KUALA LUMPUR (1 AUGUST 2024) – The Children’s Commissioner of the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is deeply concerned about the recent incident involving a secondary school student who is in critical condition, suspected of excessive vaping with magic mushroom-laced liquid or gel.
We urge parents and guardians to be vigilant about the dangers and health risks associated with vape-related products. These products, often marketed on social media with bright packaging and appealing flavours, are particularly attractive to young people.
If you know a child who is engaging in vaping, it is crucial to seek help immediately. Government health facilities and other professional organizations offer smoking cessation services that can provide treatment and counselling.
We strongly recommend that the Government intensify efforts to curb the social supply of vapes targeting children and adolescents, with stricter monitoring of illicit sales through social media.
The public are warned on the narratives and promotion of e-cigarettes or vaping as ‘healthier and less harmful’ substitutes for tobacco smokers to quit or reduce cigarette consumption. The battle against tobacco should not be conflated with an introduction of nicotine or other addictive chemical to new users especially children.
The Children’s Commissioner calls for strict enforcement of Section 13 of the Control of Smoking Products for Public Health Act 2023 [Act 852], which prohibits the sale of tobacco or substitute tobacco products to children. Additionally, Section 17 of Act 852 makes it an offence for individuals under 18 to smoke or use any tobacco or substitute tobacco products. The success of these prohibitive measures relies on earnest and serious implementation of the Act.
-END-
———–
Penguatkuasaan Kawalan terhadap Produk Merokok bagi Akta Kesihatan Awam 2024
KUALA LUMPUR (1 OGOS 2024) – Pesuruhjaya Kanak-Kanak di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) melahirkan rasa kesal dengan berita terbaru mengenai seorang pelajar sekolah menengah yang berada dalam keadaan kritikal kerana disyaki menghisap rokok elektronik dengan cecair atau gel magic mushroom secara berlebihan.
Kami menggesa ibu bapa dan penjaga supaya peka dengan risiko kesihatan yang dikaitkan dengan produk rokok elektronik. Produk ini kebiasaannya dipasarkan di media sosial dengan bungkusan yang terang serta beraneka perisa menarik perhatian khususnya golongan muda.
Ibu bapa dan penjaga yang mendapati anak-anak mereka menghisap rokok elektronik haruslah segera mendapatkan bantuan. Fasiliti kesihatan Kerajaan dan organisasi profesional yang berkaitan menawarkan perkhidmatan berhenti merokok yang terdiri daripada rawatan serta kaunseling.
Kami mengesyorkan supaya Kerajaan memperhebat usaha mengekang bekalan rokok elektronik yang menyasarkan golongan kanak-kanak serta bawah umur dengan pemantauan ketat penjualan yang tidak sah di media sosial.
Di samping itu, orang awam juga diberikan amaran mengenai naratif yang mempromosikan rokok elektronik atau vape sebagai pengganti tembakau yang ‘lebih sihat serta kurang berisiko’ untuk perokok menghentikan tabiat merokok. Perang menentang tembakau ini tidak seharusnya disertai dengan sogokan nikotin atau bahan kimia yang mengakibatkan ketagihan kepada pengguna baru terutamanya sekali kanak-kanak.
Dalam menangani isu ini, Pesuruhjaya Kanak-Kanak menggesa supaya penguatkuasaan Seksyen 13 dalam Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 [Akta 852] dijalankan dengan lebih ketat lagi bagi menghalang sebarang penjualan produk yang berkaitan dengan tembakau serta nikotin kepada kanak-kanak. Selain daripada itu, Seksyen 17 dalam Akta 852 turut mejadikan perbuatan menghisap atau menggunakan sebarang produk berasaskan tembakau atau produk pengganti tembakau dalam kalangan individu berusia di bawah 18 tahun sebagai satu kesalahan. Kejayaan langkah pencegahan ini berkait rapat dengan ketulusan dan kesungguhan dalam penguatkuasaan Akta ini.
-TAMAT-