seperti perpindahan keluar dari rumah mereka sendiri yang menjejaskan mata pencarian mereka. Tindakan tersebut bukan sahaja mengabaikan suara mereka tetapi juga melanggar prinsip asas ketelusan dan penghormatan terhadap hak asasi manusia dan hak orang asal.
SUHAKAM mengingatkan pihak berkuasa yang bertanggungjawab bahawa Malaysia telah mengundi untuk menyokong Deklarasi Hak Orang Asli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDRIP) semasa Majlis Hak Asasi Manusia dan juga Perhimpunan Agung PBB tanpa reservasi. UNDRIP mengandungi peruntukan yang luas untuk pengiktirafan dan perlindungan wilayah dan sumber orang asli/asal. Walaupun UNDRIP merupakan dokumen yang tidak terikat, namun Kerajaan Malaysia wajib untuk patuh kepada piawaian sepertimana yang ditetapkan dalam UNDRIP.
SUHAKAM menggesa penggantungan segera semua operasi dan aktiviti pengusiran yang sedang berlaku di Semporna. Pengusiran yang telah dilakukan tanpa sesi dialog atau penglibatan yang sewajarnya dengan komuniti yang terlibat telah menjejaskan hak asasi manusia kepada hak perumahan yang mencukupi, mengganggu sumber mata pencarian dan menafikan hak untuk membuat keputusan dalam kehidupan mereka.
Oleh yang demikian, SUHAKAM menyokong penubuhan jawatankuasa khas yang terdiri daripada wakil masyarakat, pegawai kerajaan dan pihak berkepentingan. Jawatankuasa ini harus dipertanggungjawabkan untuk merangka penyelesaian jangka panjang yang adil dan mampan serta menghormati hak dan mata pencarian masyarakat yang terjejas di samping memperkasa keperluan lain dengan lebih meluas. Jawatankuasa ini perlu ditubuhkan dengan segera dan SUHAKAM sentiasa bersedia untuk terlibat secara aktif dalam usaha ini.
SUHAKAM kekal komited untuk menyokong resolusi yang bukan sahaja menegakkan hak asasi manusia Bajau Laut dan komuniti lain yang terjejas di Malaysia, tetapi juga memastikan bahawa tindakan masa hadapan di rantau ini harus berpandukan prinsip keadilan, penghormatan dan keterangkuman.
-TAMAT-
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
14 Ogos 2024