PRESS STATEMENT
KUALA LUMPUR (26 JANUARY 2020) – In accordance with its statutory mandate and powers, the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) will conduct a public inquiry into the cases of missing persons / the disappearance of Pastor Joshua Hilmy and Ruth Hilmy to assist the authorities with their ongoing investigation.
The Panel of Inquiry will be chaired by Commissioner Dato Seri Hishamuddin Yunus and assisted by Commissioners Mr. Jerald Joseph and Dr. Madeline Berma. The hearings will commence from February 18 at the Inquiry Room, Level 13, SUHAKAM.
In relation to this, SUHAKAM calls for individuals with relevant and important information to come forward to have their statements recorded by SUHAKAM from now to 14 February 2020. Through this inquiry, SUHAKAM intends to fully investigate to its best ability what has transpired in order to identify and make the best possible recommendations to the appropriate parties.
Notwithstanding SUHAKAM’s investigation, the Commission calls on the authorities to fully and expeditiously investigate all cases where there is a reasonable suspicion that an enforced disappearance may have occurred. SUHAKAM underlines that ready availability of information on issues of public concern is of vital importance in a democratic society with an avowed commitment to transparency.
-END-
Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)
26 January 2020
___________________________
KENYATAAN MEDIA
KUALA LUMPUR (26 JANUARI 2020) – Selaras dengan mandat dan kuasanya, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) akan menjalankan siasatan awam ke atas kehilangan Pastor Joshua Hilmy dan Ruth Hilmy bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.
Panel Siasatan akan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Dato’ Seri Hishamuddin Yunus dan dibantu oleh Pesuruhjaya Encik Jerald Joseph dan Dr. Madeline Berma. Sesi pendengaran akan bermula dari 18 Februari di Bilik Inkuiri, Aras 13, SUHAKAM.
SUHAKAM menyeru individu-individu yang mempunyai maklumat penting dan berkaitan untuk hadir dan memberikan rakaman keterangan kepada SUHAKAM bermula dari sekarang sehingga 14 Februari 2020. Melalui siasatan ini,SUHAKAM akan menyiasat sepenuhnya apa yang telah terjadi dengan sebaik mungkin bagi mengenalpasti dan membuat syor-syor kepada pihak-pihak yang berkenaan.
Meskipun siasatan ini dijalankan oleh SUHAKAM, Suruhanjaya menyeru agar pihak berkuasa segera menyiasatdengan sepenuhnya semua kes yang mana kehilangan paksa berkemungkinan telah berlaku. SUHAKAM menekankan bahawa maklumat yang melibatkan kepentingan awam amat penting dalam masyarakat demokratik yang menyatakan komitmen terhadap ketelusan.
-TAMAT-
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
26 Januari 2020