Press Statement No.5-2024_ SUHAKAM Act Amendment Passed at the Senate Level

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (3 APRIL 2024) –The Human Rights Commission of Malaysia Amendment Bill 2023 (SUHAKAM Bill 2023) was passed in the Senate (Dewan Negara) on 2 April 2024. This Bill aims to enhance the Commission’s function and independence in promoting and protecting human rights in Malaysia.

The amendments to the Human Rights Commission of Malaysia Act 1999 [Act 597] would strengthen SUHAKAM’s capacity to investigate and report on human rights abuses and this would align with Sustainable Development Goal 16 (SDG 16) which focuses on peace, justice, and strong institutions. The presence of a full functioning Paris Principles-compliant National Human Rights Institution (NHRI) is an indicator of progress towards the realisation of the SDGs (SDG 16.1a). As an independent state body with a constitutional mandate to protect and promote human rights, SUHAKAM contributes significantly to the achievement of the 2030 Agenda.

The passing of the Bill will enable SUHAKAM to better function as an independent oversight body, monitoring Malaysia’s human rights situation in line with international standards. Enhancing SUHAKAM’s role and functions in upholding and advancing human rights in Malaysia will contribute to the development of a just and equitable society.

SUHAKAM would like to express our utmost appreciation to Minister in the Prime Minister’s Department (Law and Institutional Reform) YB Datuk Seri Azalina Binti Othman Said for her efforts in strengthening SUHAKAM’s role through institutional reform. We would also like to thank her deputy, YB Tuan M. Kulasegaran A/L V. Murugeson for presenting the SUHAKAM Bill 2023. SUHAKAM acknowledges the issues presented and debated by the 11 Senators and appreciates the support given to amending the Human Rights Commission of Malaysia Act 1999 [Act 597].

-END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

3 April 2024

————–

Pindaan Akta SUHAKAM Diluluskan di Dewan Negara

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (3 APRIL 2024) Rang undang-undang Pindaan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 2023 (RUU SUHAKAM 2023) telah diluluskan di Dewan Negara pada 2 April 2024. Rang undang-undang ini bertujuan untuk meningkatkan fungsi dan kebebasan Suruhanjaya dalam mempromosikan dan melindungi hak asasi manusia di Malaysia.

Pindaan kepada Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 [Akta 597] akan mengukuhkan kapasiti SUHAKAM untuk menyiasat dan melaporkan pelanggaran hak asasi manusia , sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan 16 (SDG 16) yang memberi tumpuan kepada keamanan, keadilan, dan institusi yang kukuh. Kewujudan Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRI) berfungsi sepenuhnya dan mematuhi Prinsip-prinsip Paris merupakan tanda aras kemajuan ke arah merealisasikan SDG (SDG 16.1 a). Sebagai sebuah badan berkanun bebas dengan mandat Perlembagaan untuk melindungi dan mempromosikan hak asasi manusia, SUHAKAM dapat menyumbang secara signifikan kepada pencapaian Agenda 2030.

Pindaan ini adalah penting bagi SUHAKAM untuk berfungsi sebagai badan pengawasan bebas, dan dapat memantau keadaan hak asasi manusia Malaysia, mengikut piawaian antarabangsa. Pengukuhan peranan dan fungsi SUHAKAM dalam menegakkan dan memajukan hak asasi manusia juga akan dapat menyumbang ke arah pembangunan masyarakat yang adil dan saksama di Malaysia.

SUHAKAM ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Dato’ Sri Azalina Binti Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) atas usaha beliau mengukuhkan peranan SUHAKAM melalui reformasi institusi. Kami juga ingin mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Menteri, YB Tuan M. Kulasegaran A/L V. Murugeson atas pembentangan RUU SUHAKAM 2023 di Dewan Negara pada hari ini. SUHAKAM mengambil maklum mengenai isu-isu yang dibentang dan dibahaskan oleh 11 Senator dan menghargai sokongan yang telah diberikan terhadap pindaan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597) ini.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

3 April 2024

Tags: No tags

Comments are closed.