Press Statement No. 14-2021 (OCC)_The Death of a 5-year-old Boy due to Alleged Abuse

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (10 DECEMBER 2021)   –   The Children’s Commissioner of the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM), Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal (CC) is saddened by the recent death of a 5-year-old boy in Taman Nusa Bestari, Johor due to alleged abuse by his mother and stepfather.

It was reported that the couple who has two more children, an 8-year-old daughter and a 2-year-old son, had a prior case under Section 31(1)(a) of the Child Act 2001 for child neglect and Section 15(1)(a) of the Dangerous Drug Act 1952 for drug abuse. The CC is puzzled as to why the 5-year-old boy and two other siblings were still in the couple’s care even though they have been charged for child abuse of their eldest daughter, and the case is still pending.

Pursuant to Section 18 of the Child Act 2001, any Protector, Assistant Protector, or police officer who is satisfied on reasonable grounds that a child is in need of care and protection, may take the child into temporary custody, unless the Protector, Assistant Protector, or police officer is satisfied that the taking of proceedings in relation to the child is undesirable in the best interests of the child; or the proceedings are about to be taken by some other person. Article 20(1) of the CRC also states that a child temporarily or permanently deprived of his or her family environment, or in whose own best interests cannot be allowed to remain in that environment, shall be entitled to special protection and assistance provided by the State. Therefore, it is the CC’s view that the children should have been removed and placed in a safer environment by any Protector, Assistant Protector, or police officer before they become victims or have the risk of becoming victims of the couple.

Child abuse and violence are of persisting global concern, including in Malaysia. Based on Berita Harian Online Newspaper dated 8 July 2021, JKM statistics reported that there were 2040 child abuse cases between January to April 2021. JKM   also presented its statistic to OCC on 8 April 2021 where it showed that biological mothers are reported to be the highest individuals responsible for child abuse, where it increased to 9.8% (148 cases) in 2020 compared to 2019. Therefore, the CC calls on JKM to take this matter seriously and adopt proper approaches and measures to curb the issues in ensuring that all children are protected from any forms of violence. The Ministry of Women, Family and Community Development (MWFCD) through the Children Division also is urged to take appropriate intervention as to whether JKM (Protector) had been negligent in its supervision and exercising its powers, as MWFCD is responsible for the provision of care, protection, and rehabilitation of children to ensure their well-being.

-END-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Children’s Commissioner

10 December 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (10 DISEMBER 2021)   –   Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal (CC) menzahirkan rasa sedih dengan kematian kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun di Taman Nusa Bestari, Johor baru-baru yang didakwa telah didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya.

Pasangan yang mempunyai dua anak lain iaitu seorang anak perempuan berusia 8 tahun dan seorang anak lelaki berusia 2 tahun dilaporkan mempunyai rekod lampau di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian kanak-kanak dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penyalahgunaan dadah. Menjadi satu persoalan mengapa kanak-kanak berkenaan dibenarkan berada di bawah jagaan pasangan tersebut walaupun mereka telah didakwa atas kesalahan mendera anak perempuan sulung mereka dan kes itu masih belum selesai.

Menurut Seksyen 18 Akta Kanak-Kanak 2001, mana-mana pelindung, penolong pelindung, atau pegawai polis yang berpuas hati atas alasan munasabah bahawa kanak-kanak memerlukan penjagaan dan perlindungan, boleh membawa kanak-kanak itu ke dalam jagaan sementara, melainkan pelindung, penolong pelindung, atau pegawai polis berpuas hati bahawa pengambilan prosiding berhubung dengan kanak-kanak itu adalah tidak diingini demi kepentingan terbaik kanak-kanak itu; atau prosiding akan diambil oleh orang lain. Perkara 20(1) CRC juga menyatakan bahawa seseorang kanak-kanak yang dilucutkan secara sementara atau kekal dari persekitaran keluarganya, atau untuk kepentingan terbaiknya sendiri tidak boleh dibenarkan tinggal dalam persekitaran itu, berhak mendapat perlindungan dan bantuan khas yang disediakan oleh kerajaan. Oleh itu, CC berpandangan bahawa kanak-kanak itu sepatutnya telah dikeluarkan dan ditempatkan dalam persekitaran yang lebih selamat oleh mana-mana pelindung, penolong pelindung atau pegawai polis sebelum mereka menjadi mangsa atau mempunyai risiko menjadi mangsa pasangan itu.

Penderaan dan keganasan terhadap kanak-kanak adalah isu yang membimbangkan di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Berdasarkan laporan Berita Harian Online bertarikh 8 Julai 2021, statistik JKM melaporkan bahawa terdapat 2040 kes penderaan kanak-kanak berlaku antara Januari hingga April 2021. JKM turut membentangkan statistiknya kepada OCC pada 8 April 2021 yang menunjukkan bahawa ibu kandung merupakan individu paling tinggi yang bertanggungjawab terhadap penderaan kanak-kanak dan ia meningkat kepada 9.8% (148 kes) pada tahun 2020 berbanding 2019. Sehubungan itu, CC menyeru JKM untuk serius menangani perkara ini dan mengambil pendekatan dan langkah yang sewajarnya untuk membendung isu tersebut bagi memastikan semua kanak-kanak dilindungi daripada sebarang bentuk keganasan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Bahagian Kanak-Kanak di JKM juga digesa untuk campur tangan dan menyiasat sama ada pelindung JKM telah cuai dalam penyeliaan dan menjalankan kuasanya, kerana KPWKM bertanggungjawab untuk menyediakan penjagaan, perlindungan, dan pemulihan kanak-kanak bagi menjamin kesejahteraan mereka.

-TAMAT-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Pesuruhjaya Kanak-Kanak

10 Disember 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

Tags: No tags

Comments are closed.