KUALA LUMPUR (29 DECEMBER 2023) — The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is deeply concerned with the recent report of the detention of 171 Bangladesh workers exploited and trafficked into Malaysia with the false promise of jobs despite paying huge recruitment fees. Prior to their arrest, it was reported that they were marching to the Bayu Damai police station in Johor, to lodge reports that they were cheated by agents promising jobs. Their desperation must have driven them to lodge reports despite being aware of the risk of arrest, detention and deportation.
SUHAKAM is of the view that these victims were in such a dire situation and reaching out to the police must have been a last resort attempt to return to their country of origin despite huge personal suffering and massive financial losses. These people were duped and entered Malaysia on a valid immigration pass indicating the strong possibility of lax enforcement approvals and very likely corrupt practices within the relevant agencies.
SUHAKAM has in the past, issued numerous statements on modern slavery and human trafficking in the guise of “legalised” recruitment processes which are manifestly inhumane, abusive and exploitative to migrants. SUHAKAM’s position on migrant workers issues has always been rooted in the principles of justice, including educating the public and industries on the accountability in business practices and respect for human rights.
Therefore, we implore and urge the Government to seriously address this matter and execute the following actions:
i. Setting up a high-level task force to facilitate thorough and transparent investigations, identify short comings and most importantly action to be recommended against person(s) involved in this horrible and exploitative human trafficking processes;
ii. Expedite the implementation of the recommendations listed in the “Report of the Independent Committee on the Management of Foreign Workers” which include issues of unethical, unhealthy, and unfair practices in the recruitment of foreign workers. The foreign workers monitoring systems should also be amplified to ensure fair and safe working conditions for migrant workers, along with cooperation with countries of origin to create safe migration routes;
iii. Working towards a complete overhaul in terms of policies, processes, accountability and transparency in the recruitment and management of migrant workers and proceed to set up a dedicated Ministry to manage all migrant workers’ affairs in the country.
SUHAKAM calls upon all relevant agencies to immediately address the longstanding issues of foreign workers management in Malaysia. We have to be mindful that these issues involve basic and inviolable human rights, and the lack of meaningful action and continued indifference will only reflect on us as a nation and society lacking in compassion dignity and humane values.
-END-
Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)
29 December 2023
—————
SUHAKAM Desak Segera Tangani Isu Pekerja Asing di Malaysia
KUALA LUMPUR (29 DISEMBER 2023) — Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bimbang dengan laporan mengenai penahanan 171 pekerja Bangladesh yang dieksploitasi dan diperdagangkan ke Malaysia dengan janji pekerjaan palsu walaupun telah membayar yuran pengambilan kerja yang tinggi. Sebelum itu, mereka telah berjalan ke balai polis Bayu Damai, Johor untuk membuat laporan bahawa mereka telah diperdaya oleh ejen yang menjanjikan peluang pekerjaan. Situasi yang mendesak telah mendorong mereka untuk membuat laporan walaupun menyedari akan risiko penahanan, penangkapan dan dihantar pulang.
SUHAKAM berpendapat bahawa mangsa-mangsa ini terdesak sehingga mereka terpaksa melaporkan perkara ini kepada pihak polis sebagai usaha terakhir untuk kembali ke negara asal meskipun mengalami penderitaan dan kerugian kewangan yang besar. Mereka telah diperdaya dan masuk ke Malaysia dengan pas imigresen yang sah dan ini menunjukkan kemungkinan penguatkuasaan yang lemah dan amalan rasuah dalam agensi-agensi yang berkaitan.
SUHAKAM telah mengeluarkan banyak kenyataan mengenai perhambaan moden dan pemerdagangan manusia bertopengkan proses pengambilan secara “sah” tetapi jelas tidak berperikemanusiaan, menyalahguna dan mengeksploitasi migran. Pendirian SUHAKAM mengenai isu pekerja migran sentiasa berpaksikan kepada prinsip keadilan, termasuk pendidikan kepada orang ramai dan industri tentang akauntabiliti dalam amalan perniagaan dan penghormatan kepada hak asasi manusia.
Oleh itu, SUHAKAM menyeru dan menggesa Kerajaan untuk menangani perkara ini dengan serius dan melaksanakan tindakan berikut:
- Menubuhkan pasukan petugas khas untuk membantu penyiasatan yang menyeluruh dan telus, mengenal pasti kelemahan dan yang paling utama, syor-syor tindakan yang perlu diambil terhadap pihak yang terlibat dalam proses pemerdagangan manusia yang tidak berperikemanusiaan ini;
- Mempercepatkan pelaksanaan syor-syor dalam “Laporan Jawatankuasa Bebas Pengurusan Pekerja Asing” yang merangkumi isu-isu amalan tidak beretika, tidak sihat, dan tidak adil dalam pengambilan pekerja asing. Sistem pemantauan pekerja asing juga harus dipertingkatkan untuk memastikan persekitaran kerja yang adil dan selamat untuk pekerja migran, berkerjasama dengan negara asal untuk mewujudkan laluan penghijrahan yang selamat;
- Berusaha ke arah pembaharuan yang menyeluruh dari segi dasar, proses, akauntabiliti dan ketelusan dalam pengambilan dan pengurusan pekerja migran dan menubuhkan satu Kementerian yang khusus bagi pengurusan hal ehwal pekerja asing di negara ini.
SUHAKAM menyeru agensi yang berkaitan untuk segera menangani isu pengurusan pekerja asing yang telah lama berlarutan di Malaysia. Isu-isu pencabulan hak asasi manusia dan kurangnya tindakan yang kukuh serta sikap tidak acuh yang berterusan hanya akan mencerminkan Malaysia sebagai negara yang tidak mempunyai belas kasihan terhadap maruah dan nilai-nilai kemanusiaan.
-TAMAT-
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
29 Disember 2023