Press Statement No. 4-2021_International Day of Education

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (24 JANUARY 2021)   –   The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) commemorates the International Day of Education which falls on 24 January every year. This year’s theme ‘Recover and Revitalize Education for the COVID-19 Generation’ is apt as it portrays one of the main challenges faced by many around the world including Malaysia, which is access to education.

Equal access to education is the most basic human right provided under Article 12 of the Federal Constitution. The COVID-19 pandemic has not only caused severe health and economic impacts, it has also posed challenges for students in accessing education. While schools and universities has resorted to technological solutions to conduct online classes and lectures for students, this did not ensure access to education for all as the underprivileged students faced difficulties in accessing online education due to the lack of access to internet or technological devices. In this regard, SUHAKAM commends the noble efforts by various parties including non-governmental organizations and Members of Parliament and State Legislative Assemblies to provide laptops and tablets for the underprivileged students.

SUHAKAM notes that RM47.2 billion has been allocated to the Ministry of Education and RM11.6 billion to the Ministry of Higher Education in Budget 2021 to provide quality education in the country. In the midst of the pandemic, the Government should also focus on the mitigation of the learning loss and prevent dropouts particularly among the vulnerable groups in the country. In this regard, SUHAKAM urges both Ministries to expedite the improvement of the educational facilities and provide the necessary assistance to enable online education and a conducive learning environment for all in every corner of Malaysia, leaving no one behind. SUHAKAM also calls for the implementation of precautionary measures and strict implementation of the standard operating procedures (SOPs) to ensure the safety of students who are involved with examinations and required to attend school in person.

SUHAKAM is of the view that human rights education is an integral part of the efforts to eliminate racial polarisation and discrimination in the national education system. As an effort to promote the inclusion of human rights education in schools, SUHAKAM, in collaboration with the Ministry of Education, has so far implemented the Human Rights Best Practices (ATHAM) program in 469 schools throughout Malaysia. Furthermore, SUHAKAM adopted its 2021-2025 Strategic Plan in 2020 and one of its strategic objectives is to eliminate racism through education. Despite the challenges posed by the COVID-19 pandemic to the implementation of human rights education, SUHAKAM is committed to work with the Ministry of Education to expand and improve the implementation of human rights education in Malaysia.

-END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

24 January 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (24 JANUARI 2021)   –   Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) memperingati Hari Pendidikan Antarabangsa yang disambut pada 24 Januari setiap tahun. Tema Hari Pendidikan Antarabangsa bagi tahun ini – “Memulihkan dan Menggiatkan Semula Pendidikan untuk Generasi COVID-19” adalah sesuai kerana ia menggambarkan salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh ramai orang di seluruh dunia termasuk Malaysia iaitu akses kepada pendidikan.

Akses pendidikan yang sama rata adalah hak asasi yang termaktub di bawah Artikel 12 Perlembagaan Persekutuan. Pandemik COVID-19 bukan hanya mengakibatkan impak buruk terhadap kesihatan dan ekonomi, ia juga memberikan cabaran kepada pelajar dari segi akses kepada pendidikan. Walaupun sekolah dan universiti telah menggunakan teknologi maklumat bagi mengadakan kelas dan kuliah secara maya untuk pelajar, bukan semua pelajar yang mendapat akses kepada pendidikan. Pelajar yang kurang bernasib baik menghadapi kesukaran dalam mengakses pendidikan secara maya disebabkan ketiadaan akses kepada internet atau peralatan elektronik. Dalam hal ini, SUHAKAM memuji usaha murni pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang menyediakan bantuan komputer riba dan tablet kepada pelajar yang kurang berkemampuan.

SUHAKAM mengambil maklum bahawa peruntukan sebanyak RM47.2 bilion telah diberikan kepada Kementerian Pendidikan dan RM11.6 bilion kepada Kementerian Pengajian Tinggi dalam Belanjawan 2021 bagi menyediakan pendidikan berkualiti dalam negara. Di tengah-tengah pandemik ini, Kerajaan perlu memberi fokus kepada usaha mitigasi bagi pembelajaran yang ketinggalan dan mengelakkan keciciran (dropout) terutamanya di kalangan golongan rentan dalam negara ini. Dalam hal ini, SUHAKAM menggesa kedua-dua Kementerian untuk mempercepatkan penambahbaikan kemudahan pendidikan dan menyediakan bantuan bagi membolehkan pendidikan secara maya dan persekitaran pendidikan yang kondusif untuk semua di seluruh Malaysia, tanpa meninggalkan sesiapa. SUHAKAM turut menyeru kepada pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) dan langkah-langkah pencegahan yang ketat bagi memastikan keselamatan pelajar yang terlibat dalam peperiksaan dan perlu hadir ke sekolah.

SUHAKAM berpandangan bahawa pendidikan hak asasi manusia adalah satu bahagian penting dalam usaha menghapuskan polarisasi kaum dan diskriminasi dalam sistem pendidikan. Sebagai usaha untuk mempromosikan keterangkuman pendidikan hak asasi manusia di sekolah, SUHAKAM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan setakat ini telah melaksanakan program Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia (ATHAM) di 469 sekolah di seluruh Malaysia. Tambahan pula, SUHAKAM telah menerima pakai Pelan Strategik 2021-2025 pada tahun 2020 dan salah satu daripada objektif strategiknya adalah menghapuskan diskriminasi kaum melalui pendidikan. Walaupun terdapat cabaran yang timbul daripada pandemik COVID-19 dalam melaksanakan pendidikan hak asasi manusia, SUHAKAM komited untuk bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk memperluas dan menambah baik pendidikan hak asasi manusia di Malaysia.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

24 Januari 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

Tags: No tags

Comments are closed.