KUALA LUMPUR (20 JANUARY 2021) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is concerned over the recent news reports regarding the possibility for the Government to introduce heavier punishments on a specific group of people, particularly the lesbians, gays, bisexuals and transgender (LGBT) through amendments to the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965 (Act 355).
Currently, Act 355 provides that Syariah courts are empowered to impose maximum sentences of imprisonment not exceeding three years, any fine not exceeding RM5,000, or with whipping not exceeding six strokes or with any combination thereof for offences under the Islamic law.
With regard to the proposed heavier punishments under Act 355, SUHAKAM reiterates that all forms of torture and other cruel, inhuman or degrading treatment including whipping are absolutely prohibited under international human rights standards, particularly the Universal Declaration of Human Rights (UDHR). Over the years, SUHAKAM has called for the repeal of corporal punishment in all laws, both civil and Syariah, to be in compliance with the international human rights standards. The imposition of the punishment of whipping on female offenders under the State Syariah Enactments violates the equality provision (Article 8) of the Federal Constitution since the federal Criminal Procedure Code exempts female offenders from the punishment of whipping for offences under federal law.
SUHAKAM stresses that all individuals, regardless of their sexual orientation or gender identity, should have the same fundamental rights as enshrined in the Federal Constitution including their right to privacy and to live with dignity. SUHAKAM notes that the Government has responded in Parliament in November 2020 that the proposed amendments to Act 355 would be further discussed with the other States in early 2021. In this regard, SUHAKAM calls upon the Government to reconsider the proposal to amend Act 355 and ensure that it is in line with the international human rights standards. SUHAKAM further recommends that the Government adopt a more compassionate approach by respecting human rights for all through continuous dialogues and awareness raising programmes with the relevant stakeholders.
-END-
Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)
20 January 2021
Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my
KENYATAAN MEDIA
KUALA LUMPUR (20 JANUARI 2021) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menzahirkan kebimbangan terhadap laporan berita baru-baru ini bahawa Kerajaan mungkin meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) bagi memperkenalkan hukuman yang lebih berat ke atas golongan tertentu terutamanya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Buat masa ini, Akta 355 memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman maksimum penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, denda tidak melebihi RM5,000, atau sebatan tidak melebihi enam sebatan atau apa-apa gabungan hukuman tersebut bagi kesalahan-kesalahan di bawah hukum syarak.
Berhubung dengan cadangan hukuman lebih berat di bawah Akta 355, SUHAKAM menekankan bahawa segala bentuk penyeksaan dan layanan atau hukuman lain yang zalim, tidak berperikemanusiaan dan menjatuhkan maruah termasuk sebatan adalah dilarang sama sekali di bawah piawaian hak asasi manusia antarabangsa terutamanya Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR). Selama ini, SUHAKAM menyeru kepada pemansuhan hukuman sebatan dalam semua undang-undang Sivil dan Syariah agar ianya selaras dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa. Pengenaan hukuman sebatan terhadap pesalah wanita di bawah Enakmen Syariah Negeri adalah bertentangan dengan peruntukan kesamarataan dalam (Perkara 8) Perlembagaan Persekutuan memandangkan Kanun Prosedur Jenayah persekutuan mengecualikan pesalah wanita daripada hukuman sebatan bagi kesalahan di bawah undang-undang persekutuan.
SUHAKAM menekankan bahawa setiap individu, tanpa mengira orientasi seks atau identiti gender mereka, seharusnya mendapat hak asasi yang sama sepertimana yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan termasuk hak privasi dan hak kepada kehidupan yang bermaruah. SUHAKAM mengambil maklum bahawa Kerajaan telah memberi maklum balas di Parlimen pada November 2020 bahawa cadangan pindaan ke atas Akta 355 akan dibincangkan dengan lebih lanjut bersama negeri-negeri lain pada awal tahun 2021. Sehubungan itu, SUHAKAM menyeru Kerajaan untuk mempertimbangkan semula cadangan pindaan Akta 355 dan memastikan agar ia selaras dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa. SUHAKAM turut mencadangkan agar Kerajaan mengguna pakai pendekatan yang lebih prihatin dengan menghormati prinsip hak asasi manusia untuk semua termasuk melalui sesi dialog yang berterusan dan program kesedaran bersama pihak berkepentingan.
-TAMAT-
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
20 Januari 2021
Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my