Press Statement No. 31-2023_Renewal of MoU on Statelessness Issues in Sabah

Press Statement: Renewal of MoU on Statelessness Issues in Sabah

SEMPORNA, SABAH (7 SEPTEMBER 2023) – In the noteworthy event today, the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM), the Indonesia National Commission on Human Rights (Komnas HAM), and the Commission on the Human Rights of the Philippines (CHRP) has renewed the Memorandum of Understanding (MoU) on Finding Durable Solutions to the Statelessness Issues in Sabah. This MoU, formerly known as the MoU on Statelessness Issues in Sabah, will span a period of five years from 2023 to 2028. 

The MoU was first signed between SUHAKAM and Komnas HAM in April 2019, with CHRP as an official observer. It was then renewed twice, extending to December 2022, with all three parties officially involved. Throughout the previous MoU action plan, the official parties carried out various initiatives including high-level meetings with Chief Minister of Sabah and relevant government agencies, issuance of a joint statement, organizing an online dialogue on statelessness, and a visit to a displaced persons center in the Philippines. 

The renewal of the MoU for five years shows the commitments of all parties of the MoU to intensify existing partnerships through collaboration with Governments and all stakeholders with the aim to find durable solutions towards improving the human rights situation of stateless persons and persons at risk of statelessness in Sabah. Building on previous efforts, the parties to the MoU agree to place a larger focus on awareness raising given the lack of understanding and misconception among the general public and stakeholders towards the stateless population in Sabah. 

Regardless of their status, the undocumented, stateless persons and persons at risk of statelessness share similar experience. These include being denied access to essential human rights such as healthcare, education, and means of livelihood. This often makes them vulnerable targets of human trafficking, exploitation, harassment and forced labour. 

SUHAKAM hopes that the MoU will serve as a platform, enabling stakeholders to openly discuss these challenging issues and enhance public sensitivity. Working together, the aim is to improve the situation for stateless persons and those at risk of statelessness in Sabah and, if possible, to find durable solutions to these long-standing issues. 

Apart from the signing ceremony, SUHAKAM, Komnas HAM, and CHRP will be visiting the stateless community in Omadal Island and Mabul Island to engage with the community and to further assess their situation. In this regard, SUHAKAM wishes to express our appreciation to the Semporna District Office, the Eastern Sabah Security Command and the Royal Malaysian Police for facilitating this visit. 

-END- 

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) 

7 September 2023 

————–

Kenyataan Media: Pembaharuan MoU Mengenai Isu Tanpa Kewarganegaraan di Sabah

SEMPORNA, SABAH (7 SEPTEMBER 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Komisi Nasional Hak Asasi Manusia Indonesia (Komnas HAM), dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Filipina (CHRP) telah memperbaharui Memorandum Persefahaman (MoU) untuk Mencari Penyelesaian Jangka Masa Panjang Kepada Isu Tanpa Kewarganegaraan di Sabah. MoU yang sebelum ini dikenali sebagai MoU Mengenai Isu Tanpa Kewarganegaraan di Sabah akan berkuatkuasa bagi tempoh lima tahun dari 2023 hingga 2028. 

MoU ini pertama kali ditandatangani antara SUHAKAM dan Komnas HAM pada April 2019, dengan CHRP sebagai pemerhati rasmi. Ia kemudiannya diperbaharui sebanyak dua kali dan dilanjutkan sehingga Disember 2022 dengan penglibatan rasmi ketiga-tiga pihak. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan sepanjang tempoh tersebut termasuk mesyuarat peringkat tertinggi dengan Ketua Menteri Sabah dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, kenyataan media bersama, anjuran dialog dalam talian dan lawatan ke sebuah pusat pemindahan untuk orang yang kehilangan tempat tinggal di Filipina. 

Pembaharuan MoU selama lima tahun ini menggambarkan komitmen semua pihak untuk mempergiatkan kerjasama sedia ada melalui kolaborasi dengan Kerajaan dan semua pihak berkepentingan dalam mencari penyelesaian yang kukuh ke arah penambahbaikan situasi hak asasi manusia orang tanpa kewarganegaraan dan orang yang berisiko menjadi tiada kewarganegaraan di Sabah. Lanjutan daripada usaha terdahulu, ketiga-tiga pihak bersetuju untuk memberi tumpuan kepada meningkatkan kesedaran dengan mengambil kira kurangnya pemahaman dan salah tanggapan di kalangan orang awam dan pihak berkepentingan terhadap orang tanpa kewarganegaraan di Sabah. 

Walau apa jua status mereka, orang tanpa dokumen, tanpa kewarganegaraan dan orang yang berisiko menjadi tiada kewarganegaraan melalui pengalaman yang sama. Ini termasuk penafian akses kepada hak asas yang diperlukan seperti penjagaan kesihatan, pendidikan, dan mata pencarian. Ini seringkali mengakibatkan mereka terdedah menjadi sasaran pemerdagangan manusia, eksploitasi, gangguan dan buruh paksa. 

SUHAKAM berharap MoU ini akan menjadi platform untuk pihak berkepentingan berbincang mengenai isu-isu mencabar secara terbuka seterusnya dapat meningkatkan kepekaan orang ramai. Matlamat kerjasama ini adalah untuk menambah baik situasi orang tanpa kewarganegaraan dan orang yang berisiko menjadi tiada kewarganegaraan di Sabah serta mencari penyelesaian jangka masa panjang kepada isu yang telah lama berpanjangan ini.  

Selain majlis menandatangani MoU, ketiga-tiga pihak akan melawat perkampungan di Pulau Omadal dan Pulau Mabul untuk mengunjungi komuniti ini serta melihat sendiri keadaan mereka. SUHAKAM mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Daerah Semporna, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah dan Polis Diraja Malaysia atas kerjasama serta bantuan dalam mengendalikan lawatan ini. 

-TAMAT- 

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 

7 September 2023 

Tags: No tags

Comments are closed.